Alhamdulillah minggu ni dah nak cecah 12 weeks....Kalau ikut scan, dalam 11weeks ++ maybe sebab aku salah ingat LMP aku atau mmg baby kecik sikit...Takpa, yg penting aku harap dia sihat.
To be pregnant at age yg 2 thn lg nak masuk 4 series atau org kata patutnya dah nak pencen dan status yg kelima...Bagi aku, up to both you and your spouse. Tapi sebenarnya memang laah elok tuan punya badan nak bawak 9 bulan 10 hari tu yg fikir.
Bagi aku, anak adalah rezeki....Dilahirkan dalam family ramai dan semua jenis tidak 'merancang' (bukan tidak merancang in plannning2....you should know what i trying to say here :p), aku mmg terbuka utk pregnant lagi sebelum 40. Sebenarnya decision utk tambah lagi memenuhkan kuota sebelum 40 tidak disambut hangat oleh encik suami, tapi akhirnya beliau setuju jugak...Walaupun sebenarnya dia tidak kisah tak ada anak lelaki dah.
Masa syok2 sendiri dok plan nak tambah lagi sorang sebelum umur 38, memang laah terniat di hati ni usaha jugak nak dapat boy kaan mana tahu rezeki terakhir. Tapi kemudian fikir2 balik, baik betulkan niat. Kenapa mesti nak ikut nafsu atau ikut orang, kalau dpt boy bonuslah tapi kalau dpt apa pun, tak apa jugak janji sihat kaan....So betulkan niat adalah utk tambahkan umat dan ramaikan anak sementara masih berupaya.
Empat kandungan sebelum ni alhamdulillah bagi aku tak ada banyak masalah...Normal laa kot alahan tiga bulan pertama tu, kira nasib baik aku bukan jenis muntah2. Cuma tekak je payau dan tak lalu makan! Selebihnya bila masuk bulan ke4 dah back to normal......Cuma yg masa Ariana tu dugaannya alahan ditambah dgn batuk tak baik2, sampai suara dah macam artis rock. Masa yg ini pulak, tatau laah sebab terlebih excited ke atau tersalah tanda date last period, masa seminggu slps test UPT +ve... Keluar pulak spotting, Ingat sehari dua clear, berlarutan sampai 10hari !
Allah...Tuhan je yg tahu masa tu...Sebabnya hati memang naik wpun cuak tu ada. Yerlah, ada ke tidak rezeki kami ni. Tak pernah laagi pengalaman macam ni...Keluar spotting awal2 mengandung. So dalam tempoh tu memang tawakkal dan pasrah saja. Sebab tak gi keja, duduk rumah membaring saja pun benda tu keluar jugak seurat dua...
Selepas melalui tempoh tu, minggu ke8 scan balik dah ada heartbeat lega sikit laah....But...then Welcome to morning sickness !! Adui ai....Taktau laah sebab umur ke apa, rasa terok sgt alahan kali ni walapun bukan di siang hari...Masa balik kerja je, perasaan mual loya tu membuak2. Masa kat opis tade rasa sangat.....Huhuu...Sampaikan aku tak confident laah dgn badan aku ni, boleh ke bawak lagi 8 bulan???
Tadi bila scan dah nampak kaki dia terkuak2, rasa happy sangat....Rasa bersemangat balik. Alhamdullllah nampak baby sihat !!