Showing posts with label Favorite Moments. Show all posts
Showing posts with label Favorite Moments. Show all posts

Monday, August 17, 2015

First Event after Syawal

Yeay !! Birthday bash...

Aku mmg suka bab2  plan event ni..Maklumlah dulu pernah keja kat PR Dept, KFCH. Memang sonok..Rasa adrenalin dan anxiety tu..excited woo!

Aku plan besday husband ni 2 mggu lepas..>Sedar diri duit dah menyusut, so mmg x terfikir nak beli hadiah mahal2. Ingat nak belanja lunch je...dan carikan jam tgn 2 seinggit :P

Sekali, jam mahal...Uuuh.Uhhh..So tinggal plan makan jerla. Ok kot?! Target tmpt ekslusip sikit laa.. Usha2 nak gi Empire Subang, nak repeat main kat Kidzoonia tu..So rasa kena belanja di Serai laah.. Chewah, KENA tu...Hahaha..Ni besday sapa ni ???

Walaupun takde hadiah, nak juga kasik elemen best di situ...So aku plan dgn Aliah nak buat suprise. Selalunya pagi Ahad, lps subuh dia mesti tido balik! Plannya nak buat suprise masa dia bangun kul 8 laa...Kitaorg beli belon. Pastu aku beli small banner. Konon2 nk gantung di tangga, mcm gate nanti suruh dia gunting. Macam rasmikan laah gitu...

Belon aku dah suh Aliah tiup simpan di bilik dia lps subuh tu...Aku mmg fail bab meniup belon! Memang dari kecik x tahu..Maybe sbb kecik2 nafas pendek kot???! Wallahualam....So kerah anak (kejinyaa). Jadi laa dlm 6 belon sbb lagi 4 bocor dan pecah...Hahaha. Asal boleh je kaan...

So ikat le banner di tangga, sekali putus laak...Oohh..Terlepas 1 scene ! Sebenarnya si birthday boy hari tu bangun awal laa pulak...Dusshh....Sebab dia gigih sental baju sekolah aliah pagi tu dan basuh kereta. Terpaksa tukar plan, tunggu dia kuar baru buat. Nasib dia nak kuar gi beli sarapan! Masa dia kuar, poskan si Ariana sekali supaya proses kerja menjadi lancar dan pantas....Hheeehhee..

Lepas pasang belon dan tampal banner di dinding....Dia pun sampai! Ehh, cukup2 je masa....Camna nak buat seprais ni? Naisb aliah bagi idea spontan...Dia kata nanti tutup semua lampu, dia tunggu atas dgn Amani. Pastu bila papa masuk, nanti dia bukak lampu! Ewah...Bagus idea. So aku tunggu di bawah jerla..... Bila si papa masuk, letak mkn kat dining table aku buat2 panggil Aliah turun. So budak2 ni turun bukak lampu tangga sambil menyanyi. Terkejut sikit laa si papa, Ariana sampai2 dah gi dulu kat tangga sbb nampak belon. Hehhee...He was touched bila budak2 tu nyanyi lagu besday! Huhuu....Sebab dengar suara dia bergetar. 

Then at 11.00 am, kitaorg gi Empire...Sebab aku nak belanja makan la kan....Hehhe...So cerita di Serai, next enrty laah ye ! ;)



Wednesday, September 5, 2012

How To Stay Close to Your Toddler After Weaning



Haa..Tajuk panjang kemain...

Amani will turn 2 on 22th..Sebenarnya dia mmg dah mix susu sejak 15 months - refuse to take EBM...So during past months, dia mmg akan bergayut dgn aku bila aku ada di rumah dan time tidoq. Sepanjang tu jgk mmg susu ada laa wpun 1 oz je sekali hisap...

Sejak puasa dan perubahan hormon ni, aku sendiri rasa mmg dah kering kontang tapi she keeps on it jgk bila nak tidoq siang mahupun mlm...Memang ingat dia akan stop sendiri la mcm Aliah dulu due to hormon change tapi nampaknya, itu tak berlaku. Malah, makin kuat pulak dia bergayut mcm rasa takmo share kot?!!

Nak taknak last week,sebab badan pun kurang fit aku cuba laa menceraikan dia....Sayu laa sgt hati ini bila dia memngongoi mlm2. Mlm ke2 terus hubby amik tido dgn dia!! Sampai la hari ni, dah 5 mlm dia tido dgn hubby..

Aku rindu laa moment2 peluk dia, peluh masam kepala dia, telinga capang dia....Huhuuu....Siang2 pun dia dah tak mintak,sbb hubby kata susu habih-ibu sakit! Huhuuu...Dlm kereta pun sama, dia tak lagi menyelak2...

Semalam sbb rindu sgt, balik2 keja terus jgk aku bwk dia ke bilik dan bagi dia hisap.....Hehehhee. Pastu pe lagi, dia dok ulang2 le. Tapi mlm hubby tak bagi la, dia kata bdk dah nak mula adapt jgn bagi dia confuse!!

Sedihnya...Ntah laa, rasa mcm hilang pulak sorang anak. Kalau yg perasan, aku mmg tak manjakan sgt si Amani ni sbb dari pantang lg hubby yg banyak jaga & layan dia! So bonding aku dgn dia selama ni pun krn susu badan lah...Tapi skrg ni???

Tak sama kalau peluk2 usik2 cium2 sesekali dgn moment mnyusukan dia.....I miss those days !!


Monday, November 16, 2009

Kalaulah Saat Itu Boleh Diulang Semula...

Aku nak dimake up lagi...

Tetiba rasa nak sgt 'ME' time dan kuar beronggeng gi makeup segala -Girls thing !

Monday, November 2, 2009

Break Away!

Off to Bali...............................................Malaysia...

Monday, October 19, 2009

More! More! More!

Amalan tradisi tidak dilupakan ;)


Deretan kek..


Birthday girl yg focus nak serve guests


Cuba gmbr ber3 tp Aliah x sbr nak turun!


Siapakah Ms Zorro ini?
(tgk matanya..mcm dibuli je ni :p)

......................................................
.........................................
...........................
................
.........
.....
.



Nantikan siapakan Ms Zorro ini dalam episod seterusnya !!
JENG ! JENG! JENG !

* Line slow sangat....Boring dah tunggu.

Friday, October 16, 2009

Give Me More!

Cupcakes mamapasha


Aliah excited nak potong kek!


Dia x tahu kena tiup lilin itu dulu! Heee...


Bukti Isabelle datang...Hehhee.


Suraya, x-officemate dan si comel Zahra...Yg baju
coklat tu Diana, jiran dpn rumah & suaminya.


Tuesday, October 13, 2009

Aliah Birthday Bash

My idea....We still keep the balloons there!


Gambar mak 'pengantin'...


Doorgift for kiddies...Aliah tgh makan pe tu gaknya?


Sedapnya cup cake mamapasha ni...
(TQ Auntie Is, dtg jauh2)


Ohh...Mesti korang sangap tunggu gambar2 kan?!! Nantilah, line slow...Agak malas nak upload. Anyway, birthday hari tu tak sangka pula memenatkan. Tak serelaks mcm masa kami buat housewarming bln 3 hari tu! Maybe sbb dah kenal ramai jiran....So crowd jadi ramai dan semua nak kena layan (walaupun rasanya panggil yg rapat2 je).

Pagi tu sepatutnya anak menakan aku mai tolong...Tapi dia sangkut dekat stesen komuter sampai 2-3 jam. Hampehss komuter! So terkial2 gaklah aku...Actually taklah terkial apa sgt sbb bkn nak msk benda pun. Nak rebus spagetti, buat kuah dan goreng sosej-chicken ball dll. je! Terkial2 sbb tgk rumah belum habis deco....Kesian nak kerah hubby,meniup/ mengepam belon seorang. So last2 pagi time dia pegi amik kek, aku suh dia ajak adik dia datang awal! MIL aku patutnya nak dtg kul 1.00.......

Dlm sorang2 dok tadah air nak rebus nasi impit utk sate, tersangkutlah pulak periuk besar tu kat paip....DASSS !! Tercabut batang paip, dah mcm paip pecah pulak sink belakang (wet kitchen)....#$%#^&^#*(#)_ Nasib hubby dah balik, cepat2 dia tutup ' suis' paip tu. Satu hal lak kena buat air dll kat dry kitchen! Nasib juga time tu semua dah masak.......Kul 2.30 siap semua, MIL tak sampai2 lagi. Risau la jugak kot jiran2 dtg awal lps gi open house jiran2 lain menu 'utama' tak sampai lagi (nasi goreng cina dan ayam goreng rempah). Aiseh !! Sangkut mana pulak mereka ini.....So aku angkut Aliah (dan diri sendiri), mandi dan siap semua. Kul 3.15 kami dah siap cantik, Isabelle dah sampai (awalnya...) dan 10 minit pastu si Bart n Suraya merangkap photographer kami hari tu pun sampai!

So layan2 jiran dan Is...Makan la skit. Tunggu kwn2 lumba lari dan ahli mesyuarat tingkap Aliah, mana diaorg ni?? Kul 4.00 baru sampai...So dlm kul 4.15 Atok dia baca doa, baru potong kek. Ohh...Selepas tu cepatnya masa berlalu. Tetamu silih berganti, non stop! Bayangkan...Mmg tak sempat nak stop bagi aliah susu dll. Aliah pula kemain girang ramai kwn, mengekek dan berlari sana sini!

Bila kami buat game cari gula2 (tiup tepung) di luar, suka lah budak2 tu...Aliah pun pelik je apsal semua org muka bertepung. Hahha! Meriahlah buat game camni, mcm telematch! So pemenangnya aku bg hadiah pencil color (sbb budak dah sekolah)...Cadang nak buat game lagi 1 selepas kul 6.00 tp tgk budak2 dah kurang, tade lak budak2 besar skit. Lagipun kami pun kalut layan tetamu dan tambah mkn, memang tak sempat. Cuaca alhamdulillah!

Slps di luar tu, Aliah dah tak mahu main kat dalam....Adoiih! Dia sibuk nak main di luar, puas kami nak tgk dia....Takut kereta lalu lalang. Dia kalau dah lps pagar, memang berlari sana sini! Kita takleh harap 100% pd anak2 org lain yg tengokkan sbb budak2 tu pun budak...Dlm 3-6 thn. Tak pandai lagi kan??!! End up, hubby lah dok tgk dia di luar sambil tgk2 tetamu yg makan di luar........

Cuba teka yg mana 1 pemenangnya?
Cuba cari tgn Aliah dlm gmbr ini...Hehhee

My ex-officemate yg dah x jumpa 3 tahun.
Jadi model sate lak hari ni! ;)



Tengok! Dia pun nak main tepung...
(gaya mcm menepung tawar)



Monday, October 12, 2009

Kecik ke Besar ke, Sama je...

Walaa...Penat...

Aliah birthday bash which was supposed to be in small scale and 'special invitation' only turned out as if aidilfitri open house! Gulpp...Alhamdulillah, food was enough for all!

So sama je sebenarnya kalau nak buat kecik ke besar ke...Ramai ke sikit ke. Unless ada ramai pembantu!

Apa pun, alhamdulillah...Semua tetamu yang datang tu kan membawa rezeki ?? :)

* Gambar nti lah upload...

Thursday, October 8, 2009

The Wonderful 2 Years.....

Alhamdulillah, Aliah turn 2 years today (tahun Masihi) ! 'Mendapatkan' dia mcm satu pengharapan yg sangat panjang dan menduga...Dengan segala kaedah moden dicuba (kecuali IUI dan IVF shj) serta doa yg tidak putus2, siang dan malam alhamdulillah dimakbulkan jua.

2 tahun yg indah ini lagi mencabar serta menduga ini...

Tidak kami sangka insan kecil 2.19kg tika lahirnya dulu mampu berbuat ini di saat ini :-

1) Boleh pakai suar dan tshirt collar bulat dgn sedikit bantuan.
2) Boleh differentiate kehendak ie. nak susu bancuh (FM) atau susu t***k, nak roti/ nasi dll.
3) Sangat demanding (huhhu...).
4) Mampu bercakap dlm ayat mudah yg difahami (2-3 ayat pendek).
5) Cheeky dan keletah kalao moodnya baik.
6) Rajin menolong - 'memasak', menggosok/ menyental, 'menyapu sampah'.
7) Boleh gosok gigi sendiri kecuali bhg atas, perlu bantuan.
8) Suka nak mandi dan cebok sendiri.
9) Nampaknya ada kesukaan memakai baju kurung (harap berkekalan bila baligh).
10) Sedikit pemalu dan garang pd org2 yg jarang dijumpai (akan mesra slps 2-x jumpa).
11) Sudah mula memilih channel dan lagu yg disukai (Mickey Mouse Clubhouse, Winnie the Pooh, Cubeez, Loopdidoo,dll.

Sunday, October 4, 2009

Cukup Pun.......

Alhamdulillah, akhirnya dah sampai 'penghujung'....Usaha meyusukan hingga mencapai 2 tahun telah selamat dilalui tanpa sedar. Even sekarang, dah lebih skit 2 tahun masih terus menyusu dan alhamdulillah "Ade...lah.." (bak kata Aliah).


Sepanjang 2 tahun, aku ingin berkongsi apa yg kulalui...

1) 0-6 bulan --> Cabaran dari segi sokongan dan kefahaman dari keluarga mertua serta cabaran menyelit masa utk mengepam dlm kesibukan jadual kerja.

2) 6-12 bulan -> Cabaran dari supply susu yg berkurang, 'nasihat2' utk increase berat Aliah dgn campur susu serta kurangnya penerimaan Aliah kpd EBM

3) 12-18 bulan --> Cabaran dari kawalan minda dan emosi kerana terpaksa campur susu atas sebab berat Aliah yg tidak naik spt sepatutnya dan supply susu yg berkurangan.

4) 18-24 bulan --> Cabaran dari keinginan utk menambah ahli kuarga, kepenatan badan serta usikan2 dari sekeliling yg mengatakan Aliah dah besar, tak yahlah menyusu/ mengempeng lagi!


Dari 2 tahun yg indah ini, aku nikmati...

1) Hubungan kasih yg erat antara kami 2 beranak
2) Sokongan dan kerjasama dlm bentuk lain dari suami
3) Kumpulan rakan-rakan baru dlm 'dunia maya'
4) Mengenali dan "addicted" kepada blog
5) Menjadi sumber inspirasi/ mentor kpd beberapa rakan sekerja dan saudara
6) Penjimatan duit klinik dan belanja perubatan
7) Penjimatan belanja susu tin dan pad selama 6 bulan :p
8) Pelan perancangan keluarga yg percuma ;)



Thursday, October 1, 2009

Boleh Kahwin

Aliah with her dua pupu (kupu-kupu?) :p
Aliah with Danial, Eza's son...



Tengok Eza, dipaksanya Aliah bergambar dgn dia :p
(tak romantik betul)


Bulatnya mata anak ibu ni...Sebulat kepalanya :p

Wednesday, September 30, 2009

Anak Daraku yg Manis!

Puas hati dpt minum sirap...Sejuk...


Yo..Yo...Jom turun sini arr kalau berani!



CAK !


Cepat laa...Aliah dah tunggu ni!


Hahhaa..Ni tak ayu dah.
Gaya tido time balik ke KL (baju baru Umi Afzan bagi)

Saturday, September 26, 2009

Raya yg Lebih Bermakna

Uhuu...Raya ini walaupun pd mulanya aku bayangkan tiada yg indah atau extra seperti tahun2 sebelum ini semasa kami ber2, rupanya tidak! Alhamdulillah, mungkin krn beza lokasi tido dan kehadiran Aliah buat kali pertama beraya di kg PIL tahun ini kulalui tanpa perlu menghitung hari2 utk balik ke Rwg (:p thehhehe.....ada gak kira,tp dah ujung2 hari baru kira).

Apa yg bermaknanya kali ini?

1) Mission accomplished! Berjaya bwk Aliah ke masjid utk terawih...
2) Puasa yg extra selain dari hanya berlapar dahaga...
3) Kesihatan yg baik anak beranak...
4) Rezeki yg murah.....
5) Sheh memasak dan increase!

Yg menambah lagi maknanya ialah............


1) Kami tido rumah nenek (mak abah) which is 2 tahun aku raya sini tak pernah tido rumah nenek, asyik rumah atok je. Well, honest cakap aku lebih selesa di rumah nenek.

2) Walaupun tak masak di rumah nenek tu (sbb makcik2 dah ramai), masih aku dpt makan yg enak2 ! hahhaa....sbb makcik dari Perak tu msk mcm2. Hehehhe! Well, rezeki kami...Kali ni raya byk gak rumah yg jamu kami menu special ie. mi soto, bihun tomyam, laksa.

3) Berjaya 'menjejaki' sepupu arwah bapak aku di Yong Peng, which is last dia attend wedding kami 2004...Lps tu tak pernah jumpa2 atau contact sbb tiada urgency tp aku amik inisiatif utk jejak jgk, sbb kalau tak, rugilah aku beraya di Johor tak kembalikan semula hubungan kekuargaan family aku.

4) Dapat jumpa cousins hubby, Eza dan Afzan di hari raya sbb selalunya kami tak kena sama giliran....Diaorg selalunya thn giliran aku, diaorg balik Kuantan dulu bila balik Johor aku dah balik rwg. Disebabkan 2007, giliran tu bercantum semula! ;) Of course, xtranya dpt khidmat jurugambar semi-pro percuma! Percuma lagi laa...Lps ni, habislah.

5) Kami sekeluarga alhamdulillah sihat sejahtera, walaupun cuaca yg tak menentu - kejap panas terik, kejap hujan panas.




** AKU MASIH KEMPUNAN KETUPAT PALAS :( Tak jumpa langsung...

Friday, September 25, 2009

The Best of Raya 2009













Credits to hubby's cousins - Nuar & Afzan for all the nice shots!

Thursday, September 24, 2009

Mission Accomplished!

Memang aku berniat sebelum balik kg, sekurangnya nak gi lagi sekali terawih di masjid...Night 3 in my MR 1432H on night 28, alhamdulillah aku berjaya solat sampai 8 rakaat tanpa 'gangguan manja' dari Aliah.

Rahsia?
1) Mlm tu kami solat di masjid dekat rumah PIL sg Buloh, which is masjid tu dia mmg selalu ikut atok dia kemas tiap pagi Jumaat. so dia dah biasa kot bau2 semua :p

2) Solat situ agak cepat..Tazkirah awal dan pendek, tak sampai 20minit.

3) Crowd tak ramai sgt dan yg ramai pun muka nenek2...So maybe dia segan nak tarik muka. (Dia buat memek2 muka ada lah tgk kami berdoa..Buat org nak tergelak je).

Alhamdulillah!

Friday, September 18, 2009

Berlapang Dada

Alhamdulillah, hampir kemuncak Ramadhan...Alhamdulillah, aku berjaya puasa 28hari tanpa uzur syarie'.

Alhamdulillah, aku rasa Ramadhan kali ini tidak dahaga/ dehydrated tetapi hati aku rasa lebih bersih...Aku dapat berlapang dada dgn kekurangan dan situasi2 tertentu (yg pd kebiasaannya, aku boleh chom 2-3 jam sbb itu).

Alhamdulillah juga aku dapat rasakan, sifat berbaik sangka dah ada dlm diriku walaupun mungkin baru 10%....Bukan nak riak atau takbur, mohon doa dapat ditingkatkan percentagenya walaupun slps Ramadhan nanti.

Insyallah !

SELAMAT HARI RAYA DARI SALZAHARI & ALIAH IRDINA


Aunties, nak duwet raye!
(ni gambar tahun lps =12 bln)


* Anda dapat apa Ramadhan kali ini? ;)

Wednesday, September 16, 2009

PLUS

Mesti ramai akan gunakan PLUS untuk balik raya ni kan? Seawal esok rasanya ramai dah berpusu-pusu ke highway....Well, hari ni genap PLUS kami 2 tahun, mengikut bulan Islam.

PLUS kami adalah Aliah Irdina, si projek 'lebuhraya Utara Selatan' krn aku dari Kedah dan hubby pula dari Johor :D Aliah bersalin 2 tahun lepas (8 Oktober 2007) pada jam 6.58 ptg 26 Ramadhan. Aisehh, ingat leh lajak sampai mlm 27 Ramadhan. Tengah papanya sibuk 'melahap' juadah berbuka puasa di jabatanku (di atas labor room je), dapatlah dia panggilan 'misteri' dari si ibu yg baru sudah dijahit setelah bersabung nyawa (alhamdulillah dipanjangkan umur) melahirkan zuriatnya.

The first hour..Kecut je!

Sweet smile at her 5 months...


Selamat Ulangtahun keDua sayang ibu...Aliah Irdina ! Semoga sihat selalu, mudah mendapat ilmu, lembut hati untuk dinasihati dan sentiasa menceriakan kami.

Gaya anak dara umur 13 bulan..

Si seksi kecil 18 bulan

Senyuman si gadis 'sunti' kami
(ada nak book? :p)


Wednesday, September 2, 2009

Sheh Sudah Mari!

Sheh ye (org Utara mungkin tau sebut), bukan Syeikh Muszaphar yg ensem tu atau Pak Syekh atau syuh, syuh halau ayam......

Ini sheh adalah mcm semangat atau mood (aura? kurang sesuai) atau booster.

Sheh memasak utk berbuka sudah mari ! Hiee...Dah nak masuk minggu ke2 baru sheh mau dtg. Barulah ada booster skit nak masak mcm2 ! Time ni lah nak try bukan2 atau menu yg jrg buat...

Sorry, tak semua entry aku menu berbuka ni ada gmbr...Sbb malas amik, terlupa dan takmo kecurkan liur org2 berpuasa ;) Resepi pun mls tempek sbb rasanya menu 'basic'2 ni korang semua pun tahu................


Menu Day 8
1. Siakap sweet sour
2. Tomyam ayam
3. Bistik telur
4. Roti jala_test_market
5. Puding roti U.S_test_oven

Menu Day 9
1. Kari ayam
2. Ketam bercili
3. Ayam goreng rempah
4. Nasi daging
5. Nasi putih
6. Sayur kobis
7. Roti jala Man_made (tangan suamiku..cheh...)

* Msk 2 jenis nasi sbb nak jamu family hubby.

Menu Day 10
1. Ketam bercili (leftover semalam)
2. Udang celup tepung
3. Keli goreng
4. Sayur
5. Air apple kotak ;)
6. Anggur




Tuesday, September 1, 2009

Misson R 1431H: Night 2

Mission R 1431H, apa tu? Ahahaa...Actually, semlm terfikir nak tukar tajuk ni. Mission Ramadhan 1431H adalah mission Ramadhan ku tahun ini tuk berterawih di masjid bersama Aliah. Jadi mlm 30 Ogos baru ni, malam kedua aku bawak....Mlm ke 9 Ramadhan. Alhamdulillah, ada improvement walaupun aku tak sempat bagi dia tido petang! Gamble ahh...

Saf dah kurang 3 saf (dari belakang).....Jadi aku amiklah saf ke2 dari last (saf last total kanak2/ remaja). Saf aku pun ada campur2 lah mak2 budak serta nenek2! Aku amik yg hujung, Aliah slow dah mlm ni (dia mmg dah gosok mata time kuar lagi)...Tp sbb leka tgk budak lain solat, aku berjaya jugak sampai tazkirah (rakaat ke4).

Time tazkirah, dia gi korek hidung dia tu (oohh..hidung ni luka sbb jatuh hari tu). Berdarah2, terpaksa aku cepung dia bwk basuh. Tisu lak tade, mmg lap pakai bj dia jerlah! Masih gigih aku rasa leh buat sampai 8...Dia dah baring2 time tazkirah sambil pegang hidung (tak selesa). Mmg makcik2 sebelah puji lah Aliah duduk baik (budak2 lain ada yg berlari2, main dan tgk2 luar) ;) Bangga ibu !

Tapi dia mmg tak selesa dan rimas tgk baju dia kotor (kena darah tu) ditambah lak dah mengantuk...So baru aku nak rukuk rakaat ke6 dia dah tarik siren. Arrrr....Stop lagi lah nampaknya! :|

Alhamdulillah ada improvement.........Itu yg penting. Sudahnya, aku habiskan lagi baki 4 rakaat dan witir di rumah!

Aku rasa ada anak kecil bukan halangan utk kita beribadat di masjid....Kena mula dan belajar. I mean, bukan je kita mula supaya tak kekok dan panik atau give up, kenalah belajar camna nak handle. Juga kena mula biasakan anak kita dgn masjid supaya dia tahu masjid bukan je dapat dengar azan dan solat bagi lelaki!