Showing posts with label Afrina Amani. Show all posts
Showing posts with label Afrina Amani. Show all posts

Thursday, August 15, 2013

Girls' Day Out

Sebelum raya tu sempat le aku bawak budak ber2 gi cuci and trim rambut...

It was 3rd time for the kakak and 1st time for si adik...




Fringe raya utk adik...
Ehehhee

Monday, February 18, 2013

Lambatkah?

Ada dua benda aku nak tanya pendapat korang...

1) Due bersalin

Bila aku terkejar sana sini follow up apa yg perlu (terutamanya hal pejabat), org akan tanya balik bilanya nak bersalin ni? Bila aku jawab due awal April, diaorg biasanya akan jwb "Lambat lagi...."..Bagi mak2 pulak, akan cakap -"Issh, tak lama lagii dah kan...Sebulan setengah gitu je?".

Takut jugak membayangkan kot aku terbsalin awal...Kalau awal 2-3 minggu tp dah lps tempoh matang (37 weeks), insyallah laa. Tapi kalau lebih awal dari tu? Mintak le tidak...Sbbnya rasa belum bersedia dan byk lagi benda belum selesai (in fact, storage baju baby dan 'pakaian' dlm pantang pun belum cari) ...Aku mmg byk benda nak kena complete before cuti pjg. So ssh hati jugak kalau terpaksa tinggalkan mengejut!! Kesian staff...

Atau aku ni jenis kalut ??



2) Vocab. Amani

Aku jarang merisaukan anak2 aku lambat bercakap ke apa, sbb bg aku insyallah tahun ke3 nanti petahlah mereka berceloteh...Sbb tak dinafikan, anak2 aku semua jenis 'byk bunyi' walaupun aawal2 sebelum fasih tu mmg banyak yg tak paham dari yg paham.

Bila baca sana sini blog mommies/ daddies tentang vocab anak ke2 ke3 agak lambat....Aku terfikir jugak "Eh, Amani termasuk kategori inikah? ". Mula2 aku agak sbb bila dah anak ke2 ke3 pd biasanya kita dah kurange xcited so terlepas milestones mereka dgn doa dan hrpn, "Alah..Nanti cakaplaah tu.." tapi tak adil kalau terus buat taktau kan??!!

So aku ingat2 semula....Yep, rasanya dlm usianya 2 thn 5 bln ni Amani walapun riuh jugak tapi utk dengar 1 sentence agak jarang...Kalau yg aku terdengar tu pun, sayup2 je dan kena dengar betul2. Contoh yg dia biasa sebut "Tolong bukakan...".."Tolong buatkan..."..Kelmarin tu mcm panjang sikit, tapi aku x ingat pulak apa ayatnya skrg :p  Tolong tu aku taktau mana dia bljr sbb kdg2 kami pun jrg guna dgn Aliah bila dah suruh cepat2 :p Maybe dia dengar Aliah sebut ke taktahu laa...Baguss..Baguss....

Ibu doakan Amani ok2 aje...Nanti pandai cakap mcm kakak, tapi jgn biasakan pelat ye dik?!! (walaupun cute)


Wednesday, September 5, 2012

How To Stay Close to Your Toddler After Weaning



Haa..Tajuk panjang kemain...

Amani will turn 2 on 22th..Sebenarnya dia mmg dah mix susu sejak 15 months - refuse to take EBM...So during past months, dia mmg akan bergayut dgn aku bila aku ada di rumah dan time tidoq. Sepanjang tu jgk mmg susu ada laa wpun 1 oz je sekali hisap...

Sejak puasa dan perubahan hormon ni, aku sendiri rasa mmg dah kering kontang tapi she keeps on it jgk bila nak tidoq siang mahupun mlm...Memang ingat dia akan stop sendiri la mcm Aliah dulu due to hormon change tapi nampaknya, itu tak berlaku. Malah, makin kuat pulak dia bergayut mcm rasa takmo share kot?!!

Nak taknak last week,sebab badan pun kurang fit aku cuba laa menceraikan dia....Sayu laa sgt hati ini bila dia memngongoi mlm2. Mlm ke2 terus hubby amik tido dgn dia!! Sampai la hari ni, dah 5 mlm dia tido dgn hubby..

Aku rindu laa moment2 peluk dia, peluh masam kepala dia, telinga capang dia....Huhuuu....Siang2 pun dia dah tak mintak,sbb hubby kata susu habih-ibu sakit! Huhuuu...Dlm kereta pun sama, dia tak lagi menyelak2...

Semalam sbb rindu sgt, balik2 keja terus jgk aku bwk dia ke bilik dan bagi dia hisap.....Hehehhee. Pastu pe lagi, dia dok ulang2 le. Tapi mlm hubby tak bagi la, dia kata bdk dah nak mula adapt jgn bagi dia confuse!!

Sedihnya...Ntah laa, rasa mcm hilang pulak sorang anak. Kalau yg perasan, aku mmg tak manjakan sgt si Amani ni sbb dari pantang lg hubby yg banyak jaga & layan dia! So bonding aku dgn dia selama ni pun krn susu badan lah...Tapi skrg ni???

Tak sama kalau peluk2 usik2 cium2 sesekali dgn moment mnyusukan dia.....I miss those days !!


Friday, March 9, 2012

Sihat Dah Kot





Sebenarnya 2hari sblum aku gi Sabah hari tu (2mggu sudah),Amani kena cirit birit. Dia membuang sehari 4-5x tapi tadela spai tahap kuar air kosong je tp hampir2 la,everytime mkn tak smpat sejam dah kuar balik!!

Utk menyedapkan hati,mmg kami bwk dia ke klinik la cepat2 (day 3 jgk) sblum aku fly..doc bg ubat cirit & ORS je. Then 2-3hari jgk baru stop dari 4-5x tggal 2-3x je!!

Seminggu lps kursus aku balik ni,dia masih berak dgn lawasnya..Org tua2 kata beralih bulan,nk 'bertuboh'!! Tapi yg merisaukan aku sbb lebih dari 2x sehari n kdg2 color hitam kdg2 hijau...Sampaikan tido tgh mlm pun dia bleh terkincit!

So aku pun google lg jenis taik toddler di babycenter etc :p


Aku tgk jgk food intake dia,tp rasanya dia mkn smua yg tade coloring... Bwk lagi ke paeds. pulak semalam. Paeds.kata sbb dia br baik diarrhea,so salur di usus tu nipis n tak sempat develop smula serta prebiotics (bakteria baik) dah kurang!! Jadi usus dia jd sensitif & kurang absorbation...

So dia bg prebiotics je & suh monitor another 5days (spai prebiotics habis)...Kalau ok, insyallah baik. Tadi (hari ni) tak berak2 dah. Harapnya dah sihat lah....




- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, March 2, 2012

Dah Sampai Masanya...

Sejak dia dmm n cirit birit mggu lps,mmg Amani dah kurang minum EBM...

Sehari aku tinggal 2-3 botol,bila blk tgk mesti ada baki 1-2botol.. So bila kena turun Sabah ahad hari tu,aku tak jerih bangun mlm sbb dah ada stok utk 5h (aku bajet,paling kurang dia minum 3 botol lah-2 siang,1mlm)

Semasa tgh mggu kursus,hubby report si Amani mcm mogok tak minum...So mmg supply pun jd auto.stop mcm ada link pdhal aku pam jgk consistenly-siang 3x,mlm 1x.

Bwk jgk balik EBM lebih kurang 12oz tp 10oz cair...Huhuu.Fail lg travelling EBM! (byk sbbnya,nti aku crita next entry)

Aku dh try subsititute dgn FM yg sama mcm Aliah...Alhamdulillah, nampaknya dh ok la-tade naik merah2 lps minum!! :( In fact,tgk dia mcm suka rasa vanilla FM tu..

Aku redha kalo takat ni je... Janji dia x kurang calcium. Rasanya aku dh cuba yg terbaik 17bln ni! Tp mlm2 n cuti still lg la cuma utk ngempeng ...


Luv u adik...


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, July 19, 2011

Adik

Ni gmbr demam yg muntah2 tu..Sian.


Ni time 3 bulan lebih...


Mengandungkan adik memang agak mencabar...
Alahan itu bkn lagi yg biasa2 n sekejap2!!
Walapun tade muntah, melalui pengalaman kurang deria rasa wpun perut menggigil nk mkn mmbuatkan ibu bersyukur nikmat makan..
Walaupun ramai menjadi tukang telek perut ini,yg keluar adalah si dara jgk
Walaupun melalui contraction melahirkanmu seolah x mau dah,sakit itu dilupa kini..

Adik
Lahirmu yg 'besar' itu bkn seorang
Lahirmu sudah berteman si kakak yg cilik
Lahirmu dgn muka yg mulus lg girang di hati
Lahirmu tanpa tangis yg pjg megubat kerisauan azali

Adik
Kini usiamu menginjak ke bulan 10..
Keletahmu makin mencuit hati
Kamu tidak mahu mengalah lagi
Pada si kakak yg sgt menarik hati

Apa kakak main, adik pasti nak juga
Apa kakak mkn, adik nak sama
Sayang2 ibu..Ada masanya kamu perlu berkongsi
Jgnlah menggulingkan diri, mementingkan hati


Ni 4 bulan kot...


Ibu sayang adik dan kakak!!





Peha ayam yg akan dirindui..
Ni time 3 bulan! Geramnya.....


Monday, June 13, 2011

Amani @ 9 months




Berat = 8.4 kg





Merangkak ala komando





Masih





Juga allergic kpd protein telur!






Masih suka

Bukan gmbr sebenar...




Ibu sayanggggggggggg adik !! ;)

Sunday, April 17, 2011

Budak 2 Pusar



Org kata nakal...Tapi dengan kata lainnya, cerdik & panjang akal. Belum nmpk lg, tp ada la sikit2 ie. skrg takmo dok diam2 dlm kereta-dia akan meliuk lentukkan badannya, kalau ada apa2 dia takleh capai dgn tgn, dia akan kuis2 dgn kaki :p


Golek2 sampai bwh katil...Ni kat rmh nenek.


Hehhee, taktau mana dapat budak ni....

Budak premepuan dgn 2 pusar, OMG !! Aku mmg tak pernah tgk lagi....Hehee, sekali kena kat Amani.

Amani @ 6 months, 7.63kg...Lost 300gm due to fever. Kiranya kalau tak, dah 7.9kg ! Wuhoo...Semangat.

Ohyaa, selain 2 pusar dia nampaknya ada alahan kpd lemak lembu....Eeh, susu lembu !! Sbbnya, apa je mkn yg ada kandungannya susu (tgk kat bhg ramuan/ ingredients) dia makan, dlm 10 minit kemudian akan naikla merah2 pd mulutnya, pipinya dan kalau byk dia makan, sampai laah 1 muka & dia akan mula tergaru2. Selalunya dlm 2 jam merah2 tu akan hilang sendiri ... Pelik kan??!!

Nak kata eczema, tak tahulah....Sbb bhg lain badannya tade laak kesan ruam yg teruk.

Apa pun, moga alahannya hanya sementara !! Kalau idak, susah jgk woo....Kesian dia, asyik mkn moi je !!

Sunday, April 3, 2011

The Formula

Couldn't believe myself, i have surrendered to the formula as early as now..Amani has turned 6mo last 3 weeks and i not really aware when was the exact week she started drinking more than usual!! I was under pressure last week till i didnt' realize the EBM stocks has decreased...The day i realized,i only l left with 5 bottles!! Whoaa...So scary coz amani drinks 8-9 bottles during the day.

My oh my..She really grown up! Maybe due to hot weather too..She drinks double than previous months! Wonder can i cope with night pumping? Another issue,can she tolerate cow's milk since her face became reddish n rashes when we try nestum rice with milk last week (my backup if i don't have enuff time to prepare her food).

I have tried to pump these 4 days in between her feeding time (i was on MC after the audit), but managed to get only .5-1.0 oz :( per session... total only extra 4 bottles which actually equal to only 1 feeding (normally she drinks 2.5-3.0 per feeding)!!! :( As backup for tomorrow, we bought her M#**x G**d with Soy formula...Even my heart say no,but my brain just could not accept letting her drink plain water only....

Will try jus lobak putih tonite!! :((

Thursday, March 10, 2011

Anak Didahulukan,Kesihatan Diutamakan

Dulu time Aliah kecik2, x sampai setahun..Everytime appointment cucuk mesti cuti 1-2 hari n bila rasa dia demam, otomatik akan EL esoknya! Cheh, nk menunjuk kita pun ada anak n byk cuti .. Sbb aku mmg jenis jrg cuti /EL . Satu lg bajet bdk akan meragam bila x sihat n nanti memenatkan datok neneknya!! So cuti 30-35h setahun tu mmg confirm 10-14h sbb anaklah...

Tapi bila mai time Amani, bila dia demam je mesti terkena time aku bz/ kena attend meeting/ training! Kalau meeting, seboleh mungkin aku x suka nak wakilkan staff...hehee,lagipun takut ada isu nti x de yg nak defend/ argue! Sementelah boleh berharap pd datok neneknya, boleh kira je brp hari thn ni aku cuti utk Amani. Kalau org x faham, nmpk mcm pilih kasih lak...appointment cucuk pun aku x cuti sbb selalunya kul 10 dah settle! Bagus KK rawang ni, efisien walaupun tmpt kecik n fullhouse selalu...

Tapi kelmarin bila bdn dia pns n mlm tu demam, mmg aku nak tuanglah!! Tade dah meeting penting nk kena attend, yg ada checklist ISO which is mmg byk n time consuming tp fikir kerja je, bila pun tak habis!! Kesian anak2...Bila dah cutini, baru rasa syok n puasnk gomol2 ajak main...Aku x pnh crita gaknya yg Amani ni kalau compared dgn Aliah time kecik, dia lg independent n x byk ragam!! Kdg2 dlm sehari, x dgr pun dia menangis !!

Since nature dia mcm tu yg seems need less attention, kdg2 x rasa mcm dia anak sdiri n anak baru!! :( Bila demam je, dia meragam...So kesianlah kalau aku ignore jgk peluang ini utk bersama dia betul2 tanpa selibgan bebelan aku pd Aliah / rengekan si kakak!!

Thursday, February 17, 2011

Merata Ceruk

Saya tak bersalah la ibu........



Ye, si Amani skrg dlm fasa bergolek berguling 1 rumah...Jadi memang tak selamat nak tinggal dia sorang2, lama2 lebih 10 minit.

Kalau gi dapur masak, tinggal dia depan TV kat toto....Sekali tgk dah bergolek ke simen. 2x tengok dah nak masuk bwh coffee table !! Nasib tak sempat...Kalau dah masuk terlekat, satu hal lak nak keluarkan kepala yg bulat tu !

Kalau kat bilik tido pun sama, mmg takleh dah tido atas katil....Tapi kalau kat bwh, kat toto pun sekali bergolek2, sampai bwh langsir. Huii, bahaya !! 2x pulak tgk dah depan pintu bilik air....

Haiyaa, ini budak !! Satu sikap paling suka, dia tetap menyengeh apa pun caranya....Org amik, lagi la lebar menyengeh !! Hehehe........

Friday, October 22, 2010

Day 30

Alhamduliilah kami dah sebulan bersama....Syukur berpeluang lahirkan Afrina Amani dgn selamat tanpa sebarang komplikasi dan juga berpeluang menyusukan lagi anak ini dgn susu dari badanku sendiri. Inilah antara sumbangan terbesar aku rasa utk melihat anak2 ku membesar!

3o hari, boleh nak pantang2 ringan kot dah tak tahan sgt....Tapi kan, kalau boleh jgn amik risiko. Aku ni nak kata takut terketaq2 nak buat apa2 tu tak jugak, sbb dah dok sendiri. Still, aku pantang laah mana2 yg aku rasa leh efek aku dan anak. Totally NO to pulut, laksa n meemkn2 sejuk spt ais, pulut, nasi lemak (sbb aku jenis 'angin' 1 badan), mkn2 gatal/ berbisa spt ikan2 dan seafood (upss..tipu, aku ada rasa skit sambal sotong yg aku buat utk hubby hari tu dan ketam goreng utk Aliah..ehhee). Juga aku masih besrtokin dan mandi air panas sbb aku takut bentan! Bentan..Apa ke bentuknya bentan ni? Ada org kata mcm kena seram sejuk menggigil satu badan mcm demam kura kalau kena...Tapi aku takde la kena teruk, kena 2-3 mlm ni dinihari aku tetiba rasa sejuk mcm dlm aircond dalam 5-10minit hingga memaksa aku cari blanket!!!

Bukanlah nak kata kena takut pd bentan ni, apa2 pun balik pd perlidungan Yg Esa...Tapi manusia kan kena ikhtiar baru tawakkal? Pantang larang ni kan utk menjaga kesihatan kita... Kira 1 ikhtiar utk baik, luar dan dalam. Jadi cubalah ikut seboleh yg mungkin!! Anyway, dah day 30 ni..Apa pencapaian kami sekeluarga?


Aku
1. Berat aku latest check, 50kg...Out of 61kg last sebelum bersalin.
2. Perut, peha dah kempis cuma masih ada 'spare tyre" (sikit geleber laa).
3. Kulit perut gelap lum hilang tp no stretch marks.
4. Rambut dah mula gugur sikit...Tak sabar aku nak gi salon, potong pendek ala2 Isabelle.
5. Aku masih cun !! (hhhaa..please...tahan) mcm student persisnya..


EBM
1. Dah mula kumpul day 3 lagi walaupun tak konsisten pump (ikut rajin dan tahap kebengkakan).
2. EBM dah separuh penuh freezer....Pakai botol MLO (duh..makan space, nak pakai botol dadih nanti susah pengasuh nak tukar2).


Afrina Amani
1. Dah chubby skit..Rasanya berat dia dah lebih 3.5 kg (walaupun kerap 'termuak')
2. Dah mula demand utk pangku/ goyang2 lps menyusu dan nak tido.
3. Dah mula suka tido dekat ketiak aku....
4. Dah pandai tgk keliling.
5. Dah pandai communicate (menyut= huuu...huu...bila kami ckp dgn dia)



Aliah Irdina
1. Kakak yg baik dan boleh diharap...Tahu lapkan muntah adik.
2. Tak buat adik dia, walaupun kdg2 aku marahkan dia sbb dia meqap!
3. Dah boleh tuang air dan mandi sendiri....
4. Dah boleh terima alasan spt tunggu kejap, senyap/ cakap pelan adik tgh tido dsb.
5. Nyanyikan twinkel2 little star layan adik dia...Smenetara ibu dia habiskan entry :p

Bukti kasih syg pd adik :p
Ape, dia ingat adik dia robot?


Hubby
1. Memang sgt boleh diharap...Byk kerja rumah dia bantu.
2. Sgt boleh dihaarap sampai aku jadi malas pulak masuk dapur!
3. Ketokohan sbg bapa org dah makin nmpk...Mandikan Amani, layankan Aliah. Emm, actually dlm tempoh ni seboleh mungkin kami takmo Aliah rasa tersisih/ kecik hati!


Kerja Rumah
1. Basuh baju dah kena 2x seminggu.....
2. Penuh juga penyangkut bulat sekali basuh..Bkn 1 penyangkut bulat, 1 besar 2 kecik (Yerla.. Nak gantung mittens n booties dan suar dlm kami lagi :p).
3. Masak memasak jadi ringkas2 aje...Masak 3 lauk dah kira 1 pencapaian hebat lah! hahha...
4. Kerja2 yg aku tak suka, hubby dah langsaikan...Sangat lah suka takyah sental kuali, takyah sental CD, takyah sangkut baju2 kecik, takyah sapu sampah. Pendek kata, ni je 1-1nye sbb aku akan rindukan tempoh berpantang! (Pantang adalah tempoh utk mls...muuahhahhaha).
5. Bhg atas rumah terpaksa diabaikan sekejap sbb aku 'dilarang' naik turun tangga (aku naik jgk seminggu sekali....Amik apa2 yg patut).

Tuesday, October 19, 2010

I HATE YELLOW

Kuning atau istilah saintifiknya Jaundice iaitu penyakit yg kerap melanda baby baru lahir akibat perlahannya system badan nak keluarkan bilirubin (toksik dalam badan) dari badan. Dari pembacaan aku di laman En Google dan terbaru, majalah Aniqah edisi oktober 2010, jaundice ni ada 2 jenis iaitu Jaundice patologi dan jaundice fisiologi (ni jenis yg selalu budak kena dan selalunya tak bhy).


Yg merungsingkan aku sikit sebanyak adalah dah day 27 tapi jaundice Amani belum hilang sepenuhnya! So muka dia mcm ala2 pucat sikit…Mata dah tadak. Ahh, why laa kuning depa ni lmbt hilang?? Mcm Aliah dulu, dekat 2 bln…Prolong jaundice. Amani pun nmpknya sama lah, walaupun sikit je! Nmpk kat btg hidung je……Ikutnya jaundice Amani kuar awal, day 3 lagi so harapan tu ada utk lihat jaundice dia surut spt terlorotnya pusat dia pada day 10 (Aliah dulu day 12 ke 13 camtu). Tapi nampaknya tidak…


Kalau ikut kategori jaundice yg dipreskripsi dalam majalah Aniqah tu, prolong jaundice Amani dan juga Aliah maybe breastmilk jaundice dan insyallah tidak membahayakan! Sbb diaorg still awake and still nak menyusu bila masanya…


Dulu time Aliah check sebulan dan ada lg jaundice, klinik refer ke pakar dan bermulalah episod amik darah dan air kencing...Sakit woo tgk baby kena 'VE'/ amik sampel dari salur kencing dia! Kali ni, hubby tak bg bwk lg takut kena ulang yg sama walhal dulu resultnya tade pe pun! Tade la kena tukar drh ke ape ke...lps 2 bln, kuning tu pun hilang tanpa disedari.

Monday, October 11, 2010

Memang Tak Mudah

Sebenarnya crita ni patut aku kongsi time 1st week kuar tp terlupa dan takde masa...Actually aku melalui 2 kesukaran juga time awal2 tu. Sapa yg tgk gmbr di FB maybe tahu dan tertanya2 jugak apa sebenarnya masalah kesihatan Amani sampai dia discharge lewat dari aku.

Time aku bersalin, day 1 tu aku mmg takleh bangun/ bergerak...Bergerak skit pun aku rasa mcm sakit sgt. Aku bersalin normal tp ntah kat mana salahnya, urat peha aku mcm tersimpul so bhg pelvik ke bwh aku mmg sakit bila bergerak hatta tido mengiring pun! Mmg aku bersalin normal, senormalnya tanpa sbrg ubat penahan sakit-ethonox/ epidural/ pitocin dll sbb tak sempat request dek melayan contraction yg kuat.....so day 1 aku mmg biar nursery jaga Amani.

Bermulalah teori2 perubatan mengatakan Amani tidak boleh hadam, susu diberi semua kuar balik dan suspek she didn't swallow well. As far as aku ingat, dia mmg leh suck sbb 1st hour lps aku deliver aku mmg bagi dia hisap susu aku dulu! So apasal laak tetiba takleh swallow dsb??? So the paed.start antibiotic on her suspect she might infected by sepsis....Nak tunggu antibiotic habis, 5hari so aku mmg kena kuar dulu (kang terjojol biji mata, gaji 4bln kena byr bil hospital laak). While Amani on antibiotic, they also drip her water so she didn't dehydrated. Kami ikut jaa saranan paeds without consult any 2nd opinions,. hoping that everyhting will be fine sampai day 2 aku nak kuar paeds. tu kata takut ada mlsh organ pulak sbb mlm td still muntah (inconsistently) and she might refer her out to surgical specialist. Lucky i'm working at hospital, so kalau betul kena refer pun ada laa kwn nak mtk tlg !


Tersayat ht tgk tgn kecil dia
dibuat begini....




Still with positive mind, kami balik and keep on coming to hospital to visit her and BF her (before i start express the breastmilk/ BM)...dlm pantang, dgn sweater dan berstokin ke wad, mmg leceh. So baru kurasa mcamana ibu2 yg anaknya ditahan di NICU/ incubator slps bersalin. Hari2 dtg visit dgn perasaan bercampur baur dan segunung harapan supaya anak dpt discaj tanpa sbrg komplikasi lagi....

Day 4 only aku manage to express not more than 10ml!! Bayangkan...Betapa gundah gulananya aku day 3 lps urut pun susu takmo kuar. Bengkak pun skit, day 4 tu urut lg bengkak tp still x dpt byk! Both breast only 0.7 0z ....Baru kurasa betapa ramai ibu yg mengalami kesedihan dan kesusahan ini hari2 awal tak dpt BF. Baru kufaham istilah susu sikit!! (sbb dulu time Aliah terus menerus je dari kuar lg, mmg x pernah sedar dia dpt susu ke tak).

Almost give up dan ingat dah tade rezeki dia, but bila hubby tanya nak sayur apa2 ke utk tmbh susu....Then only lps consume lobak putih dan express regularly, baru bertambah dari 1 oz ke 2 oz dan 3 oz ! Alhamdulillah....Nasihat aku pd ibu2 lain, jgn cepat give up. Walaupun skit, kita terus je perah setiap 2-3 jam...At least yg skit2 tu kalau kumpul, dpt jgk byk!\\

Day 5 only aku nmpk rupa colostrum mcmana...Mmg kuning pekat mcm susu pekat manis. tp by day 5 aku bwk, dia dpt minum skit je then dah discaj so direct feeding. Yg pekat2 tu aku dah simpan dlm freezer utk kegunaan masa sesak nanti.


The precious colostrum


Tapi adakah Amani dah dpt the 1st colostrum tu? Kalau bg kemudian pun, x pe ke? Anyway, aku suspet mslh awal2 tu bukan mslh penghadaman dsb...Paeds tu je buat teori. Sebenarnya, dia tak sesuai FM! Tengok...Susu ibu juga lah susu paling sesuai, paling selamat utk dicuba sbb datang dari badan kita sendiri. Salah aku juga, salah aku tak gagahkan diri menyusu dia dari awal :(



Friday, October 8, 2010

Dua-dua pun Sayang

Anak kan...Kecik ke besar, dua2 pun sayang cuma kdg perhatian tu takleh nak disamakan pd masa yg serentak! Ada paham ke? The first few days lps bersalin, rasa sgt chiwee dan kasih syg mcm semua tertumpah pd Amani...Tgk mukanya yg mulus, kecil dan comel rasa sgt bahagia. Terlupa bhw kebahagiaan itu pernah diberi dan dikecapi ketika Aliah lahir dulu. Aduss, sgt kejam perasaan ini - rasa mcm Aliah tiada di sisi, lupa kewujudan dia sekejap!

Itulaah org selalu peringat jgn bezakan anak2...Mmg si ibu tidak pernah berniat, tp dlm badan yg lemah kdg2 setan duk bertenggek di hati. Ya Allah, ampunilah daku, (Aliah, moga kau tak mengetahu wujudnya perasaan ini!)

Melalui tempoh berpantang bersama Aliah...Uhh, kdg2 sangat mentensenkan! Bukanlah dia membebankan, tapi diri sendiri yg belum boleh manage both of them...Tambah2 kalau sorang nak nasi, sorang nak susu. Hubby pula belum balik! Time tu terjadilah keadaan superwomen, semua anggota Allah berikan sgt berguna sampai kalau mampu, jari kaki pun nak pakai....Jadi mcm octopus. Hehehe (bayangkan diri jadi octopus, kepala sendiri tapi byk tangan) !!! Kiri cepung Amani, kanan suap Aliah...Juga kerana nak dia rasa tidak terpinggir, juga kerana cuba tidak mengabaikan dia ;)

Thanks to BF juga sbb memudahkannya sbb kalau nak pakai 2-2 tgn, kalau menyusu botol susah skit laah sbb 2-2 tangan kena pakai utk sorang bayi (nak cepung dan satu lagi nak pegang botol!).

So ada hari2 nya aku terpaksa juga buat keras hati hantar dia...Mmg dia tak mo dihntar sejak aku cuti ni sbb dia nak tunggu baby dsb (selalu nangis juga di rumah MIL bila tingat kami di rumah, dia di rumah nenek) tapi atas nasihat dan juga fikir diri tgh berpantang (takut PND. meroyan), so keraskan juga hati yg sayu ni !!

Anyway, SELAMAT ULANGTAHUN ke3 ALIAH IRDINA buah hati ibu & papa!

Thursday, October 7, 2010

Bersalin ..ok, berpantang??

Aiceh, mentang2 dah lps lalui saat bersalin yg 'mengerikan' (bak kata hubby) tu, terus nak kuar statement "Bersalin tu ok lg, tp nak berpantang 44hari?? Adoilah..." . Heheee...Aku dah masuk day 15 dan aku rasa, adoillaah lambatnya nak jadi day 51?!! Di mana by day 51 aku dah leh enjoy cuti aku dan gaji aku (kuar jln2 dan shopping bersama anakanda2 terchenta!)!!

Berpantang? Dulu mak-mak kita, ibu mertuaku, makcik2 semua sibok bising kalau kita main lps bebas je tak ikut pantang lps dah kuar hospital....Tapi skrg, baguslaah sbb hatta org bangsa lain pun dah mula nak ikut berpantang sbb tahu dan nak dpt kebaikannya.

Tapi amalan berpantang ni, adakah pada pantang larangnya sahaja atau bilangan harinya? Rata2 pendapat kata kedua-duanya main peranan...Yer, kalau kedua-dua sekali pun kenapa mesti 40hari? 44 hari? Takleh sat2 ja ka, 20hari (kalau betul boleh, aku nak melompat dah sbb tinggal baki 5hari je lagi..hhehe), 30hari?? Dipercayai bilangan 40hari ke atas tu adalah tempoh yg cukup 'cantek' utk badan soerg wanita tu pulih dari kecederaan dalaman dan luaran serta mendapat cukup overhaul (tenaga)...Haaahaa.

Secara rumusannya, dari pembacaan aku beberapa sumber majalah, amalan berpantang ini merangkumi 5 perkara utama ini:-

1) Berurut - minimum 3 hari, maksimum ikut suka, elok2 nya 7-14 hari.
2) Bertungku - seluruh badan
3) Berbengkung
4) Menjaga pemakanan
5) Menjaga tingkah laku dan pergerakan

Kebaikan-kebaikan di sebalik 5 perkara itu :-
1) Berurut - Utk betulkan urat2, keluarkan angin dari dlm badan, memberi tenaga semula kpd badan
2) Bertungku - Utk panaskan badan, keluarkan angin dan percepatkan pengaliran keluar darah nifas
3) Berbengkung - "Lihat perutku yg ramping....", ye tidak salah lagi utk bantu kempiskan perut dgn cepat dan yg tersirat pulak, bila berbengkung jalan dah mcm minah Jepun pakai kimono so takdala buas sgt dlm pantang!
4) Jaga pemakanan - Takleh makan mkn2 yg sifatnya berbisa, gatal dan berangin utk elakkan perkara 1 hingga 3 jadi sia2 :p kalau dah buang semua angin, pi refill balik kemudiannya, so sendiri mau ingatlah!! Huhuu..
5) Jaga tingkah laku dan pergerakan- Ni sama jgklah, takleh kuar bebas sebarangan pi merendek ke berjoget ke berkaoroke kat RedBox ke! Kena dok dlm rumah..Fullstop dan pakai stokin serta sweater (sungguh gila sbb cuaca skrg sgt panas/ berkuap) sbb takmo bagi anasir2 setan dan sejuk masuk badan.

Sejauh mana kita nak iku? tanya diri sendiri sbb badan sendiri yg akan rasa akibatnya...Mungkin tak skerang, tp dipercayai 10-20 tahun lg akan rasa (sbb pengalaman makcik2 dan kakak2). Aku? Nanti laah next2 entry aku crita....Anyway, aku jugak ada nak share pasal pantang sendiri/ amik Confinement Lady (CL).



* Hari aku antar Aliah ke rumah MIL. So masa free dan tak rasa nak tido
leh le post entry2 yg byk bersarang dlm kepala otak ni! Heheee....

The Labor Story...

After 2 weeks, thia is my first entry dalam pantang ;) Ingat tak entry aku yg mengira hari utk melahirkan? Yeah…Masuk 39 weeks, aku still x nampak tanda2 aku akan melahirkan dlm masa terdekat (that week) sampai 1 tahap aku dah sesak nafas tido (tak selesa), hati agak gundah gulana (risau) dan juga sedikit geram (sbb dok ingat diri mcm org lain, bersalin awal 2 minggu= week 38) hingga hubby offer suruh induce je kalau this week pun still nothing! I just don’t know what to expect ….

On 22nd, masuk HOD meeting for the last before cuti panjang…Even the big boss kata “Eh, u ada lagi??” dan ramai yg lain pulak kata muka sgt sembab dan bdn sudah sgt besar. Huhuu! Abih camno-dah belum sampai lagi masanya….Ada anest. (pakar bius) pulak siap offer utk c-ser. Eh, apahal laak??!! Kalau ikut takut, memang la nak c-ser je..By this week, aku rasa berat baby dah reach 3 kg. Dari lps meeting sampai ptg, perut pula mengeras-ngeras…Dah sampai masa ke? Yg pastinya mengeras tu bkn contraction….

Mlm tu aku tido x berapa lena sbb asyik buang air besar, kemudian bila nak tido rs period pain..Contraction gitu. Tapi ak kuat laa, tak sampai back pain..So maybe just False Alarm? But it keep on coming every 20minutes I guess…So cuba jgk pejam mata tp x leh tido. So aku bangun siapkan beg hubby dan Aliah, rasa mcm start esok nak balik tido rumah MIL lebih dekat dgn tmpt nak bersalin. Sambil siap mmg tak rasa la sgt contraction tu. Ingat nak sambung tido laah 12.30 tu, tunggu esok je pegi terus amik MC ;)

Tapi still contraction tu datang…Tak stop2! Eh, takleh jadi ni…Kejutkan hubby, ajak pegi jgk rumah mak dia. Angkut la segala brg (expect nak tido sana 3-4 mlm) dan Aliah. Dlm keta, rs contraction makin kerap walaupun sekali dtg, sakitnya dlm 1 minit je! Mcm lalu2 je…Eh, betul ke dah dekat? Dlm perjalanan, sambil sembang dgn hubby last2 takleh sembang. Tgk2 jam, contraction makin dekat! Dah jadi every 5 minutes….Takleh jadi ni. Harap tak terberanak dlm keta laa!

Sampai rmh MIL, rs mcm terkencing tp x panas...cair je. Waterbag pecah dah la ni! Adoih..Panik jgk sbb tak dpt expect brp lama baby leh bertahan tanpa kantung dia (takut baby lemas). Cepat2 hubby drive ke PMc tu, 10minutes dah sampai (thanks to time sbb sakit awal pg, mmg keta tadak) :p Checked by doctor on call, dah 2cm dilated. Terus warded! In ward, mmg contraction getting stronger. Rasa tak sampai sejam (yg my gynae suruh nurse dia monitor CTG sementara dia sampai), aku dah rasa mcm nak terberak (which is a 'normal sign dekat dah nak teran).

Check lg, dah 6 cm dilated terus depa tolak aku ke labor room...Issh, sempat sampai ke gynae aku ni?? Dalam 5-10 minit camtu aku dah rasa urgency nak push! Ahh...Tak kiralah sapa sambut, dah takleh tahan2 weh! Nurses lak keep on asking me to tahan nafas lagi...$%^#&^*#*$($ Ahh, aku dah nak push. Sekali bayang2 aku nampak gynae aku dah kat dpn aku dah! ;)

Push lama jgk...Rasa tak terdaya, rasa mcm boleh ke ni?? 4x jgk baru semua selamat kuar... Alhamdulillah, hubby sentiasa di samping aku menjadi tmpt pemegang yg kuat :p dan seraya itu terdengarlah suara kuat baby ke3 kami...yg dinamakan...



AFRINA AMANI

(Afrina = Putih kemerahan, Amani=Cita2 kami)