Showing posts with label Aliah on Action. Show all posts
Showing posts with label Aliah on Action. Show all posts

Monday, May 14, 2012

Hari Sukan

Dah besar laa anak aku...Sports Day pertama dia...Dia masuk 2 games je ikut umur dia ..Game 1, Isi Air Dlm Botol dan Game 2, susun huruf vokal (AEIOU). Dua-dua games team dia dpt no.4 je dari 5 ! Huhuu..Team dia ada laak yg mamai2...Takpala, amik pengalaman je.

Hari tu sangat le panas melekit2...Kul 12 jgk baru selesai semua. Apa2 pun, fun la !! Rasa terharu dan sebak bila mula2 mereka masuk berarak dan perform gimrama pembukaan tu...Macam tak sangka, Aliah dah 5thn !


Let picca do the talking....Tak byk le dpt upload sbb selebihnya dlm DSLR.


Perarakan masuk


Comel anak ibu....In Blue Team (Biru Juara...ehhe hee)

Adik disuap kakak....

Aktiviti 'baik' sementara tunggu kakak...


 
Minum bersama geng...

Topi buat sendiri...Kreatif jgk depa!


Jadi laa...Ibu dia masuk musical chair,

Monday, April 2, 2012

Sakit Gigi Tampal Koyok



Org kata selain sakit beranak,sakit gigi adalah kedua jatuh ranking sakit paling sakit dlm dunia... Sakit nak dijemput Malaikat Maut tu lain ye (huhu...).

Org lelaki yg tak pernah sakit beranak pun bleh buat comparison camtu, hadoi laa...Aku tak ingat pernah dak sakit gigi sampai takleh tido atau takleh buat apa2 melainkan mengerang/ meraung.

Tapi bila si Aliah mengerang sakit gigi, selain nak tunggu sakitnya surut (due to weekend-takde klinik gigi kanak2 / ada kinik lain tapi x confident nak bwk), utk mengurangkan dia mengerang tu kami pakaikan dia myk Cap kapak/ Yu Yee dan koyok (Salonpas laa brandnya sekarang) dan last option kalau dia takleh tido, bagi laa ubat demam (PCM).

Ni memang 'blusher' wajib
kalau sakit gigi tapi nak kuar jugak..



Selalunya lps pakai koyok dan bagi PCM, dia boleh laa tido 3-4 jam dengan aman....Kalau tgh mlm, memang baisanya dia dapat la tido sampai ke pagi (kami jugak :sigh:) tapi kalau siang, hilang sakitnya tu kami tak dpt jugak rehat!! Sebabnya dia akan mendapat 'gula' (bertenaga) semula spt takdak apa2 berlaku 2-3 jam sebelum tu...Apakah ???

Bila bawak gi paeds.dentist, dia kata "Puan...Ini bukan sakit gigi. Dia sakit2 tu sbb berlubang je dan bekas scaling hari tu dah 'haus', so bila masuk makanan terutamannya air sejuk/ panas itu yg ngilu!" Ohh...Gitu ke. Aiseh, apa2 pun sakit berkenaan gigi bagiku adalah antara sakit2 yg aku rasa susah hati sbb tak dpt membantu!

Setakat ni, dah 2x dia kena 'sakit gigi versi ini'.....So dah 2x laa tampal tahun ini saja !! Selagi FOC, selagi takde bengkak2 dentist kata no need for operation/ buang gigi itu...Tau tak, aku rasa mcm nak beranak je bila nak bwk dia gi dentist mula2 tu (sbb takut dentist suruh cabut gigi).

Tgk..Bila dah baik, kemain eksen !!


Thursday, January 21, 2010

Bosses

Boss 'besar'
(nampak gumuks kan gambar sisi?)

Boss kecik...Serious nampak? ;)

Thursday, December 31, 2009

Hasil Kerja Anak Tercinta

'White board' home made...


Muka cartoon yg dia lukis...



From Aliah's and ibu's kitchen....


Ni lah hasil kerja saya!

Friday, September 11, 2009

Lullaby for Your Sweetheart

Ada tak? Lagu yg korang cipta sendiri la selain dari 'lagu2 rakyat' dan nursery rhymes lain...Aku ada cipta satu melody (chewah, mcm compose lagu Juara Lagu je) which is tade lirik tp ala2 tempo gendang.

Tadi sambil menaip, terasa nak 'menyanyi' lak lagu ini...Sambil teringatkan Aliah. Yg bestnya skrg, Aliah dah pandai ikut sama kalau dgr aku nyanyi lagu ni dia akan 'banging' kepala dia ke kiri ke kanan.

Tuk ke tuk...ke tuk...tu ke tuk...tu ke tuuk..ke tuuk...tu ke tuk...tu ketuuk...

Hahahh! Weng........


* Ohh, kesan ubat inject adalah sama dgn ubat telan = Mengantuk

Wednesday, September 9, 2009

Asal Bumbung Menjadi Kapal Pisang

Dulu aku gila membeli inhouse game untuk jadikan playgym Aliah since kami tak hantar dia ke taska..Jadi mungkin tak byk brgn lah spt slide ke ape ke utk dia main. Kira setahun gak aku simpan brg2 gini baru dpt main ;)

Tu pun gigih la nak mengepam sbb pam basikal kecil biasa2 tu lambat skit anginnya nak penuh.... Haaa, memang mendera lah org yg kena pam tu!

Tapi Aliah suka bukan main......

Mandi kat dlm bilik air...Haruslah berbogel ;)

Hahaa...Ni lah kapal (pisang mulanya Aliah kata-bentuknya) asalnya adalah bumbung kpd pool tadi tu.



Pastu dijadikan begini oleh Aliah...Dia syok naik kapal ni sambil berlagak menghayun mcm buaian ke depan ke belakang dan kemudian tido pulak.

Tengok kakinya, kemain berlagak lagi dia berlakon...


Fokus dekat..Masih berlakon tido, sambil pejam2 mata!

Tuesday, September 8, 2009

Betul Kah?

Mitos org tua pasal nak dapat adik kpd anak pertama...

1) Anak pertama tu suka hisap jari kaki - ni applicable utk anak di bawah 10 bln belum pandai berjalan (tak pernah lagi kujumpa yg dah leh jalan, sambil berdiri hisap jari :p)

2) Anak pertama tu tunduk-tunggeng tgk celah kangkang (mcm org kata bila nak tgk hantu) - baru dengar dari MIL semalam (lately mmg Aliah suka buat gitu,tak tau mana dia tiru).

Emm....Tengoklah mcmana kalau ada rezeki. Rezeki itu Allah tentukan! ;) Sbb mitos pertama dulu mmg ada Aliah buat tp tak terbukti pulak....Hahhaah. Jangan percayaa, saja syok cerita. Nak tahu ada lagi tak mitos lain yg pelik?

Baru Balik Dari Labor Room
Selain dari Mortuary, labor room dan OT serta ED Yellow Zone juga adalah tempat yg seram dikunjungi bila bertugas di hospital. Tadi baru balik tgk jiran di labor room, bunyi CTG machine itu buat jantungku berdegup kencang jugak mcm aku yg nak bersalin. Aiyak!!