For the kids laa...
Sebenarnya depa dok habaq kawan depa laa org tu laah ini laah pi Legoland memang tak pernahnya aku terpikat utk masukkan dalam list utk family vacation. Sebab utama tentulah sebab mahai, pastu kat Johor je spend byk tu pastu kat Johor nak pi mana lagi?? Macam balik kampung jer...
Tapi sampai dah nak habis sekolah pun aku still x bleh decide nak pi mana utk cuti sekolah bulan 12..
Mr hubby mmg tak amik port bab cuti2 ni so apa2 aku plan and decide, later dia join jer! So cakap2 jgk le mcm ni kat Aliah...Kalau result Aliah okay, boleh dapat no 10 ke bawah (sebelum2 ni no dia asyik 12-13-14 je) insha Allah boleh pi !
Tu kata rezeki budak2....Dengan cuti jerebu yg panjang, dia ada byk masa utk aku tengokkan revision. So alhamdulillah dapat no 5 dari 45 ! And furhrermore, no 30 dari 275 darjah...Means dia akan naik ke kelas no 1 !! Aku mmg speechless and sangat happy tgk keputusan dia....Budaknya taktau per lagi, sampai 2hari terakhir baru cikgu bagitau kelas. Happy sebab usaha dia buat revision (of course le aku kena jek2, paksa2 sikit) berbaloi! Dan mmg tak sangka,...Akhirnya dapat kelas no 1! Dulu masa mula2 sekolah, dia dpt kelas no 3 dan tak pernah naik pentas ambik hadiah, mmg agak frust lah. Sebenarnya dgn result no 5 tu pun, dia tak dpt ambik apa2 hadiah tapi aku dah cukup puas hati dan bangga sgt tengok peningkatan dia tu!
So ke Legoland laah kami cuti sekolah 2015..
Aku book bilik hotel masa akhir bulan Oktober....Book tu reserved room ja, tak charge lagi. Oklaah kalau last minute tukar decision. Since bilik Legoland Hotel amat mahal..Kalah Lexis..So kumpullah duit banyak2 dan 'pejam' mata nak book.
Aku ambik Standard Room ja theme Kingdom-RM975 per night! Per night....Bilik paling mahai seumuq hidup aku pernah duduk. Tapi bilik dia mcm suite, siap ada bilik kanak2 dgn double decker dan bfast mmg cover whole family.....Kira berbaloi jugak. Kalau bukan cuti sekolah, rate dia mungkin lebih rendah. So kalau teringin, boleh try bukan cuti sekolah ! Actually budak2 ni tatau pun kewujudan hotel ni.....Depa ingat Legoland ja. Aku yg tingin...hehhee....
So gaji bulan November baru aku book tiket Legoland....Utk makluman korang, Legoland ni ada 2 section . Satu waterpark dan satu themepark! Boleh surf sendiri kat website official dia dan blog2 lain yer..Since bajet dah banyak ke hotel dan Ariana masih kecil. Aku pilih waterpark sahaja! Some more Ariana masih FOC tak kena caj (below 3 yrs)...So aku hanya beli tiket 2 dewasa 2 kanak2 laah ! Tu pun dah cekau RM356....Selepas booking print jer terus online.
Next entry aku akan crita detail trip yer....