Showing posts with label Aliah's Milestones. Show all posts
Showing posts with label Aliah's Milestones. Show all posts

Monday, May 14, 2012

Hari Sukan

Dah besar laa anak aku...Sports Day pertama dia...Dia masuk 2 games je ikut umur dia ..Game 1, Isi Air Dlm Botol dan Game 2, susun huruf vokal (AEIOU). Dua-dua games team dia dpt no.4 je dari 5 ! Huhuu..Team dia ada laak yg mamai2...Takpala, amik pengalaman je.

Hari tu sangat le panas melekit2...Kul 12 jgk baru selesai semua. Apa2 pun, fun la !! Rasa terharu dan sebak bila mula2 mereka masuk berarak dan perform gimrama pembukaan tu...Macam tak sangka, Aliah dah 5thn !


Let picca do the talking....Tak byk le dpt upload sbb selebihnya dlm DSLR.


Perarakan masuk


Comel anak ibu....In Blue Team (Biru Juara...ehhe hee)

Adik disuap kakak....

Aktiviti 'baik' sementara tunggu kakak...


 
Minum bersama geng...

Topi buat sendiri...Kreatif jgk depa!


Jadi laa...Ibu dia masuk musical chair,

Wednesday, November 16, 2011

Penternak Berjaya

Insyallah-kalau diizinkan Allah anak kami akan jadi penternak berjaya...




Yg mana satu-yg kiri ke yg kanan? Ooh, budak yg 2 pusar tu kot...Sbb org kata bdk 2 pusar ni tangannnya sejuk! Bkn sejuk sbb pegang ais,tp menjadi la apa dia tanam/ternak sampai kami pernah terfikir pelan persaraan kami adalah Amani Goat Farm :p

But eeuwww...It's a nightmare kalau binatang yg lain diternak!!




Ohh yess...Sebenarnya si kakak manis ni dah menjadi penternak kutu!! Masalah 4-5 bln lalu,kembali....Ni sahih bdk2 ni bukak tudung sesama kwn di tadika!!!

Her first saloon treat would be soon husband kata!! Sian kakak, habisla rambut jadi mcm adik (?)






-Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, June 9, 2011

Pitams **


Ada satu hari dia kata "Aliah nak jadi artis...Leh makeup2 !!"

Pitams mak !!!










Pastu dia bg gmbr adik dia kat nenek....Dia kata apa tau??
" Nek, ni gmbr artis bogel !"


Bogel sikit je 'artis' ni..Topless!

Monday, April 25, 2011

Bakteria Baik Bakteria Jahat

Banyak benda kdg nak kena buat cerita baru leh explain dgn mudah bg budak2 ni paham...Aku jenis tak suka n tak reti nak cerita karut2 / tipu dgn budak. Well, mungkin ada yg tertipu tapi biarlah tipu dgn logik sikit !!

Ni contoh aku cerita kat Aliah bila mlm2....

Kisah 1
Ada 1 mlm tu dia ngadu sakit perut...Ntah betukl ntah tidak, ngelat taknak susu :p

Ibu : Minum la, nanti bakteria baik dpt power baru leh lawan bakteria jahat dlm perut aliah
Aliah : (2-3 minit lps minum) Dah, dah baik...Bakteria boleh balik.
Ibu : Dah baik? Bakteria mana leh balik, dia dok dlm perut Aliah laa..
Aliah : Mana boleh, dia kena balik rmh dia....
Ibu : Rmh ? Mana rmh dia ?
Aliah : Tu dpn tiang tu, kat luar...Tepi longkang
Ibu : Oh ye ke....(ngeh..ngeh...)

Kisah 2
Kes papa dia tak berjaya godaan, papa dia terbeli la jugak gula2...2 biji gula2 susu, 4 biji gula2 manis.

Ibu : Takleh makan la gula2 tu manis, nanti gigi Aliah rosak...
Aliah : Boleh laa...
Ibu : Tak boleh...Nanti gigi tak kuat, sakit...Sapa susah?
Aliah : Nanti Aliah makan le gula yg susu ni, baik laa...
Ibu : (dush...dushh....) Hmmm..........Yerla...
Papa : Kalah ?? (sambil sengeh)

Oh anak.................

Tuesday, March 22, 2011

Nak Kahwin Dgn Siapa?

Di suatu petang, di dalam kereta....


Ibu : Bilik tu nanti kita letak katil single, yg bleh tarik bwh...
Aliah : Bilik Aliah ek ibu?
Ibu : Yerla...Nanti Aliah tido dgn adik key??! Aliah kata nak tido dgn adik kan...?
Aliah : Habih papa?
Ibu : Papa tido dgn ibu laa.....
Aliah : Eh, mana leh tido sama? papa kan lelaki?
Ibu : Bolehlaa, sbb ibu papa dah kahwin....
Aliah : Alaa.......Aliah nak kahwin jugak!!!
Ibu : Haa??? Aliah nak kahwin...Nak kahwin dgn siapa lak??
Aliah : Aliah kahwin dgn adik laa.....
(time ni aku dah nak guling2 dah ketawakan dia)

Papa : Adik, adik nak kahwin ke dgn kakak?
Amani : nga....ngaa....baa...baa.........(sambil hisap jari & menyengeh)



Hahahahahha

Tuesday, February 22, 2011

Bawak Ke Tak?

Sejak htr Aliah ke nursery last November,almost everymonth dia demam..Selalunya demam dia mmg x lama,dlm 2hari kebah la tp selsema n batuknya tu mesti berlarutan sampai 2minggu baru clear betul! Di saat ini,aku tgh berjaga tgk bdn dia yg tgh panas..Disebabkan selalu demam tu,memang stok Pcm a.k.a Paracetamol tu ada jerla dlm peti ais... Kami selalu monitor sendiri je suhu dia guna digital termometer tu! Kalau rasa je bdn dia pns n perut pun panas,mmg terus akan verify dgn termometer n kalau cecah 37 je aku bg Pcm walaupun patutnya 37.5 ke atas baru dianggap demam...

Bukan pe,buat termometer tu weng ke sikit dsb tak pasal2 kang menyesal lak jadi fits ke apa...Mmg paeds.kata normally kalau nak kena fits,mmg history makpak budak tu pun pnh fits and me,mmg x pernah cuma hubby,x tahu lah!! Lagipun,takut nk amik risiko...Cuma perlu ke kira bwk ke doc./klinik everytime bdk demam since skrg pun kalau tak berlarutan,mmg doc takkan bg antibiotik punya....Tadi sblum tido tine belum dmm cuma batuk2,dia dah batuk sampai muntah2...

Monday, January 31, 2011

Adik Manees.........

Adik manees...........(baca ikut mcm Bangla/ India selalu cakap)....

Selalu kami kata kat Amani...Adik manees..........Walaupun asalnya panggilan tu pd Aliah bilamana dia selalu tonjol2kan diri kat carwash depan tu.

Asal2 Adik manees....kat Amani....Last2 jadi gini...


Adik manees..........
Ibu manees.....
Papa manees.........
Atok manees.......
Nenek manees..........
Acik polis maneesss..................


Ahahhahaha!! Tu belum lagi google jadi good girl...chicken chop jadi chincop....tomyam jadi Tok Ayam.....Hahahahh! Gila nak gelak sampai guling....Puas nak suh dia sebut Tom Yam (terpaksa kata Tom, yg tom & jerry tu),

Friday, December 24, 2010

Kena Campak La Pulak !

Tade sapa2 kena campak/ buang tapi si kakak kena campak/ measles...

Adoiih aii, baru lega Amani baik demam..Si Aliah pulak kena measles. Baru nak kuar !! Dah le budak ber2 tu tido sama2, takkan nak post Amani tido rmh mertua seminggu 2 !? Huhhu... Kesian dia nanti.

Aliah mmg tak berapa sihat dah sebulan, demam-selsema-batok dah dekat 3 minggu...Demam dah baik 2 minggu dah, tp batok dan selsema yg tak baik betol. Alih2 hari ni kuar measles plak ! :(

Dah check kat taska tade sapa yg baru baik, so aku suspek kena kat spital time bwk dia check batok 2 minggu lps....Time tu, mmg ada budak sebelum dia dtg check sbb measles.

Tadi MIL call, Aliah tgh nangis...Nak aku. Merenyam laa tu badan dia gamaknya !! Whuaa... Sgt tak tenteram di opis ni okay ?!!


Thursday, September 23, 2010

Cerai....Cerai...Cerai....

Banyak jugak cerai dlm milestones anak2 ye....

1) Cerai susu dan botol susu
2) Cerai pampes
3) Cerai tempat tido
4) Cerai bantal busuk

dan lain-lain...


Sptmana cerai-cerai, memang org yg terlibat akan melalui satu tempoh yg agak sukar! Huhh.... Bagaimana korang lalui proses cerai2 itu semua ???

1) Cerai susu ---Mulanya mcm susah, tp alhamdulillah dibantu oleh hormon mengandung ;)
2) Cerai pampes -- Susah juga, sedang melaluinya...Tidak mendapat kerjasama dan komitmen yg padu dari empunya diri. Hmmmhh !!
3) Cerai tmpt tido -- Belum ada perancangan, tp rasa2nya dia akan melaluinya juga bila adik dah besar nanti...........
4) Cerai bantal busuk - Tak perlu kot, sbb tade apa2 setakat ni yg jadi 'busuknya' kecuali ketiak busuk ibu/ papanya! Heee..............

Monday, September 20, 2010

Di Sebalik Ramadhan & Syawal Ini

Aliah dah become a big girl...


1) Dah tak takut org...Boleh main dgn sesiapa je walaupun baru jumpa! Contohnya di masjid time tarawih...

2) Dah boleh kayuh basikal 'budak besar'...Bolehla nanti birthday, kami belikan basikal baru.

3) Sangat sayang pd adiknya....Selalu cakap dgn baby dan kdg2 terbiasakan dirinya sbg 'Kakak'! ;)

4) Dah pandai 'lipat' baju....Hampir kemas mcm kita walaupun lipat 2 ja (baju dan suar lipat 2x ja).

5) Dah pandai appreciate ibunya...Thanks to iklan susu! "Ibu...Ibu, engkaulah ratu hatiku!..Bila ku berduka,engkau hiburkan selalu..."


Ibu sayangggggggggggggggg Aliah !
(tapi ibu tak laratlah nak garukan Aliah sampai tido...)





Friday, September 17, 2010

Makna Raya Bagi Budak 3 Tahun

Apa makna agaknya ye? Apa aku nampak, yg lebih menonjol adalah penerimaan sampul berisi duit (yahoo...duit raya!) time nak bersalaman....

Sebelum balik ke Alor Setar lagi, aku dah hints pd Aliah...Yg kita dah nak raya, dah habis puasa, tak solat terawih lagi dsb. Tapi memang aku terlupa bab ziarah menziarah dsb. Namun bila raya pertama dll, mungkin juga terdengar sepupu2nya yg lebih tua bersembang, fahaman bahawa akan dpt duit bila salam itu termasuk juga ke mindanya!!

Akhirnya, bila dlm keadaan yg luar kawalan (ketika dia dah boring/ mengantuk) dia akan cepat2 ajak balik dan kata nak duit raya. Dahla Aliah dah fasih bercakap, mmg boleh dengar laa kat org kalau dia sebut nak duit raya !! Huhhhu...Dlm kereta, terpaksa remind dia yg kita ni gi beraya nak jumpa org2 lama tak jumpa dsb. Jangan minta apa2, tapi kalau org bagi cakap je terima kasih!! Alhamdulillah, nampak juga kurang kebecokannya itu.....Hehhee!

Harap2 tahun depan dia lebih memahami!

Tuesday, August 31, 2010

Potty Train

At first, i plan to potty train Aliah during my confinement period but then when i think of how busy i am going to be to adapt with my two children and myself, then i started her potty train last weekend...

First day, out of 8 times she pee...Only 2 times she managed to go to toilet! The rest, hahhaa...She told me once she done! Haaa...Lucky is not the 'big thing'!!!

On Saturday and Sunday...Almost okay, from 5 times (the other 3 times she pee in CD) she reduced it to 2 times only (kes tak sempat bgtahu!). Good girl....

Hope her grandma. can continue doing the same (potty train) today onwards!

Monday, August 16, 2010

Seronoknya!

Weekend yg bermula dgn hati terguris dek staffs....tapi berakhir (mlm tadi) dgn satu kegembiraan. Kegembiraan sbb dapat gi terawih di masjid!

Ye...Mlm tadi, alhamdulillah diberi kekuatan dan kesihatan yg agak baik utk menguatkan tekad ke masjid. Juga bersama Aliah! Persediaan adalah membawa air kosong serta bantal utk Aliah baring jika mengantuk....

Aliah juga walaupun nampak letih, tetapi amat baik...Well behaved! Well done my lady.....Dari isya' lagi dia dok sebelah, time baca doa dia patah balik ke belakang sbb amikkan beg dan bekas air yg kami tinggal sbb aku ubah saf kedepan. Aku jerla, sedikit mengah time solat Isya' sbb agak lama! Time terawih, semuanya berjalan lancar hinggalah tazkirah...Aliah pun turut sama solat time rakaat ke4 tarawih, how sweet! Cuma tak pakaikan telekung je....Hehhe!

Ibu bangga dgn Aliah tau ~!~

Monday, July 26, 2010

A weekend nightmare..

Anak anda kerap jatuh tak? Ha..Hati2 lah. Selalunya kita ambik ringan je tambah2 kalau budak tu tade kesan lebam dan nampak aktif. Tapi sebenarnya mcm2 leh jadi kalau kita lambat bertindak!

Mlm Ahad tu kami ke Tesco...Aliah mcm biasa laa, tgh aktif tu lasak lari2. Sekali dia lari ke papa dia, kaki dia terflip dan tersembam ke simen. Menangis la kejap! Lepas tu tgk tade lebam / benjol pun...Dia pun tak nangis. Kami dinner dan beli brg sikit, then balik.

Dlm keta dia dah dizzy,mmg dah kul 10.00 mmg ngantuk sgt dah...Sambil tu dia kata sakit kepala, pening. Picit2 lah, dia ngantuk sama kan??!! Biasalah bila nak tido, dia nak sentuhan tgn aku jgk... tak usap2 belakang badan, usap kaki ke tangan ke ape ke mesti dia akan cepat tido! So balik, salin baju semua nak tidokan dia maish kata sakit kepala, pening. Pastu dia kata sakit kaki laaak, pdhal kat Tesco byk dok dlm troli je! Usap2 la picit lah sampai dia tido...

Kul 2.30 camtu dia terjaga, kata sakit kaki laah...Sakit kepala lagi. Dia bangun nak minum air, dia muntah skit. Aduhh, aku dah risau! Terus teringat entry aku pasal jatuh tu! Pujuk dia lagi smabil picit2 kepala harap dia dpt tido, sok pg je gi clinic...Dia muntah lagi sekali,byk skit! Picit2 pun takleh tido...Aku dah susah hati gila time ni, terus kejutkan hubby ajak bwk hospital jugak time tu! Terus pack brg, punya takut siap pack baju and diapers dia takut kena admit ward...

Sampai di hospital time nak turun lagi sekali dia muntah..........Dgn byknya (habih kusyen keta aku :p)! Ya Allah, Tuhan jer yg tahu betapa aku lagiiiiiiii cuak time ni. Dia masih ok, tak lemah apa. Register dan consult and doc.order for CT Brain Scan (CT-Scan)!! Ada doc.houseman yg mcm bangang, tp aku sabarkan jerlah sbb anak tgh sakit even kalau aku ingat aku HOD hospital tu aku dah sound balik dah...............

Nak scan, Radiologist kata better budak tido sbb takut nanti dlm mesin dia bergerak2....Pulak! So patah balik jumpa doc., doc. bagi 8ml ubat tido. Dekat sejam jgk baru Aliah betul2 tido! Time hubby letak dia kat mesin tu, sedih sgt...Aku dah menangis dah. She's too young to undergo such treatment sbb tahu jerla, XRay procedure byk kesan radioaktif (nanti aku buat entry khas kesan2 radioaktif pd peringkat2 umur seseorang). Cannot blame the poor girl! Budak tgh lasak, kami yg cuai tak tgk dia betul2....

Ni mesin MRI tapi lebih kurang
ginilah mesin CT Scan pun!

10 minutes afterthat dpt view result....Alhamdulillah tade apa2 fracture at skull/ no sign of bleeding. Doc. bagi PCM je kalau dia still sakit/ demam then doc. suh oberservelaah! Kalau still muntah, kena bwk semula...Alhamdulillah, kami balik subuh tu sampai tghari, sampai mlm dia dah ok takde apa2 simptom yg mencemaskan!

Satu pengajaran buat kami, supaya lebih berhati2 dan kawal Aliah dari buas sgt (kena laa teman dia naik/ turun tangga lps ni)....Kalau laah jadi apa2 mlm tu, memang menyesal kami! Dahla tak senang dapat dia.....Huhhhuu !!!

Friday, July 23, 2010

Now I like..

Dulu, Af1 sampai AF8 tak pernah sibuk nak tgk...Sbb?Sbb tade Astro...Org cerita pun, tak teruja sgt nak tgk.

Tapi skrg ni.....Sama jugak!! Hahaha...Tak minat jgk nak tgk rancangan2 gitu cumanya rasa bagus skit Astro ni dari channel sedia ada terutamanya on kids programme.

Kalau skrg ni, makin lama makin aku malas nak bukak channel2 itu time Aliah awake....Iklannya mesti ada :-

1) Citer hantu
2) Citer telenovela seksi
3) Citer kartun ganas
4) Realiti TV - nyanyi, nyanyi, menari


Tolong laah wahai Kem.Penerangan! Sampai bila nak besarkan generasi dgn budaya hedonisme camni?? Tgk bangsa lain, tade pun hegeh2 nak tgk no.(1) dan nak masuk no.(4)! Balik2 bangsa kita ni jugak yg mundur................Tak membantu langsung perkembangan budak2 !!

Friday, July 16, 2010

Kesiannya kat Baby Skrg

Korang sure sama bengang dan tahap x tau nak cakap pe dah dgn kes2 buang bayi yg berlambak disajikan oleh akhbar harian....Aku adalah sama. Aku mmg jarang menunjuk gmbr bayi2 malang ini pada Aliah sbb aku rasa tak sanggup nak tunjukkan pada dia yg sekecil itu betapa kejamnya dan hinanya org2 dewasa mcm kita ni!

Tapi Aliah adalah sedikit terdedah juga dgn gmbr2 itu sbb bila atok/ neneknya baca paper, dia akan sibuk sama jadi sikit sbyk atok neneknya kena cerita....So sampaikan ada sekali tu jadilah conversation mcm ni antara dia dan neneknya!

Nenek : Haa..Aliah mai masuk dlm, main dlm nanti papa call tanya kat mana.
Aliah : Haa..Cakap Aliah dlm longkang! (^$^*&(&**()(%$%^&*()...mana dia ada main dlm longkang!)

So aku agak sbb dia selalu tgk gmbr2 bayi malang dibuang merata ni laah dia mcm ada satu gmbrn bayi boleh duk tido kat longkang dsb. Pastu kdg2 dia cakap, kalau takmo buang kat longkang!!

Sedih taau aku dengar...............

Wednesday, July 14, 2010

Si Dia Yg Keepohci...

Insiden 1
Time papanya hantar ke neneknya...

Si dia : Sian ibu...Kena kerja...Hari2 kerja....Nak beli susu, nak beli 'menan' (mainan)
Nenek: Haa....Tau pun....
Si dia : (sambung bebel)Nak sopping lagi ...Nak beli baju itu laah...ini laah...


Insiden 2

Bila suruh makan/ habiskan makanan....

Ibu/ Papa : Makan ni, habiskan...Sian,,,Bazir makanan.
Si dia : Kenyang dah....Berp...berp...Haa, kenyang dah!
Ibu/ Papa : Hmm...yerlah tu (Ibu: hampeh tul....dia ikut kita sendawa angin)


Insiden 3

Time pegi rumah sedara yg ada dapur kedua di luar/ wet kitchen.....

Nek sedara : Makan meh...Makan....Ni uda masak lagi.
Si dia : (sambil meng'observe') Eh, tade dapur ke ?? (merujuk dapur yg di luar tu :p)


Insiden 4

Ibu : Nanti gi klinik, sunat ye....
Si dia : Takmo...Nanti terberak...Prott..prott...Doktor ,..busuk....Tak sunat!
Ibu : Pandailaah helah ko.....



Insiden 5


Papa : Tido dulu, nanti ibu masaklaah ketam tu...Ketam tu pun nak tido dulu!
Si dia : (lepas bangun tido) Ketam dah bangun ke?


Insiden 6
Time balik makan di luar............Ada beberapa ketul bintang berteraburan di langit.

Ibu : Tgk bintang tu, ikut je keta kita...Sampai balik.
Si dia : Bintang tu, rumah kat ne??
Ibu : (speechless) Erkk....Mana ada rumah !


Insiden 7
Time nampak binatang kecil.....

Si dia : Sapa nama? (bila binatang tu tak jwb---> of courselah takleh jwb!)...Hey, sapa nama haa?

Monday, July 5, 2010

Aktiviti Menggembirakan Buat Si Kecil

Bermula Julai ini, aku dah set mostly every weekend ada je program hingga Ramadhan... Maklumlah, kena ambil kira perut yang semakin membesar dan cuti raya serta cuti confinement selepas tu yg bakal membataskan pergerakan kami anak beranak, terutamanya utk aku dan Aliah.

Weekend Julai bermula dgn membawa Aliah menaiki ketapi...Komuter. Cadangnya biarlah jauh skit, sampai dia puas. So kami ke MV! Alang2 nak ke MV, ingat sambil menyelam minum air (3 aktiviti-naik ketapi,shopping dan tgk wyg) hanya 2 jelaah dapat sbb Toy Story 3 fully-booked! 'Toi stoyee' (bak kata Aliah) hanya tinggal seat2 3-4 dari depan, haruslah tak sesuai utk anakku yg matanya masih suci itu...........Lain kali jerlaa!

Tapi pengembaraaan ke MV tu tak lama sbb Aliah dah mamai sejak dari dlm ketapi (kul 10.00 lagii ketapi bergerak) sbb dia bangun sedikit awal pg td! So dalam kul 12.00 tu dia dah tak tertahan2 ....Mulala mcm2 ragam, kejap lapaq laah, kejap nak beli itu laah ini laah! Huhh...Potong stim betul ibu dia nak mentawaf ke butik2 baju budak (bkn utk sapa, utk dia jgk..buat raya) dan butik ibu mengandung!

Haaa..........Dlm2 speed shopping ni, sempat jgk akaun ibunya dirobek hingga RM300.00! Ahakss.....Okay ape, baju raya Aliah je dpt 5 psg = RM115 (2 tshirt Seed yg 3 psg lagi semua Disney baby), 2 maternity blouses (thanks to papa Aliah sbb hadiahkan satu psg :D) dan 7 psg kain cotton buat baju kurung raya (ada hati jgk nak berbaju raya walaupun perut dah sgt boyot time tu----abihhh, takkan nak pakai tshirt je??) - 2 utk diri sendiri, 3 utk kuarga papa dan 2 psg utk Aliah !!!

Anyway, sebenarnya byk aktiviti yg boleh diluangkan bersama anak2 kecil kalau boring dok rumah ! Antaranya yg dlm senarai ibu Aliah ni :-

1) Bwk naik LRT/ komuter
2) Bwk ke taman - biar dia lari bebas
3) Bwk ke waterfall
4) Lawatan sambil belajar ke Zoo
5) Bwk ke tmn permainan
6) Bwk balik kg/ tmpt lain - tgk suasana baru dan kenal tmpt lain
7) Bwk main 'kuda'(pusat permainan)/bowling






Manakala kalau kat rumah, boleh buat aktiviti2 ini :-
1) Cuci kereta sama2
2) Siram pokok - dpt ajar budak sayangkan persekitaran
3) Naik buaian sambil cerita2 - kalau ada buaian kecil di garaj rumah
4) Coloring/ drawing
5) Tiup belon, isi belon dlm air - boleh ajar tentang jisim dsb
6) Jemur kain - anak akan sudi nak menolong dan silap2 sama2 tlg sidai!
7) Bercucuk tanam - boleh biarkan budak main korek pasir (pastikan dia bkn budak yg cepat alergik dsb)
8) Lompat2 atas katil - pastikan katil masih dlm keadaan selamat dan kukuh ;)
9) ' Mengukur' bilik air - Mandi2 main air dekat shower/ bukak pool plastic
10) Dan mcm2 lagi yg boleh difikirkan bersama dan secara spontan !!




Ni bkn tanah kat dpn rumah, ni kat PD....Hehe!


Yg pastinya sama2 ..................ENJOY !!!!!!!!




Thursday, April 22, 2010

Tak Boleh Sembunyi Dah...

Perut ini! Hahaha...Dah 18 minggu (equal to 4 months half), so pakai ape pun memang dah nampak! Pakai baju kurung pun, kain dah tak cakuk...

Perut ini, kalau slps makan...Huuhhu,bulat mcm tembikai. Bayangkan kalau time lapaq, aku boleh telan 5 biji kuih sekaligus !! Yarabbi..Buruk lantak kah? Sorry, can't help myself...

Tghari dan pagi mmg makan byk...Dinner masih slow sbb ptg selalu dlm kul 5.00-6.00 tu makan kuih / light meals. Uuhhh, sebenarnya baru kena selsema slps menjaga Aliah yg demam skrg !!

Aliah semakin understanding....She's behaving like a good sister, i believe she will be one! Time dia tak jeles (most of the time, x jeles), dia akan panggil2 baby dan kiss my tummy! Time dia rasa haknya tergugat then only dia ber'kasar'.....Huhhu.

Jadi kita kenalah gunakan psikologi sikit....Jgn buat dia rasa tersisih. Dulu kalau dia tumbuk2 perut/ melanyak badanku, kami akan kata kesian baby nanti! So dia lagiiiiiiiiiii tak heran.... Skrg, kalau dia nak buat gitu kena cakap "Kesian laah ibu..." atau "Aliah baik kaan, Aliah leh kongsi kan?? Kesian ibu, badan Aliah dah berat takleh lagi main atas ibu..." then only she'll slow down. Kiranya kita jgn bagi alasan sbb baby laah, dia jeles :p Harap2 kami boleh menten ayat yg bagus bila baby kuar dpn mata nanti !

Monday, April 19, 2010

Favorite Songs

Aliah, kalau awak tahu time umur awak 2 tahun 7 bulan ini...Awak suka lagu2 ini :-

1) Sujud --> Mawi featuring KRU
2) Ayat2 Cinta --> Rossa
3) Salju Di Danau Rindu --> Exist
4) Love --> Lady Gaga
5) Cinta Pakai Buang --> Stacy


Haaa....Sungguh tak sangka, taste kita sama !! Hee.........Itu semua pun lagu favorite ibu !!