Saturday, October 31, 2009

Manakan Sama..

Si kucing belang! Hahhaa...Tade kucing yg belang di rumah mertuaku itu. Kucing berbulu memang banyaklah! Hahaa...Sebenarnya nak cakap, manakan sama suamiku seorang! Standardlah kan kalau kita appreciate husband kita pd masa2 tertentu dan hari2 specialnya kan dan mungkin juga sesekali buat surprise...

Sebenarnya aku pun dah terikut Fid...Aku pun nak share sikit psl hubby ku yg seorang tu. Wehh, aku bangga kat dia pasal2 ni!

1) Seorang yg kreatif bab design2 dan deco.2
2) Rajin dan komited pd kerjanya....Jarang mengelat pada org lain, org lain mengelat pd dia adalah!
3) Ringan tulang di rumah....Wahh, ni aku suka kalau mood dia okdan dia larat, memang aku relaks la! Bab2 aku malas mcm mengemas, mengemop, menyapu memang kautim laah....Bilik air pun dia rajin sental, tak perlu tunggu suruh. Untungnya aku !!!
4) Seorang yg sangat sabar dan berhati2 bila berkata
5) Seorang yg jimat
6) Seorang yg mudah bertoleransi dan boleh menerima nasihat
7) Ketegasan dlm diam

Monday, October 26, 2009

Got Boobies?

Boobies ape tu? Alah..Aset yang itu! Bagi saya boobies adalah salah satu aset wanita..Aset wanita yg bkn shj menjadi tarikan malah boleh membesarkan seorang bayi! Buktinya...Anak saya serta ramai kawan2 saya di luar sana membesarkan anaknya dengan susu ibu! Susu ibu..Yg sudah tentu datangnya dari boobies ibu (bukan boobies sang suami/ lelaki/ Adam).

See..Betapa berharganya aset ini. Sayang, kalau tak jaga! Jaga bukan je kena jaga luaran (bagi cantik, menarik, tertarik ko mmg de bomb) tapi mestilah dari dalam juga. Hasil yg cantik di luar tentunya datang dari kesihatan dalaman.

Tapi kalau nak tahu sihat ke tidak, kenalah check...Mcmana kita check dada, hidung, kepala takut apa2 kejadian luar biasa di dalam yg cannot see thru tu kan!! Sebab tulah pentingnya kita turut serta dlm Breast Cancer Awareness Campaign...Bukan takat mencanang suruh semua wanita pegi check, diri sendiri juga kena pegi tau!

Jangan malu..Jangan segan. Bukannya kena bogel telanjang pun utk pegi check! Pegilah dgn rasa ingin menjaga aset berharga tu..Pegi ye ??!! Prevention is better than cure....

Oohh...Kenapa aku beria2 berkempen ini? Bukan semata-mata sbb contest oleh Alice Wonders, tapi juga sbb kesedaran kaum kita yg masih malu pasal aset yg satu ini...

Anyway, siapa yg berminat utk join contest Alice Wonders ini..Berikut adalah syarat-syaratnya:

  1. Tulis satu entry bertajuk ‘GOT BOOBIES?’. Tulis je apa2 tentang breast cancer awareness, sama ada tentang kanser tu sendiri, or cara2 pemeriksaan sendiri, or pengalaman siapa2 yang pernah kena breast cancer, or apa saja la cerita ke apa ke yang berkenaan.
  2. Pastikan anda masukkan link ke Alice Wonders (http://www.alicewonders.com/) dalam entry tersebut dan jangan lupa masukkan perkataan GOT BOOBIES?
  3. Letakkan pink ribbon macam kat atas blog aku ni dalam blog anda.
  4. Send an email ke alice@alicewonders.com dan sertakan details anda:
    1. Full name
    2. Blog address
    3. Identification number (for winner identification)

Friday, October 23, 2009

Patutkah Aku Peduli?

Dlm kerja, kdg2 susah nak keep sane.....Menjadi ketua juga, selain dari menjalankan tugas hakiki kita pun mesti ada rasa nak menjadi seorang ketua yang diingati. Mcm PM5 sbb Islam Hadharinya dan PM6 dgn 1 Malaysia nya..

Menerajui dept.ini 4 tahun...Aku dah mula nak jadi statik. Memang ada prinsip yg nak kupertahankan tapi kadang2 terpaksa mengalah ikut keadaan. Sebagai contoh, pasal penggunaan emel di sini.

Dah lama kami setup LAN dan email iaitu sejak 2007 tapi masih ramai yg tak mahu guna emel dan prefer hardcopy dgn alasan tak sempat (pdhal setiap kerja, mmg kena bukak PC pun). Buka emel and vet thru dlm 5 minit pun tak sempat??!! Susah nak kata...So pengurusan aku amalkan 2 muka lah! Emel2 jugak, hardcopy pun hantar jugak ....

Dah byk kali aku raise benda ini dlm mesyuarat sbb ini melibatkan kos consumables...Selagi kita bagi option, selagi itulah org takkan ikut (to optimize the email service) tapi masih mcm tu (ada la pengurangan tp belum total). Byk kali jugak aku di"smash" dept.tertentu kononnya tak dpt maklumat sbb tak dpt memo...Time aku insane, aku jawablah "I don't entertain those who didn't want to check emails"! Sarcastic kan??

Tapi lately aku perasan...Aku mcm dah nak kecundang. Aku pun dah mula hantar hardcopy jugak to ensure maklumat aku sampai dan lebih diambil perhatian. Fikir2 balik, "Lantaklah.. Bkn duit aku pun!! ".

Jangan Menyibuk Boleh Tak?

Wahh...Dah garang pulak tajuk ini. Bukan lah, cuma kdg2 pressure jugak bila org2 di pejabat ni rajin 'bermesra'...Well, dulu dgn fikiran positif aku masih boleh terima tapi bila dah selalu, sapa tak rasa bengkek (sedikit sebyk) ye tak?

2 isu je ....

1. Isu Saiz Badan

Si Polan : Apsal kurus sgt u skrg ni?
Fikiran + ve : (Concern nya dia pd aku...) Tade pape lah! Standard size dari dulu ....
Fikiran -ve : (Awat ko sibuk sgt? ke ko jeles tak leh dpt size aku?)


2. Isu Mengandung

Si Polan : Eh...Puan...Puan 'ada isi/ lagi' ke ni? (sambil sibuk memegang perutku)
Fikiran + ve : (Concern nya diaorg pd aku.Tumpang sronok kot?) Tade lah..Isi perut adelah!
Fikiran -ve : (Awat ko sibuk sgt? Erkk..Ke ko nak cakap, aku ni buncit? Takkan lah aku nak kena tahan nafas selalu kot?)

Thursday, October 22, 2009

My Next Birthday..

Dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan...Tak sangka dah nak melangkah tahun dlm 3 minggu lagi. Ya Allah! Cepatnya aku tua...Hahha, sebagaimana cepat aku melihat anakku dari size beberapa cm ke sekarang melebihi 5o cm!

What I wish for next birthday....Rasanya baru lagi buat hari tu. Err, ke yg itu azam/ resolusi tahun baru? Hehhee....Takpala, syok apa berangan dan buat lagi?? So here we go...

1) Moga doaku utk usaha kami tahun ini secara natural akan membuahkan hasil.
2) Moga segera namaku naik menjadi gred higher.
3) Moga lebih sihat dan lebih berisi.
4) Moga lebih sabar dlm menangani stress kerja dll.
5) Moga mataku tidak naik2 lagi power supaya bila buat spek nanti, tidak perlu tukar ;)
6) Moga ada org buat suprise yg memang aku takkan sangka! (hehhee...sbb aku pandai gak meneka).

and the list goes.....taktau bila nak ends dlm hati ni :p

Wednesday, October 21, 2009

Let Down @ 24

Wah...Mcm x sangka masih boleh rasa setelah sekian lama tak rasa! Best jugak..Tmbh best sbb mulut si kecil itu pandai menjawab bila ditanya.

Ibu : " Ada lagi ke (susu)?"
Aliah : "Ader laa............."
Ibu : "Ye ker ade? Byk ke..."
Aliah : "Skit...."
Ibu : (risau) "Habih tu camne? Takyah hisaplah dah sikit..."
Aliah : "Tambah...." (jari tjuk the other side)
Ibu : (tersenyum sipu..bahagia)

Itulah...Betul teori "Selagi ada demand, selagi itu ada supply". Tak kiralah sikit ke byk, bagi jerlah selagi ada dari membazir ! In fact kdg2 time let down tu Aliah picit saja2, memang kuar lagi... Alhamdulillah.

Monday, October 19, 2009

More! More! More!

Amalan tradisi tidak dilupakan ;)


Deretan kek..


Birthday girl yg focus nak serve guests


Cuba gmbr ber3 tp Aliah x sbr nak turun!


Siapakah Ms Zorro ini?
(tgk matanya..mcm dibuli je ni :p)

......................................................
.........................................
...........................
................
.........
.....
.



Nantikan siapakan Ms Zorro ini dalam episod seterusnya !!
JENG ! JENG! JENG !

* Line slow sangat....Boring dah tunggu.

Friday, October 16, 2009

Give Me More!

Cupcakes mamapasha


Aliah excited nak potong kek!


Dia x tahu kena tiup lilin itu dulu! Heee...


Bukti Isabelle datang...Hehhee.


Suraya, x-officemate dan si comel Zahra...Yg baju
coklat tu Diana, jiran dpn rumah & suaminya.


Tuesday, October 13, 2009

Aliah Birthday Bash

My idea....We still keep the balloons there!


Gambar mak 'pengantin'...


Doorgift for kiddies...Aliah tgh makan pe tu gaknya?


Sedapnya cup cake mamapasha ni...
(TQ Auntie Is, dtg jauh2)


Ohh...Mesti korang sangap tunggu gambar2 kan?!! Nantilah, line slow...Agak malas nak upload. Anyway, birthday hari tu tak sangka pula memenatkan. Tak serelaks mcm masa kami buat housewarming bln 3 hari tu! Maybe sbb dah kenal ramai jiran....So crowd jadi ramai dan semua nak kena layan (walaupun rasanya panggil yg rapat2 je).

Pagi tu sepatutnya anak menakan aku mai tolong...Tapi dia sangkut dekat stesen komuter sampai 2-3 jam. Hampehss komuter! So terkial2 gaklah aku...Actually taklah terkial apa sgt sbb bkn nak msk benda pun. Nak rebus spagetti, buat kuah dan goreng sosej-chicken ball dll. je! Terkial2 sbb tgk rumah belum habis deco....Kesian nak kerah hubby,meniup/ mengepam belon seorang. So last2 pagi time dia pegi amik kek, aku suh dia ajak adik dia datang awal! MIL aku patutnya nak dtg kul 1.00.......

Dlm sorang2 dok tadah air nak rebus nasi impit utk sate, tersangkutlah pulak periuk besar tu kat paip....DASSS !! Tercabut batang paip, dah mcm paip pecah pulak sink belakang (wet kitchen)....#$%#^&^#*(#)_ Nasib hubby dah balik, cepat2 dia tutup ' suis' paip tu. Satu hal lak kena buat air dll kat dry kitchen! Nasib juga time tu semua dah masak.......Kul 2.30 siap semua, MIL tak sampai2 lagi. Risau la jugak kot jiran2 dtg awal lps gi open house jiran2 lain menu 'utama' tak sampai lagi (nasi goreng cina dan ayam goreng rempah). Aiseh !! Sangkut mana pulak mereka ini.....So aku angkut Aliah (dan diri sendiri), mandi dan siap semua. Kul 3.15 kami dah siap cantik, Isabelle dah sampai (awalnya...) dan 10 minit pastu si Bart n Suraya merangkap photographer kami hari tu pun sampai!

So layan2 jiran dan Is...Makan la skit. Tunggu kwn2 lumba lari dan ahli mesyuarat tingkap Aliah, mana diaorg ni?? Kul 4.00 baru sampai...So dlm kul 4.15 Atok dia baca doa, baru potong kek. Ohh...Selepas tu cepatnya masa berlalu. Tetamu silih berganti, non stop! Bayangkan...Mmg tak sempat nak stop bagi aliah susu dll. Aliah pula kemain girang ramai kwn, mengekek dan berlari sana sini!

Bila kami buat game cari gula2 (tiup tepung) di luar, suka lah budak2 tu...Aliah pun pelik je apsal semua org muka bertepung. Hahha! Meriahlah buat game camni, mcm telematch! So pemenangnya aku bg hadiah pencil color (sbb budak dah sekolah)...Cadang nak buat game lagi 1 selepas kul 6.00 tp tgk budak2 dah kurang, tade lak budak2 besar skit. Lagipun kami pun kalut layan tetamu dan tambah mkn, memang tak sempat. Cuaca alhamdulillah!

Slps di luar tu, Aliah dah tak mahu main kat dalam....Adoiih! Dia sibuk nak main di luar, puas kami nak tgk dia....Takut kereta lalu lalang. Dia kalau dah lps pagar, memang berlari sana sini! Kita takleh harap 100% pd anak2 org lain yg tengokkan sbb budak2 tu pun budak...Dlm 3-6 thn. Tak pandai lagi kan??!! End up, hubby lah dok tgk dia di luar sambil tgk2 tetamu yg makan di luar........

Cuba teka yg mana 1 pemenangnya?
Cuba cari tgn Aliah dlm gmbr ini...Hehhee

My ex-officemate yg dah x jumpa 3 tahun.
Jadi model sate lak hari ni! ;)



Tengok! Dia pun nak main tepung...
(gaya mcm menepung tawar)



Monday, October 12, 2009

Plan to Have One?

Kalau anda terasa atau bercadang2 nak buat sesuatu kenduri atau birthday anak...Bagi yg tidak berbudget tinggi lebih RM500.oo dan kurang pembantu (or minimum 1 pembantu), aku boleh kongsi tips di sini yg aku dah belajar dari 3-4 kenduri yg pernah kami adakan di rumah kami.

1. Jemputan
Buat stagged...Hehee...Mcm di hospital lak! Buat stagged appointment supaya dapat peluang melayan 'semua' tetamu dan berpeluang bersembang at least 10-15 minit. Maybe saudara2 leh datang kul 12.00 - 4.00. Kawan2 ajak datang antara 4.00 - 6.00. Jiran2 kul 6.00 - 8.00. Tapi still openlah kalau ada yg tak dpt dtg waktu tu datang je bila depa boleh !


2. Menu
Pastikan pilih 1 menu utama dan lain-lain sbg sampingan. Menu utama tak semestinya berat, tetapi haruslah favorite ramai! Err...Mcm kes aku semalam, menu utama mcm ada 2 so yg satu lagi tu berlebih banyak! Kesian makanan....Bagi yg rasa takut tak habis, eloklah masak sedikit2 menu yg ringkas spt spaghetti (rebus agak2 cukup dulu baru kendian tambah - mana kutahu spaghetti San Remo tu 1 bungkus leh 10 org makan), nasi impit segera (paket besar tu leh makan 5 org dgn anggaran seorang amik 5-6 ketul) dan frozenfood (frozen food tak sedap kalau sejuk, tp semlm sold out!).

3. Deco....deco..deco..
Utk openhouse raya, tade pe sangat kot....Ubah2 kerusi dan susun meja serta rak buffet je. Tapi haruslah awal sehari supaya badan tak penat sgt tuk layan tetamu esoknya. While for birthday party, balloons banyak mmg cantik tapi kalau rasa semput dan tak larat pam, bawalah pembantu lebih atau lebih senang, order je di partyshop (aku nye kes, tak sempat hari tu).

4. Aturcara
Pastikan aturcara baca doa, potong kek dan main game (jika ada) mengikut keadaan..Walaupun kita mungkin dah jadualkan, tapi play with ears la! Tengok crowd...Kalau rasa dah ramai dan cukup org2 sepatutnya, just proceed and no need to wait.

5. Miscellaneous
Elakkan bazir walaupun mungkin setengah barang leh recycle tahun dpn (mcm paperplate ke, deco. banner ke etc) sbb takut color faded dan mungkin deco.leh outdated.

Ohyaa...Elok juga ada photographer. sbb kadang2 bila kita dah sibuk layan tetamu dan tengok anak, tak sempat nak amik2 gambar dah!

Lain2 ?? Stay calm....Huhhu....

* Ada crita lawak dlm kekalutan aku semalam!

Kecik ke Besar ke, Sama je...

Walaa...Penat...

Aliah birthday bash which was supposed to be in small scale and 'special invitation' only turned out as if aidilfitri open house! Gulpp...Alhamdulillah, food was enough for all!

So sama je sebenarnya kalau nak buat kecik ke besar ke...Ramai ke sikit ke. Unless ada ramai pembantu!

Apa pun, alhamdulillah...Semua tetamu yang datang tu kan membawa rezeki ?? :)

* Gambar nti lah upload...

Friday, October 9, 2009

Dah Berubah La Pulak!

Dulu hubby punya dateline Selasa...So every Selasa malam aku akan tido rumah PIL sbb hubby stayback sampai ke pagi. Dan esoknya (Rabu) selalunya hubby masuk opis tghari atau tak masuk langsung. Jadi apa2 rancangan percutian haruslah dirancang bermula hari Khamis. Selaku Event Manager selama 5 tahun berturut-turut :p, aku memang akan pastikan cuba menepati keperluan stakeholder yg seorang tu terutamanya bab mengbook flight.

Alih2 tahun ini, selepas raya ni sudah bertukar 'dasar' pulak bossnya...Dengan alasan, Rabu selalu office lengang, Haruslah lengang kan, staff ko nak gak menggantikan balik penat lelah 20 jam straight keja berjaga mlm tinggal anak bini esoknya tu! So dia dah tukar ganti ke Jumaat, so Sabtu yg dulunya half day tak perlulah lagi datang pejabat...

Bagus lah begitu wahai tuan boss ....A horray for me sbb dapatlah 2 hari bersama hubby spt mana pasangan lain. Dah lama patutnya dia ambil tindakan begini supaya tenaga, duit minyak staffnya dapat dijimatkan seterusnya juga menjimatkan duit elektrik pejabatnya utk Sabtu tu! So percutian kami hujung bln ni terpaksa juga carry on sbb flight dah book 2 bulan lps lagi... Alah, mcmlah tade org lain leh backup jap keja hubbyku tuk minggu itu ?!! Selalu dia je dok backup org........

Papa, cepat! Nanti tertinggal flight...


Thursday, October 8, 2009

The Wonderful 2 Years.....

Alhamdulillah, Aliah turn 2 years today (tahun Masihi) ! 'Mendapatkan' dia mcm satu pengharapan yg sangat panjang dan menduga...Dengan segala kaedah moden dicuba (kecuali IUI dan IVF shj) serta doa yg tidak putus2, siang dan malam alhamdulillah dimakbulkan jua.

2 tahun yg indah ini lagi mencabar serta menduga ini...

Tidak kami sangka insan kecil 2.19kg tika lahirnya dulu mampu berbuat ini di saat ini :-

1) Boleh pakai suar dan tshirt collar bulat dgn sedikit bantuan.
2) Boleh differentiate kehendak ie. nak susu bancuh (FM) atau susu t***k, nak roti/ nasi dll.
3) Sangat demanding (huhhu...).
4) Mampu bercakap dlm ayat mudah yg difahami (2-3 ayat pendek).
5) Cheeky dan keletah kalao moodnya baik.
6) Rajin menolong - 'memasak', menggosok/ menyental, 'menyapu sampah'.
7) Boleh gosok gigi sendiri kecuali bhg atas, perlu bantuan.
8) Suka nak mandi dan cebok sendiri.
9) Nampaknya ada kesukaan memakai baju kurung (harap berkekalan bila baligh).
10) Sedikit pemalu dan garang pd org2 yg jarang dijumpai (akan mesra slps 2-x jumpa).
11) Sudah mula memilih channel dan lagu yg disukai (Mickey Mouse Clubhouse, Winnie the Pooh, Cubeez, Loopdidoo,dll.

Wednesday, October 7, 2009

Perlu ke Bercerai Sekarang?

Sebenarnya malam tadi, aku rasa tak larat dah nak melayan Aliah mengempeng...Well,mungkin sudah sampai masanya utk latih dia bercerai! Huhhu....Niat asal, nak biar dia naturally / sendiri yg mintak cerai. Harap2 ada perubahan hormon dll yg boleh membantu, tp nampaknya lum ada dlm masa terdekat ini.

Jadi mungkin sbb itu perasaan ini terdetik malam tadi....Bukannya sebab tade susu, masih ada walaupun sekadar utk menghilangkan dahaga dia. Tapi sebab :

1) Tak larat layan mengempeng - kadang2 mood manja dia datang, semalaman takleh lepas.
2) Tak larat tido mengiring
3) Nak rehatkan badan dan train dia minum lebih banyak FM
4) Nak train dia tido sendiri tanpa pacifier (teman 'ngempengnya') yg satu itu
5) Nak rehatkan PD bagi persediaan jika ada perubahan hormon ;)

Dalam hati, kadang2 memang sayu....Mcm mlm td, bila dia tertoleh-toleh cari, aku pusingkan dia dan pujuk dia sambil tepuk2 buntot dia utk sambung tido , alahai kesiannya! Dia tido pun mcm tak lena dan tak puas..Jap2 terjaga/ ubah posisi. Rasa, "Alahai, dah besar si Aliah ni.."

Tapi nak buat macamana ye? Nak tunggu dan lihat saja ke-biar masa dan keadaan menentukan?

Tuesday, October 6, 2009

P.D = Seks?


Kita sering melihat aset wanita yg sepasang ini sbg objek seks....Tidak kira wanita itu sendiri, kanak-kanak dan lelaki sudah tentu lah lagi kan?!!

Sememangnya aset wanita ini sangat hebat...Ada wanita sendiri sanggup melakukan apa saja utk asetnya itu megah di dadanya, dipandang hebat semua tak kira yg haknya atau tidak. Tetapi bagi wanita-wanita dan isteri-isteri berhati mulia lagi bersifat terpuji, tentulah aset itu hanya utk suaminya dan anak2nya.

Semenjak menjadi ibu, aku tidak lagi malu dan menganggap asetku sbg pemangkin utk aktiviti itu semata....Asetku kini lebih berharga dari itu! Krn asetku, anakku yg seorang itu tidak pernah lagi kebuluran mahupun kehausan.....

Jadi apabila sesetengah wanita masih malu melihat banner atau brochure kempen Breast Cancer dipaparkan secara sedikit terbuka (dengan imej wanita/ imej lukisan bogel menunjukkan cara self-exam), aku rasa mereka- wanita sendiri perlu mengangkat martabat aset mereka dari sekadar menjadi objek seks....

Angkatlah martabat aset anda melalui penyusuan susu ibu...Jadi, jagalah aset anda dengan melakukan sendiri pemeriksaan!




* Jangan block blog aku dan anggap porno.pulak!

Monday, October 5, 2009

Tak Sedar Diri!

Huhhuu...Korang tgk tak Buletin Utama mlm tadi? Kumpulan Bendera dari Sumatera tu lancarkan perang menentang Malaysia...

Hamboih...hamboihh...Sungguhla tak sedar diri. Dah tak habih lagi isu mintak gaji minimum amah Rm800, ni negara dia baru kena gempa bumi, masih lagi nak berlagak?? Adoih....Cuba la Malaysia buat bakhil, takyah bantu apa2 ??

Agak2 camna agaknya...........

Padat dan Sendat

Hari sabtu lepas adalah padat dan sendat! Setuju tak?

Jalan dan tol padat dengan kereta, bersusun semuanya nak pergi open house...Huhuu. Bagus gak kan time bulan puasa dan raya lah kita ni sanggup drive jauh2, all the way ke tmpt/ area yg tak pernah sampai semata2 nak memenuhi jemputan rakan dan taulan ( ke sebab nak mengisi perut? kih..kih..).

Tapi adoi laaa....Sendat!

Sendat perut kemudiannya...Sapa yg leh tahan lebih dari 2 rumah, kira perut gergasilah! Kali ni, aku surrender...Mungkin sbb hormon tak seimbang sama.

Aku makan rumah jiran, kul 4.00...Mihun sup utara dan ketupat palas. Kemudian ke rumah abg aku, pekena mihun soto dan nasi impit kuah kacang kul 6.00. Tak bertambah okay?? Tapi bila sampai rumah pakcik hubby di Batu Caves (Ya Allah, MRR2 jem gila2 hari tu), kul 9 lebih aku masih full!

Tapi sbb teringin punya pasal...Aku pekena juga lah nasi dagang dan mi rebus. Akibatnyaa....

..................................................................
....................................................
.......................................
................................
..........................
.....................
...............
..........
......



Aku muntah2 tgh malam itu !! Bweek....Semangkuk sinki dgn mi rebus segala. Esok paginya lak CB. Flat sehari ! Tak lalu makan...Semua tak larat.

Sunday, October 4, 2009

Cukup Pun.......

Alhamdulillah, akhirnya dah sampai 'penghujung'....Usaha meyusukan hingga mencapai 2 tahun telah selamat dilalui tanpa sedar. Even sekarang, dah lebih skit 2 tahun masih terus menyusu dan alhamdulillah "Ade...lah.." (bak kata Aliah).


Sepanjang 2 tahun, aku ingin berkongsi apa yg kulalui...

1) 0-6 bulan --> Cabaran dari segi sokongan dan kefahaman dari keluarga mertua serta cabaran menyelit masa utk mengepam dlm kesibukan jadual kerja.

2) 6-12 bulan -> Cabaran dari supply susu yg berkurang, 'nasihat2' utk increase berat Aliah dgn campur susu serta kurangnya penerimaan Aliah kpd EBM

3) 12-18 bulan --> Cabaran dari kawalan minda dan emosi kerana terpaksa campur susu atas sebab berat Aliah yg tidak naik spt sepatutnya dan supply susu yg berkurangan.

4) 18-24 bulan --> Cabaran dari keinginan utk menambah ahli kuarga, kepenatan badan serta usikan2 dari sekeliling yg mengatakan Aliah dah besar, tak yahlah menyusu/ mengempeng lagi!


Dari 2 tahun yg indah ini, aku nikmati...

1) Hubungan kasih yg erat antara kami 2 beranak
2) Sokongan dan kerjasama dlm bentuk lain dari suami
3) Kumpulan rakan-rakan baru dlm 'dunia maya'
4) Mengenali dan "addicted" kepada blog
5) Menjadi sumber inspirasi/ mentor kpd beberapa rakan sekerja dan saudara
6) Penjimatan duit klinik dan belanja perubatan
7) Penjimatan belanja susu tin dan pad selama 6 bulan :p
8) Pelan perancangan keluarga yg percuma ;)



Friday, October 2, 2009

Jam Baru


Sedih...Baru je genap 2 tahun. Nasib tak berkecai ! Takpaalah..Nampak mcm ada berlian! ;)





Longgar skit, sbb tu senang tertanggal...dan jatuh.

Thursday, October 1, 2009

Boleh Kahwin

Aliah with her dua pupu (kupu-kupu?) :p
Aliah with Danial, Eza's son...



Tengok Eza, dipaksanya Aliah bergambar dgn dia :p
(tak romantik betul)


Bulatnya mata anak ibu ni...Sebulat kepalanya :p