Monday, September 27, 2010

Pregnant and Fasting

Yes, proven not a problem for me and the baby! Alhamdulillah, last Ramadhan I managed to complete 28days ..Left 2 days because not confident on myself and the baby condition, felt the heartburn because of last minute soq (sahur) . Heee! I also managed to push myself performed Terawih at masjid even just for 3 nights - nite 7th, 26th and 29th.

Hubby did remind about not pushing myself when i told that i found the kick count reduce during the day but still, I managed to calm down myself and keep on the faith that everything will be just fine (yes,i don't forget the rukhsah, but i still believe me and the baby can handle it!). In fact, the baby gained weight as normal as it should be! So no need to worry laah....

Whatever it is, any condition please refer to your gynae...Don't push yourself and the baby just because you wants to complete the 30days, you feel like "rugi to qado" etc! Allah dah bagi rukhsah....Gunakan. Do not take any risk!

Thursday, September 23, 2010

Cerai....Cerai...Cerai....

Banyak jugak cerai dlm milestones anak2 ye....

1) Cerai susu dan botol susu
2) Cerai pampes
3) Cerai tempat tido
4) Cerai bantal busuk

dan lain-lain...


Sptmana cerai-cerai, memang org yg terlibat akan melalui satu tempoh yg agak sukar! Huhh.... Bagaimana korang lalui proses cerai2 itu semua ???

1) Cerai susu ---Mulanya mcm susah, tp alhamdulillah dibantu oleh hormon mengandung ;)
2) Cerai pampes -- Susah juga, sedang melaluinya...Tidak mendapat kerjasama dan komitmen yg padu dari empunya diri. Hmmmhh !!
3) Cerai tmpt tido -- Belum ada perancangan, tp rasa2nya dia akan melaluinya juga bila adik dah besar nanti...........
4) Cerai bantal busuk - Tak perlu kot, sbb tade apa2 setakat ni yg jadi 'busuknya' kecuali ketiak busuk ibu/ papanya! Heee..............

The Day Finally Come...

Alhamdulillah...




Date of Delivery : 22/9/2010, 3.58 am
Expected Delivery Date : 30/9/2010
Delivery Method : Normal




Baby Gender : Girl
Baby Birth Weight : 3.15 kg

Condition baby n mother : Healthy
But both baby and mother still need extra care






Tuesday, September 21, 2010

Monday, September 20, 2010

Di Sebalik Ramadhan & Syawal Ini

Aliah dah become a big girl...


1) Dah tak takut org...Boleh main dgn sesiapa je walaupun baru jumpa! Contohnya di masjid time tarawih...

2) Dah boleh kayuh basikal 'budak besar'...Bolehla nanti birthday, kami belikan basikal baru.

3) Sangat sayang pd adiknya....Selalu cakap dgn baby dan kdg2 terbiasakan dirinya sbg 'Kakak'! ;)

4) Dah pandai 'lipat' baju....Hampir kemas mcm kita walaupun lipat 2 ja (baju dan suar lipat 2x ja).

5) Dah pandai appreciate ibunya...Thanks to iklan susu! "Ibu...Ibu, engkaulah ratu hatiku!..Bila ku berduka,engkau hiburkan selalu..."


Ibu sayangggggggggggggggg Aliah !
(tapi ibu tak laratlah nak garukan Aliah sampai tido...)





Sunday, September 19, 2010

Kedah dan Laksa

Raya tahun ni boleh kata raya Laksa....Well, namanya kalau beraya di Alor Setar memang rata2 family kami suka menjamu. So boleh kata hampir semua rumah kakak2 dan abgku buat menu special (selain menu asas raya - ketupat dan cookies).

Nikmat yg susah nak ckp, dpt makan ketupat
palas cicah gulai/ rendang!


Cuma raya pertama je jumpa nasi, tu pun tghari! Huuu.....

1) Raya pertama tghari - Nasi daging, ptg laksa di rumah my goodfriend - Azlina.
2) Raya kedua - ketupat di rmh makcik, ptg laksa juga di rumah makcik Sg Petani. Mlm, balik cari juga nasi tapi berlaukkan KFC je sbb malas dah nak msk lauk! Puas....Hehhe
3) Raya ketiga -tghari, laksa Kelantan = Laksam, ptg/ mlm laksa Johor ! Huhh....


Laksam versi Kedah dan wajik, respi tradisional
arwah mak


Laksa kahwin = Laksa kedah + kuah Laksa Johor
(bagi sesapa yg takmo mkn spagetti)


Buat doa selamat skit, so order tmbh sate


Memang senak le perut aku dgn mkn2 berangin tu semua raya2 ni, tapi itu je pilihan yg ada dan mmg cannot resist sbb sedap :p Balun jugaklaah, lps tu mlm ulang bilik air! Hahhaaa..........Nak2 checkup slps seminggu, naik laa 1kg !!

Friday, September 17, 2010

Counting Days..Tik tok, tik tok...

Org kata 2nd, 3rd pregnancy selalunya akan lebih cepat., sbb dah ada 'jalan'....1-3 minggu lebih awal dari due date. I'm entering my 39th weeks and still no labor pain or any sign of labor (contraction, mucus / blood discharge). Org2 kat office kalau jumpa, dah ramai yg dok tanya bila lagi!! Huh..Tense, tense sbb ingat akan ada tanda laa at least walaupun mmg tahu lps raya akan naik jgk kerja.

Taktau nak tahan mental mcmana....Rasa dah tak sabar. (being me, mmg bukan sabar sgt :p) Ikut hati, mmg nak escape dan rasa biarlah lmbt lg (takut punya pasal) tapi last checkup on Wednesday bila doc.kata heartbeat slow and average ja, mula laa cuak rasa nak relakan diri utk di"induce"!! By this week, i bet the baby size is reaching 3kg already and can i bear the pain with that 'big size'? Ya Allah, mudahkanlah...

Ingat dulu bila plan nak dapatkan baby ni, konon2 kalau overdue pun leh mtk date 101010! Skrg, no more...Rasa nak dia selamat je! Ya Allah, doakan kami berdua sedia dan selamat melalui proses ini.......List nama, pun dah sedia. Walaupun doc.masih kata girl harapan tetap dipanjatkan supaya boy! ;)

Brg dah betul prepare, beg dah start masuk kereta...In fact, dah 2hari bawa ke hulu ke hilir :P Apa lagi yg nak prepare? Oohh.....'Kandang' pantang belum lg! I mean, tmpt perbaringan dsb... Hubby lum ambik lg tilam single bed dari rmh MIL. Belum lg campur drawer Ikea yg dah beli 2 bln tak pasang2 ! Heee...Apa ni??!! Takpa, itu can wait.....Lain2?? Ptg ni baru nak beli brg harian baby ie. diapers size Newborn/ XS, cotton buds utk cuci telinga n pusat, wet tissue (kali ni rasa mcm takmo guna wet tissue, nak guna kapas je - less chemical) dan small toiletries for hospital use.

Makna Raya Bagi Budak 3 Tahun

Apa makna agaknya ye? Apa aku nampak, yg lebih menonjol adalah penerimaan sampul berisi duit (yahoo...duit raya!) time nak bersalaman....

Sebelum balik ke Alor Setar lagi, aku dah hints pd Aliah...Yg kita dah nak raya, dah habis puasa, tak solat terawih lagi dsb. Tapi memang aku terlupa bab ziarah menziarah dsb. Namun bila raya pertama dll, mungkin juga terdengar sepupu2nya yg lebih tua bersembang, fahaman bahawa akan dpt duit bila salam itu termasuk juga ke mindanya!!

Akhirnya, bila dlm keadaan yg luar kawalan (ketika dia dah boring/ mengantuk) dia akan cepat2 ajak balik dan kata nak duit raya. Dahla Aliah dah fasih bercakap, mmg boleh dengar laa kat org kalau dia sebut nak duit raya !! Huhhhu...Dlm kereta, terpaksa remind dia yg kita ni gi beraya nak jumpa org2 lama tak jumpa dsb. Jangan minta apa2, tapi kalau org bagi cakap je terima kasih!! Alhamdulillah, nampak juga kurang kebecokannya itu.....Hehhee!

Harap2 tahun depan dia lebih memahami!

Susah ke Nak Ngaku?


Baca paper hari ni pasal akak Datuk CT kita...

Siti batal konsert Hari Malaysia kerana faktor kesihatan


Hmm...Guang Eng kata dapat surat dari O & G Prince Court. Tak kisah le betul dah pegnant ke hape, apa salahnya ngaku pun?? Nanti ramai peminat akan mendoakannya.....Inilaah kdg2 tak paham memang ada wanita yg ala takut2, segan nak bgtahu selagi lum confirm! Kalau dah test +ve, confirm la ada kaan...Slps2 tu, serahkan pd Allah. Berita sebaik itu perlu dikongsi, nanti org ramai nak doakan kita tau ??!!!

Apadaaa...............Anyway, kalau betul dia hamil baguslah utk mereka suami isteri sbb CT pun dah nak 30 dan Datuk K pun dah nak 50. Di luar ni budak2 vendor ni galak memasang lagu2 lama Siti :p

Wednesday, September 15, 2010

Raya Nan 'Merdeka'?

Selamat Hari Raya! I'm backkkkkkkkkkkkkkkkk.....Hehhe, masih sihat dan 'berdiri teguh' lagi! Kaki dah bengkak-surut, bengkak-surut dan kdg2 bwh pun rasa mcm terkuak2 tapi so far, takdak contraction yg kerap dsb. So i guess, baby masih syok lagi dok dalam??!! (huhhu..ibu dia dah mood nak bercuti pjg dah, penyakit M dah tinggi time nak dtg opis pagi ni).

Camna raya korang? Huhuu...Walaupun kita baru menyambut kemerdekaan ke53 dan esok pula Hari Penubuhan Malaysia, namun sebenarnya raya tahun ini adalah antara raya yg 'tidak merdeka' dan sangat menyedihkan lagi merisaukan!!


1) Kes arwah Dato' Sosilawati Lawiya dan kawan2nya
Sangat menyedihkan, mengharukan dan tak dpt diterima dek akal....Dah mcm dlm cerita Tamil/ Hindustan/ CSI, pembunuhan akibat perselisihan faham dlm perniagaan hingga membawa kpd pembunuhan tahap di luar kekejaman binatang!



Bayangkan mcmana ahli keluarga mereka stiap hari slps 'mayat' ditemui? Akhbar saban hari melaporkan pelbagai bukti dan membuat pelbagai andaian tentang cara pembunuhan dilakukan... Aku kira, cukuplah tu! Patutnya laporan perlu difokuskan secara ringkas pd penemuan bukti dan hasil siasatan polis. Memang laporan terperinci (spt kes arwah Norita dulu) sangat boleh jual dan banyak nilai komersil, tp hormatilah keluarga mangsa!

Begitu juga dgn latarbelakang suspek dan hasil kekayaan luar biasa yg dimilikinya. Jangan lari fokus lah PDRM....Sekrg kes yg perlu selesai adalah kes arwah dan juga kes2 kehilangan lain yg disyaki sama dgn kes ni!! (apa mereka buat selama setahun ni kalau tak berlaku kes Dato'?? upss...kesian yg kes2 terdahulu).


2) Program Raya
Mana sentimen raya? Dahla hari2 biasa pun disogokkan dgn crita-crita tahyul dan hedonisme, raya pun dah tadak rasa tahun ni....Satu hari, mesti ada satu crita seram !! Tak kiralah TV3, Tv9,104,105 sama ja. Mmg la tahun lps dan tahun ni pun penerbit banyak keluarkan filem seram tapi tolonglah tapis dan pilih yg 'ringan' dan menghiburkan.....Budak2 tgh bergembira, tetiba tgk iklan, tgk TV ada hantu lari sana sini! Kalau crita Zombie Kg Pisang dan Congkak Jgn Pdg Belakang tu tahan sikit laa....Tapi kalau Momok the Movie, Chermin, Jgn Pdg Belakang, Histeria, Kelurisipan dll (byk sangat sampai tak tahu dah nak list) rasa sangat meyesakkan jiwa!! Baik tutup TV terus raya ni...



Mana pegi penerbit2 yg pernah hasilkan karya-karya family/ air mata?? Aku sempat tgk satu je, tu pun rasanya ulangan..Salam Terakhir kat Tv3 semlm. And Baju Baru di Pg Raya di Astro Prima mlm tadi. Mmg dulu ada jugak yg komplen kata raya patutnya bergembira,tp byk crita air mata tapi aku kira dari crita tahyul dan joget sana sini, baik crita2 family mcm ni !! Ada jgk nilai moral yg boleh dicari...........



Betul kata seorang penulis surat ke kolum Forum Utusan smlm....Sekadar memetik salah satu perenggan terakhirnya; "Kepada bijak pandai penyiaran, tapis2 laah program. Ada otak, guna. Jangan letak di lutut!". Aku kira dia dah habis kata dan sangat meluat, sama spt aku sbb tu bahasa dah takleh tapis dah !! Hehhee..........

Monday, September 6, 2010

Kenapa Mesti Berebut?

Kdg2 rasa mcm nak tergelak pun ada kes berebut nak balik kg raya....Ada sampai nak cerai2. Ya Allah, mtk tak jadi pd diri sendiri.

Well, aku dan hubby lg laa..kg utara selatan dan kami juga bkn jenis rajin nak travel utara selatan musim raya semata2 nak beraya di kg masing-masing! Aku dari alor setar dan kg hubby laak di Batu pahat...Dari awal kahwin, kami amalkan sistem giliran. Bukan sistem giliran biasa yg mana org kalau gilir raya 1st-2nd kg sendiri dan kemudian balik jgk kg pasangan. Kami punya giliran, thn berikutnya!!! Gila sabar tak ??

Tahun 2004 kahwin, aku ikut hubby ke kgnya..Sementelah mak aku pun dah tade,mungkin tak rasa sgt (sapa kata tak rasa,mlm raya org takbir aku dah tangkap leleh kat pangkuan hubby)! raya 2005 kg aku, raya 2006 balik Bt pahat semula, raya 2007 patutnya Kedah tp aku bersalinkan Aliah so tak balik mana2...2008 cover balik, balik raya Kedah. 2009 Batu Pahat dan 2010 Kedah semula!!

Kami rasa penat dan banyak pakai duit kalau nak balik dua-dua kg pd musim yg sama....Dah 6 thn amalkan sistem giliran ni,mmg tenang dan tade queries pun dari 2-2 belah pihak (sendiri/family psgn).

Anyway, rasanya ni last entry kot sebelum raya (dah tade idea...dan dah mood raya). Utk semua kawan2 dan my silent readers (ye kaa ada??) :-




Thursday, September 2, 2010

Sungguh Emosi

Heee...Tgk sambutan kemerdekaan pun leh rasa nak menitik air mata. Lum lagi layan crita anak dgn mak, adik dan kakak, OKU dll.

Huuu...Emosi...Emosi....