Selalu kalau gi Sabah, kita hanya ingat Pasar Philippine....
Just 3 years back aku rasa org mula bercakap pasal Kundasang, Pulau Manukan bla bla bla...
So terpanggil laah juga utk ke tempat lain selain KK sahaja...Last went to KK on May 2010.
Pada sale Airasia tgh 2013, aku dah book utk flight Dis. 2014...Ko..setahun...hahaha..
Sebab tahu tahun 2014 insha Allah takde projek menambah ahli keluarga. Lagi pula, Aliah dah start sekolah so memang susah laa nak gi jln2 naik flight tgh2 tahun..Baik kumpul duit, pegi sekali terus di hujung tahun!
Day 1 - 9 Dec. 2014
Backpack concept katanya...Ntah kenapa tak ambik Check In Luggage pun! Lagipun masing2 bwk sorang 2 psg je..dan baju nipis2.
Nasib departure kat KLIA2 tu okay....Masa dlm flight, everything went smooth walaupun ada la iklan2 dek Ariana yg sibok nak 'menyeberang' aisle nak gi kat papa dia. Towards nak touch down, tiba2 dia mulakan 'siren'! Bertahan jerla sampai landing...Huhuuu...Tak tahu kenapa angin dia tiba2 dtg.
Masuk je arrival hall, nak on HP tiba2...Tak nyala2.Kuar screen biru lak tu!! Ahh sudah....Cuba 4-5x still tak up. Whuaaa !! Camna laak tu nak cari no driver keta sewa...Semua dlm HP aku. Panik sekajap, 30-40 minit jgk ke hulu hilir husband bwk kadbod tjuk nama driver yg kami dah byr deposit RM200 tu!! Errrkk.... Last2 baru husband dapat idea, ce cari dlm FB page company tu..Nasibla Lenovo dia battery full and line pun okay. Solve la satu issue! Nasib sempat call sbb org tu dah nak gerak balik sbb ingat kitaorg tak jadi. Sampai 12.50..Sejam bazir masa di airport.
Tak habis di situ, kul 2.00 gerak nak cari Tuaran ...Sebab blog org kata ikut Tuaran ke Tamparuli baru dpt jln ke Kundasang, Nak gi Tuaran pun dah sesat, solat Jamak dulu tgk2 dah kul 3.00....dekat kul 4.30 baru sampai Tamparuli.
Rumah Terbalik Tamparuli
Bagi aku biasa ja, tak gi pun takpa...Amazing la dia buat tu tapi takat tu jerla...Dewasa RM10.00..Kanak2 RM5.00. Nasib dia caj utk Aliah je!
Then kami lunch cum dinner siap2 kat tepi tu ..Mango Restaurant as recommended by JJCM TV3..Cosy tapi rate sama KL..Costly jugak. Sebab tu gaknya restoran ni lengang!
Gerak dari Tamparuli dah kul 5.00..Kira dah nak magrib laah sebab sini waktu awal 50-60minit dari Semenanjung...Sampai Kundasang dah gelap.
Day 2 - 10 Dec.2014
Desa Dairy Farm
Desa Dairy Farm ni buka seawal 8.00 pagi..Bayaran ikut kereta RM4.00 rasanya...Dia bawa lembu hitam putih ostolia tu dalam kul 8.00 pagi dan balik dalam kul 10.20-10.30. So kalau nak dapat gmabar dekat, sama ada kena datang awal2 atau datang lewat sikit (dah panas la) macam kami hari tu sampai dah 9.30..Lepas minum semua nak balik kereta, tgk2 lembu nak balik..Terus dapat tangkap gmbr dekat2! Rezeki anak2....
Di Kundasang, itu je kami pergi....Sebab dah jauh 1 -1 tempat, budak2 pun bukan reti appreciate lagi. So pegi yg ni je...
About Kundasang
1. On transportation
Jalan ke sana adalah jalan berbukit dan ada jalan tidak berturap. Kalau ada duit lebih, elok sewa 4 wheels drive baru selesa. Walaupun jalan berbukit, tapi bukan bengkang bengkong dan memabukkan macam Cameron atau Frasers Hill ye..
2. On signboard & landmarks
Poor..So better on Waze / Google Maps. Kalau takdir mcm kami, sampai dah malam..Memang sesat barat laa sebab gelap gulita.
3. Scenery
Memang indah ciptaan Allah....Nampak dekat sangaaat Gunung Kinabalu yg kita belajar masa Georgafi tu... Kalau lalu kat Desa Dairy Farm, lagi laah dekat rasa mcm lalu sebelah je!