Showing posts with label The Princess. Show all posts
Showing posts with label The Princess. Show all posts

Tuesday, July 14, 2015

Bestnya Anak Perempuan!!

Ehhehee.....

Sama je anak lelaki ke perempuan, semua ada kelebihan..Org kata rugi sikit laah tade anak lelaki nanti faraid dapat sikit bla bla bla blaa...

Sebenarnya bagi aku, yg penting asuhan dan didikan selain dari itu adalah CALON MENANTU. Kenapa calon menantu? Next entry laah....


Jom tgk apa yg bestnya ada anak2 perempuan dan tak rugi jugak tak dpt anak lelaki !



1.  Pakaian
Yaa betul.. Ramai yg ber anak lelaki idamkan baju2 cantik utk bagi try. Sebenarnya, semua baju terutamanya baru adalah cantik!

Memang variasi baju anak perempuan lebih banyak...Skirt laah, gown laah baju kebaya laah baju kurung laah legging laah....Tapi belanja maknya pun byk jgk le sbb maknya pun tingin berfesyen! Haa..Nak2 time season Cindrella ke, Frozen ke..Jenuuhh...Tapi boys, hmmm...Baju dan suar jerlaa.. Hahaa...Tshirt dan suar memang pakaian azali. Masa raya dapat le melaram lebih sikit, baju melayu dan checked shirt!


2.  Mainan
Siapa kata mainan kanak2 prempuan tak praktikal Puan Lyna ?? Hhehee..Praktikal laa masak2 tu, siap amik daun dan batu2 buat rencah masakan tau....Hahhaa......Anak patung pulak boleh melatih sifat keibuan dan kekakakan....Tade laa raksasa je bersusun2 buat kawan terawih...

Bab bersepah, universal....Sama je anak pompuan ke anak lelaki, time malas tu suruh le macamana pun last2 maknya mengemas!


3. Perasaan
Tak dinafikan anak2 perempuan ni byk perasaan. ...Perasaan sentap, perasaan cemburu, perasaan2 perempuan tu sama je. So bila mak pun berperasaan, mmg puting beliung laa kena kat papa yg seorang! Tapi sonoknya anak2 pompuan ni, perasaan senang nampak dan ada masanya, meraka sendiri yg mai cerita....Settle masalah.  

Anak lelaki pulak biasanya berat mulut....Suka nak control macho...


4. Aktiviti
Anak2 perempuan boleh diajak pilih brg masakan, masak memasak di dapur, gi cuci rambut, basuh dan lipat baju jugak.....Tapi sebenarnya, anak2 lelaki pun boleh je dilatih buat semua2 ni. Takde laa nanti lps kawin nak harapkan isteri je !


5.  Mudah Jadi Contoh
Kalau anak2 prempuan ni, senang laah dia nak tgk ibunya je...Jadi jadilah ibu yg baik dan solehah (jauhnyaa diriku inii...) supaya anak2 prempuan dapat teladan yg baik. 


Thursday, October 2, 2014

Tak Sabar Punya Pasal!

Haa...

Ya, saya jenis tak sabar. Walaupun semakin tua, benda2 yg excited ni saya kadang2 tak menyabar2 nak buat...Jangan pikir benda lain naa....

Selain bercuti, saya suka plan2 event...So tak lain tak bukan, birthday bash! Yaa...Tahun ini adalah tahun berjimat (sangat...) so combine jer birthday yg tengah (amani) dan sulung. Memang tak buat every year panggil org...Selang2 je buat panggil org, mcm tahun lepas makan2 sndiri je kek. So tahun ni ingat nak buat yg best sikit sbb depa pun dah besaq & boleh appreciate! 


Actual date :   Aliah 0810, Amani 220910
Gap           :   2 weeks ++
Itulah significantnya sekalikan....


1) Pemilihan Tarikh
Sebenarnya plan asal nak buat slps birthday Aliah yg sebenar, so selepas 0810 laah...Yg terdekat is 11/10. Tapi disebabkan tak sabar, anjakkan 2 minggu awal...Hhehee...Takkan pulak nak buat masa raya haji 5/10? Habih laa tema nanti....
Kad ni husband yg buat..
Spt biasalaah, papanya kreatif.


2) Pemilihan Tema
Sebab sekrang masih demam Frozen...Haruslaa buat tema Frozen. Hehee....Tapi budak2 tu taktahu pun aku plan semua2 ni! Bila tgk dah siap, memang habih hati la...Speechless org kg kata! Terharu kan???


Candy buffet, amik dgn cousin husband...
Tapi dah tau, lain kali bleh buat sendiri  ;)



Buntings special ni  husband design jugak..
Rasa mcm dtg preview film pulak!



3) Pemilihan Menu
Menu nak light2 ja sbb buat lps Asar....So nak mi/ mihun...Selain tu akan tambah candy etc. Sorry gmbr meehun sup utaqa tak amik pulak! Basically ini menu hari tu


Sendiri bajet
--> Meehun sup utaqa
--> Macaroni goreng (sendiri goreng)
--> Kek birthday, mesti laah ada kan ;)
--> Candy buffet

Sponsored
--> Sate
--> Dadih
--> Puding 
--> Nasi impit 


4) Pemilihan Tetamu
Pada kebiasaannya aku buat makan2, makanan selalu terlebih.....Salah satu sbb mak mertua suka bawa menu lain buat top up..So kali ni aku panggil serata alam! Haaa....Panggil cousins, panggil macik2 serta budak2 opis...Tapi...Huhhuu...Tetap jgk lebih menu utama tu..Takpalaa..Esoknya tapawkan ke opis utk yg lain.


Sekarang ni 2-3 minggu ni memang dok hujan jaa ptg2 antara kul  4-6 gitu...Hujan lebat. So tak terkecuali laah hari Ahad tu! Kami siap kemas rumah Sabtu lagi...Sabtu pulak ada musibah kat opis! Total network down 1 spital...Adeh laa...Gi opis laa Sabtu tu. Ahad terpaksa tak pegi, suh staff lain ja!! Dlm hati mmg dah tak berapa best laa....Tak tenteram, Nasib network up balik tghari Ahad tu dan system pun bleh guna kul 2. So takde laa risau sangat kalau ada calls masuk dari spital ptg2 ke mlm ke.

Everything ready...Meja, carpet, balloons, bancuh air, goreng macaroni tapi sebelum aku mandi ptg (lagi sekali) dah kul 4.00 time tu caterernya tak sampai2, candy buffet baru sampai baru nak set up...Hujan lagi..Tiba2 tetamu pertama dah sampai! Aiseh...memang panik. So tunggu laa jugak, dalam kul 5 camtu lps dah berdoa semua baru bleh potong kek dan makan...



Tempah 2 kek utk sorang 1....
1 rainbow, 1 red velvet choco checked


Ni dgn schoolmate cum neighbor dia
Alesya...

Dia yg organize sendiri game ni...
Mak kalut layan frens & families :p




Alhamdulillah walapun hujan, almost all tetamu sampai kecuali budak2 opis aku.....Huhuuu...gambar2 selebihnya bleh laa tgk di FB ye ;)  

Letih sangat buat party kali ni....Sampai mlm tido sakit2 badan. Esoknya pun sakit pala semua tak habis! Mcm buat kenduri kahwin kekdahnyaa......Sampai rasa, cukuplaa ni kot majlis last buat. Eheeehh...Taktahu apa yg penat sgt, maybe sbb penat otak dgn masalah opis sama.

Wednesday, April 23, 2014

10 Fakta

10 Fakta Menjadi Ibu Beranak Kecil
1.  Tidur yang paling lama tanpa gangguan adalah 4 jam.
2.  Tudung yang paling cantik adalah tudung awning.
3.  Mandi yang paling lama adalah 10 minit.
4.  Makeup yang paling hot adalah memakai lipstik.
5.  Sandal yang paling selesa adalah selipar jamban.
6.  Makanan yang paling cepat, senang, kenyang dan selamat dimakan tak tercekik adalah roti.
7.  Fesyen baju tidur paling seksi adalah tshirt.
8.  Air paling menyegarkan adalah air kosong.
9.  Memasak, mengemas mainan dan melipat baju adalah satu kejayaan mingguan atau boleh jadi bulanan!
10.  Mencari misplace spek mata mcm mencari duit RM1,000


and the lists can grow more.....



Kena cerita yg sebenar....Hehhee....Tengok org mcm senang, tapi tak senang sebenarnya..Bertabah laah !

Thursday, August 15, 2013

Girls' Day Out

Sebelum raya tu sempat le aku bawak budak ber2 gi cuci and trim rambut...

It was 3rd time for the kakak and 1st time for si adik...




Fringe raya utk adik...
Ehehhee

Lice Attack!

Kenapa rambut si kakak tak pernah panjang?
Sakit hati jugak...Kesian pun ada kat dia.

Sejak masuk tadika, boleh kata every 3 months kena potong rambut sbb kutu! So selama 2 tahun ni dah 5x kami trim rambut dia...Sampai husband kata,"Apakata kita tuang minyak tanah dan botakkan kepala dia ?"

Sekarang ni kena pakai syampu dan syampu 2hari sekali...Nasib syampu dia wangi, siap dapat sikat mcm gambar di bawah. Sikat ni bagus tak mcm sikat kayu tu! Sikat ni besi dan dia dapat kais sampai nits sekali!


Si adik yg rambut jarang & nipis pun kena....Tapi tak sebanyak si kakak la. Tu pun nak bagi dia syampu punya susah (penakut sikit)...Nasib siri Oggy yg baru sekali tu ada episod Oggy & Jack kena lice attack. Dia pun mahu la disikat rambutnya ! Hmhh....

Pelik, pdhal di tadika semua bertudung...Taktau la bila masa diaorg ni buka tudung?



Bila Ber Anak 3

Dulu bila tanya kwn2 yg ada anak 3 bila nak tambah, ramai yg jawab tak kot (taknak tambah dah) atau tak lagi....Aku agak pelik gakla kalau nak kata penat, double mmg trouble so takkan triple betul2 miserable? 

Selepas ber anak 3, baru aku rasa sikit wpun sebenarnya baru lagi nak conclude....

Itu pun gap 2 thn 1/2  dan 2 thn 11...Cuba kalau dekat2.

Yg aku rasa laa :-

1) Masa makin kurang utk kerja rumah 
Sebab banyak masa nak layan baby and yg no 2.  No 1 pun kena jgak tgk seskali nanti merajuk dan dia rasa kurang disayangi pulak :p

2) Kerajinan makin kurang utk berkreatif
Sebab dah nak tgk sorang per sorang, memang tak dapat la...Kalau sempat utk layan utk yg no 2 tu pun kira besar rahmat dah..Sian budak2..

3) Temperature lagi cepat naik 
Sebab kadang2 nak harap org bantu dan yg nak diharap pun baru umur 6 thn...Bantu apa, kdg2 kalau bantu senyap atau bantu tlg tgkkan adik2 pun dah cukup dah tapi biasala budak umur 6 thn, kdg dia pun ada time dia sendiri takmo laa nak ssh2  tgk adik.



4) Katil tak muat dah
Sebab maks muat 3 ja, so yg 2 lagi terpaksa extend single bed pulak kat bwh...Hehhee...(si kakak tak berjaya lagi kekal tidur sendiri di biliknya)



5) Sangat2 perlukan maid/ extra hands
Sebab baju jadi banyak nak basuh, nak lipat....Nak masak..Nak kemas rumah, toys dll...Kadang2 terpaksa opt hantar baju ke dobi...Tetiba jadi sgt stress tgk baju berlonggok berbakul2  masuk minggu ke minggu baru boleh lipat ! 




Husband pulak dia rasa kaya sbb ramai anak dara....Ehhehe.....Takut jugak ni nak membesar anak2 dara. Bak org kata jaga sekandang lembu lagi mudah dari jaga seorang anak dara...

Tuesday, August 13, 2013

Cerita Pengasuh

Baby kali ni yg namanya Ariana Humairah, berpengalaman dijaga org lain yg bukan darah daging...
Utk anak kali ini, mertua aku memang dah surrender sementelah dia pun tak berapa sihat baru kena hypertenison (dek kerenah anak2 aku kah ? :p)  

So aku memang cari pengasuh area taman jerla masa bulan ke3 berpantang tu....Dapat la sorang yg belakang rumah, selang 3 rumah dari rumah aku tapi row belakang (kira kami boleh nampak laa dapurnya dari rmh kami).

Dengarnya dia jaga 3 org dah ...Yg dah besar, so baby anak aku jerla.

Walaupun jiran, kami tak pernah jumpa...Suara dia jaa aku pernah dengar weekend2  bila aku jemur baju di belakang. Jenis 'bersuara' jugak laa sbb anak2 dah besar kot.

First impression, memang rumah dia walaa...Cantik mcm rumah contoh. Baru siap renovate la katakan! Convincing pulak sbb nampak dia jenis pembersih dan nampak agresigf (= cekap?), Dia pulak pernah buka nursery, so dia dah tahu handle EBM  dan baby yg mudah muntah ni ...Cumanyan dia request baby cot.

Baby cot, which is kami tak pernah beli...Tapi beli jugakla sbb dah kalau itu keperluannya. Cuba berfikiran positif maybe dia takmau budak lain kacau dan juga dia nak mengelakkan kes tersangkut buai dsb.

Minggu pertama kedua berjalan lancar...Walapun kami terpaksa balik berkejar2 kerana dah berjanji cuba balik sebelum kul 7.00 (memamng kami selalu sampai paling lewat 6.25pm je). Husband sampai request dgn boss dia balik 4.30 pagi dia masuk awal sikit, 8.30 semata2 nak jemput Ariana awal!

Masuk minggu ketiga, dia kata susu tak cukup...Nak buat camna. Nak elak dia bagi air kosong (hari pertama dia dah 'pandai' bagi tghari2 pdhal susu ada lagi-sbb takut susu tak cukup sampai ptg), balik la awal satu hari Jumaat tu! Nasib Jumaat tu ptg memang tak ada apa2 meeting.

Masuk minggu keempat, hari isnin balik aku tengok Ariana tido...Dia kata baby mengamuk hari ini. Duduk takmau, mengamuk menjerit2 dia taktau nak pujuk. Apa pun dia tak boleh buat ! Aku ni nasib laa jenis tak cepat melenting (dah org jaga anak kita....), aku dengar jerla dia mengomel2. Dia kata dulu dia pernah jgk jaga baby, tapi bila dah cukup susu dan tidur, letak bwh ok je. Ni dia nak masuk dapur, nak kencing pun terkejar2! So dia kata takat bulan ini jerla dia nak jaga.....

Aku terima keputusan dia, takmau nak paksa.....Tapi semalaman kami suami isteri ni sedih dan ssh hati fikir nak hantar mana pulak. Sampaikan nak hantar esoknya pun aku dah rasa tade hati sbb terfikir2 teruk sgt ke anak aku sampai dia cakap camtu? Bukan selalu pun...Sebelum ni kan ok? Hari ini je kot....

Ada seminggu lagi ke hujung bulan, kami pun tanya yg kakak lain di taman jauh sikit...Alhamdulillah dapat. 

Minggu akhir hantar tu, bukak pagar dia dah cakap sorry banyak kali...Aku ingat dia dah nak mintak stop awal 2hari sebab pagi tu aku dah bayar upah bulan tu, rupanya ada eksiden.

Ntah camna jari Ariana boleh terkena kat lubang sink...Luka ibu jari anak aku !! Dia kata dia cebokkan baby di sink taktau mcamana kena bila angkat2 tgk berdarah2...Sian sgt ibu jari kecik tu luka. Nasib laa tak betul2 tersangkut dlm lubang.


Ya Allah, apa laa nasib...Sekali lagi, aku tak marah2 dia. Maybe sebab fikir dah nak habis pun dan dia pun bukan sengaja (tapi cuai..............) dan jiran pulak, aku buat muka kering ja la. Husband kata sikit je, takyah exaggerate tapi hati mak kan? Aku beranak susah2 tak luka apa, ko senang2 je bagi luka anak aku....Haish!

Moga Ariana lebih terbela dan disayangi dengan pengasuh barunya nanti....Ya Allah, lindungilah anak2 kami.

The Labour Story

Dah check dlm dictionary, so kalau salah jadilaah The Pekerja Story...

What i actually meant is my sakit nak beranakkan yg no4 ni...

Aku sepatutnya due 2/4....Ehh, ingat 7/4 (rupanya salah baca tulisan doktor tu..nape laa doktor tak reti tulis cantik pdhal dulu2 mana ada sistem HIS?). Nasib bukan 1/4!

By week 38, aku check dah ada bukaan 2cm tapi aku memang tak sakit apa2...Contraction pun tak ada. Baby dah in ready position (downward)  tp belum crowning (turun) so i guess oklaah nak berjalan jauh lagi sbb akhir minggu ke38 tu aku nak balik Kedah.

Nak balik sangat2, sbb nak tgk kenduri anak menakan sulung ke'sayangan' a.k.a my BFF....In fact, dah ready beg beranak dan kelengkapan berpantang2 kot tersakit di kedah nanti. 

Alhamdulillah aku masih sihat semasa hari kenduri dan selesai kenduri, esoknya kami terus bergerak balik KL...Aku dah memang plan nak go for MC before the next checkup tu.

The 39th week checkup tu, bukaan baru 3cm...Doc tanya whether aku nak tunggu lagi atau nak bersalin secara terancang? Wahh ayat....Secara terancang = induce? Tapi bukan induce jugakla sbb dah ada jln cuma dia kata nak break the waterbag. Aku kata i cant decide now, but if that the case can i request for my dream date --> 310313 (next Sunday)? Dia kata takut dia tak bleh assist sbb Sunday dia ada kursus haji...

Since dah MC and sbb dah janji dgn anak2, nak bwk jln sebelum cuti 'panjang' aku ..Kami gi Petrosains. Terkengkang2 aku ni sakit celah tu tercucuk2 rasa tapi gagah lagi sbb kononnya nak cepatkan bukaan kot mlm dah bleh bersalin sendiri.

P mlm tu check, tak bukak jugak....So fikir punya fikir , ikut jerla cakap doktor..Esoknya kami pegi, admit dan tunggu dia datang pecahkan waterbag.

I was admitted at 11.30 am...Punya boring tunggu dia datang, siap terlena2 dulu, Depa dah bg ubat berak dan drip air. Tak sakit apa2 jugak sampai Sister tu kata "Puan ni jenis tahan sakit kot?"....1.30 my gynae datang dia kata since tak sakit jugak, i proceed with the plan. So dia pecahkan waterbag.

Sampai kul 4.00 pm, masih sakit tu datang light2...Dalam 10minit sekali dan setiap kali datang, aku tarik-hembus nafas sambil selawat dan mengiring, alhamdulillah sakit tu bearable. Check2, bukaan baru 6cm and Sister offer Petidine. Amik jerla!

Dalam kul 5.50 camtu baru rasa sakit tu datang 5 minit sekali...Time ni baru la rasa dah macam nak terberak tapi terpaksa ditahan2 jugak sbb belum 10cm dilate. Dalam 6.30pm, VE balik dah 8cm doctor pun masuk tunggu depan aku dan ready semua...Siap bagi cara camna nak tahan nafas dan push, rasa best pulak sbb mcm baru belajar (cara yg betul) dan bila patut push!

Sbb dah banyak energy habis awal2 dgn tido dan FB (?), so time nak push mmg tak sekuat tenaga la...Rabak laa sikit...Alhamdulillah, my princess selamat keluar at 6.48pm! The 4th princess in actual   :D Husband plak dapat peluang potong sendiri tali pusat kali ni...

I was admitted to the ward for a nite...Buasir aku teruk kali ni...Huhuuuu...Baby 2.60kg..rambut lebat dari kakak2nya ! Sebab tu gaknya selalu rasa menyucuk2 di bawah.....




Monday, February 18, 2013

Lambatkah?

Ada dua benda aku nak tanya pendapat korang...

1) Due bersalin

Bila aku terkejar sana sini follow up apa yg perlu (terutamanya hal pejabat), org akan tanya balik bilanya nak bersalin ni? Bila aku jawab due awal April, diaorg biasanya akan jwb "Lambat lagi...."..Bagi mak2 pulak, akan cakap -"Issh, tak lama lagii dah kan...Sebulan setengah gitu je?".

Takut jugak membayangkan kot aku terbsalin awal...Kalau awal 2-3 minggu tp dah lps tempoh matang (37 weeks), insyallah laa. Tapi kalau lebih awal dari tu? Mintak le tidak...Sbbnya rasa belum bersedia dan byk lagi benda belum selesai (in fact, storage baju baby dan 'pakaian' dlm pantang pun belum cari) ...Aku mmg byk benda nak kena complete before cuti pjg. So ssh hati jugak kalau terpaksa tinggalkan mengejut!! Kesian staff...

Atau aku ni jenis kalut ??



2) Vocab. Amani

Aku jarang merisaukan anak2 aku lambat bercakap ke apa, sbb bg aku insyallah tahun ke3 nanti petahlah mereka berceloteh...Sbb tak dinafikan, anak2 aku semua jenis 'byk bunyi' walaupun aawal2 sebelum fasih tu mmg banyak yg tak paham dari yg paham.

Bila baca sana sini blog mommies/ daddies tentang vocab anak ke2 ke3 agak lambat....Aku terfikir jugak "Eh, Amani termasuk kategori inikah? ". Mula2 aku agak sbb bila dah anak ke2 ke3 pd biasanya kita dah kurange xcited so terlepas milestones mereka dgn doa dan hrpn, "Alah..Nanti cakaplaah tu.." tapi tak adil kalau terus buat taktau kan??!!

So aku ingat2 semula....Yep, rasanya dlm usianya 2 thn 5 bln ni Amani walapun riuh jugak tapi utk dengar 1 sentence agak jarang...Kalau yg aku terdengar tu pun, sayup2 je dan kena dengar betul2. Contoh yg dia biasa sebut "Tolong bukakan...".."Tolong buatkan..."..Kelmarin tu mcm panjang sikit, tapi aku x ingat pulak apa ayatnya skrg :p  Tolong tu aku taktau mana dia bljr sbb kdg2 kami pun jrg guna dgn Aliah bila dah suruh cepat2 :p Maybe dia dengar Aliah sebut ke taktahu laa...Baguss..Baguss....

Ibu doakan Amani ok2 aje...Nanti pandai cakap mcm kakak, tapi jgn biasakan pelat ye dik?!! (walaupun cute)


Tuesday, February 5, 2013

LAMANYA

Ya bener....Lama betui aku menyepi, sikit lagi bersawang kot blog ni?
Sebabnya - tak byk idea, tade masa (klise..) dan mood ke laut (klise...)..

What eva is isu, actually ada je cerita cuma dok tagak2  nak up !!

SELAMAT TAHUN BARU...Baru lagi kan bulan 2? Kira valid lagi ni...

Anyway, 
Sikit update

1) Pregnancy
Aku dah mausk 31 minggu....Whoaa...Cepat je. Dengan mcm2 milestone nak kejar thn ni, bln 3 Internal Audit then follow by delivery (d baby) then lps cuti nak put effort on new contract/ routine and Compliance Audit.

Gender this time? Insyallah to complete the Powerpuff Trio...Aku redha (cuba utk bertabah )

2) Aliah Nightime Routine
Dalam 1 minggu je berjaya tidokan dia ..Then bila weekend, bg chance dia tido bersama adiknya.... Berhimpit2 le kami atas katil. Tapi sejak 2 minggu ni si Amani pulak sudah bikin songeh! Tetiba dia nak attention yg sama mcm aku bg pd Aliah....Time aku nak temankan Aliah tido tu laa, dia pun nak aku tidokan dia jugak. Dah mcm ada 2 bini! Kena tarik gi bilik sinun pulak...Kalau tak ikut, menangis menngongoi2. Sayu sgt!

Pastu dah ke bilik bini muda, bini tua dah muncung...Tunggu2, aku masuk bilik dia balik. Di persimpang dilema aku jadinya nak berlaku adil ! Ni baru bab bercerai tido...Bukan apa,selalu sgt aku mmg pass si Amani pd papanya. So aku rasa mmg aku kurang adil laa pd dia! Takkan selamanya dia nak bermanja dgn papa dia kan??!! A daughter will remain a daughter....Satu masa, she still need her time with her mother. Betul tak? Sementelah aku rasa, dia pun nak bermanja2 sblum baby kuar...Aku jadi takut kalau nanti masa depan, Amani tertanam minda yg aku tak pernah sayangkan/ manjakan dia. Huhuuu!!

So sudahnya, 1 minggu ni Aliah byk tido dgn kami....

3) Amani milestone
She turn 2 yrs 4 on January....2 bln lagi cukup 2 thn 6. 2 thn 6 dah dpt adik! Aliah dulu 2 thn 11...Terawal sikit le dik !! :p Tapi tgk dia jenis indipendent, tak risau sgt ...Skrg baru nak potty train dia. Tapi agak slow la sbb dia jenis takpa punya! Jenis kalau basah pun dia bleh lagi buat dek...Janji dia dapat tido !! Ooh...Anak dara sorang ni...


Thursday, January 10, 2013


Malaysia's top baby names for 2012

When it comes to choosing your baby's name, it may seem like everyone has an opinion! This is where BabyCenter can help. 

Whether you are looking for a unique name for a baby girl, or a traditional name for a baby boy, you may get some ideas from this list of top baby names in Malaysia. Our annual list of national favourites, courtesy of thousands of BabyCenter Malaysia parents who were pregnant or had a baby in 2012, may inspire you in your search for the perfect baby name.

Top 25 boys' namesTop 25 girls' names
1. Mohamed1. Nor
2. Ahmad2. Zara
3. Adam3. Sophia
4. Rayyan4. Aishah
5. Daniel5. Alicia
6. Danish6. Alya
7. Haziq7. Hannah
8. Iman8. Iman
9. Zikri9. Damia
10. Irfan10. Arissa
11. Ashraff11. Safiya
12. Ariff12. Humaira
13. Amsyar13. Keisha
14. Zarif14. Irdina
15. Aqil15. Iris
16. Mikhail16. Amani
17. Umar17. Dhia
18. Aaron18. Marissa
19. Jayden19. Adelia
20. Aish20. Husna
21. Haikal21. Nurul
22. Harris22. Sara
23. Naufal23. Qaisara
24. Aiman24. Qalisha
25. Aryan25. Aqeelah


So camne korang namakan anak2 korang? Ce share sikit....

Saturday, December 8, 2012

Cuti Sekolah 2012

Minggu pertama (10 Nov- 16 Nov)

Penang





























Kedah











Minggu kedua (17 Nov - 23 Nov)










:P


Minggu ketiga   (24 Nov - 1 Dis)


























Minggu keempat (2 Dis -  7 Dis)



















SATU BULAN LAGI ????  :O