Thursday, July 31, 2008

Serabut


Walaupun dah balik dari vacation, masih serabut dan berbulu dgn projek itu....Stress all the time, asyik nak marah and efeknya pd susu la !!

Masuk2 pejabat, tiap2 pagi kena attend meeting....So rushing nak pump. Nasib ada stok last week 9 botol (sepatutnya 10 tapi dah bagi Aliah time nak gi airport last week). So boleh le top up dgn stok cukup2 yg dpt pump hari2 meeting ni.

Serabut jugak sbb balik bercuti, Aliah jadi meqap dan takleh berenggang...Macam awal2 tinggalkan dia pegi keja.takmo dekat nenek dia, nak atok dia je dukung !! tinggal sekejap, melalak kuat2.... aiyoo...pastu mogok susu, sbb dia takmo tido. nak kuar dari buai, memanjat sana sini !! haiyo.. ini girl arr.......

Wednesday, July 30, 2008

Jalan2 Ke Ganu

Heee....Excited woo nak pegi sini sbb nak shopping tudung. Lama dah aku berangan nak pegi! last pegi 2003 time bujang, pegi Pulau Redang...So kira 5 thn la baru aku dpt ke sini semula, dgn title baru - Double 'I" (Isteri dan Ibu). So aku dah plan dari bulan 4 lagi time MAS buat kick off 1st Everday Low Fares dia ! Dok congak2 antara Kuching, KK dan Ganu lah..Last2 pilih Ganu sbb cuak nak naik flight lama2, takut Aliah tak biasa. Okla 3 org pegi balik MAS caj RM350. So the rest aku kena standby at least 600 utk dapatkan bilik hotel yg best !

Primula Beach Resortlah idamanku dan ramai yg recommend situ sbb 5 stars n dekat pantai....So bulan 6 lagi aku book the Deluxe Room for 3 nights. Aku dah tak main 3H 2M sbb mcm tak puas je 1 hari nak ronda...(hari pertama dan ketiga dianggap hari perjalanan). Minimum mlm skrg kalau bercuti, 4M lah!!
This is considered our very 1st Vacation as a family (Ibu + Papa + Aliah)...

So mmg sgt teruja la. Dgn packing brg2 la...Dari 1 beg troli besar size 29", kami tmbh lagi satu beg 22" utk Aliah sahaja ! ahahakkk....Yerla, jln dgn baby kena bwk diapers la, wet tissue la, botol utk air masak la, nestum la dan mcm2 lagi.Baju takleh bwk cukup2, takut dia terkencing / bocor ke, muntah ke dsb.Then ubat-ubatan lagi??! (sbb time ni Aliah baru jeee baik demam).

Day 1
Guess what, kami kuar rumah kul 6.10 pagi...Sbb kena reach KLIA by 7.30.Aliah pun bangun awal mcm kami, around 5.20 (awal sbb dia poo poo dulu :p). Dia tido dlm keta je! Sampai airport je sampai Tgganu tak tido...Punya aku panik takut dia melalak time nak take off (kalut sumbat susu dsb) tp si kecik tu menten je main2 leaflet dan meja. Alhamdulillah, surpsingly dia dah pandai balance and i'm very proud.hee !

Since sampai awal takleh check in, kami nak bagi Aliah tidoq dulu ..Nak rehat kat masjid, singgah Masjid Kusza (UDM) tu tapi dia tak tidoq pun. Dia takmo tidoq! bertuah punya budak..Dia hisap susu then dia merangkak2 pulak! Aku ni letih...Letih bkn sbb pe, letih Ganu panas sgt duhh ! Mcm Alor Setar....

Since dia takmo tidoq, aku tukarkan baju dia(basahkan badan dia dulu skit) then kami ke Mydin..Wakakakka...Kat KL bertahun tak gi Mydin, kat Gganu ni Mydin la paling happening kata anak menakan aku. Giant di sebelah pun kalah ! waah...Lagu mana hebat sgt Mydin ni? Kalau di KL,geng bangla n Indon je dok pi. Mydin dia kalau korang nak tahu- sepanjang dan sebesar Subang parade dan dipanggil Mydin Mall (kelas u...).Dalam dia size mcm Carrefour Subang ada escalator utk ke tingkat 2.

Dekat pukul 2, kami pun ke hotel..Check in. Walaa !! Bestnya bilik....Luxurios la bagi aku. Puas hati, service pun bagus (angkat beg dan service kunci bilik). Try to put Aliah to sleep, tapi dia takmo...Hidung dia berhingus balik. Cian !! Then golek2, dekat pukul 4.30 baru dia tidoq lps aku tak layan dia (terlelap tak sedar).
6.50 kami keluaq dinner kat area Pantai Batu Burok. Hampehss, kena ketuk RM36 pdhal makan apa sgt 3 org-nasi goreng telur mata 2, sate 20 batang (40sen secucuk),tomyam campur (udang, sotong seketul 2 je) dan nasi paprik bersama air sirap.Tobat len kali aku tak recommend pi kedai tu!

Day 2
Cadang nak turun brekpes kul 8 tapi lps subuh Aliah tido balik (which is jarang dia buat camni kalau di KL-maybe letih sgt semlm)...So kul 9.30 baru kami turun brekpes.Well, aku makan nasi dagang, Aliah bagi makan bun, papa dia makan campur2 la -bihun, bun dsb. Food at Primula? 1st day, not bad la...

Since Jumaat takleh gi mana sgt, target utamaku adalah Pasar Payang lah...Kul 11 kami kuar, tak sampai sejam dan tak sampai 10 kedai aku masuk, Aliah dah mula
merengek2 mcm mengantuk. Aiik, potong stim betui ! So sempat rembat tudung bawal simple 10 helai je....Balik dulu lah, lagipun dah kul 12 nanti nak singgah cucuk duit lagi (dah terbang RM200 nih).

Bila hubby aku gi Jumaat, aku paksa Aliah tido sbb cdg nak shopping lagi ptg....Tido la dia pun, takat kul 3.30. Kami bangun, ke Pasar Payang lagi then dia pun merengek2 lagi! So dpt sejam jugak le shopping :~ Bila naik keta, susu jap terlelap then kami hala ke Pantai Ketapang. Aku ingat nak makan seafood, rupanya anak menakan aku bwk tmpt org makan kopok leko dsb.So kami pusing ke tmpt lain, cari restoran sea food...

Kuar simpang Pantai Ketapang tu, ada satu la kedai seafood...Awal lagi, 6.40 org pun tak ramai. Harap mknnya sedap lah!! So kami order siakap, udang celup tepung,kailan ikan masin dan daging masak merah...Air tembikai semua. Alhamdulillah,sedap dan berpatutan RM64 (termasuk 1 pinggan nasi tmbh-tapi nasi mahal, RM1.30 sepinggan).

Day 3
Hari ni Aliah bangun tido mcm biasa....So kami kuar breakfast 7.45. Alahai, menu sama je wajib ada nasi dagang dan sup serta scrambbled egg. Yg beza pun hari ni bkn mee goreng tapi bihun goreng dan mee kuah pula jadi mee sup! ehhee...so aku try le mee supnya, sup pekat tak sedap. Bubur ayam ok, bagi Aliah sikit sbb pure rasa-tade garam.

Balik bilik, kam tido sampai kul 10.30 baru Aliah bangun....So siap2, we ready to go to Pulau Wan Man @ Tmn Tamadun Islam.Ala, yg ada byk monumen masjid seluruh negara tu...Yg kalau iklan Jom Jln2 Maria Tunku Sabri dia tjk naik bot tu . Hee..tapi aku tak naik bot pun. Dia area ke Losong, berhampiran dgn Muzuium Negeri.

Peh, kena byr rupanya....RM10 dewasa, kanak2 RM5 (7 tahun ke atas je). Kami sampai dah almot 11.45, tgh matahari nak naik. So mmg tak larat nak jln2 sendiri pusing semua monumen, aku n
ak naik tren la. Laa, tren ni kena byr len lak !! RM2 sekepala...Bdk2 pree.Aliah mmg dah muncung je, ngantuk ke hape tak taulah. Ambik gmbr pun muncung je, langsung takmo senyum! emm........

Best la gak TTI ni bagi aku....Sbg satu tmpt yg agak baru nak membangun, dgn adanya TTI ni ada la skit tmpt pelancongan yg berilmiah selain dari muzium.

Sebelum ke Losong dah time Zohor, papa dia gi solat di Masjid Kristal Aliah bantai mengamuk dlm keta dgn aku ! Grr.........Dahla panas gila, nak bagi dia tidoq tapi dia lawan mata-nak main stereng la, gear
la dsb pdhal enjin on, aku tak bagi la. Mengamuk2 la dia ! Babab la jugak....Kesian pulak :( Sorry....

Bila di Losong, cepat2 je beli sbb takut Aliah mengamuk lagi...Konon nak bg tido on the way sebelum ke Pasar Payang (kali ke3 pegi, still ada yg tak beli), terlupa la nak beli kopok losong. So beli kopok leko biasa sikit je tu pun, sbb kalut dok congak. Hhaha! Bila pi Pasar Payang, target 1 kedai je...Aliah mood ok, tapi aku yg takde mood nak ronda2 dan takde duit.

Balik withdr
aw lagi RM800 utk byr keta sewa esok dan duit bilik...Huhh, 3x withdraw dah ni. Bangkrap, sebulan gaji habih :p Mlm ni makan maggie jerla...Balik hotel, masing2 tido. Mlm, hubbyku belanja room service punya menu - chicken chop and nasi goreng special. Yum, yum sedap !!! Terbang RM46 utk room service...hehhe.......Aliah rugi, sbb dah tido time kami melantak.

Day 4
Hari ni mmg tak pi mana.................Lps breakfast, ronda2 hotel jap ambik gmbr. Then naik, tidokan Aliah dan packing semua brg. Aliah tido lama lak, dari 9.30 sampai kul 11. Terkocoh2 la lps dia bangun, mandikan dia dan angkut brg ke bwh utk check out. Flight kul 1 tapi kena check in latest by 12.15 la ! Dari hotel ke airport 20-30minit je...

Wahahhaa..............Dari 2 beg, dah beranak jadi 4 beg. Tu kira sikit la sbb hubbyku takmo bwk byk sgt! Sumbat le kat mana yg perlu..........

Hmm...Rasa nak datang lagi. WAJIB datang lagi tahun depan, naik keta lak. Bila Aliah dah besar skit, setahun lebih dah pandai jalan Insyallah ada rezeki Ganu lagi! Yahoooooo


For more pictures --> http//salfaryna.fotopages.com/

Friday, July 18, 2008

Yogurt with mix fruit

Hee.........Hari ni mmg hari ibu test skills.

Ptg, awak bangun tido...Ibu cadang nak bg awak buah. So ibu amik epal (sumber antioksidan), prune and red grape potong dadu, then masuk dlm bekas compressor awak. Well, actually bekas ni bkn utk tujuan ni ok !! Ibu dpt idea last minute...mcm menarik letak dlm ni.

So ibu sedia semua 3 'set'...2 je ibu masukkan yogurt (sumber kalsium) takut awak tak lalu yogurt.Hee.......Ibu pun tak lalu yogurt (masam mcm basi...) tapi nak ajar awak !! Yer...Kena ajar sbb mkn ni bagus utk kesihatan penghadaman awak sayang ! Tambah pulak awak susah membuang.....Ibu tak tahan tgk awak meneran merah muka2 tau.

Emm, awak try sesudu 2 jugak....Lepas tu awak mula nak sudu sendiri.

Last2 awak fedup dan bosan....Awak makan yg fresh.Haihh, betul la awak ni org Melayu.Hee... Takpala, janji awak dpt zat.Sikit2 pun takpe sayang asal makan ok??!!

Masak pasta demi anak

First time hidup ibu masak western food (masak ok, bukan beli yg frozen).....Hehhe.. Hari ni ibu nak try masak pasta utk awak. Sbb ibu rasa kan awak mesti bosan asyik makan moi je tiap hari! Ibu pun boring gak asyik masak menu yg 'sama'....

So dlm awak demam tu, ibu harap awak masih berminat nak cuba...So balik klinik, ibu ajak papa singgah beli brg -pasta, unsalted butter, cheese (TQ mami hafiy ajar psl cheese) dsb. Letak awak main dgn papa di depan, ibu pun rebus pasta dan ayam. Kejap je rupanya benda alah tu lembut! hee... so bila dah lembut, ibu masukkan broccoli (sumber kalsium) dan baby carrot (sumber antioksidan). Selain nak bagi nmpk colorful, ibu campur2 supaya awak dpt nutrien yg cukup !

Bila dah siap, ibu masak lak kuah dia....Tumiskan bawang putih dgn unsalted butter, then masukkan susu segar. Baunya...Walaa !! Mcm masak kek...Cedap...Nenek pun kata bau ape tu yg cedap. Hehee...Bangga, bangga.

Tadaa !!!!! Siap la pasta le chunky ibu............
Sayangnya, awak makan sesuap dua je....Maybe 'keras' (takpe, ptg ibu blend)? Atau awak yg tekak tak sedap- tade selera ??? :( Takpe, ibu tak amik hati pun....Lain x ibu masak lagi ok sayang ?

Bila Aliah demam..........


Hari Selasa, atok dia bagitahu kitaorg Aliah batuk2...Aku ingat batuk biasa la, batuk org kaya tu! hehee...then Rabu tu dia batuk berkokok lah. Bersin lagi, poor her. So aku EL dan kami bwk pi klinik.

Klinik biasa utk kanak2 tu tutup lak, so kami pi yg sebelah je. Temperature dia tak tinggi tapi ada la demam skit, so doc. bg siap2 ubat demam cum selsema.

Balik mlm tu, dia mula panas badan. Mlm lagi terasa kepalanya dan badan belakangya rasa mcm panas sangat, Aku panik la, sedih sbb dia tak pernah demam. Nak tido pun takleh rasa nak menangis dan mula la pk mcm2 (takut sawan dsb).Mula la dok mencanak apa puncanya, sejuk sgt ke 2-3hari ni ke berjangkit drp sesiapa ? Aku agak atok dia la sbb atok dia ada batuk2 Jumaat lepas...Tapi mungkin jgk sbb sejuk sgt, kebelakangan ni balik Rawang kipas hala direct ke muka (sbb minggu lepas cuaca panas).

Meragam dan mengadanya lahai.......Kesian sungguh. Nasibla kami ber2 cuti hari tu.Makan pulak tak mau, 3-4 sudu dah tutup mulut. Tu belum lagi bab bagi ubat. Sebelum ni bagi ubat ok jer,tapi maybe sbb kali ni demam badan dia dah tak sedap and ubat lak byk jenis, menepis2 la dia.


Masuk hari kedua (semalam), suhu badannya masih tak menentu...Makan ubat, 2-3jam surut pastu panas balik. Batuk pulak makin menjadi ! Selsema pun dah mula merembes2 di hidung (sememehnya lahai anak ibu..). Aku dah buntu,nak demah (letak tuala basah di kepala) dia taknak (dia mmg tak suka letak apa2 di kepala dia).Hadoii...Suhu tak surut.

Last aku ingat petua yg kena jelom air asam jawa...So aku pun tgh2 mlm ni cari asam jawa, ramas2 terus lumurkan ke kepala dia (sapa nak iikut petua ni, pastikan kepala dilapik kain/ towel dulu...kalau tak, kotor le tilam baby korang).

Alhamdulillah, suhu turun sikit tapi batuk masih teruk...Tapi disebabkan tuntutan kerja, aku terpaksa tabahkan diri datang gak keja pg tadi :(

Doakanlah Aliah baik cepat...Tak sampai hati tgk. Susah hati jugak tgk dia tak mahu makan, nanti susut pulak badannya!


Tuesday, July 15, 2008

Aku & sikap pelupaku....


Ceh, aku rasa bilikku luas skit dan lebih sedap mata memandang...Dah ada ruang deco, ada bunga2 dan notice board. Emm, baru la mcm bilik bos perempuan !!! :p eheeehee....selama 2 tahun bilikku mcm bilik tak siap dgn meja bersepah dgn kertas ntah hapa2. Tak IT langsung!!!

Tapi dlm dah kemas tu, aku still unable to search apa2 yg aku perlu......Camna tuh ? Aku suka misplace barangla !!! Adoihh...........Pagi ni aku cari 1 file yg mmg penting la, ada segala surat menyurat psl projek ni la. Atas meja mmg tadak sbb aku ingat last aku kemas meja weekend baru ni mmg file tu dah tadak.Pi mana? Aku tanya la bdk2 kat luaq...Depa pun cari la sana sini tak jumpa. Depa kata aku dah ambik last meeting.

Meeting? Aku bwk file ka meeting? Maybe....So depa pun pi turun check kat bilik meeting. Minta2 la ada, takut takleh nak track balik semua surat !! huhhu.....

Puh !! Nasib ada..........Betapa pelupanya aku. Baru nak 30 !!! :p Byk makan semut ka aku nih? Rasa dah byk buang air kat bekas di rumah tu sbb semut dok berenang.... Awat la semut pun suka sgt masuk bekas air rumah aku tuh? Dah tutp abis pun, camna dia masuk jugak...Air 0 je, bkn kaler2 pun !!


Monday, July 14, 2008

Cukup ke idak sebenarnya?

Aku ni kan selalu confuse and dilema dlm nak buat sst keputusan....ni psl BFkan si Aliah la ni !! Kalo korang dgr, mesti x caya ...and mesti korang kata patutla berat si Aliah x naik byk dsb. Aliah minum each session dlm 1.5 oz - 2.0 oz jer !! darab dgn 8-9 (6 bottled feeding of ebm, the rest directfeeding)....ha, kan bwh avearage total ozs' yg patut baby baya dia minum !!!

Mungkin sbb aku selalu provide byk tuh....dia pun set mind byk tu jer minum each session sbb aku kan pnh try bagi FM (heee.......which is wrong & not a good practice) sbb supply drop gile even directfeeding & aku kesian tgk dia tak puas minum. Aku try bancuh 2.5 oz, dia habih 1.8oz jer !! 3/4 of it...


Konsep aku mungkin salah, bilamana aku lega sbb dah bg solids so aku assume Aliah cukup jerla minum byk tu pun asalkan dia kenyang....Tapi kan, susu masih penyumbang utama dlm tumbesaran bayi & kanak2. So kalo lagi satu thn aku nak rely kat susuku yg skit2 nih...Camna agaknya? Aku tak dpt bygkan kalau si Aliah tak cukup kalsium, nanti tulang and gigi rapuh... (sbnrnya kan, aku masih leh bg sumber kalsium drp brocoli, ikan bilis, yogurt dsb).

Tu la aku konpiusssssssssssss........................Tolong la nasihat and bagi pendapat kat aku! :( Aku takmo la kerna egoku nak terus BF, si Aliah terus menerus kurang zat.....

Friday, July 11, 2008

How do you keep your friendship?

Sepanjang hidup aku 30 tahun ni, aku mengutip beberapa kawan 'baik' yg aku masih keep in touch dan contact paling koman 6 bln sekali. Aku dah tau beza antara betul kawan baik atau kawan baik sementara-i mean kita rapat dgn org tu time tu je tapi bila dah jauh, kita pun bwk hal sendiri!

Aku bahagikan kawan2 baik mengikut fasa2 hidup aku lah....

Fasa sek.rendah - Langsung aku tak ingat dan tak tau depa pi mana ! huhhu...

Fasa sek.menengah - Ada beberapa yg aku 'kumpul' dan seorang dah pun arwah time aku di Matriks (AlFatihah utk Allahyarhamah Nurazini = Jinie). Kwn2 dari zaman sek.rendah aku antaranya ialah Solehah, Azlina, Fizah, Farah,uuhhhh...Byk tu je ?? sadisnyaa...Actually ada lagi 3-4 org tapi disebabkan depa tak contact dah aku, aku anggap bkn kawan baiklah !

Fasa kampus - Ada 5-6org jugak termasuk senior & junior....Nani, Yam, Aya,

Fasa kerja - Co. pertama, dpt kumpul 9-10 org sbb 4 org drpnya opismate cum housemate... heheee.... Co.kedua dpt le kumpul 1-2 org. Yg terkejutnya co.kedua ni yg rapat time keja lain tp slps kita resign 1-2 org ni je yg keep in touch dgn kita!

Co. sekrg.....agency dulu pun dpt kumpul 2-3org jer. Alah, gomen kan? jauh2 pi pun
dlm 2-3thn akan jumpa balik muka yg sama! hahaa.........

Thursday, July 10, 2008

Prolong Jaundice?


Mlm tadi, ada sorang ibu muda tanya aku betui ka kena campur susu kalau anak tak baik2 kuning (jaundice)? uhhuu...My answer of course la NO ! It's not necessary actually....

Meh aku citer skit pengalaman si Aliah jaundice sampai dekat 2 bln baru baik...

Minggu pertama jaundice Aliah been noticed at day 5...So sbb minggu raya, we brought her to ED and after test, kadar bilirubinnya (TSB=total serubilirubin) agak tinggi for her age and her weight, tapi tidak perlu phototherapy! so we went back and after 2 days tak kurang, we brought her again to a clinic to repeat the tests. Within that 2days, ikut le petua org tua bagi susu kambing n jemur skit pd cahaya matahari, walaupun dlm hati doubtful jugak kenapa power sgt susu kambing pdhal susu aku lagi bersih dsb ??

So the tsb pattern decreased la in a week...So we thought dah baik. Till one month checkup, misi bising kata ada lagi !! Adoihh...Cuak gila kami time ni. Sbb misi kata bahaya "prolong jaundice" ni (jaundice yg berpanjangan). So repeat the same tests everyday (3 consequent days)! Poor Aliah, tumit kakinya asyik kena inject ...Nasib dia terkejut sekejap shj. The TSB did decreased but very little each day, between 40-60mol je!

Walaupun agak tinggi, no need for a phototherapy but yet we have to follow up with clinical investigation..So the clinic referred us to paed, so we did urine test, liver function test etc. About 5-6 tests altogether and..yaa..test on whether the red cells performed normally. Yg paling sedih sbb aku tak sanggup masuk tgk misi buat pe kat Aliah, then aku dgr suara dia meraung kuat..Aku masuk depa baru sudah amik air kencing dia ! Camna amik kalau dia dah kencing kat pampers? Amik kat salur kencing dia.....Huu....Tak dpt kubayangkan dan mmg patutla matanya berair2 tgk aku (mcm nak ngadu betapa sakitnya dia) bila aku masuk.

As time goes by, kami cuba jgk petua2 yg org bagi tapi susu kambing dah tak bagi...Ada gak teori kata sbb susu badan byk sgt. Mmg ada jugak cuak di hati, so aku tanya pakar...Dia kata mmg ada case "breastmilk jaundice" tapi jarang berlaku ! JARANG....so dia advised selagi result yg lain ok dsb, no need to stop BF sbb susu ibu ni antibodi yg penting utk masa depan. Jaundice ni akan hilang jgk dgn masa !!

So aku rasa aku tak perlu bebel lagilah psl org yg terburu2 nak stop BF hanya kerana teori.... For further readings, please view these links:


Monday, July 7, 2008

JICA? Bestnya...

Bila aku sampai pagi ni dan tengok surat tawaran utk permohonan JICA ni, i was like "Yeyey... Bestnya !! ". Sbb 2 tahun dulu di tempat lama bila aku dengaq boss aku pi JICA ni, rasa satu achievement and an opportunity to get new knowledge (dan paling seronoknya, duduk di negara org which this oppt. aku tak pernah dpt sbb aku tak cukup bijak utk dpt offer further study di oversea).

But then, time nak isi borang (PERMOHONAN BARU YE...ceh, mcm dah dapat) Aliah yg comel tu datang menerjah ke kepala otak aku !!! :( Ohh, bila ingat si kecik tu terus aku tak excited nak isi.. Sebabnya, dia terlalu 'kecik' utk aku tinggalkan lama2 dgn atok nenek dia.

Aku pun flip thru the Terms n Conditions and yg paling penting,tempohnya..."6th Oct-29th Nov.2008". Betul2 time Aliah into her one year old !! Wahaaa.......Tak la lama sgt, tapi sanggup ke aku ??


  • Sanggup ke aku tinggalkan dia lebih drp 8 jam hari2 tu....
  • Sanggup ke aku biarkan dia tido hisap 'puting' lain......
  • Sanggup ke aku biarkan dia bermanja dgn atok nenek dia shj.........
  • Sanggup ke aku mula bagi susu formula sepenuhnya.........
  • Dan yang paling aku kena tanya, sanggup ke aku bagi pengalaman ditinggalkan ibu utk dia....

Walau atas alasan apa sekalipun utk tujuan peningkatan kerjaya aku, aku rasa AKU MEMPUNYAI JAWAPAN 'TIDAK" untuk semua soalan di atas.......

Peluang mungkin akan datang lagi selagi ada rezeki aku.....Dan mungkin bila peluang tu datang nanti, aku akan lebih berpengalaman dan lebih bijak yang seterusnya dapat menyumbang sesuatu dlm JICA dan juga JPA.

OOhh......Tapi aku rasa tak salah kalau aku try pun. Just nak tengok adakah aku memenuhi
syarat mereka ?? hehhee..........(actually sikit terkilan tu ada :| )

Friday, July 4, 2008

Semakin risau

Hari ni aku makin risau...di tgh kesibukan, aku cuba jgk curi masa pump tapi 1/2 jam nak dpt 2 oz punyala slow !! iskk....iskk............nape ni? stress ke? tak focus ke???

Pdhal semlm aku baru semangat nak tmbh pumping session (tak buat pun mlm tadi, kalah dek kemengantukan...huhhuuu).....camna ni ? camna ni????????

ARGGHHHHHHHHHHHHH.....................RISAUNYA!

Harapan Seorang Ibu


Aliah... Nanti seiring awak membesar ni, ibu nak awak jadi seorang anak yang :-

1) Bertanggungjawab dgn apa yg awak buat
2) Menghormati ibu bapa dan org sekeliling
3) Menghormati waktu azan dan solat
4) Menjaga solat
5) Menunaikan rukun Iman dan Islam

6) Menjaga pemakanan awak - jgn makan sebarangan spt mkn masam, organ dalaman,air gas (nanti besar ibu bagitau lagi key..)
7) Tidak menangguhkan kerja dan rajin mcm papa (rajin biar berpada)

8) Mencintai ilmu dan bijak menggunakan ilmu ke jln diredhai

9) Bijak uruskan kewangan

10) Sayangkan binatang


dan lain-lain....


Namun, apa yg pasti ibu nak awak buat dgn ikhlas dan kesedaran awak sendiri ok!

Wednesday, July 2, 2008

First Entry...setelah 7 bulan yg lalu

seteAssalamualaikum...

Hari ni akhirnya aku start jugak blog aku. hehhee ! Aliah pun dah nak masuk 9 bln next week... Hahahha, anyway aku dpt semangat and co-incidentally aku terbukak profile aku nih time baca blog kwn aku. So aku tahu rupanye aku dah pnh create 1 blog khas utk Aliah kot ??

Anak Ibu


Aliah Irdina...
Awak dah nak 9 bulan tau 8 Julai minggu depan...Awak semakin keletah, nakal dgn senyuman manja awak dan tangis awak yg mengada-ngada tu !! hehhee...

Awak tau, minggu ni ibu hampir putus asa takmo bagi susu badan lagi kat awak sbb susu ibu dah sikit bila pam...Takde lagi "let down reflex" (tegang) mcm selalu !! Tapi pagi tadi ibu dpt semangat balik bila tgk awak tido lenanya...

Ibu akan kerap pam bila awak tido supaya ibu dapat bagi awak susu yg cukup tuk awak membesar, membesar bagai johan tau sayang !! Sayanggggg anak ibu tu....
So mlm2 awak tido lena ok ?? Baru ibu leh pam...