Showing posts with label Citer_Melayu. Show all posts
Showing posts with label Citer_Melayu. Show all posts

Tuesday, December 1, 2015

Mommies Day Out

Ni cerita gila..Last minute dreams..
But decision was quite fast.
Walaa....We out for MakCun Musical Theater!




Actually bukannya aku peminat siri Mok Cun ni pun..Ada laa tertengok 1-2x dan tengok masa Raya Haji hari tu. Tapi dek sebab dok tengok IG Mr EL (Ungku Ismail), terus rasa geram jer. Last aku pegi, masa Musical Ali Baba masa mngandungkan si Amani 5thn dulu! Tanya husband kot bleh pegi on Saturday, minta adik dia jagakan ke..Tapi katanya adik dia ada urusan. So thats it (berkecai)....


On Tuesday, sembang2 dgn best friend yg sama2 minat EL....Dia pun bersinar2 mata kalau dapat gi. Tapi dengar tiket yg available agak mahal RM 90++. So kitaorg tak decide laah lagi! Rabu pagi, mentang2 dah gaji...Usha2 lagi. Terus pulak dapat idea nak payungkan dia separuh !!! Tu dia....Desperately need partner in crime. Time ni memang lom komfem lagi dgn Mr Husband. Konpiden2 je dapat pegi kau...

So petang tu terus booking...Tak agak2 laa kan dah husband masing2 bagi greenlite.

On that day, Jumaat 27th Nov,....Masing2 laah plan camna nak gerak. Since kitaorang duduk dekat2, so aku laah kena bawa sbb kereta dia husband dia nak pakai hantar anak2. Kami gerak kul 6.40 dan magrib di Jejantas. Sampai IB dalam 8.05..Parking biasa tu dah full kau !! So pusing sikit...Haa..Tu diaa, parking betul2 depan muka IB !! Hahahaakkkk....

Tau tak seat mana kitaorang dapat?? Ehh .....Soalan apakah ?? Dah sah2 aku yg booking seat plg depan...Poyo betui nak tengok Ungku. Tapi tak sangka padat gila2 !! Kau bayangkan seat tu dengan stage hanya sepanjang kaki kau melunjur?? Dah tu tepi kau ada runway.....Dah kenapa pulak ada runway?? Ooo..Ok, nanti diaorg keluar dekat2..Senang laa kan nak begambar. Credit jugak duduk depan! 

Kami punya seat yang depan sekali ber4 tu..Kaler hijau.


"Sebarang fotografi tidak dibenarkan. Video hanya boleh dirakam semasa nyanyian lagu". Damn it!!
Heh...Tapi curi2 jugak. Aduihh..Mana tahan, dah ko dekat sangat tahap boleh jenguk suar dalam diaorg?? hehhee..Nasib tak kena laser, Membe sebelah aku yg 2-3x kena laser! Hhhehee....

Teater ni so hilarious...Dengan loghat Kedah yg memang penat. Berkisarkan kisah Mak Cun yang bercita2 memasarkan produknya ke luar negara. Pesaingnya si Zinnat Manisah (Umie Aida) selain bersaing dalam produk, Manisah sebenarnya minat pada Pak Akob (Rahim Razali) sedangkan Pak Akob menyukai Mak Cun.

Persaingan menjadi semakin meriah apabila tibanya pegawai dari MARA, En Haidar (Ungku) dan En Mior (Dafi) ke kampung mereka dan menawarkan bantuan untuk mana-mana usahawan yg berminat. Selain itu, ketampanan en Haidar telah menarik minat semua gadis di kampung tserebut termasuk Manisa. Maka bermulalah babak gelek2 Hindustan antara Manisah dan Haidar serta Manisah-Haidar dan Aton yg menjadi pilihan En Haidar. Part gelek ni memang soo real...Damn,,,Ungku so hot !!! Dia memang sesuai kot watak2 catchy cheeky camtu...Adoihh..Cayaq !!!


Tak sangka teater ni makan masa lama...11.30 jugak baru habis ! Tu diaa...Dulu rasanya Ali Baba sebelum kul 11 dah habis. So since dah lambat, kami terus balik wpun aku ada jugak mcm berat hati rasa nak tunggu mana tau main casts keluar- Dapat le bgambar barang sekeping 2.  Tapi tak jadi..So baliklaah ! Sampai rumah 12.50....


Esok2 tengok IG Makcun...Ramai je yg dapat begambar. Sebab diaorang memang kuar lepas tu !! Adeh...Frust menonggeng kitaorang. Awatlaa tak tunggu jugak2, dah dapat peluang???? Bukan husband maisng2 letak syarat Cindirella pun suruh smapai kul 12.00 ke kat umah....Huhuuu...So sekarnag ni masing2 dah kena demam En Haidar la..Hmmhh..Takleh nak move on. 

Wednesday, July 22, 2015

Dasar Anak Emak!

Aku terpernah baca artikel/ komentar pasal anak2/ menantu yg hantar anak2 bagi mak ayah/ mertua jaga..Rata2 kata takyah la menyusahkan mak ayah sbb dah tua, bagi chance laah diaorg nak beribadah dsb. Memang ada sebahagian mak ayah tu sendiri yg beria nak tlg jaga sbb sayang cucu dan tak harapkan org luar/ bibik yg belum tentu perangainya.

Bagi aku, terpulanglaah pd keadaan....Bukan semua anak2 / menantu nak ambik kesempatan mcm tu, bagi mak ayah jaga dan bagi duit/ tak bagi duit. Semua atas nawaitu dan bring up. Ada org sebab terpaksa sangat tapi kemudian bila dah dpt yg sesuai, mereka bertukar. Ada yg betul mengambil kesempatan atas kebaikan dan kerelaan mak ayah/ mertua sendiri!

Aku pernah experience hantar 2 org anak pd mertua...Bagi aku mertua ke ibu sendiri ke, aku rasa betul laah takyah hantar lagi bagus. Biarlah hantar pd pengasuh/ taska sekurangnya kalau tak kena, senang kita nak menegur/ tukar taska ke apa...Tapi bila org dekat ni, apa2 kena berlapik berkias bagai. Mcm menarik benang dari tepung! Salah cakap...Buruk padahnya, sampai berpanjangan. Hehhee....Lagi pulak zaman dah berubah. Ilmu parenting mak ayah dulu maybe dah tak berapa relevan dengan zaman skrg..

Berbalik pada tajuk, tadi tu intro je...Sebenarnya ada jugak cerita lain yg lebih kurang sama konsepnya tapi lain. Sama tak serupa kata org! Kisah anak2/ menantu yg duduk bersama mak ayah/ mertua slps kahwin,..

Pada dasarnya, nawaitunya bagus boleh tlg tgkkan mak ayah tambah2 kalau adik beradik tak ramai.. Tapi ada juga jenis tak sedar diri dah bertukar status. Makan minum mak ayah sediakan lagi termasuk utk psgn! Balik keja, melangok dlm bilik mengadap HP kendian sambung terbungkang depan TV..Habih2 nak bagi suami rasa air tgn sdiri, goreng telur ikan masin dan bancuh 3 in 1. Lebih2, makan luar dgn alasan jimat belanja dan takyah nak kemas dapur dsb. Sekarang pulak ada dobi self service lagi senang, kumpul berlonggok2  pastu pret prettt naik moto masuk dobi..Balik tinggal pakai je. 

Hahaha...Sungguh senang hidup psgn zaman skrg. Nanti ada anak, kesian anak tade kenangan zaman budak nak kenang apa mkn terbaik dari mama dia! Asyik2 bagi nasi kedai Pak Tongku atau berger cap mcDonat....

Sebab tu org2 alim dan motivator galakkan walaupun ada niat nak jaga ibu bapa, tapi tak salah ubah cara hidup bila dah tukar status...Duduklaah dgn mak ayah sampai diaorg tadak pun, tapi buatlah mcm rumah sendiri. Siapkan menu dari pagi sampai mlm sendiri..Basuh baju sidai baju gosok baju sendiri...Susun atur mcm keinginan sendiri (tapi kena laah mntak pdgn mem besar dulu sbb dah berkongsi rumah) dan hulur2 lah apa yg patut. Tapi kdg2 jenis rasa besar sgt dah kejanya, hulur2 tapi kulikan mak suruh masak itu ini. Yg maknya pulak, depan2 anak takmau cakap sbb sayang..Tak sampai hati. Tapi akhir2 ikut juga ..Hmmh...


# Terbaca dan dengar dan tengok banyak kes-kes macam ini..
Betul lah akhir zaman...

Tuesday, April 17, 2012

Fofular Tak Semestinya Terbaekkk....

Ramai peminat melompat bila Timbalan Presiden SENIMAN, si Zed Zaidi letakkan post yg ABPH 2012 tak patut dimenangi oleh artis luar...Aku pun mulanya. Tapi bila ku fikir2, ku belek2 sebenarnya memang betul si Zed Zaidi tak mention pun bang Eron.

Aku pun peminat Bang Eron...Dan memang happy sgt dia menang! Tapi apa yg Zed Zaidi bangkitkan di sini bukan pasal dia jeles ke hape (peleaseeee laa baca dgn matang sikit...) sbb dia sndiri pun hensem cuma bkn zaman dia le skrg. Apa yg dia bangkitkan adalah penjajahan zaman kini!

Boleh rujuk komen beliau kat Pancaindera kelmarin...Aku amat setuju apa yg dia perjuangkan. Betul laa kalau nak bagi pada artis luar, buatla kategori asing. Selalunya AIM buat, Anugerah Juara Lagu pun ada! Maybe Berita Harian terlepas pandang....Bang Eron tidak bersalah pun, begitu juga peminat beliau. Yg salahnya, kategori tu tak susun betui2 !

Selain penganugerahan kpd artis luar, kementerian berkenaan dah patut semakin ketat menapis masuk konsert2 artis luar....Bukan tunggu media keluarkan gambar hina agama laa apa la (thanks to TheStar) baru nak tersedar. Aku ingat laagi dulu zaman Tok Mat (ke Pak Mat org panggil) jadi menteri, artis rambut panjang jaa ban! (tapi artis tak cukup kain tak pulak).

Bukan takat konsert je patut tapis, majalah2 hiburan pun patut kena.....Kenapakah tak nampak2 (atau sengaja buat buta) majalah2 yg bagi maksiat mata ni ?


"Aku yang tak bersalah.."




* Masih tak lupa babak Nora Elena bagaimana Seth Tan leh angkat isterinya yg nmpk berat itu?
Realitinya berapa ramai suami sanggup angkat isteri 50 kg, 60 kg, 70kg....Heheheeee.


Tuesday, March 20, 2012

Kerahsiaan Maklumat Pelanggan

Bayangkan bila pergi 1 klinik/ hospital, asal2nya hanya anda dan doctor je tahu diagnosis apa, tapi kemudian esok lusa bila terjumpa ada org lain jugak yg tahu anda sakit apa?

Berapa ramai yg boleh menjaga kerahsiaan maklumat pelanggan? Walaupun tak de edarkan dokumen rasmi, kalau dari mulut ke mulut saja dah jadi pajang boleh 1 Malaysia tahu....Dari cerita sepanjang 1 ayat, jadi 3 mukasurat !!

Semalam, Tv Alhijrah tayangkan Selendang Hasanah....Mula jam 8.30. Si Hasanah tu pelakon watak ibu dlm Sinetron Mutiara Hati yg popular 4 tahun sudah masa mula2 Indon hantar Sinetron dia byk2 ke sini.

Hasanah ini seorang janda dan baru berhijrah ke sebuah perkampungan...Dia seorang guru mengaji (ehh, kenapa tetiba teringat izzah dlm Ombak Rindu?). Guru mengaji ye,bkn guru agama !! Dia tinggal bersama bibiknya..Di kampung itu yg rata2 nya manusia masih percaya benda tahyul, amalan Islam tidak kuat lagi dan ramai juga perempuan masih bogel kepala. Dan kehadiran Hasanah, menjadi satu penghormatan kpd beliau diberi amanah mengajar mengaji anak2 di situ.

Namun malangnya, dia telah diperkosa ketika dia pengsan terjatuh di satu pongsu...Dia ke klinik desa dan doc,yg merawatnya sebelum memberi diagnosis, telah bertanya latarbelakang keluarga Hasanah dari jururawat di situ. Kata mereka, si Hasanah ini janda dan diceraikan kerana mandul!

Demi menjaga kerahsiaan pesakitnya, doc.ini ambil inisiatif utk memberitahu sendiri diagnosis kpd pesakitnya tanpa mahu kehadiran si jururawat (ini pun salah sbnrnya-tiada 'chapron'). Tapi si jururawat yg mencuri dengar hanya dengar separuh, lagi disampai2 kan cerita yg Hasanah telah mengandung dan tiada tahu bapanya sapa. Lalu bersebaranlah fitnah mengatakannya munafik, pakai tudung tapi berzina dll.

Sgt kesian nasibnya, tapi doc.nya kemudian baru perasan berita itu disalahtafsir kemudian memesan lagi pd jururawat itu supaya membetulkan cerita krn sebenarnya Hasanah adalah mangsa perkosaan dan perlu dilindungi ditakuti murung atau membunuh diri. Namun Hasanah bangkit untuk memperjuangkan maruahnya!

Hasanah yg ingat2 lupa wajah pelaku itu cuba meyakinkan yg si hartawan itu adalah pelakunya berdasarkan kelibat rantai tangan yg dipakai serta lirik mata pelaku itu namun dia ditertawakan dan dituduh pula cuba menfitnah org terhormat kampung...

Org kampung mendesaknya keluar dari kampung, mengheretnya dgn tujuan menyeksa dan cuba membuang tudungnya kerana dianggap munafik sehingga dia tumpah darah. Hasanah kemudian dikejarkan ke hospital dan meninggal.

Kesimpulannya di sini, tolonglah jaga kerahsiaan maklumat pelanggan anda....Siapa pun dia, hebat ke maklumatnya, anda dapat apa selain gah yg sekejap itu ?? Kalaupun anda tak kisah nak jadi apa pd org itu, fikir2 lah kalau tetiba anda dapat surat saman? Mampu ke nak hire lawyer?


Thursday, December 8, 2011

Kerja Semalam


Di pasaran!


Heheh, actually bukanlah amik cuti semata2 nak jamu mata layan Ombak Rindu....Tapi sebab urusan-urusan bank , so ambil kesempatan lah dating sekali!




Gi Wangsa Walk
sbb tadi gi Tabung Haji Selayang



Ceritanya best, aku tak ingat pernah baca tak novelnya....Tapi overall aku boleh bagi 4bintang!


Bang Eron

1. Of course tarikan utama- Pandai penerbit ye, penuh le panggung dgn anak2 dara, mak dara sampai sanggup bwk anak2 kecil masuk sekali (Tak sesuai laah....Ada adegan atas katil laa 30 minit pertama).

2. Sasa, sederhana romantik - Kena laa kot dgn watak


Puan Maya

1. Ok, sesuai - Mula2 memang le rasa tak sesuai sbb dok terbayang2 gaya dan watak dia yg biasanya moden, seksi dan sofistikated.

2. Mulus, ayu dan keibuan


Cik Lisa

1. Over acting - Kurang sesuai watak ni dgn dia, bagi Pasha Sandat ok kot (getik2 la,tp dia sesuai watak ini)

2. Watak angonis yg sederhana


Datin Azizah

1. Spt biasa - Menyampah tapi kena la wataknya tu!

2. Watak antagonis yg sederhana jugak


Lain-lain

1. Sinematografi cantik

2. Lagu membuai perasaan

3. Memang touching even lelaki pun rasa tersentuh



Keseluruhan :

1. Izzah --> Sesuai dgn MK (buang mindset anda psl dia kacukan,dsb) pelakon lain yg sesuai maybe Eira Syazira dan Norkhiriah (tapi kurang nilai komersial kot)

2. Hariz --> Sesuai juga dgn Aaron (penarik utama-sempoi, romantik), pelakon lain yg sesuai maybe Ady Putra dan Fahrin

3. Mila --> Kurang sesuai dgn Lisa (nampak over/dibuat2 - sbb dia muda kot) lebih sesuai dgn Fasha (OMG,tp kena redho Fasha sesuai watak hitam-putih,bitch tp dlm hati,ada lembuuutt) takpun Fazura.


Scenes2 Yg Boleh Dibaiki
1. Scenes berkemban - Tak berkemban pun, seksi kan kalau dah duk dpn mata?

2. Scenes jatuh time kejar Hariz - Dah gitu byk bleeding, tak miscarriage?

3. Walkie-talkie/ Set di blkg seluar MK time Lisa dtg jumpa di bendang - Aiseehmen, lain kali jgn pakai baju jarang le MK!

4. Halau keluar time guruh kilat - Mesti ke utk tjuk betapa kejamnnya mak datuk tu dan menambah syahdu? Kalau betul cuaca gitu,rasa dah mati kena petir tak sempat sampai kg...Hehehe

5. Azizah Mahzan mandi kolam - Takyah kot, tahulah nak tjuk romah org kaya tapi Datuk tu kalau curve cantik, okla jgk....Kekekeke (dlm crita ni Azizah Mahzan, Datuk gelarannya).



Next, nak bwk Aliah tgk cerita ni...

Thursday, November 10, 2011

Ending Yg Jujur

Semua dah puas hati tgk Soffiya? Dah habis pun haa kelmarin....Bagi aku, aku puas hati la ending dia sbb bagi aku, ending dia jujur-tidak anti klimaks-tidak syok sendiri dan tidak mati tiba2 mcm sesetengah Pengarah 'cuci tangan'!!

Walaupun ada banyak babak yg mcm tak kemas dan tak berkesinambungan, sbg penonton yg tiada ilmu asas dalam filem, komen-komen aku adalah spt berikut:

Pembawaan Watak Yg Bagus
1. Ilyas
2. Fiona
3. Muiz/ Adi

Ilyas lari dari kepompong Fizo Omar yg comel :p Manakala watak Fiona juga watak antagonis yg menyedihkan di akhir cerita...Walaupun kita puas hati dia mati sbb dia jahat,tapi bila didalami memang sedih sbb puncanya hanya satu -- tamak dan cemburu. Dia kesepian!

Manakala Ilyas, jelas suami dan sahabat yg baik lagi rasional....

Pembawaan Watak Yg Sederhana
1. Soffiya
2. Kamal

Tiz mmg pelakon baik dan wataknya kuat, tapi ada banyak babak tidak menampakkan sangat ke'trauma'annya' kpd lelaki! Manakala Azhar Sulaiman sbg Kamal, mendatar sahaja kecuali episod akhir di mana dapat la juga rasa sikit kesedihan dan kekesalannya kerana kematian Fiona...

Kesimpulan
1. Cinta dan sayang, tidak sama dgn kagum dan suka.
2. Ilyas mengagumi Soffiya hingga lupa kecintaan Fiona pada dirinya.
3. Ilyas cuba mencari Soffiya dalam Fiona, sedangkan masing-masing punya kelebihan.
4. Soffiya terlalu berahsia hingga memakan diri.
5. Soffiya lost dalam perasaan hingga tidak dapat bezakan mananya cinta dan sayang.
6. Cinta dan sayang 5 tahun dulu, boleh berubah kpd perasaan lain slps suatu tempoh.
7. Cinta dan sayang, tidak mesti memiliki.
8. Kepercayaan pada anak yg dibela dari kecil, adalah lebih besar dari kecintaan pada insan yg baru dikahwini-this is fact dan sometimes kita pun tak sure mana satu,
9. Watak Muiz, Haris dan Kak Ton pelengkap.
10. Overall, 8 over 10 !!


Tuesday, October 4, 2011

Layanzz.......

Kalau org dalam pantang, kejanya nengok TV je...Dari satu siri ke satu siri, dari tak tgk sinetron tertengok sinetron! Entah le..Time aku dulu, erkk..Rasanya tak jgk melayan sgt! Lebih byk masa hadap blog dan FB :p Sbb kdg2 crite tak best pun kat TV tu.....Paling malas, aku layan tido jerla sama baby!

Awal2 budak umur 1-2 tahun aku memang 'lupakan' laah nak tgk drama2 kat TV...Aku mmg penggemar drama Melayu wpun ada yg kata ada karya mcm sampah! Yeep, karya sampah aku tgk thriller/ iklan pun dah tahu...Tapi ada jgk kadang2 tertipu sbb penerbit pandai buh pelakon pojaan Malaya mcm Aaron Aziz , Fahrin dan Ady Putra! :p

Selalunya aku dulu tidokan Aliah dan Amani around 8.30-9.00 pm, sp babailaah drama2...Sbbnya 90% aku akan terlena sekali (sampai pagi) semasa depa mengempeng tu!! Hahaha...Itulaah rahsia kenapa aku masih 'segar' dan nmpk tak mengantuk siang2 hari wpun anak kecil- REHAT & TIDO YG CUKUP!!! Alhamdullillah, bdk2 tu pulak rutin tido mcm kita jgk....Tak pernah lagilaah anak2 aku jenis berjaga tgh mlm wpun dlm pantang. Syukur sgt !! Heheee....

Tapi kalau dah letak drama pukul 2.00 ptg ke, pukul 7.00 ptg ke ada harapan laa aku tgk...So aku nak share sikit crita2 yg aku tgk baru2 ni ;)



1) TV1 Ahad, 9.00 mlm Sambal Ikan Bilis Mama

Hahaha..Pelakonnya Nazim yg jadi kwn Dania dlm Awan Dania tu!! Mamat tu ok jgk..Ceritanya dia ni arkitek tp tak kahwin lg sbb cerewet. Anak mama laa katakan! Kat office tu, dia ada colleague perempuan yg selalu dia rasa x pandai...Ada sekali tu, dia condemn Myn tu sbb tak pandai masak sambal ikan bilis mcm mama dia!



Myn tu rasa tercabar lalu menyamar, mintak kerja jadi maid mak dia...Konon2 sama sekampung, org Nogori ;) Dia pun layan jerla maid baru dia ni sampai 1 masa jatuh hati laa.. Then mak dia ajar maid tu buat sambal ikan bilis. Ada 1 hari tu mak dia accident, hilang ingatan tapi si maid ni try buat sambal ikan bilis baru mak dia ingat! Dia pun terpukau dan terpikat sbb akhirnya dia jumpa jgk perempuan yg pandai buat sambal ikan bilis mcm mama dia...Dia pun nak melamar,sekali maid tu buka tudung dan beritahu sbnrnya dia adalah Myn. Dia menyamar sbb dia rasa tercabar bila dulu Nazim tu condemn dia pasal sambal ikan bilis tu. Akhirnya, dia dapat terima dan nak jugak melamar Myn tu.

Happy ending...Haha, aku soka sbb macam cute je Nazim dan Myn tu!! Then memang kelakor laa watak Myn bila jadi Myn, mcm watak Pah Bedah siap letak taik lalat idup kat hidung tu...


2) TV 3 Stanza Cinta - 9.00 malam

Tgk sbb ada Aaron Aziz :p dan Fizz...Heroin yg mcm Fasha Sandat tu berlakon, ala2 jerla! Sedih jgk crita ni....Wpun tak tgk tiap minggu tapi yg episod akhir tu aku sempat la jgk tgk !! Romantiknya lahai si Irfan.....


3) Tahajjud Cinta TV3, Jumaat

Tak tgk juga wpun thriller best....Tgk kdg2 sangat! Pernah tgk sekali, terus rasa menyampah wpun rasanya karya dia agak bagus....Menyampah sbb watak Ustaz yg menggunakan agama dan kelayakan berpoligami! Wpun aku takdela menentang sekeras2 nya poligami ini, tapi aku takleh terima apabila maruah/ harga diri seorang perempuan diletakkan hanya utk tujuan seks...Perkahwinan dan poligami bukan berpaksi pada hajat yg satu itu aje wahai Ustaz !! Dia bukan tade isteri2 yg mantap, malah ada 3 dah.....Yg Dira tu no.3 pun kira ok dah nak jgk merasa anak dara baru!

Pendapat aku, lelaki2 yg mcm ini sebenarnya selain seks dia merasakan "I got the power..." bila mana dapat menekel atau mengahwini anak2 dara! Dia rasa mcm saham dia sgt tinggi.....Huh!

4) Soffiya, TV3 7.00 malam

Haa...Tgh seronok! Aku dah agak ni crita Filmscape si Kabir Bhatia bila Soffiya ni masuk sekolah juvana tu....Heehee, sbb mcm cerita Juvana Daim dulu! Episod2 awal yg byk babak rogol dan kejam tu aku tak tgk sbb memang tak sesuai utk tontonan umum...Mingguan Malaysia ahad baru ni ramai pembaca tidak suka drama ini masuk slot utama. Well, ye mungkin kurang sesuailah letak slot Akasia. Maybe lebih sesuai slot Samarinda (10.30 mlm)!




Tapi dah tade episod2 tu, rasanya dah boleh tgk sbb menariknya plot dan perjalanan kisah hidup si Soffiya ni....Dari remaja yg teraniaya, baru nak dpt sinar baru dah kena tinggal sekarang pulak dah jumpa yg sesuai, rupanya2 dia akan menjadi ibu mertua kpd kekasih hatinya si Fizo! Eh, sedih laa....

Apa pun, Tiz kelihatan cemerlang juga membawa watak kali ni...Gerak tubuhnya sangat manis dan kena dgn scene! Fizo juga lain dari watak Hero Remaja dgn watak lawyer muda kali ini...Huh,tak sabar nak tgk episod2 seterusnya !


5) TV3 Cinta Elyssa Selasa, 9.00 malam

Ada mamat Botak dari Juvana berlakon...Masih dgn watak tipikal budak samseng, jalan cerita menarik dari novel Sharifah Abu Salem. Ni pun aku jarang2 tgk! Hubby je layan sbb dia seronok tgk si Botak berlakon....Bolehlaa kot, kecuali mak tiri dia si Muka Botox tu ! Heee...Haa, baru teringat. Nama dia Zila Bakarin!


Tuesday, June 7, 2011

Tengok Jgn Tak Tengok!

Mulanya sebab mamat ni...Yerla, bkn sng nak tgk dia skrg kecuali kat Astro !!!








Kemudiannya sbb dipadankan dgn minah ni....




Ada sesuatu pd wajah minah ni...Walaupun namanya begitu melayu, tak mcm abgnya yg Bunkface tu !!



But actually....Ceritanya mmg menarik.....


Nora Elena....Hitz terbaru TV3 !! Tengok jgn tak tengok.........

Thursday, April 28, 2011

They Sure Make A Great Couple!




Aku Suka Bila Kau Ketawa
Kau Buat Aku Senyum Ke Telinga

Aku Suka Bila Kau Tersipu
Merah Muka Hendak Sembunyi Malu

Aku Disini Dengan Kamu
Kalau Boleh Biar Selalu
Kerna Kau Kini Ada Dalam Hatiku

Hanya Kau & Aku Sentiasa
Pedulikan Apa Orang Kata
Kita Berdua Sama Saja
Hanya Ingin Cari Bahagia
Aku Jumpa Waktu Kita Bersama

Buangkan Tisu Basah Airmata
Pimpin Tanganku Untuk Selamanya

Jangan Biarkan Hati Kamu Resah
Kasih Aku Temu Percayalah

Hanya Kau & Aku Sentiasa
Pedulikan Apa Orang Kata

Kau Dalam Diri Ku Selalu }
Engkaulah Yang Aku Mahu } 2x

Hanya Ingin Bersamamu… } 4x
Hanya Ingin Bersama Kamu….



Bukan je Prince William & Kate.....Remy Ishak & Maya Karin, pun not impossible rite?!!


Wednesday, March 23, 2011

Merong Mahawangsa dgn Meround Setiawangsa




Mana lagi best? Hahhaa....
Overall Rating : 4 dari 5 bintang


'Berjaya' mencuri masa pegi tgk movie ni semalam...So nak review le sikit.

Pengalaman aku :
1) Kurang suka tgk movie epik
2) Tak suka movie ganas/ thriller di wayang
3) Suka tgk crita Melayu (yg berkualiti/ keluaran KRU/ bkn Metrowealth)


Lakonan :
1) Yg tak menyerlah atau tade pun takpe --> Umi Aida as Lang (mak Merong), Embok (sikit sgt- tak touching langsung) dan Rahim Razali as Kesom (rambut mcm singa tu...singa tua :p)



2) Yg best --> Khir Rahman as Kemawas, Wan Hanafi Wan Su & Stephen.


Gambar :
1) Byk yg suram2, so susah sikit nak beza siang/ malam.
2) Ada shot yg cantik tapi ada juga ada fast-fwd yg tak kemas.


Penceritaan :
1) Tak perlu ada narrative role pun takpe, watak sang pencerita..
2) Habis mengejut & tak cukup dramatik - Lebih touching & dramatic kalau pengakhiran Merong dibawa balik kepada Embok ke dsb.
3) Dialog bercampur2 dan ada yg tak patut dikomedikan tapi dikomedikan...So taktau patut ketawa ke tak!


Moral of the Story
1) Betapa rakyat zaman dahulu sanggup bermati-matian demi nak selamatkan seorang puteri raja/ putera raja (Kesetian Kpd Raja & Negara) - nak nangis aku time ni bila Laksamana tu kata hadiah perkahwinan dia adalah nyawa dia utk selamatkan puteri Han tu.
2) Amanah pd amanat yg diberi (Merong diamanat mnenjaga Putera Raja Rom tu sbg balasan menolong dia bebas dari rakyat Goa).
3) Kerana nafsu, seorang lelaki 'kebal' boleh ditumpaskan! ;) Kemawas yg mawas !! macho.....


Recommendation ? : Yes, tapi be neutral ...Do not compare Malaysia made with 8 juta dgn Oversea made (16-20 juta).




Wednesday, February 16, 2011

Crite Nenek

2 minggu ni kami asyik ulang2 antara cerita 2 nenek ni...Nenek kebayan dan nenek sakit.Aliah la punya request !!


Nenek Kebayan = Magika

Satu hasil anak Melayu Malaysia yang patut dibanggakan! Memang layaklah gondol byk anugerah di FFM..........Gambar cantik, lagu menarik!!

Diana Danielle
Fimie
Mawi

Ketiga-tiga watak hidup, terutamanya Diana Daniel...Body gesture dia, pandai kena dgn watak dan plot. Satu filem yg tak perlu dia bermake up tebal tp tetap dia nampak natural beauty! Fimie n Mawi, as usual like other films/ drama yg diaorg pernah berlakon.........

Satu lagi watak yg perlu diberi pujian, of courselah watak si Nenek Kebayan...Ziana Zain. Walaupun dia tgh sarat time ni, tp masih bertenaga! Patutla nampak bontot dia semacam... Hehee.



Nenek Sakit = Hantu Kak Limah Balik Rumah


Satu lagi filem Melayu yg menghiburkan...Masih bertempat di Kg Pisang dan hero utamanya Awie, satu lagi filem/ drama yg tak perlu rasa menyampah tgk Awie berlagak gangster! :p

Lakonan paling tak lupa datangnya dari si lembut2 tu (ntah hape nama), Raja Lawak sorang tu dan Umie Nazeera...Umie Nazeera mungkin biasa je lakonannya, sesuai dgn muka kekampungan dan aslinya tapi maybe sbb plotnya sedih,jadi sgt ingat watak dia!




Kedua-dua filem mmg sesuai utk seisi keluarga.....FAMILY-ORIENTED dan ada ciri2 pengajaran yg boleh diceritakan pada anak2. Ada unsur sedih, kelakar, hubungan kekeluargaan, kasih sayang dan cita-cita!!


Magika
1. Ikatan adik beradik....Takkan putus. Bergaduh, berbeza pendapat tapi atas nama kasih sayang dan saling melindungi, adik kena syg kakak dan kakak mesti jaga adik ok ??!! ;) Kena dgr cakap..

2. Nak mtk tlg, kena ckp bebaik .....Belajar bagaimana Ayu mintak tolong dari Bad ;) Terus cair!!

3. Dengar cakap org tua, jgn degil...Nanti kena amik oleh Nenek Kebayan (terpaksa guna kdg2, lebih baik kot dari guna hantu dsb??).

4. Jangan kencing merata-rata ....Hahah, kena hormati alam sekitar dan kebersihan kena jaga!

5. Kena kuat semangat dan usaha kalau nak mencapai cita-cita ...Boleh tgk mcmana Ayu, Malek dan Bad sanggup lawan dgn org tua Naga tu sebab nak balik dan lintasi jambatan gantung!!



HKLBR
1. Semangat kejiranan ....Sejauh mana pergi, balik rumah jgn dilupa jiran sebelah! Kena jaga tepi kain mereka....Hehehe.

2. Muafakat membawa berkat....Nak buat apa2 , kena bincang dulu misalnya dlm kes mereka plan nak bakar rumah kak Limah tu. Lawak !! Hehhee.....

3. Masuk jamban jgn menyanyi....Nanti hantu/ setan bertenggek!! Hahahaa...Tak senonoh.

4. Bermatlamat tinggi utk capai sesuatu....Misalnya si Usop gi Singapore utk kerja lebih baik demi nak kahwin Che Nin. Sadis betul !!

5. Makan kena beradap....Takleh nyanyi2 Solee..Solee...Hahaha!!!



Monday, August 23, 2010

Teh Tarik Kurang Manis

Aku jarang minum teh sbb takut angin,hatta teh tarik yg org suka order di kedai mamak..Habih terror aku order adalah milo kurang manis! Heeh....So smlm tgk crita Teh Tarik Kurang Manis di Prima, rasa byk benda sbg isteri dan suami kita kena tgk.

Teh Tarik Kurang Manis lakonan Zulhuzaimy, Ari Malik, Liza Abdullah dan Fasha Sandat. Crita bermula bila si Zul (nama Ehsan) berkenalan dgn seorang cikgu nama Hazlin (Lin). Cinta pandang pertama mungkin, mereka berkongsi citarasa malaysia yg sama iaitu minum teh tarik kurang manis. Cinta sekejap, mereka kahwin dan bermulalah kehidupan suami isteri di mana Lin, si cikgu digambarkan seorang isteri yg sangat rajin dan gred A laah bab rumahtangga- mengemas, masak dsb. sementelah mak Ehsan sendiri sorg ibu konvensional yg suka rumah bersih. Kiranya Hazlin ni menantu yg menepati standardlah!

Setelah beberapa bulan berkahwin, Ehsan meminta Lin berhenti kerja kerana merasakan dia mampu menanggung Lin walaupun Lin kata masih minat megajar. Namun diturutkan kata suami! Lin menjadi suri rumah sepenuh masa dan leka dgn 'hobi' memasak. Setiap hari mesti telefon tanya Ehsan nak makan apa/ dia akan cerita dia akan masak apa utk dinner nanti! Mmg untung juga laah hari2 Lin masak mcm2 menu utk Ehsan! Bukan je menu kg, segala menu kedai tu dia masaklah...

Namun akhirnya Ehsan merasakan itu (kepandaian isterinya memasak) bukan lagi suatu yg unik dan menarik....Dia mula tertarik dgn colleague nya si Fasha Sandat yg mula2 nya jual mahal dan ego. Si Fasha ni dilihatnya lebih berdikari, pandai berborak mcm2 topik dan pandai buat kerja!! Ehsan mula makan di luar dgn si Fasha, dari 1 mlm ke 3 mlm berturut2...Bila balik tgk menu atas meja, mula2 dia makan juga tapi masuk hari ke4 ke 5 dia dah mula buang ke tong sampah krn dah kenyang.

Sembang2 dgn Lin di rumah masing2 tiada lagi topik utk dibincangkan, mcm Lin nak borak hal2 remeh mcm masakan, psl jiran sebelah, psl AF, psl artis yang bagi Ehsan langsung tak membina! Hinggalah ada satu masa, Lin telefon di pejabat time Ehsan sibuk hanya utk tanya psl mskn... Ehsan menengking dan mengatakan Lin merimaskan. Ehsan cadangkan Lin mempunyai hobi supaya masa lebih terluang dan hanya telefon jika penting.

Lin pun cuba berubah namun akhirnya dia dapat tahu, Ehsan menjalin hubungan dgn Fasha lalu dia pegi berjumpa Fasha...Nasib si Fasha bkn dlm realitinya :p Jadi dia menasihatkan Lin supaya berubah menjadi diri Lin semula dan jual mahal sedikit dgn Ehsan supaya Ehsan lebih menghargai. Lin pun cuba ikut dan konon2 redha terima jika Ehsan nak kahwin dgn Fasha, Lin akan mengundur diri. Ehsan pun seronok laah! Lalu dibawanya Fasha pulang jumpa ibunya..

Dlm perjalanan si Fasha dah ckap, nanti kahwin kena sedia 3 maid utk dia --> 1 utk masak, 1 utk rumah dan 1 utk anak2....Depan mak Ehsan pun, Fasha cakap yg sama. Bila mak Ehsan tanya psl masak2 dan menguruskan rumah, Fasha kata semua nanti maidlaah buat !! Lagipun mampu... Barulaah time tu Ehsan tersedar, betapa beruntungnya dia ada Lin yg buat semua tanpa rungutan.

Akhirnya dia tak jadi kahwini Fasha...Fasha pun sebenarnya berlakon saja sbb sedar diri dan tak mahu jadi perampas.

Moral of the Drama:
1) Sbg isteri, walaupun dok rumah janganlaah terperuk...Go and find some issues/ latest news tio talk with your husband.
2) Janganlah telefon husband kerap sgt utk perkara2 remeh yg boleh buat keputusan sendiri!
3) Sbg suami, kalau nak suruh isteri jadi housewife pun jgnlah biar isteri jadi mati kutu...Sediakan laah / cadangkan apa yg patut utk wife occupied masa dia.
4) Hargailah wife camna dia masak pun....Kalau tak makan byk pun, amik syarat dah cukup. Buang ke tong sampah mcm buang duit dan kasih syg dah dicurahkan semasa memasak tu tau!!

Monday, February 22, 2010

Dunia Batinku

Sudah lama tak layan drama mlm2, Cekerarama to be specific walaupun dah awal sikit...Dlm tempoh ini, katil adalah lebih menarik :p Namun mlm Sabtu lps, kugagahkan jua kerana nak tgk Sheila Rusly walaupun dpt agak, critanya mesti psl pengorbanan seorg ibu.

Pelakon:
Fizz Fairuz/ pelakon Gubra - Abang (anak sulung)
Memey/ pelakon tak kenal - Sarah (adik bongsu)
Pelakon tak kenal - Siti (adik / kakak)
Normah Damanhuri - Nenek
Sheila Rusly - Ibu

Flashback, kehidupan 3 beradik dianggarkan umur Abang 17 thn, kakak 15thn dan adik, 5 tahun. Mereka anak yatim, dibesarkan oleh ibunya yang turut juga menjaga nenek mereka (ibu mertua). Ibunya keja menoreh getah dan membuat nasi lemak (hantar ke gerai). Ibu seorang yang gigih bekerja, mengharapkan anak2 nya juga gigih belajar dan dapat membina masa depan cemerlang yg dapat merubah kehidupan mereka.

Si ibu seringkali mengingatkan anak2 nya supaya belajar terutamanya si Abang yang dianggap ketua keluarga dan harapannya. Tanpa dia sedar, si Abang turut membantu dgn menangkap ikan utk dijual dan mencuci kereta slps sekolah. Bila si ibunya dapat tahu, si Abang dimarah dan diherdik segala sampai satu tahap hendak membelasah anaknya dgn batang penyapu kerana merasakan anaknya telah menghampakannya.

Ada satu kejadian, si ibu mendapat tahu dari kawan kampungnya yang anaknya bermain bola. Dimarahnya si Abang, dipatahkan trofi si Abang dgn tuduhan bermain bola itu semua tidak akan menjamin masa depan si abang! Nasibla si nenek membela, dgn memberitahu sekali itu je Abang main....Dlm diam, si Abang masih meneruskan usahanya membantu si ibu dlm diam dgn membuat kerja sambilan tanpa mengabaikan sekolahnya. Niatnya hanya satu,utk ringankan beban ibunya!

Namun si ibu tetap tidak dapat diterima tambah apabila kawan sekampungnya itu membawa cerita kononnya si Abang bercampur dgn budak2 liar, entah2 mencuri utk bayar hutang ibunya shingga ibunya berasa sgt kecewa. Pada satu hari semasa ibunya keluar ke ladang, si ibu teringat pesan arwah suaminya bahawa "Jadilah teman kepada anak kita, supaya dia boleh crita susah senangnya dgn kita...Jgn biarkan mereka jauh dari kita". Tanpa sedar, si ibu tersenyum spt bangga dgn usaha si Abang tanpa menyedari ada batang pokok yg sedang tumbang ke atasnya. Si ibu meninggal di situ dan apabila si Abang dtg mencari ibunya, juga utk menunjuk keputusan ujian percubaannya, saat itulah kesedihan yg amat meruntun jiwa!

Slps kematian ibunya, nenek meminta si bongsu dihantar ke rumah kebajikan....Walaupun si Abang berat hati krn merasakan dia dapata menjaga adiknya, namun demi masa depan adiknya dia relakan. Slps neneknya meninggal, si Kakak mengambil balik si bongsu dan mereka pun membesar sama2.

Pengajaran:
1. Jangan mudah percaya dgn cakap2 org walaupun dlm stress.
2. Sbg ibu, kita kena lebih percaya pd anak kita..Siasat sebelum tuduh. Kesian si anak!
3. Hargailah pengorbanan si anak serta minatnya yg positif walaupun ia mungkin tidak sama spt yg kita harapkan...Takkan asyik nak belajar ja? Main bola pun ada masa dpn apa kalau betul2...
4. Betul kata bapanya...Jadilah teman supaya anak tidak lari dari kita.
5. Anak tidak perlu merajuk atau cepat kecik hati dgn ibu, pahamilah stress si ibu.. Bagus dlm crita ni,si Abang tak pernah sibuk nak lari ke pegi isap dadah ke sbb stress dgn ibunya yg horror.

Friday, December 11, 2009

1000x pun takpe agaknya?

Aku tak tahu anak korang..
Tapi walaupun agak dah 'season' cerita ni, Aliah suka sangat...
Tiap hari, siang mlm asyik mitak ulang tayang!

Fuh...Kalau kami tokey panggung wayang, dah kayalah kami.
Rasanya di panggung wayang kami saja, dah lebih 10x dia minta pasang.
Belum lg campur di bilik maksu dia!

Sampaikan kami dah hafal dari satu scene ke satu scene...
Satu dialog ke satu dialoog
Minggu ni aku rasa dah leh hafal lak tone suara
"Nak cari mak dia? Mcmana nak cari mak dia...Kita pun sesat!" kata Kak Ros.

Apa lagi...Kalau bukan






GENG
Pengembaraan Upin Ipin!




Tapi kami kagumlah crite ni...Mmg membanggakan Malaysia. Tak rugi MOSTI support! Mmg tak boring....Tak rasa kebudakan.

Banyak sungguh elemen kebaikan dpt dilihat dari animasi ini:-
1) Kasih sayang kakak adik dan kawan-kawan
2) Amanah menjaga barang (Raju dan brg Lim)
3) Kasih sayang seorang ..Upss..seekor ibu - sanggup berbuat apa saja
4) Janji dgn budak mesti ditepati (Raju dan Lim)
5) Keindahan alam dan cara hidup kg
6) Elemen muhibbah 1 Malaysia (semua kaum ada)
7) Realiti kehidupan (ada budak lembut,ada budak kedekut,ada aweks garang,ada org penipu)

Monday, December 7, 2009

Denai Berbisik

Aku tak tahu mana denainya dlm cerita ini...Aku tengok sbb ada Zulhuzaimy yg cute dan thriller nya yg mcm sedih gitu.

Plotnya sedih tapi tak berjaya pun buat aku menangis...Walaupun hormon tgh tak betul skrg, air mata tu takat bergenang je (tu pun rasa mcm terpaksa je).

Kisahnya di PRIMA 105 mlm tadi....Mak bapak Ismail (Zulhuzaimy) telah meninggal. Mereka ni org kg yg susah la! Ismail ni ada pulak adik yg beza umurnya aku anggarkan 5-6 tahun dari Ismail, dan terencat akal (dlm 70% je kot) ...Aku tgk 20 minit lps mereka yatim piatu (20 minit slps crita start), Ismail ni lah yg menjaga adiknya Hakimi slps mak bapak mereka meninggal.

Ismail ni bekerja di kebun sayur, dengan seorang pakcik org kg yg baik hati dan punya anak dara.. Hakimi yg selalu ikut abgnya ke kebun pd satu hari telah mengintai anak dara pakcik tu. So Hakimi balik dan torture la adiknya, kalau Kimi tak berubah (aku x tahu la berubah dari apa ke apa sbb tak tgk kot yg awal) silap2 mereka 2 beradik kena tinggalkan kg ini! Kimi rupanya dlm diam, mlm2 suka tgk majalah Mangga (hahhaa...aku agak je) sbb byk pmpuan seksi dlm tu sampai buatkan dia terliur (terliur sungguh weh, sampai meleleh air liur..maybe sbb dia sakit sama).

Satu hari, Kimi telah mengikut kutu2 kg dlm operasi mencuri kedai Ah Pek dan kutu2 ini mengumpan Kimi dgn permpuan sbb alasan mereka, walaupun Kimi ni tak betul tapi nafsu liar apa?? (kesiannya Kimi ni) dan akibatnya Ismail dikatakan tidak pandai jaga adiknya! Balik dari operasi tersebut, Kimi cuba pula merogol anak dara pakcik kebun tu. Pakcik baik tu ada nasihatkan Ismail supaya hantar je Kimi ke Pusat Kebajikan Masyarakat supaya Kimi lebih terbela dan dpt bedikari tapi Ismail tak sanggup....Mlm tu Ismail ikat Kimi di pokok dan biar kimi tidur dpn unggun api. Esoknya, dia tgk di lengan adiknya ada kesan mcm kena cucuk (dadah).

Dlm satu kejadian, ada sorang laki datang membelasah Ismail di kebun dgn tuduh Kimi telah merogol isterinya..Mcm tak percaya. Ismail terus ke rumah laki tu dan tgk adiknya telah diikat dan dibelasah ramai2. Dia pun selamatkan adiknya dan mereka pun meninggalkan kg! Aku mcm tak percayalah si Kimi ni berani hingga gitu...........

Di bandar, mereka telah dijumpai oleh Dato Riduan (Hashim) yg baik hati dan amik mereka tinggal dengannya utk menjadi tukang kebun. Ismail dan Kimi pun kerja dgn baik hingga 3 tahun, Dato' bwk Ismail keja di syarikatnya sbg Pengurus Projek ...Apa kelayakan dia ni?? Emm...Sungguh lah baiknya hati Dato'.

Dato' ni ada anak pompuan, Intan Ladyana yg balik2 terus tangkap cintan dgn Ismail dan kahwin...Tapi Intan tak suka dgn Kimi yg terencat itu lalu cuba membuat Kimi berambus. Dia memancing Kimi dgn mencuri gmbr mak mereka dan balik2, Ismail dan Dato' tgk Kimi di atas badan Intan.

Terus Ismail tanpa usul periksa, membelasah adiknya itu krn menyangka adiknya merogol isterinya...Dihalaunya Kimi mcm kucing kurap. 2-3 hari slps itu, dia terjumpa gmbr ibu mereka di katil. Dia mengesyaki ada yg tak kena sbb dia ingat Kimi pernah kata kalau ada org kaco gmbr ibu mereka, Kimi akan bunuh org itu. Baru lah dia ingat, rupanya si bini yg punya angkara. Lalu dia pun kuar rumah utk mencari adiknya!

Dijumpai adiknya di belakang lorong2 gelap, tgh muntah buih tak sedar diri krn overdose dadah..Bila masa si Kimi ni amik dadah? Aku agak dia kena naiya....Hubby kata takkan laah kena naiya bukannya murah dadah (org nak cucuk free)! Emmm...Kimi dpt diselamatkan.

Ismail pun balik rumah, amik baju lamanya sehelai sepinggang bagitahu bapa mertuanya si Dato yg dia takleh lagi tinggal situ dan janji dia pd ibunya nak jaga Kimi sampai mati! Dia pun ceraikan Intan- talak 3 terus (sbb dia nmpk Intan tade insaf)..Amik kau!

Bila balik kg, Kimi nazak dan mati akhirnya...Kesian sungguh, si Ismail jaga sendiri (apa daa bongok takkan la dulu keja dgn Dato' sesen pun tade bwk adik gi kinik kg ke ape ke). Bila Kimi mati, dia gi mtk tlg org kg uruskan tapi si dajal laki yg dulu tu tak bagi org kg tolong sbb dia kata Kimi dah rosakkan org kg dan tak layak pun kebumi kat kubur sini...Nauzubillah, teruk gitu ke dendam org kg??

Ismail pun tade pilihan...Balik , cangkul sendiri dpn rumah pusaka makbapak dia nak kebumi Kimi. Mujurlah datang satu kumpulan pendakwah kg, tanya dan tolong sbb "Apa guna kita seagama, jika tiada ihsan?". Selamatlah Kimi dikebumi depan rumah pusaka makpak mereka...

Yg aku kurang puas hati (sbb citer ni patutnya best dan sedih):-
1) Dikatakan Kimi mati sbb Aids krn berkongsi jarum (amik dadah). Bila masa lak Kimi yg terencat ni jadi mat gian?
2) Kelulusan apa yg Ismail ada utk dilantik sbg Pengurus Projek? Pdhal keja dgn Dato' tu sbg tukang kebun je...Pengalaman urus porjek landskap kot?
3) Ismail pun dah pengurus besar, patutnya takyahlah balik kg..Teruskan je idup dgn duit kerjanya dan ubah hidup adik dia sekali.

Patutnya kalau nak lebih tragik, begini :-
1) Kimi ni suci murni dan dinaiya org - tuduh merogol dan amik dadah pun kena naiya. Kena ade unsur kena naiya spt kena tuduh rogol tu, mungkin ada org pedajal sedangkan bini org tu mmg main dgn org lain?
2) Ismail amik la short course/PJJ dlm bidang Pengurusan Projek ke Pengurusan Sumber ke dsb barulah layak dilantik jadi Pengurus Projek barulah nmpk bijaksana dan berwawasan!
3) Dato' tu patutnya offer la Ismail kekal kerja dgn dia walaupun bukan lagi menantu dia, baru professional

Thursday, November 12, 2009

Papadom


Well...mcm tak berapa kena je birthday mama tapi tgk cerita papa! Actually this is one of my request for my birthday today (TQVM for all the sms and FB wishes)....We watched the movie at GSC yesterday. Lmbt, slot dah tinggal 2 je sehari. Nasib sempat tgk!!

What i can say...MEMANG LAYAK FILEM NI MENANG BYK DI FFM! Garapan Afdlin Shauki tidak pernah menghampakan aku lagi setakat ini...Cukup rencahnya, unsur serius, kekeluargaan, kelakar dan sedih tu memang ada. Bab romantik, emm..ringan je (sbb ni bkn filem romantik pun!).

Pemilihan pelakon pun sesuai tetapi bawan watak oleh Scha,Farid Kamil, Liyana Jasmay dan Vanidah Imran adalah so-so sahaja...Norkhiriah dan Que Haidar memang meletops! Scha, tidak cukup kejam dlm filem ini kalau banding dgn watak Chika dlm Tari Tirana TV3. Farid Kamil, watak young playboy dan Liyana Jasmay si gadis sunti-manis-manja dan memang sinonim serta mungkin juga character mereka sendiri begitu. So tidak berbeza apa! Begitu juga si lembut-jelita-motherly Vanidah Imran...

Papadom actually not only about that India crunchy snacks..It is about a papa named Saadom who own nasi kandar business at Penang. Starting with gerai kecik celah bgn dan boria (sungguh kena dgn Penang dan nasi kandar) dan kesibukan Saadom serta isterinya Mun yg sarat mengandung...Pelanggannya pelbagai kaum, sungguh muhibbah dan 1 Malaysia apabila salah seorang pelanggan Cinanya melabur dlm business dan kemudian semakin majlulah si Saadom ini.

Dalam kesibukan mengembangkan businessnya, dia sering tidak sempat (bukanlah sengaja mengabai) melayan isteri dan anaknya yg baru lahir, Miasara (sedapnya nama).. Dari setahun ke setahun, dari satu birthday ke satu birthday hanya diuruskan oleh Mun. Hinggalah satu hari penting anaknya, menerima anugerah tetapi Saadom sibuk layan pelabur baru dari Dubai...Berlakulah pertengkaran yg meragut nyawa apabila Mun accident.

Sejak dari itu, tugas ibu dan bapa dipegang Saadom..Business nya diuruskan partner Cina dan Indianya yg setia lagi memahami. Saadom menjaga anaknya seperti kanak2 kecil hingga sering mengikut ke sekolah dan aktiviti2 remaja Mia. Mia merasakan hidupnya terkongkong lantas bertekad jika SPMnya bagus, dia ingin pergi jauh dari papanya utk menikmati kebebasan.

Saadom sukar menerima permintaan Mia, tetapi setelah dinasihati oleh roh isterinya Mun (watak roh ini kelakar dan fashionable lak tu) dia bersetuju membenarkan Mia menyambung pelajaran di KL dan tidak akan mengunjungi Mia...Mia pun masuk Uitm dan bekenalan dgn Sarah (Scha) seniornya serta hero Uitm, si Farid Kamil dan rakan sekelasnya yg poyo, si Que.

Dalam diam, Saadom minta kerja jadi tukang kebun Uitm dgn tujuan nak mengekori Mia.. Ke mana sahaja Mia pergi, Saadom memerhati dari jauh termasuklah ketika Mia di dalam kelas Balqish (Vanidah) dan dating dgn Farid Kamil...Babak dating tgk wayang dan dihantar balik ni sangat kelakar bila Saadom mengikut hingga ke panggung dan berkata Api! Api! kerana melihat Farid Kamil yg cuba mencabul Mia...hahaha!

Sehingga satu kejadian apabila Sarah mendapat tahu Saadom 'minat' pada Mia dan dendamnya serta cemburunya Sarah pd Mia yg merebut exnya si farid Kamil...Mia tertangkap Saadom. Tetapi bagusnya, Mia tidaklah marah membabi buta dan berdendam tetapi dia memahami keadaan yg Saadom terangkan. Tetapi malangnya, mereka ditangkap khalwat (gara2 ftinah Sarah) dan Saadom dituduh memcabul. Barulah semua terbongkar!

Filem ini berakhir dgn presentasi filem pendek tesis Mia kpd pensayarahnya dan filem pendeknya itu bercerita tentang Papa Dom nya.....Touching.

Betapa pun kita ingin menjaga dan mengawal anak kita, akan ada satu masa kita kena longgarkan tali kebebasan itu supaya dia dapat menikmati hidupnya dan belajar susah serta membuat kesalahan. Sbg ibu bapa, kita kena berani hadapi saat apabila anak kita susah, buat salah dan sentiasa bersama mereka utk tolong menunjukkan jalan dan membetulkan.
4.5 / 5 * !

Wednesday, August 26, 2009

40x Sebut Jadi Doa

Dlm Islam, doa ibu adalah makbul...Kita juga selalu dengar org cakap "Haa..Kalau 40 org sebut, jadilah..". Ya, mungkin betul 40x sebut jadi doa!

Tak tahu sejauhmana kesahihannya tp minggu lps, aku tertengok satu drama di rtm2...Tghari. Lakonan Liza AF (yg ke brp aku taktau, x hafal) dan Shamsul anak Yusof Haslam. Citernya begini..

Liza dan Shamsul ni pasangan muda yg baru berkahwin....Liza ni tidak bekerja, hanya Shamsul bekerja sbg promoter kereta (sales person/ dealer). Mereka kahwin atas cinta sama cinta dari zaman belajar! Shamsul ni digambarkan seorang hensem (mmg hensem lah kan..:p) dan ramai wanita yg minat pd dia. Menjadi promoter di shopping mall, mmg ramailah lagi peminat dia termasuk rakan sekerja (wanita) dan adik-adik sekolah (gatai...).

Si Liza ni yg dok rumah sering rasa tidak secure dan tidak percaya pd Shamsul...Dia cemburu berlebihan. Kalau dia telefon Shamsul tak angkat, dia dah mula syak bukan2 dan menuduh suaminya keluar dgn org lain atau pergi menggatal! Adoih...Psiko minah ni. Shamsul sentiasa bersabar dan mmg dia jenis suami yg sedar diri lah, tak amik kesempatan dan dia sentiasa terima Liza kata "Cemburu kan tandanya sayang.........".

Tetapi ada satu kejadian di mana buat Shamsul sangat terguris dan terluka....Ada sekali Liza tgk Shamsul solat menadah tangan sambil berdoa kesedihan, Liza ni dah tuduh Shamsul banyak sgtlah dosa tu sampai berdoa menangis2 ! Kemudian satu kejadian kemuncak pergaduhan berlaku selepas Liza menuduh Shamsul melanggan pelacur di hdpn jiran dan rakan masjid Shamsul! Ini kerana Liza telah terdengar isteri boss Shamsul marahkan seorang rakan sekerja Shamsul yg dituduh sbg pelacur....

Disebabkan terasa dihina, Shamsul pun keluar rumah dan meninggalkan Liza...Liza terus jadi tak keruan dan merasa menyesal. Mlm itu Shamsul melepak di taman dan telah dijumpai oleh kwn sekolah lamanya yg juga merupakan secret admirernya di sekolah dulu (nama Kiera kot..). Kiera ni slps mendengar mslh Shamsul, mengajak Shamsul singgah ke rumahnya sbb dah lama tak jumpa. Si Shamsul ni pun mungkin dlm keadaan tertekan menerima pelawaan Kiera tetapi Kiera ni telah mengambil kesempatan dgn meletakkan ubat dlm minuman Shamsul dan mengajak Shamsul minum arak utk hilangkan tekanan.............

Kata Kiera, seteguk je...Bkn pe pun, org lain pun buat dosa. Sbb tu Allah haramkan arak! Dari arak seteguk itulah berlakunya penzinaan (walaupun digambarkan spt Kiera yg 'rogol' Shamsul). Si Liza di rumah pula tak tido semalaman, merintih menyesali sikap dan menunggu Shamsul balik. Shamsul slps bangun, sedar dan menyesal. Dia kemudian balik berjumpa Liza utk cerai krn dia hendak kahwini Kiera (atas rasa tgjwb). Dia tak sedar Kiera sbnrnya mmg pelacur atasan!

Liza sudah tidak boleh menghalang...Shamsul yg rasa bersalah pun mengajak Kiera kahwin, Kiera pun main tarik tali, alang2 nak kahwin marilah kita projek sekali dua lagi tapi Shamsul yg baik ni berjaya menolak. Liza yg sudah hilang akal pulak terpengaruh menggunakan bomoh utk pikat semula Shamsul. Akhirnya Shamsul tidak jadi kahwin tetapi sayangnya, Shamsul telah dijangkiti HIV..........

They 'live then happily' ever after..............Moralnya di sini, Janganlah terlalu berprasangka buruk pd suami, akhirnya Tuhan nak tjuk benda tu jadi jugak mcm yg ditakuti sgt dan sentiasalah meminta pd Allah, bkn pd bomoh.

Wednesday, March 11, 2009

Rindu Bertasbih

Dah lama rasanya aku tak tgk TV mlm2...Biasalah sejak Aliah setahun dan berat makin naik nih, kalau tidokan dia mesti sambil megiring dan apalagi, dgn ibunya sekalilah ditidokan! Uhuu..Sgt jarang sekalilah aku bangun semula semata2 tgk TV dan buat kerja2 lain (kecuali menggosok baju dan membasuh pinggan/ periuk di dlm sink).

Tapi kalau aku tido siang dgn dia, which is during weekend je dapat mmg aku akan bangun jgklah layan TV...So mlm minggu baru ni, mmg ada slot menarik lah lakonan Zamarul Hisham dan Umi Aida.

Kisahnya keluarga mereka ni berkawan baik...Sekampung. Family Zamarul Hisham dan Umi serta family Norkhiriah ni sama2. Tapi slps family Umi pindah ke KL, tinggallah Zamarul dan Khiriah je membesar dan terus berkerja di kampung. Zamarul usahakan ladang kambing! Khiriah? entah, tak ditujuk melainkan kejanya adalah menghantar kuih pd zamarul dan kuarganya (kes beli jiwalah ni) so aku agak dia mungkin penjual kuih :p Sementara si Umi di KL, hidup bebas dan clubbing shj kerjanya.

Kemudian bapa si Umi ni nak satukan Umi dan Zamarul sbb nak kekalkan persahabatan.. Kira nak paksa lah. Both of them tidak setuju sbb sedar latarbelakang dan cara sudah berbeza! Zamarul ni anak yg baik, dia cuba mengikut dan pd masa yg sama, Khiriah luahkan ada hati dgn dia! Dlm Umi berkira2 nak menolak hajat bapaknya itu, dia sedar dia mengandung (luar nikah). So dia pun jumpa zamarul, bgtahu yg sbnr dan terpulang Zamarul nak teruskan kahwin/ tidak. Zamarul tidak sedar ketika Umi bgtahu tu, si Khiriah terdengar perbualan mereka.

Zamarul solat istikharah dan kemudian teruskan dgn niat nak jaga nama baik kwn bapak dia dan Umi...Umi mula derhaka sejak mlm pertama, dia suruh Zamarul tidur bwh dan jadi tukang tutup lampunya. Dia tetap keluar clubbing dan bermabuk-mabukkan. Sampai satu mlm, Zamarul tegur kenapa dia tak jaga kandungan hingga Umi terjatuh tangga dan keguguran. Ibu mertuanya menyalahkan Zamarul tp dia tidak ambil hati.

Slps keguguran, Umi kembali ke perangai 'nakal'nya yg suka ke club dan mabuk2 itu..Dlm pantang, dia kelur jgk walaupun Zamarul halang dan mlm itu, dia telah dilanggar . Kemalangan yg menyebabkan dia hampir hilang upaya selama berbulan2 terlantar dan hanya Zamarul menjaganya.

Akhirnya slps dia mampu berjalan dan baik, dia sedar Zamarul suami terbaik utkknya dan dia pun memikat semula suaminya. Slps suaminya balik ke kg utk melihat kambing2 yg telah berbulan ditinggalkan kerana menjaga isterinya, Zamarul berjumpa Khiriah sambil berbual2. Si Umi yg kerinduan menjejaknya di kg dan merasa sedih melihat kemesraan itu. Zamarul menerangkan tiada apa yg dia buat cuma kalau betul Umi sygkan dia, dia minta Umi solat dan berzikir.

So mlm itu mereka solat berjemaah sekeleluarga Zamarul dan Umi. apabila selesai salam, Umi mendapatkan suaminya utk bersalam dan mendapati Zamarul telah 'tiada ' (meninggal dlm solat). Sob..Sob..WHUAAA ! Aliah pun terjaga....dan aku pun 'menangis' shj sambil menemani Aliah tido semula :p

Plot yg baik tapi pengakhiran yg meninggalkan kesan...Lakonan mantap ketiga-tiga watak utama.

Thursday, January 29, 2009

Oohh..Entertainment org kaya rupanya!

Aku suka tgk filem Puteri Gunung Ledang...walaupun apa komen org, aku suka dari segi seninya (ada sedikit tak best tang Hang Tuah bertarung dgn si Jawa tu je tiru mcm citer HongKong). So bila ada PGL the musical theatre memang aku teruja dan teringin nak tgk!

Dari PGL sampai thn ni dah PGL ke3, aku masih simpan impian...So cadang2 nak booklah 7hb ni la nak dating dgn hubby. Masuk la website IB dan try online purchase thru axcess tu. Aiseh, tgk2 harga...

RM 233

Mak aii...Tu baru sekepala. 2 kepala dah RM400++! Tak mampu la eden...Err, sayang duit le. Tgk dlm iklan jerla :( sob..sob...sob...