Friday, April 30, 2010

Dulu Tak Camni Pun...

Rentetan ini , x tahulah kenapa teringat2...............Teringat2 proses nak mengeluarkan seorang hamba Allah ke muka bumi. What a history! Thru out all the pain...Alhamdulillah, selamat.

Aku teringat ngilunya V.E !!! Whuaaa......................Hee, lambat lagi ada 4 bln gitu tapi kenapakah aku sudah terbayang2 mcm dekat.

Dulu tak sempat/ tak terbayang pun camna....Sekarang terbayang2 semua. Ada satu tahap. leh terasa2 ngilunya.

1) Ngilu kena seluk
2) Sakit contraction bagai sakit period pain yg berpuluh kali ganda!
3) Pedih nak kena pee selepas kena jahit

Maaa....................Itu belum tgk darah yg melimpah ruah kuar mcm air paip time beberapa jam pertama kena tukar pad tu !! Whuuuuuuuu

* Sorry lah kalau entry ini a bad scary utk org yg belum pernah bersalin/ belum pernah bersalin normal.....

Wednesday, April 28, 2010

Betul ke?

Dari sabtu lepas lagi dah rasa.............Emm, light sgt! Tghari2 camni, rasa mcm ada angin halus dlm perut...Is it his/her first kick ??

Ohh...Alhamdulillah, kalau betul awalnya laah kali ni sbb baru masuk 19th weeks! Apalah jantinanya kali ini...

Mula2 memang mcm tak kisah, sbb kalau girl lagii leh kwn dgn Aliah dan kalau boy pun, still leh kwn jugak cuma takut sama2 buas je! Tapi sejak loya2 teruk tu, naluri (cheh..naluri la sgt,sbnrnya menyedapkan hati dan telahan org) rasa mcm boy dan nama dah sibuk nak letak depan "Alif".

Huhu...Kalau betul boy, nanti scan minggu depan mesti dah leh nampak kan ??!! Insyallah....


* Hari tu ada jiran tanya Aliah nak baby apa, dia kata "boy"..Mcm lah dia tahu boy ke girl tu. Hhehe!

Monday, April 26, 2010

Takut

Tetiba aku menjadi takut...

2 minggu lagi kena next checkup..Sebelum tu kena gi MGTT, amik darah utk sugar level test. Alaah, test darah slps minum air gula itu!

Apa yg takutnya? Bkn takut nak kena telan air gula pekat tu, tapi takut kena amik darah di hujung jari tu..."Kletuk" rasa bunyinya!! Ohh..Sungguh la cuak. Baik lagi amik darah di urat saraf kat lengan tu !!

Huhhuuuuuuuuuu..............

Saturday, April 24, 2010

Teringin Saja

Tapi bknlah mengidam ye sampai tidur tak lena....Hahah, cuma terasa nak makan sst jenis makanan yg jarang dimasak/ tak pernah masak sendiri. Mencuba sendiri, emm..adalah sst yg agak mustahi,l sbb di dalam tempoh ini mood adalah mengada ingin rasa masakan tgn org yg lebih sedap dan afdal dlm masakan itu. Hehhee, aci tak?

1. Pulut kuning bersama Kari Ayam
Dah dpt dah..Walaupun bkn air tgn ibu mertuaku, dia sub kpd kwn dia tlg buatkan. Terima kasih laah byk2!

2. Serawa/ Pengat/ Bubur durian

3. Ubi rebus cicah Sambal Ikan Bilis

4. Lasagna

5. Mi bandung muar resepi Asli (kuah rasa kacang2)

Thursday, April 22, 2010

Tak Boleh Sembunyi Dah...

Perut ini! Hahaha...Dah 18 minggu (equal to 4 months half), so pakai ape pun memang dah nampak! Pakai baju kurung pun, kain dah tak cakuk...

Perut ini, kalau slps makan...Huuhhu,bulat mcm tembikai. Bayangkan kalau time lapaq, aku boleh telan 5 biji kuih sekaligus !! Yarabbi..Buruk lantak kah? Sorry, can't help myself...

Tghari dan pagi mmg makan byk...Dinner masih slow sbb ptg selalu dlm kul 5.00-6.00 tu makan kuih / light meals. Uuhhh, sebenarnya baru kena selsema slps menjaga Aliah yg demam skrg !!

Aliah semakin understanding....She's behaving like a good sister, i believe she will be one! Time dia tak jeles (most of the time, x jeles), dia akan panggil2 baby dan kiss my tummy! Time dia rasa haknya tergugat then only dia ber'kasar'.....Huhhu.

Jadi kita kenalah gunakan psikologi sikit....Jgn buat dia rasa tersisih. Dulu kalau dia tumbuk2 perut/ melanyak badanku, kami akan kata kesian baby nanti! So dia lagiiiiiiiiiii tak heran.... Skrg, kalau dia nak buat gitu kena cakap "Kesian laah ibu..." atau "Aliah baik kaan, Aliah leh kongsi kan?? Kesian ibu, badan Aliah dah berat takleh lagi main atas ibu..." then only she'll slow down. Kiranya kita jgn bagi alasan sbb baby laah, dia jeles :p Harap2 kami boleh menten ayat yg bagus bila baby kuar dpn mata nanti !

Monday, April 19, 2010

Favorite Songs

Aliah, kalau awak tahu time umur awak 2 tahun 7 bulan ini...Awak suka lagu2 ini :-

1) Sujud --> Mawi featuring KRU
2) Ayat2 Cinta --> Rossa
3) Salju Di Danau Rindu --> Exist
4) Love --> Lady Gaga
5) Cinta Pakai Buang --> Stacy


Haaa....Sungguh tak sangka, taste kita sama !! Hee.........Itu semua pun lagu favorite ibu !!

Mood Bercuti

Hahhaa...Ada org balas dendam menge'tag'! Haa..Amik...

If it is based on achievable & realistic factor, it would be..
1.Redang
2.Kuala Terengganu
3.Langkawi

If i don't have to endure the hassle of getting a visa in short notice,i would want to be at
1. Melbourne, Australia okay...(bukan U.S)

If i am filthy rich i would have board the first flight to
1. Mekah, Istanbul etc
2. Tokyo
3. Mauritius

All i need is a whole lot of money, a good health and approval from the 'bosses' ! Heeee

So, now I'm tagging.............
1. Isabelle
2. Jari-jemari
3. Azlinahamid

3 cukup laah...Baik dah ni ! :p

Saturday, April 17, 2010

Labor Story

Semua org tak semua tapi mungkin ada yg serupa/ mirip...Meh kita tag ;)

1. 3 sakit yg anda takut bila mengandung / nak bersalin
* Sakit kena amik darah..Sekali cukup laah, kalau byk kali? (kes yg ada byk test kena buat)
* Sakit kena seluk check (V.E)....Mestikah ??
* Sakit contraction ...Rasa nak guling atas katil.

2. 3 proses yg anda harap boleh skip time mengandung/ bersalin
* Kena seluk2 ...Buat2 kalau jari doktor tu besar2, rasa nak tendang je dia !!
* Kena jahit
* Kencing sebelum boleh discharge (kiranya kencing pertama slps dah selamat bersalin)..Ngeri ok?!! Rasa pedih siot....

3. 3 beza labor story (normal/ induce/ caesar).
* Taktau normal camna.
* Induce pertama - sakit nak bukak jln, induce kali kedua sakit contraction, harap yg ke3 normal.
* Tak mungkin akan caesar (insyallah) sbb baby tak besar mana !


Dah cukup...Cukup, takmo pjg2 nanti kesian korang kena buat karangan !
So silalah tag 3 org je.........Hheee.

1) Isabelle
2) Jarijemari
3) Lyna

Tuesday, April 13, 2010

Barang Pertama..........

Reka satu tag tgh sibuk2 meeting sana sini...Ahaha, tade keja. Barang2 pertama slps kahwin, cuba ingat semula apa dia?!! Nostalgia tau....

1. Barang kahwin pertama yg dipakai
Toto...Ahaha, takkan nak tido dgn bedspread yg ropol bagai tu kan??

2. Barang elektrik pertama yg beli bersama pasangan slps sah bernikah dan dok sebumbung
Mesin basuh baju..Seksa woo basuh dgn tgn 2 org punya,pastu lmbt kering lak (dok apartment).

3. Barang pertama milik peribadi yang dibeli guna duit hantaran
Biarlah rahsia...Hehee (sebenarnya dah x ingat...)

4. Barang peribadi pertama yg dibeli slps bergelar isteri
Pad....Ahaha, baru 3hari nikah dah period :p. Maybe penat sgt physical dan mental menyiapkan majlis dgn pe'el wedding planner lagi.

5. Barang mahal pertama yg dibeli sbg suami isteri (beli dgn capai keputusan bersama)
Rumah

Ahaahh...Bagi sikit je, tapi silalah jwb! Syaratnya jwb je 5 soalan tu dan tag semula 5 bloggers lain yg anda suka !! So as myself, aku nak tag ....

1) Afzanhanim
2) Jari jemari
3) Voice of Her Head
4) AzlinaHamid
5) Isabelle

Daa.....................

Monday, April 12, 2010

Dunia Artis

Aku jarang menulis pasal artis sbb aku menyampah dan mls buat dosa kering...Seingat aku, last aku komen adalah psl kehipokritan Scha, Awal dan Linda Onn.

Kali ni aku nak luahkan juga apa yg aku meluat selepas baca paper Mingguaan Malaysia semalam.. Actually hari tu aku bosan sbb artis2 melenting bila Wardina keluarkan komen berani bhw artis tidak layak dijadikan idola dan dia akan larang anak dia ikuti jejak artis.

1. Kes Komen Wardina
Aku rasa artis2 wajar terima...Kalau korang tak buat benda negatif, jgnlah melenting dan terimalah hakikat yg memang dunia artis begitu. Wardina sendiri asalnya liar juga tapi dia diberi hidayah dan sedar.

2. Artis Di"boo" di ABPH
Mawi dan Fasha Sandha...Tak perlu komen pjg sebab apa. Memang tindakan kurang wajar oleh public tapi sepatutnya yg di"boo" itu sedar diri dan bangun perbaiki diri utk kekal terus dlm dunia seni yg transparent ini.

3. Artis Yg Berlagak Alim/ Insaf Baik
Setiap org layak diberi peluang berubah....Tapi kalau rasa diri tak cukup berubah ke arah Islam minta, jgnlah cuba menegakkan benang yg basah bila peminat2 kesayangan tegur sbb yg tanggung sama dosa kalau tidak tegur adalah peminat2 / org sekeliling juga! Ini kes Dato' CT dan Umi Aida ye...

Pasal Umi Aida nikah di Mekah dan pakaiannya jarang dsb, buat apalah nak komen menghina2 sgt, kalau betul pun dia begitu biarlah suaminya sahaja tegur dsb.

Pasal CT, dengarnya dia komen pula kata selama ni bkn dia kata dia bertudung (adakah dia nak kata dia sedang berfesyen) tapi public yg kata....

4. Artis Bercakap Inggeris
Kes Tiz Zakiyah tercakap B.I semasa beri ucapan....Itu pun nak kecoh ?? Salah ke artis nak tjuk diaorg mampu berbahasa Inggeris? Fasih ke tidak, sekurangnya dia berani dan confident... Kalau nak tgk jati diri, apsal tak komen tema baju majlis? Baju yg tak pernah ikut jati diri 1 Malaysia tu camna kira???

5. Tak ngaku bercinta
Mula2 teman tapi mesra, pastu tangkap clubbing bersama, pastu dilihat pegang tgn...Still selamba derkk mcm tak pernah komen apa2 sebelumnya. Apaa daa, hipokrit sgt ??





Sunday, April 11, 2010

Pantang

Pantang makan? Ka pantang jumpa makanan?

Haaa...Dalam berpantang, kena pantang makan dan pantang2 yg lain. Anak 1st dan 2nd aku berpantang di rumah mertua sementelah aku 'sebatang kara' di sini lagipun nak balik kg tiada sapa dah nak jaga (kak2 apa haal lak kan, depa pun ada kuarga sendiri).

Aku gatai2 jugak psg angan2 nak berpantang sendiri di rumah nanti insyallah...Tapi tak taulah approve by hubby ke tak.

Bukan aku tak suka apa2 di rumah mertua bila pantang, sbb in fact MIL aku pun tak strict sgt... Cumanya aku rasa mcm berkuap dan sgt panas di rumah tu (nak2 lak tgh pantang kena pakai stokin dan kain batik bagai-rimas). Pastu aku diletakkan di center of ruang tamu, tak ke malu dan haru bila nak BF? Pastu bila org datang, walaupun dok di depan aku still kena pakai tudung dan cover2 menyusu...Kalau nak dok dlm bilik, mau laah berasap aku! Mesti mcm dok dlm oven....

Tapi tu laah....Kalau pantang sendiri, sapa nak tgkkan Aliah? Sapa nak tlg mandikan baby? Sapa nak tlg prepare food? Adoihh..........Upah penjaga sementara? Emm, mcm menarik kan??!! Ada recommendationtak mana nak cari ???

Saturday, April 10, 2010

Take Things for Granted

People always take things for granted, bila dah tade baru nak menyesal...Kenapa perlu camtu? Rasa selamat sgt? kalau yg tak dihargai itu org, keluarga sendiri dah tade menyesal pun tak guna...

Bagi aku yang dah kehilangan mak dan bapak semasa kecil, aku memang tak suka tangguh apa2 hajat di hati utk meggembirakan dan mengambil hati org tersayang...Bagi aku, duit,masa, tenaga semua pinjaman. Kalau dah tade semua tu nanti, jangan menyesal. Kita bekerja, kita bercuti utk apa? Bukan semata2 utk diri sendiri....Utk keluarga kan?

Thursday, April 8, 2010

Bagaimana Masak di Hari Kerja?

Ini mungkin tips mudah bg org yg dah biasa buat...Bak kata org, alah bisa tegal biasa. Tapi bagi yg baru berkahwin atau teringin nak ber'jimak' dgn bawa bekal ke pejabat, bolehlah ikut tips mudah ini bagaimana kami isteri2 dan ibu2 bekerja buat (msk) ketika hari kerja.

1. Sediakan barang kering dan lauk basah awal2
Sama ada siang dan cuci bersih2 dari weekend atau mlm sebelumnya, terpulang pd anda. Mcm saya, lauk basah mmg saya siang dan cuci2 awal2 dari weekend. Cili dah mesin on weekend. Brg kering, kalau sempat saya kupas / potong siap2 mlm. Pagi tinggal tumis shj!

Ohh, masa bagi saya tidaklah kena bangun kul 5 sbb saya masak simple shj utk bekal spt sup atau lauk tumis (maks. 2 lauk shj). Jadi lps subuh, 6.40 gitu saya masuk dapur. 7.30 siap, saya naik mandi dan bersiap. Kul 8 saya dah leh keluar rumah (saya masuk 8.30 dan perjalanan dari rumah ke pejabat 15-20minit shj).

2. Pinggan dsb cuci bersih dan asingkan
Kemaskan ruang kerja anda dan mudah laah kerja....Sbbnya kdg2 yg lambat sbb kuali lum sental, sudip semua berkarat lagi dlm sink. So bila nak masak, rasa serabut sbb benda2 itu lum cuci!

3. Masak simple janji berkhasiat dan mengenyangkan
Tak kira utk bwk bekal atau mkn mlm, janji kita masak sendiri dan save kos, sihat dan bersih.. Penat sikit takpe, puas hati.

Kalau rasa susah, buat selang sehari dulu....Lama2 dah pandai atur masa, bleh masak hari2 ;) Saya dulu sebulan nak biasa, punch card mesti merah 2-3 minit. Hehee !!

Tuesday, April 6, 2010

Jarak Yg Sesuai

Mungkin betul laah bagi setengah org rasa nak cepat2 tambah junior edition to the family, one after another within 2 years. Apadaa, nak cakap ni! Maksudnya..Setengah family yg bukan sbb 'accidentally' pegnant, boleh adakan anak kedua slps anak pertama baru cecah 4-6bln. Tup2, bila baby tu capai setahun dia dah dpt adik! Ada lak yg gap lama sikit....Emm, 4-6 tahun.

Kalau aku diberi pilihan, walaupun aku susah nak conceive...Maybe aku pilih yg pertama. Sbb?

1) Aku rasa kalau aku morning sickness time baby 1st baru bulan2, tak rasa sgt sbb baby bulan2 ni habih puas susu dia akan tido. Tapi tidakk...bagi 'baby' besar.

2) Aku rasa kalau baby dah kuar nanti, baby 1st yg baru nak setahun tu dah ada kwn...So dia tak sunyi dan automatik dia terus belajar berkongsi, bersosial dsb tanpa perlu dihantar ke nursery awal2.

Itu pilihan aku laah.............Sbb aku rasa, huhhu aku tak makan cekak sekrg! Aku rasa mcm being unfair to Aliah....Sbb dlm dia tgk melasak skrg, aku takleh nak manjakan dia sgt. Aku cepat naik angin, aku cuba buat dia 'membesar' (mcm aku ada pam Doraemon).....Sikit2 suruh dia behave, mcmlah dia tak behave sgt, mcmlah dia dah 'besar' sgt!

Yg paling kelakar (sedikit sayu), bila nak naik tangga smlm...Dia cakap, "Aliah tak larat la naik..Ibu dukung laa". Uhh..mana la ibu 'mampu' lagi nak dukung 10kg naak, dgn extra lagi berapa ratus gm kat lower abdomen ni!!! Huhhu........

Monday, April 5, 2010

Serangan Virus

Minggu lepas Aliah kena serangan virus cirit birit..Nasiblah bkn rota.Dan ia selesai dalam tempoh 5 hari sama spt dos ubat yg doktor supply! Heaven....Dah tade lagi kena tukar diapers every 10min.! Huhhu..Tapi terasa sgt sbb seminggu je, pek besar diapers tu tinggal separuh je..Alamaak!

Namun mlm keempat sblum tamatnya 'serangan' itu...Aliah diserang simptom_tidak_ketahuan yg bikin ibunya menyinga mcm singa meroyan !! Bayangkan dia tak mahu tido, dgn alasan..Upps, tade alasan. Dia tak mahu tido, tapi badannya dah atas katil dan matanya sudah separuh terpejam! Badan juga separuh bogel kerana ibunya sangka dia adalah cacing kepanasan...Mana taknya, sekejap dia garu kepala, sekejap dia mtk digaru kaki, sekejap suruh garu tangan. Kendian, tak lain tak bukan yg bikin hati ibu lagi panas dan hampir hilang separuh dari iman (yg sememangnya dah mcm kulit bwg), "Nak ibu...Nak ibu..." ..."Takmo papa..Takmo...". GRRRRRRRRRR !!!!!!!!

Bayangkan badan yg penat, kepala berat, dah set nak tido...Nak tido tapi 'bantal peluk' yg satu ni dok pasang 'lagu'! Sungguh la juga si ibu jadi kurang warass............."Ya Allah, moga ditingkatkan imanku dari mengasari anakku. Berilah aku kesabaran utk mengasihaninya sptmana ibu bapaku mengasihaniku ketika kukecil!".

Sungguh aku tewas..........Apabila dia terbangun lagi jam 1.30 pagi, menangis dan membentak tidak mahu tido. Kami tewas, dlm erti kata sebenar. Kami tak tahu apa yg tidak kena, perutnya tidak memulas atau apa2 simptom sakit perut. Badannya berpeluh setiap kali dia 'bergelut' tidak mahu tido, dan peluhnya akan jadi sejuk kerana terbias dgn kipas angin yg kuat ! Uhh...

Setelah 2 mlm, di'dera' begitu (nasiblah aku cuti keesokan harinya itu)....Aku suspek ada benda lain dok kacau anak kami. So hubby pun baca2 kan lebih sikit apa yg patut! Baru dia dpt tido, tu pun nampak mcm pahlawan yg tewas...Keletihan. Lebih 40minit setiap kali dia meragam, utk kami tidokan dia !!

Esoknya hubby minta bapanya tlg doa2kan.....Alhamdulillah, mudah sikit mlm semalam dia tido.

Apa Ada Dengan Dia....

Aku tak dengar Riuh di Era...Aku dengar Kyril, K.E dan Abg Jem di Sinar.
Aku tak tgk Raja Lawak...Aku tengok Sehati Berdansa je.


Tapi....


AKU SEDIH JUGA....


Sbb ..
Aku tgk Afy dan Abah...(tannanaa....nannanaa...teingat lagu dan senyuman giginya tu).
Aku tgk iklan Raja Lawak...
Aku pernah baca kartun Din Beramboi (watak) dlm majalah Ujang dulu.

Whuaa !!!
Takziah utk keluarga beliau..............