Ooh..Sebenarnya adalah sedikit malas dan kurang idea utk menaip kebelakangan ni selepas sibuk minggu2 yg lepas. So mood tu lambat skit nak up!
Tapi crita la sikit secara ringkasnya ...Kami pegi Cameron last Saturday. Spent 1 nite je sbb last minute booking (Wednesday) and harga resort, of courselah mcm dok Shangrila hari tu! :p Pdn muka...Actually sbb perut tgh membesar dan takleh jalan jauh, so tak tahu nak ke mana walaupun dlm hati adalah terkinja2 nak gi bercuti dan duduk hotel! Ahahaa.....Nak gi PD, hjng bln dpn ada family day office buat kat PD jgk so apa kes kalau nak gi PD jgk.
Gian di hati nak ke pantai timur, tapi haruslah takleh naik flight.....Nak drive 6-7 jam dlm keta, kebas buntot mak nanti! Uhhu...Dgn Aliah lg. Hubby pun lagiiiiiiii la surrender sbb pegi cuti sekejap sgt! Tak sempat penat lelah habis........Dah nak balik. Ehhee! So last2 teringat Cameron, tu yg book jgk. Mula2 book thru Booking.com, confirm dah dpt Heritage Hotel tp rasa mcm x sedap hati call balik hotel tu terus ptg tu, Reservation kata takde nama lagipun dah full dan diaorg dah close booking dari awal bln lagi! Hangin laa jgk....Nasib belum charge credit card.
Try call satu lagi resort, ada Sales Office di KL so senang sikit nak sembang....Dapat la Strawberry Park Resort, studio room! Studio u tapi mcm bilik Deluxe...Selesa bangat!! Bilik mandi mcm boleh buat 1 lagi bilik..........Ahahha. Kalau bwk toto, leh masuk 5 beranak dlm bilik studio ni!! Sorry lah, tade amik gmbr bilik sbb time sampai hjn lebat terus berguling atas katil :p

Huhooo.....Tempat tinggi is not my preference laah for percutian. Sbb apa? Sbb
jlnnya yg berpusing2 tu buat pening kepala, mabuk dan penat sementara nak sampai....Kalaulah boleh sampai dgn pesawat ringan ke, dgn Firefly ke dah lama dah amik :p Sejuk? Mula2 sampai sejuk mcm aircond baru bukak je....Pastu dah hjn lebat ptg tu, ya Allah amik kaau! Takleh nak tido...Menggigil. Tapi masalahnya 'aircond semulajadi' ni takleh di"off! Tadak heater lak tu...Ada air panas je,takkan nak tido dlm air ? :p

Ptg tu hujan surut sekejap, kami ke pasar malam dia ..Menghala ke Brinchang, about 10 minutes from our resort tp sbbkan jem byk kereta, so jadi 30 minit baru leh turun and dpt parking!!! Byknya bas pesiaran dan kereta pesendirian, dah mcm jln di Jln TAR dan Chow Kit lak...Jem!!!
Kesian Aliah, kami tak bwk stoking ke topi ke sbb selalunya dia nih jenis tahan sejuk (mamalia darah panas la katakan) tp kali ni punya sejuk, kesian sungguh...So belilah set tmbhn stokin dan topi. Cute laa dia mcm baby ;) Ehh!

Terpaksa mendukung dia mengharungi hujan2 tu ke pasar malam......Nak biar dia berjalan sendiri mmg kurang sesuai. Kang dipijaknya org dah la semua org bwk payung-kalut2 tgh hujan! Pasar mlm dia tak byk jual makanan..........Ada pun,
tak variasi. Byk gerai jual yg sama ie. jagung, yong tau fu, nasi lemak, apam balik. Pastu melintas blkg sikit, pegi beli sayur2! Wala weh.... Murahnya !! Kalau larat, mng nak beli berkotak2......Mana tak murahnya;
1) Kobis Cina (ye ke...ala, kobis yg pjg tu) 3 ketul besar RM10.00 je !
2) Jagung mentah 8-10 ketul RM10.00.........
3) Carrot, kobis, tomato kecil, baby corn, cabai, kcg buncis dan seangkatan dgnnya, bleh campur2 7 bungkus RM10.00 jugak! Bygkan kalau di KL, carrot 1 pinggan ada 3 ketul pun dah RM2.00.........
Kami pegi sampai 2 round walaupun dlm hujan :p Pegi sekali, dah berat (campur dukung Aliah) patah balik letak dulu brg kat kereta then pegi lg sekali ! Hahahha....Brg basah je habis RM30 bleh dpt stok sayur 2 minggu. Pastu balik, singgah 1 kedai ni...Beli tshirt lak walaupun itu bkn target awal. Tshirt glow in the dark, murah2 and design cantik, RM15 je sepasang! Takkan x amik......Apa pun, shopping di sini aku rasa heavenlaah! Ehhee...Rm150 aku dpt 5 tshirts, sayuran 2 minggunya stok dan brg2 soft toy lain yg replicate Cameron.
Huuu...Balik dah kul 8, tak mandi :p sbb Sejuk...Makan2, terus menggulungkan diri dlm selimut.
Ahhaa.....................2nd day, nantilaah ye sambung lagi !!