Thursday, November 7, 2013

Aku Yang Berdosa

Aku Yang Berdosa (Shahir)

Sejauh mana
Langkah ku di sana
Aku melupakan Mu

Seluas mana
Kau beri padaku
Masih ku angkuh pada-Mu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepada-Mu
Atas dosaku

Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepada-Mu
Atas dosaku

Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu



Sedap sangat melodi lagu ni...Start tangkap leleh dgn lagu ni lps tgk drama Hanya Padamu (TV3) khabir bhatia yg Beto berlakon tu...

Monday, November 4, 2013

Langkawi....Like I Always Love

Ramai org kata/ anggap Langkawi takde apa...

Wah....Bagi aku dalam tade apa2, Langkawi among the top 3 islands dlm Malaysia yg aku suka (aiceh.. macam la dah pernah pegi pulau Maldives ka apa kaa). Langkawi no 1 kot selain Redang dan Penang.

Sebab2 aku suka gi Langkawi...

1.  Suasananya
Ntah tatau napa wpun bukan hometown sendiri tapi tataplah suka wpun mcm setiap inci tanah (menipu laa ayat nyaa) aku dah boleh baca ....Maybe suasana kg yg 'tidak' tercemar tu (tercemar laa jugak tgk mat salleh/ mat arab dan local beach boys)...Satu lagi, sebab aku suka shopping kot. So Langkawi dan Terengganu memang aku suka laa..Ada brg pompuan2.


Mengenal asal usul nasi









Nak kata makanannya murah, ada tmpt jugak laa...Macam hari tu kami try Jom Ikan Bakar !  Spt yg direkomen oleh blog2  dan JJCM...Memang terbaek laah! Puas hati.....Affordable dan fresh. 2kali kami lunch sini! Sayangnya mlm tak bukak...Air pree, bleh refill byk kali. Lauk campur lain pun banyaaaaakkk.... Yg satu lagi kira okay yg kami try ialah EE Trimula Cafe kat Kuah, Ni pun ssh cari gak, sbb kedai dia bederet2 dgn foodcourt lain-selindung tapi variety western food dia best dan sgt affordable..



Memang berderet laa parking
sepanjang jalan ke arah kedai ni....
Kasi peta sikit...Sebab memang tak nampak
kalau tak lalu byk2 kali jalan sini

Agak2  nampak dak? Ahhahaa...Dia berhampiran jalan nak ke
Hotel Bella Vista, terselit dengan rstoran ikan bakar yg berhadapan deret kedai

2.  Pinggan mangkuknya


Dah ada kompleks sendiri dah..
Jalan ke arah Idaman Suri, bleh jgk
jln kaki dari tmpt lamanya.....

Mau tak gile kalau tgk...


Dah jadi makcik2 laa kan....Wpun aku bukan pengumpul tegar pinggan mangkuk, tade shelf khas pun utk display2, tapi wajibla beli jugak satu set Correlle / Luminarc/ Corningware/ Visions kan buat tanda mata ;) Bila dah bawa balik tu, rasa satu kepuasan pastu tak sabar2 nak rasmi - tunggu jugakla sapa tetamu bertuah! Ehhehe.....

Lebih kurang set ni laa aku
rembat kali ni


Next kalau ada trip,
nak rembat mangkuk2  plak
3.  Ceklatnya
Sama jugak...Walapun bukan laa hantu ceklat, tp bila gi sini rasa mcm kayo. Semua coklat nak beli dan beli bukan sikit2...Sampai 2-3 ratus! Kalau kat KL, ado ko nak beli byk2? Fikir byk2 ada la...Ehhehe....

Kali ni aku beli ferrero, daim, hersheys, cadbury...Yg lain2 tu tmbhn tade brand - standby utk bagi jiran2 atau bwk opis. Sebulan jugak baru habis! Memang puas ati laa....

Beli la mcam org kayo..
Kayap pun takpa kalau balik, janji puas hati!



4.   Hotelnya

Kolam yg basic-must-have kalau bercuti dgn
anak2....Tak lengkap kalau tade pool bg diaorg!


Of course la byk pilihan dari serendah2   tiga bintang sampai laa kesaploh bintang ada (paling tinggi aku mampu pun 5 bintang ja....). Kali ni kami dok di The Villa, ke dalam sikit la sebaris dgn Aseana- hotel baru , modern deco.

Aku book thru Agoda, amik Family Room
(2 queen bed)

Ni siang je nak ber3 cenggini..Mlm2, nak gak berhimpit
dgn maknya..So berkorban le lagi bapaknya :p



Friday, September 6, 2013

Padan Muka

Padan muka kat diri sendiri...Sendiri yg cari masalah.

1) Masalah 1 - Tak buat EBM banyak2
Sebab malas pastu dok ingat tahun ni gomen tade duit so insyallah aku tak kena hantar kursus2 mana di luar KL.

2) Masalah 2- Hard to say No
Sebab tajuknya berkaitan kerja, mcm senang je cakap Yes kat bos..I can go, replacing your place! "ngokss"

Thursday, August 15, 2013

Girls' Day Out

Sebelum raya tu sempat le aku bawak budak ber2 gi cuci and trim rambut...

It was 3rd time for the kakak and 1st time for si adik...




Fringe raya utk adik...
Ehehhee

Lice Attack!

Kenapa rambut si kakak tak pernah panjang?
Sakit hati jugak...Kesian pun ada kat dia.

Sejak masuk tadika, boleh kata every 3 months kena potong rambut sbb kutu! So selama 2 tahun ni dah 5x kami trim rambut dia...Sampai husband kata,"Apakata kita tuang minyak tanah dan botakkan kepala dia ?"

Sekarang ni kena pakai syampu dan syampu 2hari sekali...Nasib syampu dia wangi, siap dapat sikat mcm gambar di bawah. Sikat ni bagus tak mcm sikat kayu tu! Sikat ni besi dan dia dapat kais sampai nits sekali!


Si adik yg rambut jarang & nipis pun kena....Tapi tak sebanyak si kakak la. Tu pun nak bagi dia syampu punya susah (penakut sikit)...Nasib siri Oggy yg baru sekali tu ada episod Oggy & Jack kena lice attack. Dia pun mahu la disikat rambutnya ! Hmhh....

Pelik, pdhal di tadika semua bertudung...Taktau la bila masa diaorg ni buka tudung?



Bila Ber Anak 3

Dulu bila tanya kwn2 yg ada anak 3 bila nak tambah, ramai yg jawab tak kot (taknak tambah dah) atau tak lagi....Aku agak pelik gakla kalau nak kata penat, double mmg trouble so takkan triple betul2 miserable? 

Selepas ber anak 3, baru aku rasa sikit wpun sebenarnya baru lagi nak conclude....

Itu pun gap 2 thn 1/2  dan 2 thn 11...Cuba kalau dekat2.

Yg aku rasa laa :-

1) Masa makin kurang utk kerja rumah 
Sebab banyak masa nak layan baby and yg no 2.  No 1 pun kena jgak tgk seskali nanti merajuk dan dia rasa kurang disayangi pulak :p

2) Kerajinan makin kurang utk berkreatif
Sebab dah nak tgk sorang per sorang, memang tak dapat la...Kalau sempat utk layan utk yg no 2 tu pun kira besar rahmat dah..Sian budak2..

3) Temperature lagi cepat naik 
Sebab kadang2 nak harap org bantu dan yg nak diharap pun baru umur 6 thn...Bantu apa, kdg2 kalau bantu senyap atau bantu tlg tgkkan adik2 pun dah cukup dah tapi biasala budak umur 6 thn, kdg dia pun ada time dia sendiri takmo laa nak ssh2  tgk adik.



4) Katil tak muat dah
Sebab maks muat 3 ja, so yg 2 lagi terpaksa extend single bed pulak kat bwh...Hehhee...(si kakak tak berjaya lagi kekal tidur sendiri di biliknya)



5) Sangat2 perlukan maid/ extra hands
Sebab baju jadi banyak nak basuh, nak lipat....Nak masak..Nak kemas rumah, toys dll...Kadang2 terpaksa opt hantar baju ke dobi...Tetiba jadi sgt stress tgk baju berlonggok berbakul2  masuk minggu ke minggu baru boleh lipat ! 




Husband pulak dia rasa kaya sbb ramai anak dara....Ehhehe.....Takut jugak ni nak membesar anak2 dara. Bak org kata jaga sekandang lembu lagi mudah dari jaga seorang anak dara...

Tuesday, August 13, 2013

Cerita Pengasuh

Baby kali ni yg namanya Ariana Humairah, berpengalaman dijaga org lain yg bukan darah daging...
Utk anak kali ini, mertua aku memang dah surrender sementelah dia pun tak berapa sihat baru kena hypertenison (dek kerenah anak2 aku kah ? :p)  

So aku memang cari pengasuh area taman jerla masa bulan ke3 berpantang tu....Dapat la sorang yg belakang rumah, selang 3 rumah dari rumah aku tapi row belakang (kira kami boleh nampak laa dapurnya dari rmh kami).

Dengarnya dia jaga 3 org dah ...Yg dah besar, so baby anak aku jerla.

Walaupun jiran, kami tak pernah jumpa...Suara dia jaa aku pernah dengar weekend2  bila aku jemur baju di belakang. Jenis 'bersuara' jugak laa sbb anak2 dah besar kot.

First impression, memang rumah dia walaa...Cantik mcm rumah contoh. Baru siap renovate la katakan! Convincing pulak sbb nampak dia jenis pembersih dan nampak agresigf (= cekap?), Dia pulak pernah buka nursery, so dia dah tahu handle EBM  dan baby yg mudah muntah ni ...Cumanyan dia request baby cot.

Baby cot, which is kami tak pernah beli...Tapi beli jugakla sbb dah kalau itu keperluannya. Cuba berfikiran positif maybe dia takmau budak lain kacau dan juga dia nak mengelakkan kes tersangkut buai dsb.

Minggu pertama kedua berjalan lancar...Walapun kami terpaksa balik berkejar2 kerana dah berjanji cuba balik sebelum kul 7.00 (memamng kami selalu sampai paling lewat 6.25pm je). Husband sampai request dgn boss dia balik 4.30 pagi dia masuk awal sikit, 8.30 semata2 nak jemput Ariana awal!

Masuk minggu ketiga, dia kata susu tak cukup...Nak buat camna. Nak elak dia bagi air kosong (hari pertama dia dah 'pandai' bagi tghari2 pdhal susu ada lagi-sbb takut susu tak cukup sampai ptg), balik la awal satu hari Jumaat tu! Nasib Jumaat tu ptg memang tak ada apa2 meeting.

Masuk minggu keempat, hari isnin balik aku tengok Ariana tido...Dia kata baby mengamuk hari ini. Duduk takmau, mengamuk menjerit2 dia taktau nak pujuk. Apa pun dia tak boleh buat ! Aku ni nasib laa jenis tak cepat melenting (dah org jaga anak kita....), aku dengar jerla dia mengomel2. Dia kata dulu dia pernah jgk jaga baby, tapi bila dah cukup susu dan tidur, letak bwh ok je. Ni dia nak masuk dapur, nak kencing pun terkejar2! So dia kata takat bulan ini jerla dia nak jaga.....

Aku terima keputusan dia, takmau nak paksa.....Tapi semalaman kami suami isteri ni sedih dan ssh hati fikir nak hantar mana pulak. Sampaikan nak hantar esoknya pun aku dah rasa tade hati sbb terfikir2 teruk sgt ke anak aku sampai dia cakap camtu? Bukan selalu pun...Sebelum ni kan ok? Hari ini je kot....

Ada seminggu lagi ke hujung bulan, kami pun tanya yg kakak lain di taman jauh sikit...Alhamdulillah dapat. 

Minggu akhir hantar tu, bukak pagar dia dah cakap sorry banyak kali...Aku ingat dia dah nak mintak stop awal 2hari sebab pagi tu aku dah bayar upah bulan tu, rupanya ada eksiden.

Ntah camna jari Ariana boleh terkena kat lubang sink...Luka ibu jari anak aku !! Dia kata dia cebokkan baby di sink taktau mcamana kena bila angkat2 tgk berdarah2...Sian sgt ibu jari kecik tu luka. Nasib laa tak betul2 tersangkut dlm lubang.


Ya Allah, apa laa nasib...Sekali lagi, aku tak marah2 dia. Maybe sebab fikir dah nak habis pun dan dia pun bukan sengaja (tapi cuai..............) dan jiran pulak, aku buat muka kering ja la. Husband kata sikit je, takyah exaggerate tapi hati mak kan? Aku beranak susah2 tak luka apa, ko senang2 je bagi luka anak aku....Haish!

Moga Ariana lebih terbela dan disayangi dengan pengasuh barunya nanti....Ya Allah, lindungilah anak2 kami.

Ni Aku Tak Suka Ni

Dah naturenya keja begitu tapi jangan laa bikin aku menyampah....

Korang tahu kan kekdah org yg promote barang on phone atau agen insurans?

Aku amik life insurance start last year utk budak2 sekali (edu.plan) sebab nak segregate hasil pendapatan ke bakul lain (ewah...banyakknya hasil pendapatannnnn :p) . Yaa, maybe lewat...Sebelum ni simpan ASB. Dan aku ada sikit skeptikal pasal insurance ni sbb tu tak mula dari awal.

Aku amik utk aku dan anak2 je dah berapa akaun....3 kan?! Dah byk kali aku cakap husband aku dah ada dan dia takmo lg tambah, tapi agen ini takmo paham dan mula menceritakan pglmn2 org tak amik insurance. Ni aku tak suka ni...

Cukup2 aku dah bagi 3, kang aku tarik balik semua...Dah tu datang jumpa2 wpun aku tak jemput. Yerla, rapport tapi aku tak suka kalau ada udang sebalik mi ! Datang dan kemudian melobi suh aku amik utk husband sekali....

Dulu aku berminat, aku sendiri cari ...So please laa...Respect sikit bila org kata belum berminat. Sok2 kalau betul nak tambah, tahu laa husband aku cari ko !! Reti ????

The Labour Story

Dah check dlm dictionary, so kalau salah jadilaah The Pekerja Story...

What i actually meant is my sakit nak beranakkan yg no4 ni...

Aku sepatutnya due 2/4....Ehh, ingat 7/4 (rupanya salah baca tulisan doktor tu..nape laa doktor tak reti tulis cantik pdhal dulu2 mana ada sistem HIS?). Nasib bukan 1/4!

By week 38, aku check dah ada bukaan 2cm tapi aku memang tak sakit apa2...Contraction pun tak ada. Baby dah in ready position (downward)  tp belum crowning (turun) so i guess oklaah nak berjalan jauh lagi sbb akhir minggu ke38 tu aku nak balik Kedah.

Nak balik sangat2, sbb nak tgk kenduri anak menakan sulung ke'sayangan' a.k.a my BFF....In fact, dah ready beg beranak dan kelengkapan berpantang2 kot tersakit di kedah nanti. 

Alhamdulillah aku masih sihat semasa hari kenduri dan selesai kenduri, esoknya kami terus bergerak balik KL...Aku dah memang plan nak go for MC before the next checkup tu.

The 39th week checkup tu, bukaan baru 3cm...Doc tanya whether aku nak tunggu lagi atau nak bersalin secara terancang? Wahh ayat....Secara terancang = induce? Tapi bukan induce jugakla sbb dah ada jln cuma dia kata nak break the waterbag. Aku kata i cant decide now, but if that the case can i request for my dream date --> 310313 (next Sunday)? Dia kata takut dia tak bleh assist sbb Sunday dia ada kursus haji...

Since dah MC and sbb dah janji dgn anak2, nak bwk jln sebelum cuti 'panjang' aku ..Kami gi Petrosains. Terkengkang2 aku ni sakit celah tu tercucuk2 rasa tapi gagah lagi sbb kononnya nak cepatkan bukaan kot mlm dah bleh bersalin sendiri.

P mlm tu check, tak bukak jugak....So fikir punya fikir , ikut jerla cakap doktor..Esoknya kami pegi, admit dan tunggu dia datang pecahkan waterbag.

I was admitted at 11.30 am...Punya boring tunggu dia datang, siap terlena2 dulu, Depa dah bg ubat berak dan drip air. Tak sakit apa2 jugak sampai Sister tu kata "Puan ni jenis tahan sakit kot?"....1.30 my gynae datang dia kata since tak sakit jugak, i proceed with the plan. So dia pecahkan waterbag.

Sampai kul 4.00 pm, masih sakit tu datang light2...Dalam 10minit sekali dan setiap kali datang, aku tarik-hembus nafas sambil selawat dan mengiring, alhamdulillah sakit tu bearable. Check2, bukaan baru 6cm and Sister offer Petidine. Amik jerla!

Dalam kul 5.50 camtu baru rasa sakit tu datang 5 minit sekali...Time ni baru la rasa dah macam nak terberak tapi terpaksa ditahan2 jugak sbb belum 10cm dilate. Dalam 6.30pm, VE balik dah 8cm doctor pun masuk tunggu depan aku dan ready semua...Siap bagi cara camna nak tahan nafas dan push, rasa best pulak sbb mcm baru belajar (cara yg betul) dan bila patut push!

Sbb dah banyak energy habis awal2 dgn tido dan FB (?), so time nak push mmg tak sekuat tenaga la...Rabak laa sikit...Alhamdulillah, my princess selamat keluar at 6.48pm! The 4th princess in actual   :D Husband plak dapat peluang potong sendiri tali pusat kali ni...

I was admitted to the ward for a nite...Buasir aku teruk kali ni...Huhuuuu...Baby 2.60kg..rambut lebat dari kakak2nya ! Sebab tu gaknya selalu rasa menyucuk2 di bawah.....




Hai hai hai

Assalamualaikum!

Selamat hari raya....huissh,memang lama laah jugak kan tak berblog ni. Bayangkan last post adalah pada early March sebelum bersalin and the latest edition pun dah 4 months plus skrg ?






Alhamdulillah....Semuanya baik-baik saja.

Baru balik kerja selepas bercuti raya dan biasalah bila belum betul2 (dah datang kerja, lagi nak tunggu betul?) kerja, mood dan produktiviti pun masih rendah....So mari buat benda lain  utk menjana mood (kononnya).

Aku beraya di kampung mertua kali ni, di Batu Pahat...So boleh agak laa kan kenapa aku amik cuti sikit saja :p Kuiikuiikuiii....Cukup le 1hari sebelum raya dan 1hari slps raya ke4 (tu pun cuti selepas raya tu dah ada di KL pun..ahahahaaa).


Utk membanyakkan post...Nanti aku sambung dlm entry lain ye ;)

Friday, March 15, 2013

Terjebak

Sejak 2 menjak ni terjebak pulak dgn anasir2 kupon online...


Mula2 sebab nak beli pemanggang ajaib..

Then merebak pulak kepada getaways !!


Ahhahaa.......


Transaksi kad kredit pun aktif semula....Adehh laa.......

Tuesday, February 26, 2013

Fish fishy fishing

1) Outing to Aquaria - Jan 2013

Taktau dah mana tempat nak bwk...So cuti Thaipusam bwk depa pi sini. Nasib mlm nak pi tu trgat nak book online. Gigih2 dok tekan2 hp tgh gelap book!

Memang target nak sampai awal sebelum 1st feeding session 10.30....Alhamdulilllah, managed sampai kat KLCC kul 9.50.Jln lagi 20minit ke sana sbb parking terdekat tu dah tutup! So kena parking kat belah Suria jugak...Letih, letih.




Gigih tunggu counter bukak....



Tapak sulaiman tu tipu je sebenarnya...




Muka adik yg tade perasaan,,,
Dah bosan la tu  



Last feeding session -12.00 noon



Kerumun nak makan....




Pari terbesar = Kudshia nama dia...



Bye !



2) Babymoon @ Bagan Lalang  - Feb 2013

Ikut trip office husband.....Tade laa mampunya nak dok Gold Coast (nama sebenar resort tu adalah Palm Tree Villa Resort), dok kat 'jiran' dia je -Bagan Villa Resort, Okla utk 1 mlm, ada tmpt nak baring, nak berhadas! Selebihnya gi pantai dan tmpt BBQ....

Perjalanan 'sgt' sekejap.....1 jam 1/2 je dari Rawang. Uhhh, mmg sesuai utk org berpewot besar dan sakit kengkang ni!! Budak2 sgt teruja wpun dah ckp gi hotel kg je , no pool2....Alhamdulillah, selesa jugak tmptnya dan yg penting, strategic.



Plam Tree - the background








Adik yg meqap...



Best je kakak, tak takut dah ombak...
Ombak rindu katanya..



Geli tak?




Ni lagi geli...



Euuw....



Biaq dia main sorang2...Peqhak buih
punya budak !!



Akhirnya, mood pun datang...




Ibu pun join, mana bleh tahan...Hhehehe...