Showing posts with label BREASTFEEDING. Show all posts
Showing posts with label BREASTFEEDING. Show all posts

Monday, October 26, 2015

Course Trip Day 1

(POST YG TERPERAM DARI 2012)

Actually bukanlaah nak berkursus di KK, tapi kena turun di KK sebab kursusnya di keningau.. Tak dapat bayang rupa camna KKIA pun, almaklumlah first time nak sampai.

Kami semua pegi berpasangan...Kiranya 1 agensi hantar 2 org. Separuh pegi dari LCCT, dari Penang dan selebihnya dari KLIA serta Lahad Datu.

Bertolak agak awal, dari KLIA 9.20 sebab nak bagi sampai KK sebelum tghari...Kena bertolak ke Keningau sebelum 3 ptg org sana kata, dgn dakwaan di sana nanti berkabus bila lalu jlnnya yg berbukit itu.

Anak2 kutinggalkan dgn papanya...Sian jgk si Amani, mula2 mcm buat tak paham pastu nangis bila aku bye-bye ! Huhuu....5hari lagi ibu balik le sayang ;) Pumping gadgets pun semua cukup laah utk 5 hari...

Dlm MH 2612, aku dpt seat last sekali dan diapit laak di tgh2 dua lelaki...Aduss,mmg menyesakkanlah! Boring jgk flight lama2....Sampai di KKIA, wpun nama internasional tapi biasa je airportnya tak banyak kedai pun.

Dari KKIA, kami dijemput teksi yg telah ditempah ke pekan Keningau...Perjalanan mengambil masa selama hampir 2 jam 1/2 . Ingat mcm ok le, 2 jam ape hal kan?!! Tak sapa bgtahu yg jauhnya itu sangat memenatkan kerana




Tuesday, March 4, 2014

Saigon Here We Come!

Tak sangka menjadi jugak ikut trip geng IT JKNS ke Veitnam...Puas aku cari geng dulu thn lps nak ajak gi bulan Mei atau Jun sbb nak borong baju raya. Sekali geng IT JKNS dah book awal nak gi bulan Feb. Dah tade geng, aku join jerla bila dapat green light husband!

Kami gi hari Sabtu, 22 Feb.....Flight kul 12.00. Dah mtk husband tlg web check in sbb takut sampai terlewat dah ptg sebelum tu aku baru balik Bengkel SKT di Lumut memang tak semapt nak buat sendiri. Dah nak jadi hal, 3hari sebelum tu tiba2 ada Bengkel lak buat di Lumut which is semua Ketua Bhg kena gi..No excuse. Wpun kesian nak kena terus menerus tinggal ariana, ku gagahkan juga.

Notis utk staright 'outstation' ni aku tahu 3 minggu sebelum...So agak sempat laa aku prepare EBM. Siap beli Shaklees Alfafa dan ESP lagi nak boost production bagi capai target nak simpan 10-20 botol utk 5 mlm! Sesak nafas mula2 kira...Tapi rupanya tak susah. Aku simpan tuk 2 mlm pertama je, iaitu utk di Lumut. manakala utk gi Vietnam tu nanti aku gunakan jer stok yg aku perah masa di Lumut! Tak susah sebenarnya nak prepare EBM kalau tahu caranya dan pandai2 plan ;)

Aku sampai agak awal di LCCT 9.30...Kena kiosk check in sbb rupanya husband salah pilih date check in, dia gi check in yg utk balik :p Huhh....Sampai kul 9.00...Boarding, 11.20. So aku ada byk masa laa utk check in drop bag dll. Agak terkial2 jugak laa bila travel seorang, bag disorong sorang2 ! :( Terpinga2 depan kiosk bila tak reti scan pasport...Heehee...Nasib ada cewek Indon yg tlg.



Dah target nak shopping, so bwk
siap2 beg yg besar...


2 beg aje dah 11.1 kg. Ada baju dlm
3 psg dan air mineral 4 botol je. Nanti tgk
time balik berapa muatannya ye ;)
(aku amik utk balik extra 5kg --> 25 kg)


Yg lawaknya, lps check in aku dgn confidently beratur kat line drop bag...Sekali pakcik depan aku tanya nak gi mana, bila aku sebut nak gi Vietnam dia kata "Eh, salah ni...Ni nak gi Nepal !  ". Dussh...Patut la aku tgk semua yg beratur line ni hitam2...Mamat2 bangla rupanya. Adehh....Hahhaaa...So berpatah balik le ke area Domestik.

Ntah hapa2 LCCT ni...Berterabur. Tulis Penerbangan Anatarabangsa belah kiri, aku gi laa situ sekali rupanya kalau negara Asia Tenggara, beratur sama je kat area Domestik. Hahaa...! Nasib lagi, kalau tak dah selamat beg aku gi Nepal....

Lepas drop bag, tunggu membe2 kat Noodles..Sarap laa dulu !

Perjalanan ke Saigon 2 jam jugak rupanya....Tengok departure dan arrival time memang pelik! Tunggu ye kenapa pelik.....

Monday, October 22, 2012

Tak Pernah2...


Ni jenis lama.....


Ehehhe....Dari sekolah sampai dah beranak, tak pernah2 beli termos. Kalau ada pun, dapat free gift atau hadiah drp good friend.


Ni yg jenis selalu dapat-door gift etc.



Cantik kan color2 camni??


Yerla...Semua anak bfeed, so mmg tak pernah simpan air panas kecuali yg dlm water dispenser je. Tapi sejak si Amani ni kuat minum, terpaksa jgk beli sbb malas nak kena naik turun atas bwh bila dia nak minum tgh2 mlm! Jangan taktau, wpun dah umur 2 thn 2 bln dia still mtk susu tgh2 mlm...In fact, 2x!





Aku beli yg camni...




Tak jumpa pulak yg mcm ni..
Cute je mcm
"On your mark, 
GET SET...GO !!!" :p

  




Wednesday, September 5, 2012

How To Stay Close to Your Toddler After Weaning



Haa..Tajuk panjang kemain...

Amani will turn 2 on 22th..Sebenarnya dia mmg dah mix susu sejak 15 months - refuse to take EBM...So during past months, dia mmg akan bergayut dgn aku bila aku ada di rumah dan time tidoq. Sepanjang tu jgk mmg susu ada laa wpun 1 oz je sekali hisap...

Sejak puasa dan perubahan hormon ni, aku sendiri rasa mmg dah kering kontang tapi she keeps on it jgk bila nak tidoq siang mahupun mlm...Memang ingat dia akan stop sendiri la mcm Aliah dulu due to hormon change tapi nampaknya, itu tak berlaku. Malah, makin kuat pulak dia bergayut mcm rasa takmo share kot?!!

Nak taknak last week,sebab badan pun kurang fit aku cuba laa menceraikan dia....Sayu laa sgt hati ini bila dia memngongoi mlm2. Mlm ke2 terus hubby amik tido dgn dia!! Sampai la hari ni, dah 5 mlm dia tido dgn hubby..

Aku rindu laa moment2 peluk dia, peluh masam kepala dia, telinga capang dia....Huhuuu....Siang2 pun dia dah tak mintak,sbb hubby kata susu habih-ibu sakit! Huhuuu...Dlm kereta pun sama, dia tak lagi menyelak2...

Semalam sbb rindu sgt, balik2 keja terus jgk aku bwk dia ke bilik dan bagi dia hisap.....Hehehhee. Pastu pe lagi, dia dok ulang2 le. Tapi mlm hubby tak bagi la, dia kata bdk dah nak mula adapt jgn bagi dia confuse!!

Sedihnya...Ntah laa, rasa mcm hilang pulak sorang anak. Kalau yg perasan, aku mmg tak manjakan sgt si Amani ni sbb dari pantang lg hubby yg banyak jaga & layan dia! So bonding aku dgn dia selama ni pun krn susu badan lah...Tapi skrg ni???

Tak sama kalau peluk2 usik2 cium2 sesekali dgn moment mnyusukan dia.....I miss those days !!


Tuesday, March 27, 2012

H.E.D.N.O Part III

Kursus berlalu dari day 2 ke day 3 ..Masuk day 3, susu mula malas nak kuar. 10 minit boleh tak dia kuar titik2 je?

Then saja tanya kabar budak2 kat hubby...Susu dah habis berapa botol etc. Hubby kata starting smlm, Amani dah refuse minum EBM. O..o..o...No wonder la kot 'sini' tade supply sbb 'kat sana' tak demand ! :( Sgt sedih hokey....

So day 3 tu ptg pam 1 x je...Mlm tak pam dah, tido je sampai Subuh. Day 4, pam dapat 1 oz dlm 30 minit !! Whoaa...Penat tu.

Day 4...Penyakit 'M' pun mula nak tumpang sekaki! So there goes Day 4...Langsung tak pam !! Hahahaa...Hilang kesedihan di perenggan 2 tadi :p (drama je lebey...)

Masuk Day 5, nak balik.....Siapkan le coleman. Coleman je besar ok?!! Isinya....Hehhee. Hasil dapatan 5hari tu adalah 6 plastik x 2.0 oz dan 2 botol x 1.5 oz . Total EBM adalah 15oz! Aku masukkan semua plastik EBM beku tu ditindih2 dgn 3 keping icepack...Sealed the coleman dgn 2x plaster. Another 2 bottles, since tak bekukan aku hand carry je.

Actually 2-2 pun hand carry.....Sangat syok okey time balik! Bukan syok apa (selain syok shopping), sbb rasa syok dpt travelkan EBM tu....Hand luggage you, siap tanya MAS time nak drop bag tu to confirm betul ke EBM boleh hand luggage je.

Bertolak dari hospital kul 8.15, flight to KLIA 1.45 pm....Dah 5 jam. Touch down KLIA, 4.10pm then reached home 6.30 pm! Perkara pertama nak buat selain punggah souvenir adalah memindahkan semua EBM ke fridge....

TU DIAA !! Habis usaha mak .....12 oz gone! Semua dlm plastik tu dah cair. Ice pack yg 3 tu, 1 je beku yg 2 lagi dah lembek. Oh my, tell me where i went wrong ??? :(

Actually that week was the end of my pumping journey....Started that week, I no more pump at office sebab Amani dah refuse EBM. Whoaa...(tarik nafas pajang2, dlm2....)


Sunday, March 11, 2012

H.E.D.N.O Part III

Sangat mudah sejak Freestyle ni..Portable,kecik & no need plug in! Dlm kelas pun bleh buat keja... Cuma,bunyinya kuat skit dari Spectra! Mcm bunyi moto bot gitu...Bateri pun save! Selalunya kalu full 3bar tu aku leh bertahan 2mggu dgn kekerapan mengepam 3x sehari srlama 20minit...

Selama 2hari,rutin pam aku adalah pam ke botol then br transfer ke plastic... Sbb kalau nk botol jgk,space freezer mmg x cukup & aku x mampu nk bok blk 10-12 botol (sbb hari tu x jumpa coleman yg 'sesuai')!!

Subuh Day 3 pelik skit..Aku mmg terjaga awal dari azan then aku terdengar tup tap tup tap lampu bilik air dibuka tutup!! Ada la lebih 4x...Aku dok senyap jerla buat taktahu!

Pagi tu aku tgh mandi,dlm kul 6.50...Sedap2 dok syampu,TUP terpadam semua!! Panik la aku, kuar berkemban mtk roomate call reception... Tapi fikir sure lmbt,terus la mandi cepat2 dgn pintu terbukak!

Time bfast baru aku crita kat roomate yg suboh tu pun actually dh byk x lampu tu ngusik ......


- Posted using BlogPress from my iPhone

H.E.D.N.O Part II

Well, dah selamat check in ke bilik yg Executip itu...Tengok le mini fridge yg comel! Erkk...Bhg atas dia tu mcm muat tupperware nipis je ? Hmhh..Botol nak berdiri mmg tak lps. Memang aku pun x bwk botol,bwk plastik je. So awal2 terus masukkan icepack utk persediaan ke tmpt kursus esok..

Terus pam sbb time tu dah kira 6 jam slps last aku directfeed Amani...Tak byk pun,dpt la dlm 3 oz tapi takpalaa. Mmg byk tu je lately ! Mlm tu lps magrib dlm kul 6.30..Kami berjalan ke arah mall berdekatan....Nak tgk apa yg ada dan cari dinner. Ahai, menyedihkan laa sbb biasalah namanya pekan. Mall pun byk kedai baju Cina fesyen KPoP korea semula !! Brand outlet yg familiar pun Watson je...Kemudian,tanya2 prg situ mereka kata ada pasar dekat hjg sana. Gagahkan le diri beramai2 jln ke sana !! Pasar tu pasar malam laa kan...Org sana panggil tamu.

Tamu dia....Ehhe. Mula2 sayuran dan buahan laa, pastu baru jumpa mkn2 !! Erk....Mkn yg familiar mula2 adalah murtabak tapi saiznya empatsegi tepat tak mcm sini, 4 segi sama. Pastu digoreng berendam minyak! Hmhh...Try le beli, Rm1.50 je! Tapi rupanya nipis.....Pastu selang 2 gerai,akan jumpa balik gerai yg jual mkn yg sama. Contohnya kalau gerai pertama jual murtabak, gerai kedua jual lauk pauk dan mi, gerai ke3 jual kuih apam dan air...Nanti gerai ke4 akan jumpa balik murtabak dan ulang2 la semula sampai hjg!! Ya Allah...Banyak, tapi tak nampak menyelerakan.

Telan air liur sbb dah sampai hjg, taktahu jugak nak beli apa.....Sampai hjg, tgk ada jual2 ikan bakar, ayam bakar. Oklaa kaan! Sedap kot dah 'fresh' panas2 tgh bakar....Murah laa kan, seekor ikan besar RM6 je. Kalau KL, mesti dah RM 10-12. Pastu dia ada dijual dgn satu bungkus mcm lepat pisang tp isinya nasi..Dipanggil buras.

Nak try suasana sana konon plus dah lapar,kami makan kat situ....Org sana semua pelik je. Ikan bakar tu sedap tapi sayangnya, tade pencicah. ABC dia pun ok je, cuma cendol dia tu le besar2 dan mcm menggelikan sikit :p

Selesai Day 1......Esok bermulalah kursus. Sepanjang day 1 aku berjaya mengepam 3x = 8 oz.

Friday, March 9, 2012

Hujan Emas Di Negeri Orang (H.E.D.N,O)

Betul la tu...

Aku kena kursus di Keningau minggu lps seminggu...Sabah pun tak pernah sampai,ini pulak pekan yg jauh dari KK.

Perjalanan 2jam setengah dari KK..Tak siapa menggambarkan pd kami yg jlnnya spt ke Cameron! Masing2 menahan mabuk sepanjang perjalanan :(






Sampai di sana,bila tanya bilik yg ditempah apa beza Superior dgn Deluxe (selain beza harga rm60), katanya bilik Superior tade fridge...Dushh! There u go.. Dah terbayang camna nk simpan stok. Pelik sungguh hotel ni!! Pes taim aku spai hotel yg biliknya tade fridge...Bukan ke fridge tu kemudahan wajib?

Opt la nk bilik Deluxe tp malangnya full hingga another 3days...Otak terus mengambangkan selnya dgn pantas (mcm iklan Anmum tu), nak tanak kena tompang freezer kitchen hotel!! Weii...Dahla hotel Ah Huat,takmo aku nk byg apa isi lain dlm freezer depa.

Tapi nk taknsk itu ja option yg nmpk... Nasib ada sorang peserta tu sama geng,otak dia bergerak 2x ganda laju dari RAM aku so dia mtk bilik Executive! Alhamdulillah masih ada 0 for whole week..

Masukla bilik Executive dgn pre impreasion biliknya akan gah spt Suite di KL ...Tapi kan,tidaklah begitu kekdahnya!!! Heheee... Biliknya standard bilik Deluxe di 'Malaysia'!! Takle tahan nak compare negara tu pdhal gi Sabah je...Dlm negara sdiri lg! :)) Bilik tu hebat skit pun sbb ada bath tub,fridge & ironboard siap..




Lobinya x lah koro sgt


TO BE CONTINUED...Pjg lagi terutamanya kisah EBM & hotel ni ;) tunggu......


-Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, March 2, 2012

Dah Sampai Masanya...

Sejak dia dmm n cirit birit mggu lps,mmg Amani dah kurang minum EBM...

Sehari aku tinggal 2-3 botol,bila blk tgk mesti ada baki 1-2botol.. So bila kena turun Sabah ahad hari tu,aku tak jerih bangun mlm sbb dah ada stok utk 5h (aku bajet,paling kurang dia minum 3 botol lah-2 siang,1mlm)

Semasa tgh mggu kursus,hubby report si Amani mcm mogok tak minum...So mmg supply pun jd auto.stop mcm ada link pdhal aku pam jgk consistenly-siang 3x,mlm 1x.

Bwk jgk balik EBM lebih kurang 12oz tp 10oz cair...Huhuu.Fail lg travelling EBM! (byk sbbnya,nti aku crita next entry)

Aku dh try subsititute dgn FM yg sama mcm Aliah...Alhamdulillah, nampaknya dh ok la-tade naik merah2 lps minum!! :( In fact,tgk dia mcm suka rasa vanilla FM tu..

Aku redha kalo takat ni je... Janji dia x kurang calcium. Rasanya aku dh cuba yg terbaik 17bln ni! Tp mlm2 n cuti still lg la cuma utk ngempeng ...


Luv u adik...


- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, February 20, 2012

CU WAKKKKK.....(Nyanyi mcm iklan Ceria)

Mana nak cari cooler bag yang boleh muat 30 botol?

Arghhh....Nak kena gi Sabah smeinggu (genap) minggu depan.....

Friday, January 13, 2012

Keluh Kesah

Sebenarnya, sejak 6 bln lalu aku punya stok hanya kais pagi makan pagi....Kira siang2 aku pam tu cukup tuk demand Amani keesokannya (siang). Malam2 memang dah tak bangun! Harapkan direct feeding je which is berapa la sangat dia nyot-nyot di mata sedang tertutop...

Ini laa org kata tak sediakan payung sebelum hujan....Maklumlah dah masuk 'zon selesa' (budak dah start makan nasi)! Walaupun tade alternatif lagi (sbb dia CMPA) dan takmo tolerate dgn rasa FM (dia baling botol dan rela berlapar kalau rasa susu lain), tak jugak aku rajin mengepam ...

So akhirnya, pada umurnya setahun 3 bulan aku akan keluar meninggalkannya...Tak lama, 1 mlm ja tapi bersamaan dengan 28 jam (24jam dari fly sampai balik semula) bersamaan juga dengan 6-8 botol sedangkan siang aku berjaya pam 2 botol je. Masak, masak! Dalam seminggu, aku terpaksa bangun tgh malam nak buat stok extra utk lagi 4 botol ni....

Malam2 ko, aku bangun ingat kot la dapat 1 oz jadi laa sekali....Ini, setengah oz pun menitis!! Sedih kepalang.....3 mlm lebih kurang je pdhal pam dekat 20 minit :( Akhirnya aku pasrah je, maybe byk ni je rezeki dia...Aku dah cuba makan oat, banyakkan minum tapi tak bawak kesan pun sbb dah lama sgt B tak kerja overtime !! Huhuuu.....

Apa pun, aku akan cuba supply stok yg mencukupi utk ditinggalkan....Harap semuanya berjalan lancar! "Amani, be a good girl ye....Kesian nanti papa tak larat pujuk".

Tuesday, October 18, 2011

Ilmu + Amal = Manfaat

Aku kebelakangan ni ditanya Soklan Cepumas ..Camna nak bagi susu banyak?

Sbg salah seorang ahli kumpulan sokongan penyusuan susu ibu di organisasi aku dan berdasarkan pengalaman sendiri, ilmu sahaja tanpa amal tak guna...Amal sahaja tanpa ilmu, kurang berkesan. Kalau dua-dua tak ada, hentam keromom jadi sia2!

Rata2 kaum ibu yg bertanya ni adalah mcm aku juga dulu...Ehhee. Org kata menyusulah dlm pantang, bagus sbb baby dgn kita. Ye, kita pun ok nak ikut tapi ilmu tak dalami betul2! Tak kaji sekali apakah2 kemungkinan2 yg mungkin timbul dan menduga semangat kental dan niat asal tu...Pernah dengar org kata, "Nak buat baik, memang susah...Mcm2 hal!" ?Haa, mcm tu jugakla sikit sebanyak dgn ibu2 yg nak menyusu sepenuhnya dgn susu badan...

Ok, istilah menyusu dengan menyusu sepenuhnya / eksklusif pun ada beza...Ada ibu bila dia menyusu badan, dia rasa dia dah menyusu dah. Ok tak salah dia! Memang bagus kalau ada rezeki nak menyusu anak sendiri...Tapi lagiiiiiiii bagus kalau dia menyusu sepenuhnya iaitu, wpun dia berpisah dgn anak dia semasa bekerja, dia masih berusaha utk bekalkan susu badannya utk anaknya membesar! Bukan sekadar menyusu bila di rumah dan bila free....

Antara kemungkinan-kemungkinan yg patut dijangkakan semasa minggu pertama melahirkan :-
1) Susu menitis2 sahaja atau titik2
2) Puting tenggelam
3) Baby tak hisap pun, byk tido
4) Baby melalak, family suruh bagi susu tepung

Semua kemungkinan itu semasa mengandung perlu dah cari alternatif bagaimana nak atasi supaya tak jadi panik tetiba niat nak menyusu, tergendala....Contoh penyelesaian bagi kemungkinan-kemungkinan tersebut adalah :-

1) Susu menitik2 sahaja
Cuba urut urat belikat belakang, tuam dgn air suam di payudara, sikat urat susu ke arah aerola dan minta makcik urut urat susu.Cuba juga ambil makanan yg membantu merangsang hormon susu spt lobak putih, sawi putih, halba campur, oat, pil susu, ulam pegaga dan jantung pisang. Sebenarnya banyak lagi, kena rajin cuba sbb tak semua serasi dgn badan kita!

Minggu awal, bukan semua ibu boleh hasilkan susu yg banyak...Tapi kena ingat juga, memang 1-5 hari pertama, susu tidak akan keluar spt membuka paip air. Susu yg keluar itu wpun sikit tapi tinggi nilai khasiatnya (kolostrum) dan sesuai utk saiz perut bayi ygs sebesar biji guli.


2) Puting tenggelam
Ada alat yg boleh didapati dari hospital semasa hari pertama lagi anda di sana...Atau boleh cuba tarik perlahan2 dgn jari!

3) Baby tido saja
Kena belajar menarik perhatian dia spt menguis2 pipinya, memandikan dgn air suam...

4) Baby melalak, family suruh bagi susu tepung
Kena sabar dan teruskan usaha...Jgn fikir anda perlu guna susu tepung! Yakin dan percayalah susu anda itu wpun sikit, cukup utk permulaan hidup bayi anda........


Itu hanya sebahagian isu yg menduga semasa awal.....Tapi kalau sebulan masih juga gitu, janganlaah terus give up! Bagi susu tepung dan puting getah memang nampak spt penyelesaian yg mudah, tapi mana habis niat dan tekad nak menyusu sepenuhnya?

Cuba kaji dan selidik apa punca tetiba susu jadi sikit....

1) Adakah dah beri guna puting semasa dalam pantang?
2) Adakah dah diperkenalkan susu tepung?
3) Adakah kurang makan dan kurang minum?

Dari kesemua punca itu, kebanyakannya jawab ya sbb :-

1) Penat laa...Nak tido mlm2...Biar suami je bangun bancuh susu (ini takleh buat pe kalau ibu itu sdiri tak rajin- sapa kata membesarkan anak itu mudah?)
2) Susu dah sikit, nanti bayi takleh tido melalak je...Kesian....(ini pun balik kpd nawaitu laa... kalau betul niat kita, doa kita, insyallah dimudahkan)
3) Mana boleh makan byk dlm pantang, nanti tak dpt le body 34-28-36 lagi! Minum byk nanti kembang urat, geleber semua....(haai..ini pun takleh bantu, seolah2 si ibu nak jaga body sdiri je body anak ada aku kesah??).

Diet2 tu kemudian boleh tak? Anda mengandung 9 bln....Adakah dalam 9 bln tu segedebuk dpt 20kg free di badan? Tak bukan??!! Allah bagi lemak2 itu setiap bulan sikit2...So bila nak kecut balik, bglaah masa sikit (aku senang ckp le, sbb aku kecik? terpulang laa kalau sdiri dah letakkan prioriti adalah jaga body sendiri).

So sendiri fikir mana yg baik...Menyusu sepenuhnya, itu pilihan anda !


Anak2 yg dimurahkan rezeki
utk minum susu ibunya sdiri!

- Posted using Blogpress from my iPhone

Thursday, August 4, 2011

Stigma ?Taboo?

Stigma ke taboo...Aku pun tak tau.

Kenapa masih ada stigma gatal, geli dsb utk amalan penyusuan susu ibu? Aku pelik betui laa... Padahal amalan itu hanya amalan memberi makanan kpd bayi ! Bukannya amalan memulakan seks ke ape...

Aku memang bengang ada org masih cetek fikiran, masih fikir biru kuning bila ibu2 menyusu di public/ majlis/ usaha pasal susu ibu.....Masih ingat yg amalan itu mak saja, org yg ada tetek saja, kalau lelaki pulak fikir nakal aje ??!! (sorry aku terpaksa lepaskan bhs pasar utk payudara)

Kalau sesekali takpe, tapi rasanya walaupun ramai dah ibu2 sekarang menyusukan bayi mereka sdiri,...Masih ada yg fikir bukan2, masih ada yg rasa memalukan/ alim sgt/ kampungan bila tgk ibu2 ini menyusu di public!

Memang la nak menyusu pun kena ada adab, takkan laa main selak je sampai nampak semua.. Jgn ingat ibu2 yg menyusu ni tade rasa malu sampai nak tayang tetek kat org!! Tapi tolonglaa pandang dgn pandangan murni dan salute sikit usaha menyusukan anak sendiri ni........Bukan semua ibu dpt menyusu, bkn senang nak menyusu, bkn semua anak rezekinya pjg utk menikmati susu ibunya sendiri!

Sunday, April 3, 2011

The Formula

Couldn't believe myself, i have surrendered to the formula as early as now..Amani has turned 6mo last 3 weeks and i not really aware when was the exact week she started drinking more than usual!! I was under pressure last week till i didnt' realize the EBM stocks has decreased...The day i realized,i only l left with 5 bottles!! Whoaa...So scary coz amani drinks 8-9 bottles during the day.

My oh my..She really grown up! Maybe due to hot weather too..She drinks double than previous months! Wonder can i cope with night pumping? Another issue,can she tolerate cow's milk since her face became reddish n rashes when we try nestum rice with milk last week (my backup if i don't have enuff time to prepare her food).

I have tried to pump these 4 days in between her feeding time (i was on MC after the audit), but managed to get only .5-1.0 oz :( per session... total only extra 4 bottles which actually equal to only 1 feeding (normally she drinks 2.5-3.0 per feeding)!!! :( As backup for tomorrow, we bought her M#**x G**d with Soy formula...Even my heart say no,but my brain just could not accept letting her drink plain water only....

Will try jus lobak putih tonite!! :((

Saturday, February 12, 2011

Saat-saat Diri Berkelana

Bukan berkelana mahupun bercelana...Hehhe, saat2 bergundah gulana sebenarnya dalam perjalanan penyusuan ni adalah


BILA

1) Pam tapi dapat titis2, tak sampai 1 auns ! Makan apa pun x jalan.....
2) Org dok teguq kata cukup ke susu?
3) Org kata isshh, jimatnya...........
4) Org kata campuq laa, 'sihat' sikit budak!
5) Org pandang2 bila tutup pintu utk kerja mengepam.............
6) Power trip dan EBM mencair!
7) Kena outstation lebih 2 hari......
8) Anak takmo minum EBM !
9) Tak bwk kelengkapan mengepam yg cukup spt tubing tertinggal, screw discs x cukup etc.
10) Ter'skip' masa mengepam atas sbb2 yg sangat takbleh dielakkan !!

Sunday, February 6, 2011

Yg Tersirat

Yela..betul gak..kalu nk pam lg..

Kene pikir bnyk kali nk kuor g mkn n jalan2 time lunch..

Ini yg aku dpt feedback dari colleague aku bila aku kata x dpt join dia gi lunch!


Sekali dgr mcm terbeban kan? Kena fikir byk kali...Hehhee...Sebenarnya bagi ibu2 yg nekad nak menyusukan anaknya, dia x kan rasa terbeban pun! Sbb ini mcm salah satu tnggjwb...Dan kita buat dgn penuh kasih syg.

Byk faedah tersirat leh dpt dgn BF ni selain dari yg tersirat...Sbb tu hanya ibu2 yg kuat semangat je leh menyusu lama2.

1) Time management...Sbrnya tak mesti pam time lunch. So kena laa adjust, cumanya org selalu pam time lunch sbb break sejam dan tak rasa mcm ambik masa kerja! ;) kalau rasa nak kuar time lunch, pam laah awal skit mcm kul 12.00 ke??!!

2) Latih jadi telinga badak – Banyak org yg tak pernah menyusu/ tak berjaya menyusu slps kerja, akan kata mcm2 yg buat kita goyang. Kita kena fikir, ni utk anak kita.

3) Kuat semangat – Sbb susu ada musim jgk. Time stress, time nak period dsb mmg susu merosot. Jadi kena selalu positif, so dgn sng hati kita pun sentiasa relaks2 utk ensure susu ada. Sekaligus rasa tenang je!! ;)

4) Rasa tenang dan tak bersalah – Semangat keibuan, bila Zu naik keja nanti Zu akan rasa syg dan sedih, bersalah sbb kena gi kerja dan tinggalkan anak dgn org lain! So bila menyusu/ mengepam, ikatan dan ingatan tu ada, rasa mcm ”walaupun aku kerja, aku tetap jlnkan tgjwb pd anakku”.

5) Rasa sempurna sbg wanita – Tak semua wanita boleh mengandung, beranak dan meyusu! Pakej...Rasa lengkap dpt buat tgjwb tu. Rasa senang hati ,lega tgk lemak2 di tgn kaki anak, lemak2 isi2 semua tu hasil dari pecah peluh kitamemenyusukan dia/ pecah peluh mengepam di pejabat! :p Bakar kalori tu....

6) Rasa seksi...Hahhaa, ni tak boleh blah!! Kdg2 ada wanita rasa rendah diri atas kekurangan sesuatu. Patutnya kena rasa bangga apa sbb walau apa saiz pun, masih boleh menyusu anak2 sdiri!! Alhamdulillah....Husband pun rasa bangga. Tak semestinya org yg ada aset besar2 tu je boleh menyusu!! So syukur rezeki dan kemampuan yg Allah beri.....

7) Rasa alami/ natural...Rasa besarnya nikmat yg Allah beri, Manusia boleh ’hidupkan’ (besarkan) anak dia sendiri tanpa bantuan teknologi. Sptmana lembu boleh besarkan anak2 dia, mamalia2 lain mana ada cari susu unta ke, susu tin ke bg anak dia....Anak dia membesar dgn susu dia, hidup pun??!! Insyallah tak kebulur pun anak kita dgn susu sendiri.....




Monday, January 31, 2011

Size Doesn't Matter!

Haa...fikir size apa? ;)

Wahai kaum hawa, para ibu...Besar ke, kecik ke, size 50 sen ke RM2.00 ke, percayalah 'aset' anda yg sepasang tu fitrahnya Allah dah cipta dpt menyusukan!! Ramai ibu bdn kecil,saiz 50sen ke tak konfiden nak susukan bayi mereka krn takut takde susulah, tak cukup dsb...Dan ada juga kes walaupun dah bersedia habis, tapi tiba2 give up sbb tak boleh!

Bkn tak boleh sbb apa, sbb puting x 'sesuai' !! Mcm susu botol jugak, kalau x sesuai kita cari jgk yg sesuai... Dlm keadaan si ibu yg mungkin inverted nipple (flat nipple/ puting tgelam), sebenarnya ada caranya...Ibu2 kena ingat, yg susu ibu bkn dihasilkan oleh puting tp susu dikandung di bhg ' hitam' tu ( sbb tu pentingnya kwsn itu dirangsang n sbb tulah latch on yg betul di situ ditekankan)!

Puting, sptmana puting tiruan adalah fungsinya menyalurkan susu... Jadi jgn risau puting yg tenggelam tu! Tanyakan dari jururawat2 terlatih di hospital sblum anda keluar wad, bagaimana cara yg boleh menarik puting itu ... PERCAYALAH anda pasti boleh menyusukan bayi anda!

Saturday, January 29, 2011

Mengepam time kursus

Huhuu...sgt mencabar pd mulanya, tmbh kalau baru naik keja 1-2 mggu dah kena attend course!! Jgn panik, jgn risau wahai ibu2..Anda pasti boleh! Alah bisa tegal biasa..Spt yg diketahui, rules utk ensure continuity of breastmilk supply is supply vs demand. Cuba sedaya upaya mungkin ye utk tidak skip session/ delay berhari2/ berturut2!! Nanti ada padahnya...

Ada 2 jenis course, jadi aku share 2 kekdah la ye?

1) Course di siang hari je
Maksudnya course yg tak perlu stay in di luar ..Spt mana2 course, ada 3x break...Kalau sang adam boleh take 5 or 10 gi ' berasap', kita pun boleh!!

Masa tea break kul 10, curi masa utk pump dulu..Time2 mcm ni, double pumping sgt save masa! Kalau rasa lpr sgt, amik le dulu kuih sebiji 2 utk dimamam time pam.. Begitu juga time teabreak at 3.30/ 4.00...

Utk lunch,kalau tidak kisah utk tidak 'networking' time lunch,bolehla lari gi pam dulu..Insyallah x habisnya mkn tu!! Takpun mcm tadi jugak, bleh amik dulu letak kat meja mtk kwn2 'jagakan'..


2) Stay-in course
Ni mmg 'msk' skit...Siang mlm kena pam!! Sila jgn ngelat konon time nilah nk tido 'aman'!! (sok2 mula merungut susu dh sikit!)..Teruskan sesi pam sama spt berapa kerapnya menyusu di rmh(setiap 2-3j?)

So dah simpan slmt dlm fridge hotel, time balik jgn lak lupa me'travel'kan semua stok berharga
tu dgn cara 'selamat'( guna coolerman n ice pack yg mencukupi)!


Senang kan? Cuma kena rajin & jaga masa je

Tuesday, January 18, 2011

PADAN MUKA MUUU !

Haa..Padan muka dekat diri sendiri. Poor time management!

Nak cari ilmu, terkurang laak apa yg dikendong....Pasal milk supply. Last week kan almost everyday aku terkejar2 nak pam. Delay toksah cakap le!! Sbg contoh, patut pam kul 12.30 aku pam 1.30 dan kdg terbabas sampai kul 3.30 ...

Betul laa teori supply vs demand..Disebabkan jarang pam dan rushing je selalu (tak pam sampai betul2 0), minggu ni susu dah mula merajuk !! 'B'...Jangan la merajuk :(

Dari selalu pam tghari leh dapat 3-5 oz, skrg tghari dpt 3 oz je.....Dari hari2 dapat bwk balik 5 -6 bottles (contains 2 - 3 oz), skrg manage to get 3 bottles pun dah syukur sgt !! Amani ada lagi 2 bln baru nak masuk 6 bln....

And...6 bln BF bukannya 6 permulaan, tp complete 6 till the end of the 6th month or equal to 179 days !! (31+26+31+30+31+30).


BF Aliah @ 5 months

Monday, January 17, 2011

I'm Joining d Club !!


Yeah, right...What club? Bukan kelab mlm, bukan clubbing mahupun club2 mahal dan berprestige tapi wajib masuk kelab yg boleh dibanggakan (kebanggaan diri sendiri & keluarga).

Yeah...Aku terpanggil utk join BF Support Group di tmpt keja n sekaligus komuniti kwsn rmh. Walaupun kita semua bercakap pasal BF sbb pengalaman, usaha serta minat tapi bila dah buat semua tu mcm 'rasmi' (i prefer to call it my Ko-K activity), kenalah buat 'betul2'.

Prior selected to be one of the member, we have to sit for 20 hours course. Separuh je dari lactation counselor kena (40 hours) !! Prior to that also, we have to answer 30 multiple choice questions and 2 subjective questions on the pre-test...Which hahhaa, i managed to get 46% only!

Alhamdulillah, i succeed in the course with 80% marks !!! Bravo.....Hehhee. Well, the 3-days course cover 16 chapters! So cramp....Plus, we have to do 3 practical sessions with real patient. Banyak yg kita tidak tahu sebenarnya .....Err, maybe aku je yg tak tahu! Hmm...Dari 16 chapters tu, hanya 1 chapter je kita rasa at finger tips; tidak lain tidak bukan adalah pasal attachment and milk supply/ production.

Maybe as this course for health professionals, so banyak benda kami kena bljr which is so interesting n so informative !! Let me share some (i summarize ok...) :-

1. BF is an option to mothers; so we have to communicate well to influence them and not to judge any of their words/ objection not to BF.

2. Skin-to-skin contact immediately after delivery helps BF get started easier.

3. Milk produced based on 2 hormones and with refer to breast anatomy, it does explains supply vs demand.

4. BF being protected by government thru special ethics and guidelines which prohibits FM company from promoting their product directly (this is really interesting which sometimes we can't think of the hidden agenda).

5. BF for special infant needs is different, but still powerful compared to FM.

6. HIV+ve mothers by Malaysia policy, should not BF their children except they BF exclusively.

7. How moral support and certain birth practices help BF get started.

8. Hand expression using 'C' shape massage.

9. Blocked duct and mastitis management.

10. Our role and how we can assist the community.