Showing posts with label Isteri_ Ibu. Show all posts
Showing posts with label Isteri_ Ibu. Show all posts

Tuesday, April 17, 2012

Fofular Tak Semestinya Terbaekkk....

Ramai peminat melompat bila Timbalan Presiden SENIMAN, si Zed Zaidi letakkan post yg ABPH 2012 tak patut dimenangi oleh artis luar...Aku pun mulanya. Tapi bila ku fikir2, ku belek2 sebenarnya memang betul si Zed Zaidi tak mention pun bang Eron.

Aku pun peminat Bang Eron...Dan memang happy sgt dia menang! Tapi apa yg Zed Zaidi bangkitkan di sini bukan pasal dia jeles ke hape (peleaseeee laa baca dgn matang sikit...) sbb dia sndiri pun hensem cuma bkn zaman dia le skrg. Apa yg dia bangkitkan adalah penjajahan zaman kini!

Boleh rujuk komen beliau kat Pancaindera kelmarin...Aku amat setuju apa yg dia perjuangkan. Betul laa kalau nak bagi pada artis luar, buatla kategori asing. Selalunya AIM buat, Anugerah Juara Lagu pun ada! Maybe Berita Harian terlepas pandang....Bang Eron tidak bersalah pun, begitu juga peminat beliau. Yg salahnya, kategori tu tak susun betui2 !

Selain penganugerahan kpd artis luar, kementerian berkenaan dah patut semakin ketat menapis masuk konsert2 artis luar....Bukan tunggu media keluarkan gambar hina agama laa apa la (thanks to TheStar) baru nak tersedar. Aku ingat laagi dulu zaman Tok Mat (ke Pak Mat org panggil) jadi menteri, artis rambut panjang jaa ban! (tapi artis tak cukup kain tak pulak).

Bukan takat konsert je patut tapis, majalah2 hiburan pun patut kena.....Kenapakah tak nampak2 (atau sengaja buat buta) majalah2 yg bagi maksiat mata ni ?


"Aku yang tak bersalah.."




* Masih tak lupa babak Nora Elena bagaimana Seth Tan leh angkat isterinya yg nmpk berat itu?
Realitinya berapa ramai suami sanggup angkat isteri 50 kg, 60 kg, 70kg....Heheheeee.


Thursday, March 22, 2012

Sejauh Mana Kita Bersyukur

ENTRI INI PANJANG KERANA DIPETIK DARI FWD EMAIL....

"Ibu cakap apa?" perlahan saja suara diri bertanya kepada rakan yang sedang bengkak mata, dari tadi asyik mengelap air mata.

"Ibu suruh sujud syukur..." perlahan juga suara itu menjawabnya.

"Sujud syukur? Kenapa?" diri tercengang sebentar, terlantun kata itu secara automatik, kemudian terasa ingin menariknya semula. Astaqfirullahalazim, kenapalah aku tanya macam ni? Aduh, bisik diri kepada diri sendiri.

"Sebab dah habis viva.." sayu lagi suara itu meneruskan jawapan.

Rakan saya, gagal sewaktu viva. Perlu mengulang semester. Hal ini peristiwa beremosi, antara rakan2, supervisor dan juga examiner.Hari yang begitu suram utk diri pada hari itu. Segala yang berlaku didiamkan saja. Mahu bising, risau kawan tadi terasa. Tersalah kata, pasti terlebih2 emosi menikam jiwa.

Biarkanlah hari itu berlalu.

Menanti semula hari esok, untuk diteruskan. Peristiwa sujud syukur kerana gagal viva itu masih diri simpan, buat bekalan muhasabah.

Hari seterusnya.

Diri menemani seorang lagi rakan, ke majlis hepi burfday..majlis hepi burday anak saudaranya.

Dalam jerit tawa suara budak-budak yang memenuhi ruang rumah, diri 'mengintip' perbualan rakan dan ibu si bday boy.

"Tu lah, nak buat surprise sebenarnya, beli kereta tu mahal RM100 lebih, sajalah masa dia tidur letak tepi dia." rancak si ibu bercerita."Lepas tu dia bangun tak buat muka terkejut pun, siap tanya, ni kereta siapa?"

"Adik punyalah" - jawab ibu.

"Lah, kenapa tak beli kaler kuning?sambung si anak, kata si ibu.."

Diri diam. Tersenyum pun ada. Pasti seorang ibu sedang mengharapkan ucapan "terima kasih ibu, adik suka sangat"....tapi si anak pula sebaliknya, siap ckp kenapa tak beli kaler kuning?

Diri tinggalkan cerita itu dalam sangkaan, ini budak pintar.

Hari berlalu.

Kisah itu masih bermain di kepala.
Kisah sujud syukur kerana gagal waktu viva.
Kisah hadiah harijadi seorang anak kecil.

Entah di mana kisah ini akan bersatu.

Hari berlalu lagi.

Hari sabtu tiba..rutin biasa, diri memandu merentas Jambatan Pulau Pinang, menuju ke seberang. Hari bersama Madrasah An-Naddhoh.Rutin juga. Di corong radio, Ustaz Pahrol Mohd Juoi sedang bicara.Tajuk yang mengena. "Hitung kesyukuranmu, bukan kesusahanmu"

Diri sampai awal di Madrasah. 8.20am sudah siap di tempat parking. 8.40am kelas bermula.20 minit lagi, tekun saja mendengar turutan suara mengubat rohani dari ustaz.

Kisah itu datang. Kisah sujud syukur walau gagal viva.
Kisah itu juga datang. Kisah dapat kereta merah nak kereta kuning?

Kata Ustaz Pahrol, tiada keburukan atau kebaikan, semuanya kebaikan, kerana semuanya daripada Allah.

Itu hanya kata-kata biasa. Kata-kata yang mampu diri tulis atau lemparkan takkala ingin mengubat duka. Namun lain tusukannya kata-kata itu pada hari itu.Tusukan yang mengena. Segala kisah bersatu.

Ada air mata yg menitis. Alhamdulillah. Pada hati terasa sesuatu.
Pengajaran tentang 'bersyukur'.


Aku hanya mampu meminta ampun Ya Allah. Atas segala sifat kebudak-budakkan ku, takkala engkau berikan sebuah kereta merah, aku angkuh berkata padaMu, aku inginkan yang warnanya kuning bukannya merah. Sedangkan Engkau yang menciptakan aku Ya Allah. Paling memahami aku Ya Allah. Paling tahu apa yang aku perlu Ya Allah. Maafkanlah, maafkanlah, itu yang mampu aku ucapkan berkali-kali, dalam mengenang keangkuhan seorang hamba padaMu Ya Ilahi.

Ampunkanlah aku, kerana aku suka berpersepsi. Ini baik, ini tidak baik. Ini buruk, owh yang ini elok. Namun takkala aku duduk seorang diri, mengenang dalam, menjiwai yang aku ini hanya seorang hamba Ya Allah. Hanya seorang hamba Ya Allah. Mengapa takkala sedih aku katakan ini tidak baik. Mengapa takkala gembira ku katakan itu baik. Mengapa takkala sakit ku katakan itu tidak baik. Mengapa takkala sihat ku sangkakan itu baik. Perasaan ini dalam, mendalam berenang semakin dalam. Kejayaan di mata manusia mungkin racun. Kegagalan di mata manusia mungkin penawar. Siapalah yang tahu.

Dan kerana segalanya daripadaMu.
Bukankah kami yang tidak punya apa-apa ini
Hanya selayaknya bersyukur?


Bermuhasabah diri....Dalam diri sendiri yg juga kadang2 alpa, kadang2 tidak nampak di mana hendak dipanjatkan kesyukuran, bagaimanakah kita hendak mendidik anak2 kita pula bersyukur?


** Aku selalu sebut pasal syukur ni pd Aliah bilamana dia sering menampakkan emosi kurang puas apabila baju yg dibeli tidak sama/ kurang 'cantik' dari adiknya....Faham ke tak faham, aku harap ayat itu akan bermain dan diserap masuk suatu hari nanti ;)



Monday, March 19, 2012

Perlu Ke Tak Perlu Sebenarnya?

Sekarang tgh berbulu isu Maid From Indon..(kalau Maid from Manhanttan nak demand, body lentik mcm J.Lo okay la jgk). Pandangan aku sbg yg tak pernah pakai khidmat maid ni laa.......Sepanjang 8thn kahwin ni.


Bestnya
1. Quality time bersama family lebih banyak terutamanya time weekend sbb takyah terkejar masa nak siapkan laundry, lunch, dinner, housekeeping etc.
2. Boleh gi keja dlm mood yg lebih tenang (lebih ye..bkn selama ni tak tenang) sbb tak terkejar2 sgt masa pagi2.
3. Ada teman time husband balik keja mlm/ outstation.
4. Ada extra hands and eyes kalau kuar shopping dan bercuti (tu pun kalau bwk sama laa).


Tak Bestnya
1. Kalau perangai buat pening kepala....Dah laa penat dgn staff sdniri, tmbh 1 lagi.
2. Tak privacy.
3. Kalau tetiba takleh dipercaya sgt/ takleh diharap.
4. Kos bulanannya lebih byk dari hantar nursery/ pengasuh - tak masuk lg makan minum, bil2 Astro dia tgk time kita tadak, dll.


Kalau tgk tu mcm memang best laah kalau ada, tapi kena ukur baju di badan sendiri. Kalau skrg dah gini susahnya, baik2 lah fikir banyak kali kalau selama ni kita jadi superwomen boleh buat semua sdiri dgn bantuan suami dan anak2, apa salahnya kekalkan momentum dan kesabaran itu hingga keadaan menjadi lebih baik dan menguntungkan pada kita!

Yerla...Memang kesian ada kawan2 kita yg mmg perlu dan terpaksa pakai maid. Tapi itulaah dilema ibu berkerja, semuanya ada risiko-maid ke, nursery ke, babysitter ke! Apa pun, tepuk dada tanya diri...

Thursday, January 26, 2012

Kadang2 Sendiri Itu Perlu

Actually cerita ni sebelum entry Backpackers patutnya tapi terlupa....

Heheh, hari tu aku kena gi Sg Petani utk satu meeting (meeting 1 hari jaa pun) tapi layankan jugaklaah sbb meeting penting & tak boleh diwakilkan, walaupun di hati memang keluh kesah . Pikir dari aspek positif, selepas bersalinkan si Amani pada Sept.2010, mana pernah aku berpisah tido lagi dgn dia!! Kena ajar dia, sbb takot tahun ni byk kena keluar nanti dia takleh adapt laak....

Aku dan geng Serdang sampai A.S pada petang 3.30...Mashallah, memang panas merelit A.S ni compared Selangor kan?!! Berbahang2 la naik cab dari Kepala Batas tu ke pekan A.S....Mula laa nak merungut dgn hometown sdiri. Nama jaa bandaraya,tapi sistem pengangkutannnya masih tahap pekan/ daerah....Nak cari sebiji teksi meter atau bas lalu pun susah! Bayangkan keadaan adalah sama sptmana aku 'tinggalkan' apabila kena merantau ke KL utk mula kerja 12 tahun lalu...

Ok, habih tang tu...Kami dok Holiday Villa (H.V). Cheh, takmo kalah laa kan nak dok hotel 3-4 bintang sbb entitlement layak H.V. Kedudukannya pun aku agak strategik laa sbb nak berjalan kaki cari makan kat sebelah City Plaza tu dan Pekan Rabu oklaa! Kami check in 2 bilik berasingan sbb aku nak ajak anak menakan aku mai lepak mlm satgi....





Lps check in, letak beg dlm kul 4.00 teruih keluaq nak cari lunch....Lalu la kat gerai2 dpn Starwalk tu. Membe aku dah tanya, apa specialty dish A.S nak rasa! Aku kata laksa laa...Memang lalu 2-2 kedai berturutan, juai laksa dan nasi ayam. Lalu gerai ke3, ada nasi arab. Perrgh, mesti sedap ni !!



Kami pun order nasi arab dan air buah...Sampai order, gini rupa nasi arabnya !!




Korang rasa apa rasanya? Gulp...Kami sblum makan, dah pandang sesama sdiri (paused) siap tanya balik bdk tu betul ke order. Membe aku siap tanya, camni ke nasi arab Kedah? Aku kata yerla kot...kasi terai.


Hahaha....Hangpa tau apa rasa dia? Pelik...Rasa mcm nasi ayam, tp ada sambal hijau atas ayam perap tu dan ada coselow.Paling tak tahan, dia bagi satu kuah mcm kuah kicap tapi bau dan ada serpihan maggie !!! Adoiaa....Sbb lapaq, habih la jugak!! Hahaaa......Lps tu kami menapak ke Pekan Rabu. Masih tmpt tumpuan ramai yg aku kira bukan tourist ja suka pi, aku balik kg berapa kali pun mesti nak singgah.








Balik, aku gi spa....Amik pakej Amora 2 jam 1/2. Siap scrub, herbal tea, lemon foot bath, floral bath dan aromatherapy massage! Memang nikmat laa....Sbb tak fikir apa, meniarap dan hilang dgn iringan lagu Jawa. Tak dengar dah rengekan Amani, teriakan si Aliah, dsb.! Sbb Hp pun off...








Mlm, aku dinner di Macam2 Rasa dekat Jln Stadium...Okla, amik tomyam,sate dan telur dadar serta daging msk merah. Mengenyangkan!! Selebihnya kami balik, bersembang sambil layan Tv2 sampai kul 12...

Mmg mcm lupa sekejap dekat bdk2 tu....Tapi bila rasa 'berat', maknanya ada request la tu dari pihak di sana (mcm link kan??) terus kena bangun dan mengepam! Huhuuu...Alhamdulillah, lumayan pulak.


Esoknya lps breakfast terus ke SP...Yg bestnya first time di buffet hotel, breakfast ada ubi keledek rebus dan teluq separuh masak. Hehhee !!

Tuesday, November 29, 2011

Entry Tertunggak

Sebab past few weeks agak bz (lame excuse :p) dan mood sedikit cuak, so banyaklah entry tertunggak walaupun gambar dah bertepek di FB....

1. Entry Spt Kahwin Semula
2. Entry Our Favorite Cousins
3. Entry First Time With Sand Art
4. Entry PD Pun Jadilah.....

Tunggu naa....Bila2 free sikit, hari ni pun ada meeting.

Tuesday, July 26, 2011

Pada Hariku Berlari....





Bukan laah ke bintang...Ke desa je, ala.Ala-ala merentas desa zaman sekolah dulu!

Yes, we had this run on 16th....Ada kategori HOD (Head of dept), senior lelaki, senior perempuan, junior lelaki dan junior perempuan. Ada jgk lucky draw , ada jgk main tuju tin, isi air dlm botol, pameran brg kesihatan, booth urut refleksologi dll.


Pengarah dan YB Perasmi Majlis



Semua penyertaan larian dpt tshirt dan tshirt ni ikut kategori....HOD color hijau, senior kalau kuning bersih :p dan junior color oren. Senior 40 above dan junior 39 below laah! HOD campur je...

HOD 3 km je, Senior 5km, Junior 7 km...


BERSIH ;)



Aku hujung kiri, terkeluar frame :p


Walaa..Dah lama tak lari kaan, hatta lari dikejar anjing mahupun lari mengejar peragut (bagus kan..ayat ni menunjukkan keberanian, instead of "dikejar peragut"), 10 minit pertama tu rasa bergegar2 semuanya! Hahaha...Actually sebelum berlari tu, kami warm up dulu dgn 15 minit senamrobik (mcm tak sesuai kan...nak lari tp senamrobik dulu, penat jgk).



Comel je org veteran senamrobik kan??! ;)

Ha...Ni la, gmbr aku terlindung
dek bdk ygtade baju ni!



Haa...Ni cuba tgk, kiri ke kanan? :p
Confuse dgn arahan instructor.....



Tak larat dah lari, kita jln2 je
amik angin ! ;)


Minah check point


I had fun....Walaupun tak menang, dpt la jgk Top 10 (total gals HOD yg lari hari tu dlm 14-15 org). Dan dapat rice cooker !! Lucky draw...Waaa, byk betul rice cooker sejak kahwin. Dah ada 6 set rasanya!! Sapa nak beli??? :p

Upss...Tapi sedih, dlm byk2 gambar, gambar aku tak terselit pun . Camwhore sendiri pun tak, sbb harapkan gmbr dari photographer (tu laa...muka tak cukup fotogenik tu, tapi fotogenit ada ape??).

Sbrnya kan, disebab pinjam sportshoes adik ipar semata2 utk larian tu...Ibu jari kaki aku laah dilanda musibah. Jadi cengkam kuku, smpai dah naik biru haa! Hubby dll suh gi cabut je kuku tu, kuarkan darah dan nanah tp aku tak berani weh....So doc.bg ubat antibiotik je. Aku tgk tade perubahan pun, tp kurang sakit jerla. At least, seminggu je aku solat duduk! Minggu ni dah boleh berdiri balik ;) Alhamdulillah...........

Terbuka utk org awam....


Sama jgk, terbuka utk org awam!
Thrill oo main ni sbb bolanya kecik n ringan je



Puas hati kan dpt Lucky Draw yg ni
(bonanza sumbangan YB)



Bdk engineering ni le pemenang
category Junior Perempuan (RM300)!
Tgk badan dia....



YEAY !! We had fun....

Saturday, February 19, 2011

Amboi, Nak Senang Je Ye....

Perasan tak ada kalangan ibu bapa memang selalu gunakan alasan penat dan sibuk utk tidak masak?

Aku pun bukanlah kategori ibu rajin lagi kreatif bab memasak ni tp aku memang suka pastikan keluarga aku makan air tangan aku / any homecook food sekurang-kurangnya 1x seminggu.... Tak apa, aku terkopoh kapah pagi2 masakkan bubur ke buat cucoq bilis/ jagung kaa, janji ada laa something yg aku dapat bekalkan pada Aliah.

Baru ni aku terkejut sbb kakak penjaga tmpt Aliah tu kata makpak lain dah tak bawakkan susu... Sbb tu bila Aliah minum, budak lain kerumun n cakap dia budak kecik (so dia rasa malu, x mo laa bwk susu). Aku hangin laa jugak!! Betul ke makpak budak2 ni?? Budak baru 4-5 tahun dah tak bwk susu??!! Being me, aku pun terlancang mulut le bagi syarahan kat kakak tu n cikgu2 situ yg susu ni kalau ke tua pun kena minum ikutnya, ini kan pulak budak2 kecil ni!!

Haih....Memang aku pelik la, upah anak dgn Rocky (biskut pjg2 celup strawberi mcm Nini tu) pagi2 boleh lak??!! Susu takmo bawak ?? Haiya.....

Aku mmg tak setuju kalau ibu bapa ni main senang je bab masak memasak utk anak2 ni.... Kalau awal2 kita dah tak biasakan anak makan masakan kita, atau kita tak rajin masak, jgn timbul laa ayat mcm ni "Alaa...Masak pun bkn makan byk mana !!". Aku percaya sbg ibu, tanggungjawab kita utk sediakan makanan dan minuman yg bersih, sihat dan berkhasiat utk keluarga kita.........Kita kena ajar anak2 supaya pandai pilih makanan yg sihat dan pandai menghargai masakan ibunya, supaya bila dia besar ke mana pun dia akan ingat air tgn ibu dia !!

Begitu juga pasal sayur...........Aku rasa ada setngh taska takmo masak sayur sbb budak2 tak makan! Mak2 pulak selalu kata, "Ehh, bagus laa anak u...Anak2 i takmo makan sayur tmbh kalau yg berdaun!! ". Habih, maknya makan tak?!! Kalau kita sendiri tak makan, kita tak tjukkan contoh yg sayur tu enak dimakan (bknnya makan sayur bermakna mkn daun mcm kambing!), mcamana kita nak expect anak2 suka makan ?? Kan anak2 tu kanvas putih ?

Aku dulu pun tak berapa makan sayur, tapi lps dok kampus n sedar diri takleh memilih sayur/ makanan, aku pun belajar le makan mcm2 jenis sayur....Sampai laa keja dan kahwin dan sekarang! Aku dulu tak kena umpan pun sbb makan sayur leh kulit cantik dsb, tp utk Aliah sbg pengukuh aku pujuk dia makan sayur2 hijau supaya dia berkulit cantik dan luka cepat sembuh!! ;) Aku takut dia terpengaruh kwn2 taska yg tak makan sayur...........

Saturday, February 12, 2011

Saat-saat Diri Berkelana

Bukan berkelana mahupun bercelana...Hehhe, saat2 bergundah gulana sebenarnya dalam perjalanan penyusuan ni adalah


BILA

1) Pam tapi dapat titis2, tak sampai 1 auns ! Makan apa pun x jalan.....
2) Org dok teguq kata cukup ke susu?
3) Org kata isshh, jimatnya...........
4) Org kata campuq laa, 'sihat' sikit budak!
5) Org pandang2 bila tutup pintu utk kerja mengepam.............
6) Power trip dan EBM mencair!
7) Kena outstation lebih 2 hari......
8) Anak takmo minum EBM !
9) Tak bwk kelengkapan mengepam yg cukup spt tubing tertinggal, screw discs x cukup etc.
10) Ter'skip' masa mengepam atas sbb2 yg sangat takbleh dielakkan !!

Tuesday, January 18, 2011

PADAN MUKA MUUU !

Haa..Padan muka dekat diri sendiri. Poor time management!

Nak cari ilmu, terkurang laak apa yg dikendong....Pasal milk supply. Last week kan almost everyday aku terkejar2 nak pam. Delay toksah cakap le!! Sbg contoh, patut pam kul 12.30 aku pam 1.30 dan kdg terbabas sampai kul 3.30 ...

Betul laa teori supply vs demand..Disebabkan jarang pam dan rushing je selalu (tak pam sampai betul2 0), minggu ni susu dah mula merajuk !! 'B'...Jangan la merajuk :(

Dari selalu pam tghari leh dapat 3-5 oz, skrg tghari dpt 3 oz je.....Dari hari2 dapat bwk balik 5 -6 bottles (contains 2 - 3 oz), skrg manage to get 3 bottles pun dah syukur sgt !! Amani ada lagi 2 bln baru nak masuk 6 bln....

And...6 bln BF bukannya 6 permulaan, tp complete 6 till the end of the 6th month or equal to 179 days !! (31+26+31+30+31+30).


BF Aliah @ 5 months

Monday, January 17, 2011

I'm Joining d Club !!


Yeah, right...What club? Bukan kelab mlm, bukan clubbing mahupun club2 mahal dan berprestige tapi wajib masuk kelab yg boleh dibanggakan (kebanggaan diri sendiri & keluarga).

Yeah...Aku terpanggil utk join BF Support Group di tmpt keja n sekaligus komuniti kwsn rmh. Walaupun kita semua bercakap pasal BF sbb pengalaman, usaha serta minat tapi bila dah buat semua tu mcm 'rasmi' (i prefer to call it my Ko-K activity), kenalah buat 'betul2'.

Prior selected to be one of the member, we have to sit for 20 hours course. Separuh je dari lactation counselor kena (40 hours) !! Prior to that also, we have to answer 30 multiple choice questions and 2 subjective questions on the pre-test...Which hahhaa, i managed to get 46% only!

Alhamdulillah, i succeed in the course with 80% marks !!! Bravo.....Hehhee. Well, the 3-days course cover 16 chapters! So cramp....Plus, we have to do 3 practical sessions with real patient. Banyak yg kita tidak tahu sebenarnya .....Err, maybe aku je yg tak tahu! Hmm...Dari 16 chapters tu, hanya 1 chapter je kita rasa at finger tips; tidak lain tidak bukan adalah pasal attachment and milk supply/ production.

Maybe as this course for health professionals, so banyak benda kami kena bljr which is so interesting n so informative !! Let me share some (i summarize ok...) :-

1. BF is an option to mothers; so we have to communicate well to influence them and not to judge any of their words/ objection not to BF.

2. Skin-to-skin contact immediately after delivery helps BF get started easier.

3. Milk produced based on 2 hormones and with refer to breast anatomy, it does explains supply vs demand.

4. BF being protected by government thru special ethics and guidelines which prohibits FM company from promoting their product directly (this is really interesting which sometimes we can't think of the hidden agenda).

5. BF for special infant needs is different, but still powerful compared to FM.

6. HIV+ve mothers by Malaysia policy, should not BF their children except they BF exclusively.

7. How moral support and certain birth practices help BF get started.

8. Hand expression using 'C' shape massage.

9. Blocked duct and mastitis management.

10. Our role and how we can assist the community.


Thursday, January 13, 2011

Ko-Ko

Bukan koko coklat ye....

Ada tak korang pernah terfikir mcm bosannya lahai hidup, hari2 gi kerja-htr anak-balik rmh-weekend shopping dsb? Means, we do the same routine every day, every week, ever year... Aku dah mula rasa. Well, sebab aku tade hobi yg tetap melainkan shopping :p yg menghabiskan duit itu, aku terfikir betapa kurangnya aktiiviti sampingan lain semenjak kerja ni!

Dulu zaman U, boleh join persatuan itu ini dan gi homestay ke, masuk kg ke, masuk hutan dsb.. Kira mcm aktiviti ko-kurikulum laah !! Dulu sekolah kami panggil Ko-K, sini org panggil Ko-Ko.. Jgn K.O sudah !!! Ahhahaaa......

So tahun baru ni, aku amik kesempatan join sesuatu.......Yg aku rasa dekat di hatiku, dan aku buat kerana minatku sendiri, tanpa pengaruh sesiapa/ ingin prove pd sesiapa dsb! Nawaitu adalah utk berkongsi....

Nanti aku cerita....Daaa !!!!!!!!!!!!!!

** Potong stim kan??!! Sorry frens..
Aku kejar masa, ptg ni sesi praktikal

Wednesday, December 22, 2010

Pengalaman Tak Sama

Org kata sakit normal, lebih natural dan kurang sakitnya...Org selalu takutkan dgn c-sec dan induce as those can considered force delivery.

As for me, alhamdulillah aku dah rasa 2-2...I mean, induce dan normal. Belum lg c-sect, mungkin tak perlu langsung kalau diizinkan masa2 depan pun!

Mengambil contoh x-housemate aku...Baru ni dia mesej kata dia nak tunggu normal sedangkan doc.dah bagi date utk induce sbb dia dah overdue, sebab pengalaman2 dia anak dia mmg lahir lebih hari. Tapi it turned out, walaupun lebih hari dia kena induce jugak sbb tak fully dilate.

Aku pulak, yg 1st n 2nd mmg induce....Sbb diawalkan, terpaksa. So pagi2 induce, lewat ptg baru bersalin. Well, sbb pengalaman baru -sakit mmg sakitlah kan??!! But to compare dgn time aku bersalinkan Amani secara normal_habis bulan 9 hari tu....Waahaah, sakit lagi normal!

Normal yg aku maksudkan di sini adalah, aku tunggu tanda dulu (Amani- contraction n waterbag broke an hour later) dan kemudian baru ke hospital. And in less than 2 hours, dah selamat dah! Mcm Aliah n yg 1st dulu, aku tunggu lebih 8 jam baru bersalin n fully dilate.

Kenapa aku cakap sakit lagi normal? Sbb pengalaman aku ni, contraction aku sekejap tp sgt cepat....Aku mula sakit kul 11.30pm, waterbag pecah around 1.30 am..And gave birth at 3.58 am!! Time induce dulu, buh pitocin around 9.30 am....Dipecahkan waterbag at 3.30pm n gave birth 6.58pm! Induce tu, aku rasa sakitnya sikit2...Sela masa agak lama, sampaikan the first few hours after they inject pitocin tu, i still can walked around the labor room! So can bare with the contractions la...

Time Amani yg normal tu, huhu...Berpeluh. Start kul 1.00 am tu, the contraction comes every 7 minutes but lasts in less then 2 minutes je! Very fast....Haiyooo, mmg mengrekot dan berguling atas katil laah sebelum masuk labor room.

Apa pun, aku considered diri aku mudah & cepat bersalin....Alhamdulillah. Pengalaman semua org tak sama! Hanya bykkanlah berdoa semoga tiada komplikasi .....

* Amani is 3 months today !
Cayanggggnya dgn budak bolat tu....

Wednesday, December 15, 2010

Pilihan Yg Tak Pasti

Susah nak cari formula milk! Well, bagi ibu2 yg dah biasa maybe rasa apa yg susahnya ada punya baaaaaaaanyak pilihan kat market....Yerla, semua kata ada DHA, AA la bagai tapi yg mana raksi (serasi) dgn perut anakanda?

NO...NO, i'm not giving Amani the milk. Not yet!! Insyallah, not in her 1st year i hope....It's about Aliah.

She's taking Pediasure since 18mo...You can count la 900 gm Pediasure = RM35.90! Average we bought 3 tins per month....That's the only brand she can accept after the EBM. Whoaa...We started mix susu since she was 15mo. We tried Anmun, Mamex Gold, Dutch Lady 123 etc but none of them she like. So end up with Pediasure as it special formula, recommended by our paeds.as she claim many picky eater/ babies can accept Pediasure..

Can say, she's on exclusive BF till 1 yr 3 mo and totally on FM at her 2yrs 2 mo...Now, at her 3 yrs 2 mo hubby ask whether we should try to give her other FM...So again, our dilemma. Which FM can suits her??!! Call us stingy..Yerla, kang sapa nak minum lak kalau beli n dia tak suka rasa FM tu ???????????

Friday, November 26, 2010

Life of Mommy with 2 princess

Tido la adik..Tido la sayang!!


Agak weng...
1) Amani menyusu, Aliah mintak bancuhkan susu...OK kalau papa ada sama, papa leh tolong.

2) Amani nak pangku goyang2 time tido, Aliah nak digosok sebelum tido...Tgn jadi octopus, kiri pangku (sambil duduk), kanan gosokkan Aliah!

3) Amani ngok-ngek-ngek takmo tido, Aliah dah tido....Kemudian dua2 akan jaga, ibu jadi weng!

4) Amani dah tido, Aliah bercakap dgn pitching yg tinggi...Adoihllaa !

5) Amani tido, Aliah kuis2 hidung-telinga-pipi dsb...Ibu? Nak tinggal gi kencing pun jadi takut!!


Skrg, kepala tgh pening2 lalat perlukan tido .............Woohoo............

Sudahnya, masak2 hanya berlaku jika hubby ada rumah...Kalau takde, masak nasi je lauk goreng dan lauk lain, kena beli buat tmbh! Weekdays setakat ni, Alhamdulillah ada kiriman lauk dari ibu mertua terchenta.....Hehhee.

Kami yg berjaya
mengetest power ibu!!

Tuesday, November 23, 2010

Sayunya Hati..NEW SEASON!

Ceh...Tajuk, takleh blah!! Hheee...

Dah start pun keja, sebelum Subuh susukan Amani..rasa sayu tgk muka bolat budak kecik tu. Cium2, air mata rasa bergenang.

Dah siap mandi, Aliah pula merengek kata ibu belum baik..cuti la lagi!! Sedih, sbb walaupun cuti bkn dia dok dgn aku pun di rumah siang2 kan...So kenapa dia still request utk cuti?? Sadis....
Bekalan semua bwk...Botol 6, pumping gears, towel kecik, cooler bag dan horlicks 3-in-1! Hati je mcm taknak bwk...Huhhu.

7.40 pagi, drop Aliah dulu...7.50 pagi, singgah beli nasi lemak dpn sekolah. Tingat dulu sebelum Amani lahir, kalau beli nasi lemak mesti request utk Aliah juga - Nasi lemak '0' separuh, telur separuh! :( Dlm perjalanan, susukan Amani...Dia terlena bila sampai di opis, so letak dlm carseat dan hubby pun meneruskan perjalanan ke rumah grannysitter.

Dari 7 botol yg ditinggalkan (1 botol = 1.5 oz), 4 botol je habis licin...Yg lain, masih ada baki. Agak dah, dia mesti tido 2-3jam so tak larat sgt minum. Haih la budak bolat !! Lama2 kalau tak minum kuat, bolat tu pun kurang....

Balik, 5.30 lagi aku dah punch...Hehhee, sungguh tak sabar. Kul 6.10, sampai nursery Aliah spt biasa mulut keletahnya bercakap tak renti2 dgn gaya budak mengada ! Huh..Layankan jerla. Tapi kul 7.30, aku dah dizzy rasa lalok nak tido. Sementelah Amani pun dah terlena di pangku teruslah ajak Aliah naik.

Sungguh sian dgn budak berdua...Aliah pun nmpk letih walaupun nmpk keinginannya nak bersembang dan spend masa lagi dgn aku. Tepuk2, tak sampai 10minit dah tido. Amani pun sama, tp Amani terjaga sejam kemudian !! Sampai kul 11 jugak baru si adik tido semula...

Sayang 2-2 Princess ibu ni....

Sunday, November 21, 2010

Masalah Perut Buncit

Ramai kaun hawa sangat risau kalau perut buncit kan??! Tak kiralah yg tade anak, anak sorang, anak 10 orang....Nak2 kalau perut tu nmpk mcm ada 'isi 3 bulan' atau sama tinggi dgn 'aset' di atas tu! :p

Aku pun termasuk salah seorang laah....Dulu time bersalinkan Aliah, mmg tak nampak hasil pantang sbb aku bedal je makan sesuka hati bila teringin (tade org nak marah), minum air ais/ sejuk bila dah tak tahan sgt dan pakai bengkung selang2 hari bila sempat! So hasilnya walaupun berat dah turun (thanks to BF) dan kerempeng tp perut mmg mcm ada isi 3 bulan...Huhh, sgt ketara laah kalau pakai baju melekat/ kain licin.

So sebab tu bersalinkan Amani kali ni, sementelah dah kali ke3 bersalin..Aku sedaya mungkin nak buat amalan2 berpantang tu dgn baik (tanpa culas :p). So hasilnya yg aku nmpk memang perutku lebih kempis dari sebelum mengandung....Alhamdulillah.

Antara amalan yg aku rasa menyumbang kpd 'kejayaan' tersebut yg ingin aku kongsi di sini (TIDAK SESUAI JIKA MMG LEMAK DI PERUT DAH SETAMBUN & perlukan liposuction dsb):-

1. Bengkung selama boleh selepas berurut dan bertungku (hatta tido di mlm hari).
2. Minum air sikit2.....Air suam/ panas eloknya-leh buag angin sekali.
3. Minum setengah jam/ sejam selepas makan.
4. Tidak minum air sejuk lagi2 yg berais/ air batu.
5. Pakai minyak panas dan urut2 perut sebelum tido.

Cubalah dan selamat berjaya !!

Wednesday, November 17, 2010

In less than a week...


Sterilizing



Labelling...Botol MLO 2 oz panjang juga
cuma kecil


The 30 days collection....


I will leave my girls dekat 'orang'...

I will start pumping out the milk like milk factory (like a cow? :p)...

I will miss the girls mostly the precious moments of co-sleeping during the day....

I will start wondering on-off what are they doing thru out the 10hours...

I will start counting every minutes to 6 pm....



Whuaa !! Office....

HERE I COME !!!
22/11/2010

Friday, October 22, 2010

Day 30

Alhamduliilah kami dah sebulan bersama....Syukur berpeluang lahirkan Afrina Amani dgn selamat tanpa sebarang komplikasi dan juga berpeluang menyusukan lagi anak ini dgn susu dari badanku sendiri. Inilah antara sumbangan terbesar aku rasa utk melihat anak2 ku membesar!

3o hari, boleh nak pantang2 ringan kot dah tak tahan sgt....Tapi kan, kalau boleh jgn amik risiko. Aku ni nak kata takut terketaq2 nak buat apa2 tu tak jugak, sbb dah dok sendiri. Still, aku pantang laah mana2 yg aku rasa leh efek aku dan anak. Totally NO to pulut, laksa n meemkn2 sejuk spt ais, pulut, nasi lemak (sbb aku jenis 'angin' 1 badan), mkn2 gatal/ berbisa spt ikan2 dan seafood (upss..tipu, aku ada rasa skit sambal sotong yg aku buat utk hubby hari tu dan ketam goreng utk Aliah..ehhee). Juga aku masih besrtokin dan mandi air panas sbb aku takut bentan! Bentan..Apa ke bentuknya bentan ni? Ada org kata mcm kena seram sejuk menggigil satu badan mcm demam kura kalau kena...Tapi aku takde la kena teruk, kena 2-3 mlm ni dinihari aku tetiba rasa sejuk mcm dlm aircond dalam 5-10minit hingga memaksa aku cari blanket!!!

Bukanlah nak kata kena takut pd bentan ni, apa2 pun balik pd perlidungan Yg Esa...Tapi manusia kan kena ikhtiar baru tawakkal? Pantang larang ni kan utk menjaga kesihatan kita... Kira 1 ikhtiar utk baik, luar dan dalam. Jadi cubalah ikut seboleh yg mungkin!! Anyway, dah day 30 ni..Apa pencapaian kami sekeluarga?


Aku
1. Berat aku latest check, 50kg...Out of 61kg last sebelum bersalin.
2. Perut, peha dah kempis cuma masih ada 'spare tyre" (sikit geleber laa).
3. Kulit perut gelap lum hilang tp no stretch marks.
4. Rambut dah mula gugur sikit...Tak sabar aku nak gi salon, potong pendek ala2 Isabelle.
5. Aku masih cun !! (hhhaa..please...tahan) mcm student persisnya..


EBM
1. Dah mula kumpul day 3 lagi walaupun tak konsisten pump (ikut rajin dan tahap kebengkakan).
2. EBM dah separuh penuh freezer....Pakai botol MLO (duh..makan space, nak pakai botol dadih nanti susah pengasuh nak tukar2).


Afrina Amani
1. Dah chubby skit..Rasanya berat dia dah lebih 3.5 kg (walaupun kerap 'termuak')
2. Dah mula demand utk pangku/ goyang2 lps menyusu dan nak tido.
3. Dah mula suka tido dekat ketiak aku....
4. Dah pandai tgk keliling.
5. Dah pandai communicate (menyut= huuu...huu...bila kami ckp dgn dia)



Aliah Irdina
1. Kakak yg baik dan boleh diharap...Tahu lapkan muntah adik.
2. Tak buat adik dia, walaupun kdg2 aku marahkan dia sbb dia meqap!
3. Dah boleh tuang air dan mandi sendiri....
4. Dah boleh terima alasan spt tunggu kejap, senyap/ cakap pelan adik tgh tido dsb.
5. Nyanyikan twinkel2 little star layan adik dia...Smenetara ibu dia habiskan entry :p

Bukti kasih syg pd adik :p
Ape, dia ingat adik dia robot?


Hubby
1. Memang sgt boleh diharap...Byk kerja rumah dia bantu.
2. Sgt boleh dihaarap sampai aku jadi malas pulak masuk dapur!
3. Ketokohan sbg bapa org dah makin nmpk...Mandikan Amani, layankan Aliah. Emm, actually dlm tempoh ni seboleh mungkin kami takmo Aliah rasa tersisih/ kecik hati!


Kerja Rumah
1. Basuh baju dah kena 2x seminggu.....
2. Penuh juga penyangkut bulat sekali basuh..Bkn 1 penyangkut bulat, 1 besar 2 kecik (Yerla.. Nak gantung mittens n booties dan suar dlm kami lagi :p).
3. Masak memasak jadi ringkas2 aje...Masak 3 lauk dah kira 1 pencapaian hebat lah! hahha...
4. Kerja2 yg aku tak suka, hubby dah langsaikan...Sangat lah suka takyah sental kuali, takyah sental CD, takyah sangkut baju2 kecik, takyah sapu sampah. Pendek kata, ni je 1-1nye sbb aku akan rindukan tempoh berpantang! (Pantang adalah tempoh utk mls...muuahhahhaha).
5. Bhg atas rumah terpaksa diabaikan sekejap sbb aku 'dilarang' naik turun tangga (aku naik jgk seminggu sekali....Amik apa2 yg patut).

Wednesday, August 18, 2010

Last 2 Days

It was hubby's birthday-16th August! Like last entry, not really know how to celeb.and what to give since Ramadhan, pregnant and lack of idea...

Just prepared a small gift, new EDT for him and a card...Nicely wrapped at the office with glittering wrapping paper and tied with ribbon. Asked Aliah to give while waiting for azan Maghrib (at home) but the little girl thought it was hers....Always like that laa!

Now she seems like receiving "hadiah"....Never understand that she'll get hers on her birthday next month or the earliest, ikut bulan Islam on 26th Ramadhan = 5th Sept.2010 !! Hehehee..At first she refused to give and didn't let hubby to open (or to be true, cannot touch at all!). But after a few thinking i guess, she asked hubby to open!

Happy Birthday again hubby ! Sorry, no special celebr.....

Wednesday, August 11, 2010

Pilih Kasih?

Dulu 1st trime memang aku dan Aliah tak 'gu' laa..Takleh berlaga angin org kata! 'Panas' ja dgn dia, maybe pembawaan budak dan badan sama tgh alah....Aiseh, ni dah bulan2 akhir ni sama jgk. Aku ok je, cuma Aliah mula buat perangai.

Kdg2 benda skit ja kita tegur/ warn dia, dia mcm marah/ tak puas hati....Sama ada dia akan jerit/ baling brg. Tapi pastu bila dah marah, dah sejuk dia mtk maaf balik dan sayang2! Mcm PMS lak, mcm mood dia swing....

Kita pun kalau tak penat, ok laa..Leh tegur baik2, tapi time penat dan geram mula laa angin juga. Mmg la ni cuba elak marah2 atau berkasar sgt dgn dia sbb takmo dia rasa tersisih dsb, tp kang tak ditegur nanti melampau !!

Mcmana ye nanti bila dah ada adik? Jiran dpn ni dah bersalin, katanya anak sulung dia mmg seminggu ni mcm jauh hati je......Makan pun tak mahu. Makan yg bukan2 je ! Terpaksa laah layan....Mcmana ye takmo bagi nampak nanti ada perbezaan layanan (yg of courselah tetap berbeza sbb satu masih dlm minggu, satu dah nak 3 thn!) ???? Mana ada ibu bapa yg nak pilih2 kasih.....