Thursday, December 31, 2009

Sibuk ke?

Hujung2 tahun dan awal2 tahun mmg rata2 nya sibuk....

Sibuk close account
Sibuk berkahwin (apekah..heheh)
Sibuk berazam
Sibuk berjoli upss..bershopping
Sibuk berangan
dan sibuk2 lain lagi....

So malu nak no.3 tu sbb yg tahun ni entah accomplished ke belum? Jom check yg tahun ni dulu... Kalau x accomplish, carry fwd je aci? Ahhaaa....


Utk diri sendiri :-
1. Nak jaga rambut - CHECKED (done)
2. Nak jaga kesihatan, tak mahu cpt stress dgn mslh kerja - CHECKED
3. Nak jaga akaun ASB :p (dari bocor sblm waktunya) :D
4. Nak jaga kulit :D
5. Nak jaga mata (supaya tak semakin rabun..upss, boleh ke?) - CHECKED (turun dgn sendirinya)

Utk anak :-
1. Nak motivate Aliah minum susu dan juga habiskan EBM yg ada - 90% done
2. Nak jadi ibu yg rajin dukung/ bwk ber'jalan' (bkn jln2 tau) - CHECKED
3. Nak jadi ibu yg boleh disiplinkan anak - CHECKED
4. Nak jadi ibu yg rajin melayan Aliah main dan belajar - CHECKED
5. Nak jadi ibu yg lebih rajin menjaga kebersihan Aliah (bkn skrg tak bersih, cuma bab kuku dan telinga tu kdg2 takut skit) - CHECKED

Utk hubby:-
1. Akan spend lebih masa teman tgk TV mlm2 :D
2. Akan bljr bercakap dgn lebih manis dan jelas kalau nak apa2 - CHECKED

Utk family :-
1. Utk family hubby, akan bersikap lebih 'open' dan mesra :D
2. Utk family sendiri, wajibkan telefon (bkn sms je) kakak2 & abg2 at least sebulan sekali! 70% done

Utk staffs:-
1. Akan lebih membimbing (thn lps bg sendiri, tak reti nmpknya) - CHECKED
2.Akan lebih tegas bab kerja - CHECKED


Wahh...Tak sangka lak byk yg "checked"! As time goes by kot or accidentally i accomplished them! So new azam? Next entry laa....

Hasil Kerja Anak Tercinta

'White board' home made...


Muka cartoon yg dia lukis...



From Aliah's and ibu's kitchen....


Ni lah hasil kerja saya!

Tuesday, December 29, 2009

The Man I Married...

1. First time you met him - when and where?
Yahoo Messenger....Emm...somewhere in Mac 2001.

2. Love at first sight?
Nope...Sbb dlm YM, tak nmpk pun!

3. Who is he when the first time you met him?
A prod.exec.but boyish style..Like boy band.

4. How long does it takes for him to ask you out for a date?
Berbulan2 jugak....

5. First place dating?
Sogo - KFC Jln TAR - Masjid Negara - MV

6. How he proposed?

Biarlah rahsia...Aiceh...ceh....

7. Special date with him?
Hari Pekerja

8. Changes that he asked you to do?
Can't remember.....

9. What is about him that you love the most?
Rajin,sabar and jimat

10. What is about him that you wish he would change?
To eat more....Baru berbaloi-baloi...masak

11. You lose your mind and crack your head when he?
Give the silent treatment! Whuaaa.....

12. You will smile through your eyes for the whole day when he?
Surprise with gifts....Unexpected gifts, to mark his appreciation towards my contribution.

13. Complete below sentences"My love towards my husband is as big as...?
T U V W.....To love u ups and down.....

Tags goes to:
1) afzanhanim
2) Jari Jemari
3) Azlinahamid
4) Yaya
5) Adyperdana

He Will Leave Us...Soon!

Sedih minggu ini...Setelah setia bersama, 4 tahun lamanya si dia nak tinggalkan kami.....Apakan daya,utk kebaikan keluarga, niatnya itu perlu diteruskan jua walaupun kami di sini tak merelakan perpisahan itu terjadi....


Sob...Sob...Sob...........

Sunday, December 27, 2009

Online Syndrome

Sejak ada Aliah ni sebenarnya tempoh masa diambil utk shopping adalah antara 1.5-2 jam sahaja! Kalau lama pun, termasuk makan dan solat jadi 3 jamlah...Sungguh kalut kan?!! Tahu kenapa? Sbbnya kalau silap timing dia dah masuk 'fasa nap' jadi mudah lah dia cranky bila dah menghampiri masa2 itu.

Hubby pulak jenis suka kuar pagi....Kul 10.00 - 10.30 gitu mesti sampai shopping malls so senang dpt parking.Normally Aliah tido around that time, kul 10.30-12.00! Selalunya, kalau kami sampai dia dah tertido jadi tunggu setengah jam- 45minit utk 'charge' dia bagi puas....Kalau pg tu charge 1-1.5jam, dptlah 'baterinya' bertahan 2-3jam. Hahaha!

Jadi memang susahla kalau nak window2 dulu, baru beli....Selalunya pusing2 1-2x terus grab and go to counter. So Jln TAR dan Sogo bukanlah pilihan utama. Mcm baru ni aku nak sgt gi Gulatis dan Sogo, tapi disebabkan Aliah hanya tido 1/2 jam sebelum sampai, aku risaulah 'baterinya' tak dpt bertahan lama!

Nak beli kain, bkn boleh main amik je kan??!! Byk pilihan, dgn ramai org mmg tak aman nak membeli....Si kecik tu ok je,cuma time dia takmo kat papa dia, dia mulalah nak bergerak sendiri! Whissh...Sgt bahaya ok time ramai2 org nak biar dia sendiri, masih teringat lg kes kehilangan Yin dulu!

So sbb tu kdg2 aku lebih suka membeli secara online....Walaupun kos sedikit mahal dan belum tentu dpt yg same as picture, tp amanlah. Byk masa nak bloghopping and make payment! Korang mcmama lak handle shopping sejak ada anak?

Thursday, December 24, 2009

So Syok Holidays!

Syoknya bila bercuti bersama kakak sendiri....Rasa mcm mengimbau zaman kecik2, teringat arwah pak n mak selalu bwk kami pi berkelah di Pantai Merdeka/ air terjun.

Well...Pergi dgn family kakak aku dari Kedah. Depa mai rumah aku dari Sabtu, Ahad kami pi Ikea (ya Allah byknya umat manusia..merenyutt sampai aku pening). Kami pi Isnin, hubby tak ikut sbb dia dah habih cuti!

Di PD, kami dok Ancasa Allsuites...Apt 2 bilik,memang cukup besar utk kami yg 4 dewasa dan 3 kanak2 bawah 10thn. Sbb last minute,jadi no choice. Rate mahal sini, tade bfast! Tapi superb facilities...Pool siap wading pool dan juga ada spa, reflexology path,padang dan dekat dgn pantai yg ada jual tshirt2 n bola pelampung! Whuuoooo....Actually I've been here last year for my Lead Assessor ISO workshop. Worth the money laah!

Cuba teka apa ni? Yek....



Pasir jerlah...Heee..Ingat ape tadi?


Istana pasir kami...


Go Go girls !


The Aliya (aliah, aleya) princesses!



My sleeping beauty ;)

Tuesday, December 22, 2009

Kawan Baik..

Yang tak boleh berpisah, kalau tak rabunlah hidupku...Uhuhuuu...

Dulu semasa kecik2, family kami mmg suka membela kucing...Semua kucing mix/ tempatan. Ada sekoq kucing, aku panggil Girl yg aku dpt sejak umuq aku 6 thn sampai dia 'hilang' pd umuq aku 19 thn! Bayangkan brp lama dia bersama aku...Betapa aku meratap, mencari dia sampai iklan2 di batang pokok saat dia hilang dari rumah.

Kawan baik yg takkan boleh berpisah dan gelaplah hidupku tentulah SPEK !! Ahahhaa...Bagi org2 yg 'rajin' membaca (dan menengok TV), tentu susah nak hidup tanpa kwn baik ini. Boleh huru hara hidup!

Sejarah aku pakai spek bemula apabila aku sering susah nak jwb dlm kelas dan mtk tukar tempat pd darjah 5...Lps dah buat, memang tak boleh bukak2 dah walaupun rasa huduh dan gatai2 takmo pakai bila keluaq (sbb rasa mcm budak nerd)! Time matriks dan first 2 years Degree aku pakai lens sbb nak nampak cantik :p dan mudah bila pegi camping dsb. Kemudian break sekejap, pakai spek semula dari 2000-2001. Keja, pakai semula saham pun naik! ;)

Lps masuk keja gomen, dah tak kuasa nak melawa...Tambah dah kahwin, rasa mcm tak patut lah melawa over2 gi opis. Pakai spek dan selama pakai spek ini, berapa kali ada kes patah frame dan pecah! Huhuu..Sungguh meruntun jiwa.

Dan paling menghampakan, setiap kali (setiap 2-3 thn, patutnya setiap thn) check mesti power spek naik! Bila power naik, maka teballah lens....Kalau nak buat yg nipis, sediakan lah duit saja! So sungguhla menyentap perasaan (nak kena kuar duit brkepuk). Semlm, dlm sejarah 20 thn aku pakai spek POWER TURUN! Fufhhhh..... Walaupun turunnya 1.00 je, silau masih tinggi...Lega skit. Patutlah asyik pening2 (tp optometrist tu kata pening sbb lain pun mungkin juga sbb tu power turun..Emm...) !

Sbb tu aku skrg jaga sgt mata Aliah....Kalau boleh haraplah dia tak ikut gen.aku, cepat rabun. Harap dia dpt gen.hubby! Kesian kalau kena pakai spek awal........Mata jadi kecik, kecomelan akan sedikit tidak kenampakan (apakah motif ini? :p) dan byk lagilah efeknya, yg paling tak tahan adalah slalu pening dan lama2 migrain! Huu....

Sunday, December 20, 2009

Tak sangka

Tak sangka skill hubby main bowling belum karat...Boleh strike byk x lak tu!

Aku?? Hampeh...Ke longkang aje! Ahahhahaa...Bayangkan pernah main sekali je seumur hidup, time tunggu SPM tu. Tulah pertama dan terakhir- 1995! Haa...10 tahun lebih.

Ini kwsn 'ana' yg punya..Hahha


Tade gaya pun..Hampeh. Kaki bangku!



Aliah bersama rakan sepermainan....


Gaya hubby...Cayalah!

Ni aktiviti tahun ni dgn staff...Tahun ni budget ciput, takleh pi mana2 Family Day.

Dah habis..Jom balik!

Thursday, December 17, 2009

Time to Say Goodbye!

Sekeping kad...Beserta sehelai kemeja
sumbangan dari kami!

Budak praktikal dari Universiti Teknikal (a.k.a KUTKM) yang bersama kami sejak 6 bulan lepas habis hari ni..So sempena jamuan bulanan, kami sekalikan farewell dia. Dia lah paling lama sepanjang sejarah aku amik 4 budak praktikal...Tahun depan, ada lagi 3 org sama jugak.

Asal2 nak makan kat McD Rahman Putra tapi ada staff yg request nak mkn nasi , x puas makan McD katanya...So kami pergi dekat jerlah. Dah reserve dan order awal, so jimatlah masa! Datang2 tinggal ucapan dan gebang2, mkn sampai terus mkn tak tgk kiri kanan dah....Ehhee. Food? So-so je di tekak aku....

Sebahagian dari staff....Geng Powerpuff Girls!


Makanan yg depa order...Aku belasah aje!


Dah habih, jom balik jom..Keja la wei!

Tuesday, December 15, 2009

Chinese Food Restaurant

Aku ni bknlah pandai sgt bab mkn2 menu BUKAN melayu/ western....So even tekak aku boleh terima chinese food bila attend dinner di hotel, still aku tak reti nak cari bila gi makan.

Last 2 weeks yg aku balik lewat dari Putrajaya tu...Hubby singgah De Templer di area Batu Caves, bukan Templer Park rawang ye ;)

Cari punya cari course yg ada...Tak reti, lost. Aku nampak kungfu mee (dgn pelbagai jenis mi boleh pilih), crabmeat soup, other seafood set etc.


Apple juice dia adalah fresh sbb tidak ditambah air gula


So kami hanya order yg light2 je spt crabmeat soup, nasi goreng Cina, fruit juices and hubby, black pepper kueteow.

Pelik kan color crabmeat soup dia? Rasanya?
So-so je...


Any tips/ recommendation of menu friends?

Monday, December 14, 2009

Ku Sanggup

Setelah berfikir2 dengan separuh masak...
Aku rasa aku nak sambung sepenggal lagi (mcm menteri2 lak) di sini..
Walaupun dah sedikit demotivated dan mungkin juga org pun boring dgn aku..Tapi aku belum mahu turun 'takhta' buat masa ini kecuali ada boss lagi tinggi sampai dulu nanti!

Banyak lagi aku nak buat sebenarnya...Bukan hanya layan kerenah dan kehaprakan vendor (sekarang). At least, aku leh tengok transition period antara vendor lama dan baru! Dan ada lah sbb utama lain..

Kerana rumah dah dekat dan hubby area pun tak jauh sangat! Save masa, save budget.......

Saturday, December 12, 2009

Superman

Sedap lagu indon.budak kecik menyanyi ni..Lucky Laki kot band nih. Antara bait-baitnya :-

Chorus;
Aku.........bukanlah superman...

...Bapaku selalu mengingatkan aku..
Lelaki tak boleh nangis....


Emm...Kesian lelaki, tak 'boleh' (digalakkan) menangis! Tapi manusia kan dicipta dgn kelopak air mata (ye ke?) mestilah utk menangis juga...Kalau kena pukul, sedih, anak sakit, makpak susah, isteri sakit?!

Entahlaa..Betul la satu email tu...Keistimewaan wanita yg Allah ciptakan. Antaranya yg aku ingat:-

1) Badan yg dicipta mampu membawa berat 10-15kg semasa mengandung.
2) Badan yg direkacipta mampu melahirkan seorang umat manusia dari lubang yg kecil.
3) Badan dan ketabahan utk memikul tugas kiri dan kanan (fungsi perempuan & juga lelaki- sebab tu agaknya selalu jumpa I.T= Ibu Tunggal bukan bapa tunggal)

Tak tahu kenapa nak tulis pasal ni...Tapi moralnya: Hargailah wanita yg di samping anda, tak kira ibu, isteri atau anak2 anda.


Apa yg Paling Tak Suke?

Whuaa..Kerja-kerja sbg isteri manakah paling tak suka buat? Setiap soalan hanya boleh pilih satu jawapan dan beri sebab.

1. Memasak
a) Menyediakan bahan2 (kupas bawang,halia,potong sayur, ikan dll)
b) Menumis dan memasak
c) Menghidang

A- sebab leceh :p dan pedih mata kalau byk2

2. Baju -bajan
a) Membasuh (merendam/ menyental dan masuk mesin-tekan suis)
b) Melipat
c) Meng"iron"

C - sebab nanti berpeluh dan amik masa yg lama utk lendit / licin!

3. Deco...Deco...Deco.
a) Kemas brg2 dari depan ke dapur dan bilik
b) Menyapu dan mengemop
c) Mendekorasi (ubah2 kedudukan, tukar cat dsb)

B - sebab nanti tade sape lyn Aliah main (:p alasan baikkk punya)

Silalah jawab wahai kekawan !
1) afzanhanim
2) yays
3) jari jemari
4) sarah al idrus
5) isabelle

dan lain-lain yg berminat nak jawab tag mudah ini!

Friday, December 11, 2009

1000x pun takpe agaknya?

Aku tak tahu anak korang..
Tapi walaupun agak dah 'season' cerita ni, Aliah suka sangat...
Tiap hari, siang mlm asyik mitak ulang tayang!

Fuh...Kalau kami tokey panggung wayang, dah kayalah kami.
Rasanya di panggung wayang kami saja, dah lebih 10x dia minta pasang.
Belum lg campur di bilik maksu dia!

Sampaikan kami dah hafal dari satu scene ke satu scene...
Satu dialog ke satu dialoog
Minggu ni aku rasa dah leh hafal lak tone suara
"Nak cari mak dia? Mcmana nak cari mak dia...Kita pun sesat!" kata Kak Ros.

Apa lagi...Kalau bukan






GENG
Pengembaraan Upin Ipin!




Tapi kami kagumlah crite ni...Mmg membanggakan Malaysia. Tak rugi MOSTI support! Mmg tak boring....Tak rasa kebudakan.

Banyak sungguh elemen kebaikan dpt dilihat dari animasi ini:-
1) Kasih sayang kakak adik dan kawan-kawan
2) Amanah menjaga barang (Raju dan brg Lim)
3) Kasih sayang seorang ..Upss..seekor ibu - sanggup berbuat apa saja
4) Janji dgn budak mesti ditepati (Raju dan Lim)
5) Keindahan alam dan cara hidup kg
6) Elemen muhibbah 1 Malaysia (semua kaum ada)
7) Realiti kehidupan (ada budak lembut,ada budak kedekut,ada aweks garang,ada org penipu)

Thursday, December 10, 2009

Dapat Apa?

Ohh..Entry tertunggak sebulan.


Birthday hari tu dapat ini...Memang surprise sbb tak sangka hubby nak bagi di saat budget tight slps balik dari holiday. Ingatkan colleague! Hantar ke office lagi....Alhamdulillah.


Ada chocolates lagi!

Wednesday, December 9, 2009

Siapakah Sha Mo Moi?

Siapakah/ apakah? Entahla si Aliah ni..Sejak 2 menjak ni dia suka sebut sha momoi dlm apa2 yg dia cakap. Even kalau dia humming lagu apa2 atau tgh sembang, mesti sha momoi/ momoi ni ada dlm ayat dia!

Aku agak momoi ni kwn imaginasi dia kot...Sbb contohnya dia akan bersembang mcm ni,

"Papa tade, ibu tade, nenek tade,maksu tade, atok tade... momoi pun tade!"

ATAU

"De da...de da..a.aieie...momoi...aeieik ooo uuuu" (lagu ape ntah dia ikut)

ATAU

"Alaa...Momoi lah ...."


Agak2 korang, ape ye ?? But she's so cute and cheeky sebut momoi ni...I like....

Tuesday, December 8, 2009

It's No More No.1 in Wishlist!

Ingat tak pasal entry2 dulu on how am I so anxious to give Aliah new sibling? Ahhaa..After a month, feel like it's no more our (or could say, my) priority! Bukanlah tade rasa tergedik2 langsung nak..... Tapi telah berjaya utk tidak merasa desperate and pressurekan diri sangat. Sebab?

Sebab...Rasanya Allah itu Lebih Mengetahui apa yg baik utk hambaNya.

Tapi diri sendiri, antaranya rasa2 lah :-
1) Rasa mcm tak mampu pulak handle physical and mental bila ada 2 (pregnancy journey mmg best).

2) Rasa mcm Aliah belum puas bermanja, kesian lak nanti kalau tersisihkan (read= termarah2) dia nanti disebabkan bz dgn org baru.

3) Rasa boleh tgk wishlist lain utk dicapai dulu.

Wish me luck!

* Happy 26th months birthday for Aliah!


Monday, December 7, 2009

Denai Berbisik

Aku tak tahu mana denainya dlm cerita ini...Aku tengok sbb ada Zulhuzaimy yg cute dan thriller nya yg mcm sedih gitu.

Plotnya sedih tapi tak berjaya pun buat aku menangis...Walaupun hormon tgh tak betul skrg, air mata tu takat bergenang je (tu pun rasa mcm terpaksa je).

Kisahnya di PRIMA 105 mlm tadi....Mak bapak Ismail (Zulhuzaimy) telah meninggal. Mereka ni org kg yg susah la! Ismail ni ada pulak adik yg beza umurnya aku anggarkan 5-6 tahun dari Ismail, dan terencat akal (dlm 70% je kot) ...Aku tgk 20 minit lps mereka yatim piatu (20 minit slps crita start), Ismail ni lah yg menjaga adiknya Hakimi slps mak bapak mereka meninggal.

Ismail ni bekerja di kebun sayur, dengan seorang pakcik org kg yg baik hati dan punya anak dara.. Hakimi yg selalu ikut abgnya ke kebun pd satu hari telah mengintai anak dara pakcik tu. So Hakimi balik dan torture la adiknya, kalau Kimi tak berubah (aku x tahu la berubah dari apa ke apa sbb tak tgk kot yg awal) silap2 mereka 2 beradik kena tinggalkan kg ini! Kimi rupanya dlm diam, mlm2 suka tgk majalah Mangga (hahhaa...aku agak je) sbb byk pmpuan seksi dlm tu sampai buatkan dia terliur (terliur sungguh weh, sampai meleleh air liur..maybe sbb dia sakit sama).

Satu hari, Kimi telah mengikut kutu2 kg dlm operasi mencuri kedai Ah Pek dan kutu2 ini mengumpan Kimi dgn permpuan sbb alasan mereka, walaupun Kimi ni tak betul tapi nafsu liar apa?? (kesiannya Kimi ni) dan akibatnya Ismail dikatakan tidak pandai jaga adiknya! Balik dari operasi tersebut, Kimi cuba pula merogol anak dara pakcik kebun tu. Pakcik baik tu ada nasihatkan Ismail supaya hantar je Kimi ke Pusat Kebajikan Masyarakat supaya Kimi lebih terbela dan dpt bedikari tapi Ismail tak sanggup....Mlm tu Ismail ikat Kimi di pokok dan biar kimi tidur dpn unggun api. Esoknya, dia tgk di lengan adiknya ada kesan mcm kena cucuk (dadah).

Dlm satu kejadian, ada sorang laki datang membelasah Ismail di kebun dgn tuduh Kimi telah merogol isterinya..Mcm tak percaya. Ismail terus ke rumah laki tu dan tgk adiknya telah diikat dan dibelasah ramai2. Dia pun selamatkan adiknya dan mereka pun meninggalkan kg! Aku mcm tak percayalah si Kimi ni berani hingga gitu...........

Di bandar, mereka telah dijumpai oleh Dato Riduan (Hashim) yg baik hati dan amik mereka tinggal dengannya utk menjadi tukang kebun. Ismail dan Kimi pun kerja dgn baik hingga 3 tahun, Dato' bwk Ismail keja di syarikatnya sbg Pengurus Projek ...Apa kelayakan dia ni?? Emm...Sungguh lah baiknya hati Dato'.

Dato' ni ada anak pompuan, Intan Ladyana yg balik2 terus tangkap cintan dgn Ismail dan kahwin...Tapi Intan tak suka dgn Kimi yg terencat itu lalu cuba membuat Kimi berambus. Dia memancing Kimi dgn mencuri gmbr mak mereka dan balik2, Ismail dan Dato' tgk Kimi di atas badan Intan.

Terus Ismail tanpa usul periksa, membelasah adiknya itu krn menyangka adiknya merogol isterinya...Dihalaunya Kimi mcm kucing kurap. 2-3 hari slps itu, dia terjumpa gmbr ibu mereka di katil. Dia mengesyaki ada yg tak kena sbb dia ingat Kimi pernah kata kalau ada org kaco gmbr ibu mereka, Kimi akan bunuh org itu. Baru lah dia ingat, rupanya si bini yg punya angkara. Lalu dia pun kuar rumah utk mencari adiknya!

Dijumpai adiknya di belakang lorong2 gelap, tgh muntah buih tak sedar diri krn overdose dadah..Bila masa si Kimi ni amik dadah? Aku agak dia kena naiya....Hubby kata takkan laah kena naiya bukannya murah dadah (org nak cucuk free)! Emmm...Kimi dpt diselamatkan.

Ismail pun balik rumah, amik baju lamanya sehelai sepinggang bagitahu bapa mertuanya si Dato yg dia takleh lagi tinggal situ dan janji dia pd ibunya nak jaga Kimi sampai mati! Dia pun ceraikan Intan- talak 3 terus (sbb dia nmpk Intan tade insaf)..Amik kau!

Bila balik kg, Kimi nazak dan mati akhirnya...Kesian sungguh, si Ismail jaga sendiri (apa daa bongok takkan la dulu keja dgn Dato' sesen pun tade bwk adik gi kinik kg ke ape ke). Bila Kimi mati, dia gi mtk tlg org kg uruskan tapi si dajal laki yg dulu tu tak bagi org kg tolong sbb dia kata Kimi dah rosakkan org kg dan tak layak pun kebumi kat kubur sini...Nauzubillah, teruk gitu ke dendam org kg??

Ismail pun tade pilihan...Balik , cangkul sendiri dpn rumah pusaka makbapak dia nak kebumi Kimi. Mujurlah datang satu kumpulan pendakwah kg, tanya dan tolong sbb "Apa guna kita seagama, jika tiada ihsan?". Selamatlah Kimi dikebumi depan rumah pusaka makpak mereka...

Yg aku kurang puas hati (sbb citer ni patutnya best dan sedih):-
1) Dikatakan Kimi mati sbb Aids krn berkongsi jarum (amik dadah). Bila masa lak Kimi yg terencat ni jadi mat gian?
2) Kelulusan apa yg Ismail ada utk dilantik sbg Pengurus Projek? Pdhal keja dgn Dato' tu sbg tukang kebun je...Pengalaman urus porjek landskap kot?
3) Ismail pun dah pengurus besar, patutnya takyahlah balik kg..Teruskan je idup dgn duit kerjanya dan ubah hidup adik dia sekali.

Patutnya kalau nak lebih tragik, begini :-
1) Kimi ni suci murni dan dinaiya org - tuduh merogol dan amik dadah pun kena naiya. Kena ade unsur kena naiya spt kena tuduh rogol tu, mungkin ada org pedajal sedangkan bini org tu mmg main dgn org lain?
2) Ismail amik la short course/PJJ dlm bidang Pengurusan Projek ke Pengurusan Sumber ke dsb barulah layak dilantik jadi Pengurus Projek barulah nmpk bijaksana dan berwawasan!
3) Dato' tu patutnya offer la Ismail kekal kerja dgn dia walaupun bukan lagi menantu dia, baru professional

Keseksaan Hujung Minggu



Uhh...Vocab.yg ntah hapa2 (keseksaan). Nak guna penyeksaan mcm kejam lak, tp keseksaan ini lebih kurang maknanya rasa terseksa (walaupun tak disengajakan).

Lepas demam Khamis itu, rupanya Aliah kena mouth ulcer and tonsilnya bengkak...Uhh, memang sungguh terseksa kami laki bini sbb bila dia rasa pedih/ nak batuk, dia akan menjerit mcm kena benda yg amat sakit (mcm kena pukul gila2 , tp x pernah pun bg dia merasa pengalaman itu)! Kalau dia merengek je boleh tahan lagi tapi bila dia menjerit2 kemudian diiringi dgn tangisan yg takmo henti walaupun dipujuk mulalah angin naik satu badan...Tak tahu nak buat apa. Tidur pun susah! (dah tido, lega la kejap telinga kami..dan jiran2 kami)

Makan minum semua takmo....Doc. suh bagi jelly/ aiskrim to sooth her pain. Biar betul? Tapi cuba jerlah...Based on babycenter pun, time kritikal mcm ni dia takmo makan pe2 still kena pastikan dia amik liquid. So umpannya adalah jelly/ aiskrim dan ini buatkan mata dia bundar je bila dgr doc. cakap begitu! Sbbnya aku memang jarang bg dia amik choc./ aiskrim..... Kecuali kalau benda tu mgm dah ada dlm fridge.

Sehidup dia 26 bln kami menjaganya ni...Demam alhamdulillah, mudah sgt nak jaga (kecuali bab bg ubat) tapi kalau kena tonsil ni, memang naik serik! Angkat bendera putih woo...Mengucap pjg.

* Tips kami hadapi hari2 menyeksakan ini di hujung minggu -->
Bwk dia jln2, main2 dan lekakan dia dgn apa yg dia suka. So dia senyap la kejap-tak ingat sakit dia tu!! ;)

Tgk matanya yg layu...Layu2 pun ibu angkut gi KLCC!
Rasekan...Dok rumah asyik menjerit2 je.


Time main nih, tade lak dia ingat sakit dia...
"Aliah nye..Aliah nye.." ader la!

Saturday, December 5, 2009

Friday, December 4, 2009

Sha Mo Moi

Ni kawan baru Aliah...

Sapa?

Nanti2 lah aku cerita....

Laguku Lagumu Jua

Dulu zaman bujang2 dan zaman jadi staff, mp3 memang banyak dlm C dan pendrive..Tapi sejak keja sini, dah lama dan jarang sangat pasang mp3. Tak sempatlah konon dan polisi! Ehhee.. Tapi lama2 rasa jugak boring senyap sepi.

So sejak dapat Streamyx semula..Dapatlah download lagu2 terkini. Tak boringlah koleksi sedia ada kalau nak dengar pun!

Rasa muda semula pun ada..Life, without music ..Hmm...

Thursday, December 3, 2009

Eid Adha back at Alor Setar!!


Aktiviti Aliah along the 5 hours journey..


Normally we picnic along the highway R & R




Aliah and her 2 'kakak' (cousins a.k.a anak my sister)

IT Without Technical

Bila dah lama tinggal technical, memang akan datang rasa lembab dan malas nak keep up dengan all latest techno. and commands. Yg basic2 commands nak troubleshoot network / database masih ingat laa Tapi hat (baca: had/ bukan "hat"= topi) lain2, dah rasa karat sangat dah !! Arghhh...

Bila karat nih, kalau org lain rajin nak mengasah bagi tak tumpul teruih...Tapi aku, huihh..siap rasa nak simpan jaa masuk gobok! Mauahhaaa...Rugi..Rugi.

Alhamdulillah, di jabatan sekarang peluang agak byk dan mudah utk attend course....Either direct related to scope or not, boleh pilih. Juga boleh pilih juga utk hantar staff kalau mls nak outstation! Muhaaahhaaa...Maklumlah dah ramai sikit skrg. Janganlah jadi boss yg tamak, semua nak bolot utk diri sendiri sampai staff dok terperuk ja buat kerja opis 24-7-365! Bagi la chance staff pun merasa dok hotel (tmbh kalau vendor/ supplier yg buat)....Tapi masalahnya kdg staff pulak mcm2 hal/ komitmen rumahtangga ngalahkan seorang suri!


Emm.....Camna ye? Aku dah agak, aku memang kurang sesuai dgn IT! Aku ok dgn management tp sedikit kurang lah jika manage bodoh2 / zero knowledge on technical. Camna nak buat/ buat2 minat ye?

Seminggu 2 ni memang tidak produktif...Pergi kerja balik kerja otak melayang2. Lunch pulak asyik kuar merayap di luar dan lunch di merata2. Appraisal dah siapkan, tinggal yg staff punya je belum sampai 1-2 pun kat meja aku! Emm..Kasi chance kat depa sampai Christmas.


Wednesday, December 2, 2009

Masih Belum Berjaya!

Hari ni 3rd visit Aliah to dentist utk filling gigi geraham atasnya....Dari mlm tadi aku dah pujuk2 bgtahu tak sakit, kejap aje dan nanti dentist bagi sticker once dah siap (utk umpan dia). Motivate dia supaya berani sbb dia kakak dan kuat (minum susu)!

So pagi ni dia pun ceria siap...Dlm kereta, aku ulang benda yg sama. Sampai2 klinik pun, dia masih happy dan ready! Dlm hatiku, insyallah kut dpt sebatang pun jadi lah..Kalau tak, segan laah aku nak dtg lagi.

Bila naik atas kerusi tu, dia masih okay....Tanya dia ok ke? Dia kata "Berani!" siap dgn tgn ala power rangers!! Muahhahaa...Siap dah nganga mulut...Ok lah, dia duduk dan dentist kira gigi. Sekali bila dentist letak ubat, dan dia nmpk berus gigi berpusing tu terus dia cakap "Taknak!"

Uhh....Taknak nya itu tegas, tanpa tangisan tapi tegas . Firm enough dan terus dia bagi semua tiny toys yg dia amik sebelum itu :p Adoihh la anak! Pujuk2 dlm 10minit masih tidak berjaya.. Dia kata "Jom..Jom ibu..Balik..". Assistant dentist keluarkan sticker utk umpan supaya buat jugak! Dia dah geleng2....Tak mahu.

Emm...Takleh la lagi nampaknya :( Baliklaah! Tapi dpt jugak sticker......Whhuu...Tak malu, dia amik dan keluar tegetik2 dgn cerianya, balik dpt sticker! Dia dpt antibiotik sbb gusi atas bengkak skit.....Dan juga, NEXT APPOINTMENT on 19/1/2010 .

* Apsal paed.dental takde berus yg takde bunyi mcm mesin?
* Nak tackle kids, dentist kena pandai target..Yg silap tadi, dentist tu letak di gigi bwh dulu pdhal gigi bwh tade masalah.

Naik kuda sementara tunggu ubat!

* Update Info. 3/12/2009
Aliah demam dari semalam (hari klinik)
maybe terkejut :( Ada tonsil sekali..Cian.


Tuesday, December 1, 2009

KAMI

Waah......Tak sangka dah nak masuk 6 tahun hidup dgn hubby.


KAMI
Yang berbeza
Dia...Along
Aku...Acu

Yang comel
Dia di ketinggian lelaki normal
Aku di ketinggian perempuan kiut
(apekah...hehhehe)

Yang angin
Dia angin yang jarang didengar..Sepoi2 bahasa
Aku angin yang kadang datang bak taufan

Yang utara
Aku..Yang suka gulai, pulut dan ketupat palas

Yang selatan
Dia..Yang suka asam pedas, nasi impit dan lontong

Yang ada hobi
Dia..dengan hobi Gundam, miniaturenya, deco.nya..

Yang tiada hobi
Aku..melainkan shopping..Hehhee...

Yang suka F1
Dia...
Aku..suka hero F1 yg hensem sahaja

Yang suka makan
Aku...

Yang kurang makan
Dia...

Yang suka action movies
Dia..

Yang suka crita Melayu
Aku je...

Yang suka animation/ romantic comedy
KAMI



Akhirnya...ada juga yang sama antara KAMI!

;)