Sunday, December 27, 2009

Online Syndrome

Sejak ada Aliah ni sebenarnya tempoh masa diambil utk shopping adalah antara 1.5-2 jam sahaja! Kalau lama pun, termasuk makan dan solat jadi 3 jamlah...Sungguh kalut kan?!! Tahu kenapa? Sbbnya kalau silap timing dia dah masuk 'fasa nap' jadi mudah lah dia cranky bila dah menghampiri masa2 itu.

Hubby pulak jenis suka kuar pagi....Kul 10.00 - 10.30 gitu mesti sampai shopping malls so senang dpt parking.Normally Aliah tido around that time, kul 10.30-12.00! Selalunya, kalau kami sampai dia dah tertido jadi tunggu setengah jam- 45minit utk 'charge' dia bagi puas....Kalau pg tu charge 1-1.5jam, dptlah 'baterinya' bertahan 2-3jam. Hahaha!

Jadi memang susahla kalau nak window2 dulu, baru beli....Selalunya pusing2 1-2x terus grab and go to counter. So Jln TAR dan Sogo bukanlah pilihan utama. Mcm baru ni aku nak sgt gi Gulatis dan Sogo, tapi disebabkan Aliah hanya tido 1/2 jam sebelum sampai, aku risaulah 'baterinya' tak dpt bertahan lama!

Nak beli kain, bkn boleh main amik je kan??!! Byk pilihan, dgn ramai org mmg tak aman nak membeli....Si kecik tu ok je,cuma time dia takmo kat papa dia, dia mulalah nak bergerak sendiri! Whissh...Sgt bahaya ok time ramai2 org nak biar dia sendiri, masih teringat lg kes kehilangan Yin dulu!

So sbb tu kdg2 aku lebih suka membeli secara online....Walaupun kos sedikit mahal dan belum tentu dpt yg same as picture, tp amanlah. Byk masa nak bloghopping and make payment! Korang mcmama lak handle shopping sejak ada anak?

No comments: