Tuesday, November 30, 2010

32 sudah !!





Alhamdulillah, 32 dengan 3 anak dara....2 masih bersama, moga selamatnya dan yg 1 menunggu di sana!



Syukur di usia ini :-

1) Punya suami yg penyayang, rajin lagii bertanggung jawab.
2) Punya anak2 yg sihat dan menggembirakan.
3) Punya tempat dan peluang utk belajar serta menambah rezeki keluarga.
4) Punya kesihatan yg baik dan rezeki utk menyusukan anak2 .
5) Punya ahli keluarga yg prihatin lagi mengasihani.

Apalagi yg diidamkan??


MOGA DIPANJANGKAN UMUR DAN SENTIASA DALAM LINDUNGAN
YANG MENCIPTA.


Hadiah paling best dari hubby
thn ni!! Handbag baru....

Monday, November 29, 2010

Entry Tertunda

1) Aliah 3rd birthday -mini celebration

2) My 32 birthday present

3) Amani @ 2 months

From Porttrait to Landscape....

Baby dok dlm perut ibu...
(Cantik tak bedsheet?)


Dulu tidonya ber3...Aliah leh dikepit tgh2...

Sekrg ber3 jugak tapi ibunya pula dikepit2 dan katil terpaksa di"rotate" (maaf, gmbr katil tidak boleh dipaparkan krn esklusip).


Ahahaa...Dapat bayangkan tak camna kami anak beranak tido??

Adalah spt ini lebih kurangnyaa.............

Bila tgk gmbr ini, nampak sgt
mcm ibu lebihkan baby kan??
Cian Aliah.......


Bilalah Aliah nak mengalah???


** Sila abaikan lukisan yg buruk, sbb pakai mouse je (Mmg subjek Lukisan selalu C pun)

Friday, November 26, 2010

Life of Mommy with 2 princess

Tido la adik..Tido la sayang!!


Agak weng...
1) Amani menyusu, Aliah mintak bancuhkan susu...OK kalau papa ada sama, papa leh tolong.

2) Amani nak pangku goyang2 time tido, Aliah nak digosok sebelum tido...Tgn jadi octopus, kiri pangku (sambil duduk), kanan gosokkan Aliah!

3) Amani ngok-ngek-ngek takmo tido, Aliah dah tido....Kemudian dua2 akan jaga, ibu jadi weng!

4) Amani dah tido, Aliah bercakap dgn pitching yg tinggi...Adoihllaa !

5) Amani tido, Aliah kuis2 hidung-telinga-pipi dsb...Ibu? Nak tinggal gi kencing pun jadi takut!!


Skrg, kepala tgh pening2 lalat perlukan tido .............Woohoo............

Sudahnya, masak2 hanya berlaku jika hubby ada rumah...Kalau takde, masak nasi je lauk goreng dan lauk lain, kena beli buat tmbh! Weekdays setakat ni, Alhamdulillah ada kiriman lauk dari ibu mertua terchenta.....Hehhee.

Kami yg berjaya
mengetest power ibu!!

Wednesday, November 24, 2010

Ketakutan Yg Satu

Dalam fasa breastfeeding, selain supply drop...Ketakutan yg lagi satu adalah BLACK OUT !! Bayangkan EBM yg dah berbotol2, berpaket2 mencair??!!

Ya Allah...Walaupun perjalanan pejabat ke rumah MIL/ rumah sendiri 10-20 minit saja, x perlu ice pack bagai tapi terpaksa jugak standby sbb takot blackout kat rumah. Nak2 lak nanti nak balik kg 3-4mlm, haruslah x nyenyak tido!!

Memang selama ni x ingat....4 hari sebelum kerja, kwsn rumah dilanda hujan lebat dgn petir kilat semua. Tup !! Fius rumah trip (spt biasa in fact)....Sebelum ni tak rasa sgt, sbb panas leh tahan laa selagi petir tak stop 20 minit-1 jam tu tahan lagi panas tapi kali ni, baru tersedar ada brg berharga dlm peti sejuk !!

Masyallah...Syukur Allah beri peringatan awal. Kalut laa aku order icepack, fikir camna nak buat nih kalau nanti keja, trip berejam2 sementara sampai rumah dah cair la EBM. Walaupun susu sendiri itu adalah free, FREE ye suami2 tetapi tetap rasa rugi dan sgt sayang kalau rosak/ tak habih minum sbb telah diperah dari badan sendiri, dgn berpeluh2 ketiak dan kasih syg :D

Kan ke sayang
kalau sekali pam dpt 5 auns
then cair free2 je ??!!



Hasil Day 1: Session 1



Penyelesaian sementara memanglaah leh simpan dlm coolerbag dan icepack, tapi penyelesaian hakiki kena disegerakan juga !! Takkan tiap2 hari nak kuarkan EBM dari freezer/ fridge ke cooler bag, ptg nanti masuk balik dbs ???!! Mau lama2 rosak jugak.....Ada jugak sampai terfikir nak tumpang peti sejuk rmh jiran dan opis, sekali rasa segan pulak ! Peti sejuk opis pulak, comel sgt....

Takpalaah, sementara fius tu dibaiki...Tawakkal saja.

* Nota kpd hubby : Cepat2 le betulkan fius tu...Menangis tak
berlagu nanti saya.

Tuesday, November 23, 2010

Sayunya Hati..NEW SEASON!

Ceh...Tajuk, takleh blah!! Hheee...

Dah start pun keja, sebelum Subuh susukan Amani..rasa sayu tgk muka bolat budak kecik tu. Cium2, air mata rasa bergenang.

Dah siap mandi, Aliah pula merengek kata ibu belum baik..cuti la lagi!! Sedih, sbb walaupun cuti bkn dia dok dgn aku pun di rumah siang2 kan...So kenapa dia still request utk cuti?? Sadis....
Bekalan semua bwk...Botol 6, pumping gears, towel kecik, cooler bag dan horlicks 3-in-1! Hati je mcm taknak bwk...Huhhu.

7.40 pagi, drop Aliah dulu...7.50 pagi, singgah beli nasi lemak dpn sekolah. Tingat dulu sebelum Amani lahir, kalau beli nasi lemak mesti request utk Aliah juga - Nasi lemak '0' separuh, telur separuh! :( Dlm perjalanan, susukan Amani...Dia terlena bila sampai di opis, so letak dlm carseat dan hubby pun meneruskan perjalanan ke rumah grannysitter.

Dari 7 botol yg ditinggalkan (1 botol = 1.5 oz), 4 botol je habis licin...Yg lain, masih ada baki. Agak dah, dia mesti tido 2-3jam so tak larat sgt minum. Haih la budak bolat !! Lama2 kalau tak minum kuat, bolat tu pun kurang....

Balik, 5.30 lagi aku dah punch...Hehhee, sungguh tak sabar. Kul 6.10, sampai nursery Aliah spt biasa mulut keletahnya bercakap tak renti2 dgn gaya budak mengada ! Huh..Layankan jerla. Tapi kul 7.30, aku dah dizzy rasa lalok nak tido. Sementelah Amani pun dah terlena di pangku teruslah ajak Aliah naik.

Sungguh sian dgn budak berdua...Aliah pun nmpk letih walaupun nmpk keinginannya nak bersembang dan spend masa lagi dgn aku. Tepuk2, tak sampai 10minit dah tido. Amani pun sama, tp Amani terjaga sejam kemudian !! Sampai kul 11 jugak baru si adik tido semula...

Sayang 2-2 Princess ibu ni....

Sunday, November 21, 2010

Masalah Perut Buncit

Ramai kaun hawa sangat risau kalau perut buncit kan??! Tak kiralah yg tade anak, anak sorang, anak 10 orang....Nak2 kalau perut tu nmpk mcm ada 'isi 3 bulan' atau sama tinggi dgn 'aset' di atas tu! :p

Aku pun termasuk salah seorang laah....Dulu time bersalinkan Aliah, mmg tak nampak hasil pantang sbb aku bedal je makan sesuka hati bila teringin (tade org nak marah), minum air ais/ sejuk bila dah tak tahan sgt dan pakai bengkung selang2 hari bila sempat! So hasilnya walaupun berat dah turun (thanks to BF) dan kerempeng tp perut mmg mcm ada isi 3 bulan...Huhh, sgt ketara laah kalau pakai baju melekat/ kain licin.

So sebab tu bersalinkan Amani kali ni, sementelah dah kali ke3 bersalin..Aku sedaya mungkin nak buat amalan2 berpantang tu dgn baik (tanpa culas :p). So hasilnya yg aku nmpk memang perutku lebih kempis dari sebelum mengandung....Alhamdulillah.

Antara amalan yg aku rasa menyumbang kpd 'kejayaan' tersebut yg ingin aku kongsi di sini (TIDAK SESUAI JIKA MMG LEMAK DI PERUT DAH SETAMBUN & perlukan liposuction dsb):-

1. Bengkung selama boleh selepas berurut dan bertungku (hatta tido di mlm hari).
2. Minum air sikit2.....Air suam/ panas eloknya-leh buag angin sekali.
3. Minum setengah jam/ sejam selepas makan.
4. Tidak minum air sejuk lagi2 yg berais/ air batu.
5. Pakai minyak panas dan urut2 perut sebelum tido.

Cubalah dan selamat berjaya !!

Friday, November 19, 2010

Confinement Lady (CL)

Ingat tak aku kata nak ambik CL utk jaga aku dlm pantang? Sebenarnya mmg teringin nak paantang sendiri dan ikut amalan pantang dgn betul serta terpengaruh dgn testimonial Shadira Beauty dari Azzamoro...Aku pun book utk Stay In package,14 days lagi. Aku kira dlm tempoh 14hari tu dah kuat kot?!!

Aku byr deposit seminggu sebelum raya ...Tapi sehari sebelum raya, Shadira call mtk aku tukar pakej Home Visit sbb katanya tak cukup CL minggu due date aku tu. Apesal laak kan?!! Tu masalag diaorg patutnya....Aku kenakan syarat jgk, kalau nak suruh aku tukar aku takmo tanggung mileage laa! Dahla Home Visit Package ni mahal sikit tp ada benda yg tak buat ie. masakkan makan dan basuh2. So diaorg kata nanti diaorg contact balik lps raya. Fine !

Lps raya diaorg contact and still sama, setuju juga sbb diaorg setuju tak tambah mileage sbb memang ada CL kat Rwg.....Aku amik pakej Premium sbb pakej Premium ni mahal skit tp ada masak dan basuh baju. Sbb dah mahal, aku amik sekejap je laa, 7 hari....

Hasilnya :-
1. Urut - 20 minit, sedap tapi kuat sikit la bg aku yg kurus.
2. Tungku - 10-15 minit je, sedap tapi sekejap sgt....
3. Bengkung - 5 minit, kejab betul dia ikat sampai aku tahan nafas laa nak makan dan bongkok :
4. Masak - Boleh tahan, kecuali sup ikan aku takleh telan....Kita leh request apa nak mkn dan kita sediakan bahan (beli), nanti dia advice jika request kita tu takleh makan dan dia akan msk.
5. Mandi baby - Ok, cekap
6. Urut baby - Ok, cekap
7. Basuh baju ibu & baby - Ni ngelat laa kaan sbb kalau kita ada mesin, bonus la bg CL tu unless kain2 kotor mcm kena darah/ taik leh laa kot request dia sental....
8. Mandian herba - Ni pun ngelat, sbb CL tu sedia bahan day 1 je dan ulang panas hari2 berikutnya....

Overall, aku leh bagi 7/10 je.....7 dari 10 bintang. Aku puas hati bab 1-6 jerla sbb nampak gak kesannya . Apa pun, pengambilan CL ni baguslaah utk kita yg muda2 dan tak berapa tahu pantang, belajar utk jaga diri sendiri slps bersalin !! Tak salah mencuba tapi cari dan survey la byk sikit....Hehhe.


Wednesday, November 17, 2010

In less than a week...


Sterilizing



Labelling...Botol MLO 2 oz panjang juga
cuma kecil


The 30 days collection....


I will leave my girls dekat 'orang'...

I will start pumping out the milk like milk factory (like a cow? :p)...

I will miss the girls mostly the precious moments of co-sleeping during the day....

I will start wondering on-off what are they doing thru out the 10hours...

I will start counting every minutes to 6 pm....



Whuaa !! Office....

HERE I COME !!!
22/11/2010

Wednesday, November 10, 2010

Penemuan Baru

1. Milk Booster
Kailan --> Kailan ikan masin, aku consume beberapa helai je sbb hubby beli utk dinner tp tgh mlm tu boobs mcm nak pecah. Bengkak sgt takleh skip pump! Sekali pump, dpt 4.5 oz (1 side) ...Yuhoo.

2. Afrina Amani
Susu ibuku sayang dari benda alah lembut2 yg rasa tak sedap dan senikmat ibu punya...Hehhe. Aku tgh train Amani hisap EBM melalui botol which is sangatlah tidak nmpk apa2 progress lagi, melainkan dia tau jgk hisap cuma dia tak telan/ hisap dgn byk. So takkan kenyang !! Kena kerja keras lagi seminggu ni....

3. Aliah Irdina
New nursery..Baru day 1. Dia ok cuma seriau bila time mandi sbb dia tak suka org mandi kepala jirus2 !! Aduss...Ni camna nak tolong ni???

Monday, November 8, 2010

TIPS BERPANTANG....Cara Aku

Menu Makanan

Asas : Banyakkan makanan ‘panas’ (ada halia, ada lada hitam), elakkan makanan berbisa/ gatal dan berangin utk mengelakkan badan masuk angin!



1. Makanan rebus – Singgang, sup ikan merah/ haruan

2. Makanan kukus – Ikan stim, ikan/ ayam goreng kurang minyak

3. Kategori lain – Ayam masak halia, stew daging/ daging msk lada hitam

4. Menu pagi/ ptg / supper – Roti 2 keping sapu jem/ marjerin, biskut/ oats, milo/ susu

5. Makanan perlu dielak – Santan/ kelapa, seafood kecuali ikan2 tertentu, pulut, laksa, mi kuning, kueteow, buah betik-tembikai-nangka, kobis, sayur kekacang-kcg pjg, kcg buncis, kcg boto etc

2 buah utama yg ' selamat' dimakan...

Pakaian

Asas : Elakkan baju nipis / kaki togel pijak lantai yg sejuk..Ini semua utk elakkan badan masuk angin dan kaki tersadung apa2 yg boleh akibatkan jatuh/ tumpah darah!

Stokin dan kain batik,

tak dpt dipisahkan...


1. Berstokin dan berkain batik - Pakai selagi boleh...

2. Cardigan/ jaket/ baju lengan panjang – kalo cuaca sejuk je aku pakai! :p

3. Bengkung – selama mana boleh, demi perut yg kempis ;)


Amalan Lain

1. Berurut minima dan mandi herba 7 hari utk betulkan urat, buang angin yg byk dlm badan dan sedapkan semula badan. – Aku amik 14 hari.


Antara bahan dlm mandian - Limau purut, halia, daun

limau purut, akar2 kayu yg aku x pasti apa

2. Bertungku minima 7 hari utk panaskan badan, percepatkan pengaliran darah nifas, kempiskan perut – Aku buat 10 hari.

3. Tidak keluar rumah senja/ hampir senja utk elakkan hantu setan mengekor balik dan mengusik bayi.

4. Tidak keluar rumah/ berjalan2 tanpa urusan supaya luka cepat sembuh, tenaga pulih dan badan tidak penat/ bentan – Aku keluar utk check jaundice baby je!

5. Tidak buat kerja rumah berat2 / main air spt basuh/ berus baju/ bilik air, mengangkat benda berat dikhuatiri badan sejuk, rahim rendah semula – Hubby dan CL yg tlg aku buat benda2 ni tapi lps 2 minggu, masak tu aku dah boleh laa! Main air aku masih cuba elakkan….


Akhiri pantang nanti dgn urut khas penutup pantang, mandi lulur, tangas dan mandi air bunga

utk serikan wajah ;) Seronok tau pamper diri sendiri last2 gini....