Sbg salah seorang ahli kumpulan sokongan penyusuan susu ibu di organisasi aku dan berdasarkan pengalaman sendiri, ilmu sahaja tanpa amal tak guna...Amal sahaja tanpa ilmu, kurang berkesan. Kalau dua-dua tak ada, hentam keromom jadi sia2!
Rata2 kaum ibu yg bertanya ni adalah mcm aku juga dulu...Ehhee. Org kata menyusulah dlm pantang, bagus sbb baby dgn kita. Ye, kita pun ok nak ikut tapi ilmu tak dalami betul2! Tak kaji sekali apakah2 kemungkinan2 yg mungkin timbul dan menduga semangat kental dan niat asal tu...Pernah dengar org kata, "Nak buat baik, memang susah...Mcm2 hal!" ?Haa, mcm tu jugakla sikit sebanyak dgn ibu2 yg nak menyusu sepenuhnya dgn susu badan...
Ok, istilah menyusu dengan menyusu sepenuhnya / eksklusif pun ada beza...Ada ibu bila dia menyusu badan, dia rasa dia dah menyusu dah. Ok tak salah dia! Memang bagus kalau ada rezeki nak menyusu anak sendiri...Tapi lagiiiiiiii bagus kalau dia menyusu sepenuhnya iaitu, wpun dia berpisah dgn anak dia semasa bekerja, dia masih berusaha utk bekalkan susu badannya utk anaknya membesar! Bukan sekadar menyusu bila di rumah dan bila free....
Antara kemungkinan-kemungkinan yg patut dijangkakan semasa minggu pertama melahirkan :-
1) Susu menitis2 sahaja atau titik2
2) Puting tenggelam
3) Baby tak hisap pun, byk tido
4) Baby melalak, family suruh bagi susu tepung
Semua kemungkinan itu semasa mengandung perlu dah cari alternatif bagaimana nak atasi supaya tak jadi panik tetiba niat nak menyusu, tergendala....Contoh penyelesaian bagi kemungkinan-kemungkinan tersebut adalah :-
1) Susu menitik2 sahaja
Cuba urut urat belikat belakang, tuam dgn air suam di payudara, sikat urat susu ke arah aerola dan minta makcik urut urat susu.Cuba juga ambil makanan yg membantu merangsang hormon susu spt lobak putih, sawi putih, halba campur, oat, pil susu, ulam pegaga dan jantung pisang. Sebenarnya banyak lagi, kena rajin cuba sbb tak semua serasi dgn badan kita!
Minggu awal, bukan semua ibu boleh hasilkan susu yg banyak...Tapi kena ingat juga, memang 1-5 hari pertama, susu tidak akan keluar spt membuka paip air. Susu yg keluar itu wpun sikit tapi tinggi nilai khasiatnya (kolostrum) dan sesuai utk saiz perut bayi ygs sebesar biji guli.
2) Puting tenggelam
Ada alat yg boleh didapati dari hospital semasa hari pertama lagi anda di sana...Atau boleh cuba tarik perlahan2 dgn jari!
3) Baby tido saja
Kena belajar menarik perhatian dia spt menguis2 pipinya, memandikan dgn air suam...
4) Baby melalak, family suruh bagi susu tepung
Kena sabar dan teruskan usaha...Jgn fikir anda perlu guna susu tepung! Yakin dan percayalah susu anda itu wpun sikit, cukup utk permulaan hidup bayi anda........
Itu hanya sebahagian isu yg menduga semasa awal.....Tapi kalau sebulan masih juga gitu, janganlaah terus give up! Bagi susu tepung dan puting getah memang nampak spt penyelesaian yg mudah, tapi mana habis niat dan tekad nak menyusu sepenuhnya?
Cuba kaji dan selidik apa punca tetiba susu jadi sikit....
1) Adakah dah beri guna puting semasa dalam pantang?
2) Adakah dah diperkenalkan susu tepung?
3) Adakah kurang makan dan kurang minum?
Dari kesemua punca itu, kebanyakannya jawab ya sbb :-
1) Penat laa...Nak tido mlm2...Biar suami je bangun bancuh susu (ini takleh buat pe kalau ibu itu sdiri tak rajin- sapa kata membesarkan anak itu mudah?)
2) Susu dah sikit, nanti bayi takleh tido melalak je...Kesian....(ini pun balik kpd nawaitu laa... kalau betul niat kita, doa kita, insyallah dimudahkan)
3) Mana boleh makan byk dlm pantang, nanti tak dpt le body 34-28-36 lagi! Minum byk nanti kembang urat, geleber semua....(haai..ini pun takleh bantu, seolah2 si ibu nak jaga body sdiri je body anak ada aku kesah??).
Diet2 tu kemudian boleh tak? Anda mengandung 9 bln....Adakah dalam 9 bln tu segedebuk dpt 20kg free di badan? Tak bukan??!! Allah bagi lemak2 itu setiap bulan sikit2...So bila nak kecut balik, bglaah masa sikit (aku senang ckp le, sbb aku kecik? terpulang laa kalau sdiri dah letakkan prioriti adalah jaga body sendiri).
So sendiri fikir mana yg baik...Menyusu sepenuhnya, itu pilihan anda !
- Posted using Blogpress from my iPhone