Dah lama tak mencoret...Memang banyak terbuku di dada.
Sesak...Sesak dada...
Hari ni Hari Perkabungan Negara...22 ogos 2014, bersamaan 26 Syawal.
Walaupun tiada saudara mahupun rakan taulan yang terlibat dalam MH17, hati ini tetap dipagut pilu. Bayangkan, pergi dengan kereta..Balik , kaku, disambut dengan anggota kerajaan dan naik kereta 'lain'!
Mungkin dah usia, usai sebulan tragedi MH17 ini.....Hati meredhainya. Melihat juga senarai anak kapal yg rata-ratanya dalam usia senior, 40-an memang menelah dah itulaah ajal mereka... Caranya berbeza dari kebanyakan yg lain, yg mungkin menemui Sang Pencipta secara sakit, usia, kemalangan, mengejut, jenayah dll. Yaa..Caranya saja berbeza! Yg hidup pasti akan mati...Kita pula bagaimana?Aduss....
Al Fatihah...Moga ditempatkan mereka di samping org2 yang beriman.
Semoga ajal kita kelak dalam keadaan kita beriman sbg Muslim/ Muslimah...Ameen....
