Monday, October 25, 2010

Kerna Aku Juga Wanita

Bila tgk kawan2 sekelas galak berutus surat atau berdating time lps sekolah, aku pun tingin walaupun aku berimej boyish ...Kerna aku jua wanita.


Bila lihat roommate dan officemate galak mencuba lipstick dan eyeshadow baru, aku survey jgk senyap2 dlm Avon (beli tapi pakai 2-3x je)..Kerna aku jua wanita.


Bila mengandung dan lihat org lain mengandung tukar2 baju maternity, aku pun tingin walau dlm otak nak jimat sbb bukan leh pakai dah nanti, aku sibuk jugak beli walaupun cap Scarlet Jusco …Kerna aku jua wanita.


Bila org risau mengandung dan gemuk, aku tak risau sangat malah suka…Tapi bila muka dah mula sembab, kering dan kaki mcm kena untut, aku dah mula tak senang hati gi opis dan dilihat spt mak buyong yg sarat..Kerna aku jua wanita.


Bila dlm pantang org kata jaga betul2, badan cepat naik…Aku kira naik 3-4 kg itu ok lagi tapi perut yg menggeleber itu buat aku rasa mcm nenek tua, aku dah gila fikir camna nak buat (nanti hubby tgk aku tak cantik – walaupun kat perut je, kat lain cantik lg kot :p)… Kerna aku jua wanita.



WAHAI KAWAN2, IBU2…Tolong la kongsi petua/ produk apa korang pakai utk bagi otot perut ‘kejab’/ fit balik ?? Dah kempis, tp geleber (day 33)…Huhuuu. TOLONG !!!!!!

Friday, October 22, 2010

Day 30

Alhamduliilah kami dah sebulan bersama....Syukur berpeluang lahirkan Afrina Amani dgn selamat tanpa sebarang komplikasi dan juga berpeluang menyusukan lagi anak ini dgn susu dari badanku sendiri. Inilah antara sumbangan terbesar aku rasa utk melihat anak2 ku membesar!

3o hari, boleh nak pantang2 ringan kot dah tak tahan sgt....Tapi kan, kalau boleh jgn amik risiko. Aku ni nak kata takut terketaq2 nak buat apa2 tu tak jugak, sbb dah dok sendiri. Still, aku pantang laah mana2 yg aku rasa leh efek aku dan anak. Totally NO to pulut, laksa n meemkn2 sejuk spt ais, pulut, nasi lemak (sbb aku jenis 'angin' 1 badan), mkn2 gatal/ berbisa spt ikan2 dan seafood (upss..tipu, aku ada rasa skit sambal sotong yg aku buat utk hubby hari tu dan ketam goreng utk Aliah..ehhee). Juga aku masih besrtokin dan mandi air panas sbb aku takut bentan! Bentan..Apa ke bentuknya bentan ni? Ada org kata mcm kena seram sejuk menggigil satu badan mcm demam kura kalau kena...Tapi aku takde la kena teruk, kena 2-3 mlm ni dinihari aku tetiba rasa sejuk mcm dlm aircond dalam 5-10minit hingga memaksa aku cari blanket!!!

Bukanlah nak kata kena takut pd bentan ni, apa2 pun balik pd perlidungan Yg Esa...Tapi manusia kan kena ikhtiar baru tawakkal? Pantang larang ni kan utk menjaga kesihatan kita... Kira 1 ikhtiar utk baik, luar dan dalam. Jadi cubalah ikut seboleh yg mungkin!! Anyway, dah day 30 ni..Apa pencapaian kami sekeluarga?


Aku
1. Berat aku latest check, 50kg...Out of 61kg last sebelum bersalin.
2. Perut, peha dah kempis cuma masih ada 'spare tyre" (sikit geleber laa).
3. Kulit perut gelap lum hilang tp no stretch marks.
4. Rambut dah mula gugur sikit...Tak sabar aku nak gi salon, potong pendek ala2 Isabelle.
5. Aku masih cun !! (hhhaa..please...tahan) mcm student persisnya..


EBM
1. Dah mula kumpul day 3 lagi walaupun tak konsisten pump (ikut rajin dan tahap kebengkakan).
2. EBM dah separuh penuh freezer....Pakai botol MLO (duh..makan space, nak pakai botol dadih nanti susah pengasuh nak tukar2).


Afrina Amani
1. Dah chubby skit..Rasanya berat dia dah lebih 3.5 kg (walaupun kerap 'termuak')
2. Dah mula demand utk pangku/ goyang2 lps menyusu dan nak tido.
3. Dah mula suka tido dekat ketiak aku....
4. Dah pandai tgk keliling.
5. Dah pandai communicate (menyut= huuu...huu...bila kami ckp dgn dia)



Aliah Irdina
1. Kakak yg baik dan boleh diharap...Tahu lapkan muntah adik.
2. Tak buat adik dia, walaupun kdg2 aku marahkan dia sbb dia meqap!
3. Dah boleh tuang air dan mandi sendiri....
4. Dah boleh terima alasan spt tunggu kejap, senyap/ cakap pelan adik tgh tido dsb.
5. Nyanyikan twinkel2 little star layan adik dia...Smenetara ibu dia habiskan entry :p

Bukti kasih syg pd adik :p
Ape, dia ingat adik dia robot?


Hubby
1. Memang sgt boleh diharap...Byk kerja rumah dia bantu.
2. Sgt boleh dihaarap sampai aku jadi malas pulak masuk dapur!
3. Ketokohan sbg bapa org dah makin nmpk...Mandikan Amani, layankan Aliah. Emm, actually dlm tempoh ni seboleh mungkin kami takmo Aliah rasa tersisih/ kecik hati!


Kerja Rumah
1. Basuh baju dah kena 2x seminggu.....
2. Penuh juga penyangkut bulat sekali basuh..Bkn 1 penyangkut bulat, 1 besar 2 kecik (Yerla.. Nak gantung mittens n booties dan suar dlm kami lagi :p).
3. Masak memasak jadi ringkas2 aje...Masak 3 lauk dah kira 1 pencapaian hebat lah! hahha...
4. Kerja2 yg aku tak suka, hubby dah langsaikan...Sangat lah suka takyah sental kuali, takyah sental CD, takyah sangkut baju2 kecik, takyah sapu sampah. Pendek kata, ni je 1-1nye sbb aku akan rindukan tempoh berpantang! (Pantang adalah tempoh utk mls...muuahhahhaha).
5. Bhg atas rumah terpaksa diabaikan sekejap sbb aku 'dilarang' naik turun tangga (aku naik jgk seminggu sekali....Amik apa2 yg patut).

Tuesday, October 19, 2010

I HATE YELLOW

Kuning atau istilah saintifiknya Jaundice iaitu penyakit yg kerap melanda baby baru lahir akibat perlahannya system badan nak keluarkan bilirubin (toksik dalam badan) dari badan. Dari pembacaan aku di laman En Google dan terbaru, majalah Aniqah edisi oktober 2010, jaundice ni ada 2 jenis iaitu Jaundice patologi dan jaundice fisiologi (ni jenis yg selalu budak kena dan selalunya tak bhy).


Yg merungsingkan aku sikit sebanyak adalah dah day 27 tapi jaundice Amani belum hilang sepenuhnya! So muka dia mcm ala2 pucat sikit…Mata dah tadak. Ahh, why laa kuning depa ni lmbt hilang?? Mcm Aliah dulu, dekat 2 bln…Prolong jaundice. Amani pun nmpknya sama lah, walaupun sikit je! Nmpk kat btg hidung je……Ikutnya jaundice Amani kuar awal, day 3 lagi so harapan tu ada utk lihat jaundice dia surut spt terlorotnya pusat dia pada day 10 (Aliah dulu day 12 ke 13 camtu). Tapi nampaknya tidak…


Kalau ikut kategori jaundice yg dipreskripsi dalam majalah Aniqah tu, prolong jaundice Amani dan juga Aliah maybe breastmilk jaundice dan insyallah tidak membahayakan! Sbb diaorg still awake and still nak menyusu bila masanya…


Dulu time Aliah check sebulan dan ada lg jaundice, klinik refer ke pakar dan bermulalah episod amik darah dan air kencing...Sakit woo tgk baby kena 'VE'/ amik sampel dari salur kencing dia! Kali ni, hubby tak bg bwk lg takut kena ulang yg sama walhal dulu resultnya tade pe pun! Tade la kena tukar drh ke ape ke...lps 2 bln, kuning tu pun hilang tanpa disedari.

Saturday, October 16, 2010

Bukan Salah Ibu Mengandung

Sapa ikut telemovie Chinta di TV3 kul 6.30 setiap Isnin-Khamis? Ceritanya dah masuk fasa ke2 yg lebih menarik….

Kalau sapa yg ikut episode-episode awal, mungkin juga akan tahu kenapa Chinta sanggup lupakan tudung, lupakan solat, lupakan Allah! Ya..Dia berdendam. Mungkin betul dendamnya pd Allah. Mungkin dia beranggapan, selama ini dia patuh pd suruhan ayah dia utk menutup aurat dan mengerjakan solat dsb, tetapi dia masih tidak dilayan dgn adil. Dia masih dibeza kasih sayang dgn abangnya ! Dia masih menjadi mangsa abangnya serta mangsa rogol org2 yg bertopengkan imej Islam…

Salah siapa? Bukan salah Allah pastinya…Dalam cerita ini, aku salahkan ayahnya laah! Kenapa bezakan anak lelaki dan perempuan? Akhirnya, anak itu meniayakan diri sendiri kerana terlalu marah…Memang kita boleh juga kata, kenapa ajaran dan didikan ayahnya selama ini tidak dapat memguatkan imannya utk tidak terpesong hanya kerana dendam? Tetapi manusia tetap manusia, bila melalui 2-3 trauma mungkin dia sudah lupa semua iman yg ada.

Tuesday, October 12, 2010

Day 20

With my confinement man je...Hee.Pakej Shadira dan kakak tu dah habis!

7.30 - 8.30 pagi
Hubby akan masuk dapur, masak air panas utk mandian kami (aku dan Amani), basuh pinggan/ periuk2 smlm (org dlm pantang x leh byk main air), sediakan breakfast

8.30 - 9.00 pagi
Hubby siapkan Amani (mandi dan pakaikan baju) sementara aku mandi(sdiri le apalagi :p) Sidai baju (kalau basuh)


9.00 - 10.00 pagi

Hubby gi keja dgn Aliah, aku tidokan Amani dan online sekejap

10.00 - 11.30 pagi
Join tido dgn Amani

11.30 - 12.30 tgh
Masak nasi dan goreng2/ buat sup utk lunch

1st time potong peria....

12.30 - 2.oo ptg
Amani bangun, susukan dia sambil lyn (kalau dia x tido balik) dan tgk TV/ online

2.00 - 3.30 ptg
Join tido (lagi...) dgn Amani

3.30 - 6.30 ptg
Susukan Amani, layan TV/ online

6.30 - 7.30 ptg
Dinner, mandi (tadah air pns sdiri kat water dispenser kalau hubby lum balik..huhuuu)

7.30 - 9.00 mlm
Tidokan Amani, layan Aliah tgk TV


9.00 mlm - pagi

Zzzzzzzzz

Monday, October 11, 2010

Memang Tak Mudah

Sebenarnya crita ni patut aku kongsi time 1st week kuar tp terlupa dan takde masa...Actually aku melalui 2 kesukaran juga time awal2 tu. Sapa yg tgk gmbr di FB maybe tahu dan tertanya2 jugak apa sebenarnya masalah kesihatan Amani sampai dia discharge lewat dari aku.

Time aku bersalin, day 1 tu aku mmg takleh bangun/ bergerak...Bergerak skit pun aku rasa mcm sakit sgt. Aku bersalin normal tp ntah kat mana salahnya, urat peha aku mcm tersimpul so bhg pelvik ke bwh aku mmg sakit bila bergerak hatta tido mengiring pun! Mmg aku bersalin normal, senormalnya tanpa sbrg ubat penahan sakit-ethonox/ epidural/ pitocin dll sbb tak sempat request dek melayan contraction yg kuat.....so day 1 aku mmg biar nursery jaga Amani.

Bermulalah teori2 perubatan mengatakan Amani tidak boleh hadam, susu diberi semua kuar balik dan suspek she didn't swallow well. As far as aku ingat, dia mmg leh suck sbb 1st hour lps aku deliver aku mmg bagi dia hisap susu aku dulu! So apasal laak tetiba takleh swallow dsb??? So the paed.start antibiotic on her suspect she might infected by sepsis....Nak tunggu antibiotic habis, 5hari so aku mmg kena kuar dulu (kang terjojol biji mata, gaji 4bln kena byr bil hospital laak). While Amani on antibiotic, they also drip her water so she didn't dehydrated. Kami ikut jaa saranan paeds without consult any 2nd opinions,. hoping that everyhting will be fine sampai day 2 aku nak kuar paeds. tu kata takut ada mlsh organ pulak sbb mlm td still muntah (inconsistently) and she might refer her out to surgical specialist. Lucky i'm working at hospital, so kalau betul kena refer pun ada laa kwn nak mtk tlg !


Tersayat ht tgk tgn kecil dia
dibuat begini....




Still with positive mind, kami balik and keep on coming to hospital to visit her and BF her (before i start express the breastmilk/ BM)...dlm pantang, dgn sweater dan berstokin ke wad, mmg leceh. So baru kurasa mcamana ibu2 yg anaknya ditahan di NICU/ incubator slps bersalin. Hari2 dtg visit dgn perasaan bercampur baur dan segunung harapan supaya anak dpt discaj tanpa sbrg komplikasi lagi....

Day 4 only aku manage to express not more than 10ml!! Bayangkan...Betapa gundah gulananya aku day 3 lps urut pun susu takmo kuar. Bengkak pun skit, day 4 tu urut lg bengkak tp still x dpt byk! Both breast only 0.7 0z ....Baru kurasa betapa ramai ibu yg mengalami kesedihan dan kesusahan ini hari2 awal tak dpt BF. Baru kufaham istilah susu sikit!! (sbb dulu time Aliah terus menerus je dari kuar lg, mmg x pernah sedar dia dpt susu ke tak).

Almost give up dan ingat dah tade rezeki dia, but bila hubby tanya nak sayur apa2 ke utk tmbh susu....Then only lps consume lobak putih dan express regularly, baru bertambah dari 1 oz ke 2 oz dan 3 oz ! Alhamdulillah....Nasihat aku pd ibu2 lain, jgn cepat give up. Walaupun skit, kita terus je perah setiap 2-3 jam...At least yg skit2 tu kalau kumpul, dpt jgk byk!\\

Day 5 only aku nmpk rupa colostrum mcmana...Mmg kuning pekat mcm susu pekat manis. tp by day 5 aku bwk, dia dpt minum skit je then dah discaj so direct feeding. Yg pekat2 tu aku dah simpan dlm freezer utk kegunaan masa sesak nanti.


The precious colostrum


Tapi adakah Amani dah dpt the 1st colostrum tu? Kalau bg kemudian pun, x pe ke? Anyway, aku suspet mslh awal2 tu bukan mslh penghadaman dsb...Paeds tu je buat teori. Sebenarnya, dia tak sesuai FM! Tengok...Susu ibu juga lah susu paling sesuai, paling selamat utk dicuba sbb datang dari badan kita sendiri. Salah aku juga, salah aku tak gagahkan diri menyusu dia dari awal :(



Sunday, October 10, 2010

Bila Perkahwinan Jadi Program Perdana

Dulu Datuk Siti, kini Datuk Angkasawan pulak…Memang la ia satu MOU win-win situation, tapi penting ke? Semua org nak tahu ke? Betapa ramai lagi rakyat luar sana, nak impi satu majlis perkahwinan pun tak berani…Inikan pula majlis perkahwinan gilang gemilang satu dalam sejuta, “Wedding of the year/ decade” !

Tiada langsung cemburu di hati cuma pelik…Tidak cukupkah populariti yang diraih sebelum ini? Tidak cukupkah ranking tinggi selama ini? Masih perlukah semua ini- Live telecast dsb? Hmm…Syok sendiri saja kot.

Malas nak komen berapa negara berhabis…Namun masih tercari-cari mana sumbangan / hasil dihantar ke sana! Cukup ke pelaburan negara dibalas dgn ceramah-cemarah motivasi semata??

Alangkah baiknya tumpukan saja pd kerjaya sedia ada yg sememangnya menuntut masa dan kepakaran yang telah dipelajari itu….Ramai lagi pesakit yg menunggu giliran utk dibedah beliau mungkin???!!


* Personal comment........Both of them mmg psgn yg secocok,

sama cantik, sama pandai. em, Dr Harlina tu mcm Tiz Zakyah.

Friday, October 8, 2010

Dua-dua pun Sayang

Anak kan...Kecik ke besar, dua2 pun sayang cuma kdg perhatian tu takleh nak disamakan pd masa yg serentak! Ada paham ke? The first few days lps bersalin, rasa sgt chiwee dan kasih syg mcm semua tertumpah pd Amani...Tgk mukanya yg mulus, kecil dan comel rasa sgt bahagia. Terlupa bhw kebahagiaan itu pernah diberi dan dikecapi ketika Aliah lahir dulu. Aduss, sgt kejam perasaan ini - rasa mcm Aliah tiada di sisi, lupa kewujudan dia sekejap!

Itulaah org selalu peringat jgn bezakan anak2...Mmg si ibu tidak pernah berniat, tp dlm badan yg lemah kdg2 setan duk bertenggek di hati. Ya Allah, ampunilah daku, (Aliah, moga kau tak mengetahu wujudnya perasaan ini!)

Melalui tempoh berpantang bersama Aliah...Uhh, kdg2 sangat mentensenkan! Bukanlah dia membebankan, tapi diri sendiri yg belum boleh manage both of them...Tambah2 kalau sorang nak nasi, sorang nak susu. Hubby pula belum balik! Time tu terjadilah keadaan superwomen, semua anggota Allah berikan sgt berguna sampai kalau mampu, jari kaki pun nak pakai....Jadi mcm octopus. Hehehe (bayangkan diri jadi octopus, kepala sendiri tapi byk tangan) !!! Kiri cepung Amani, kanan suap Aliah...Juga kerana nak dia rasa tidak terpinggir, juga kerana cuba tidak mengabaikan dia ;)

Thanks to BF juga sbb memudahkannya sbb kalau nak pakai 2-2 tgn, kalau menyusu botol susah skit laah sbb 2-2 tangan kena pakai utk sorang bayi (nak cepung dan satu lagi nak pegang botol!).

So ada hari2 nya aku terpaksa juga buat keras hati hantar dia...Mmg dia tak mo dihntar sejak aku cuti ni sbb dia nak tunggu baby dsb (selalu nangis juga di rumah MIL bila tingat kami di rumah, dia di rumah nenek) tapi atas nasihat dan juga fikir diri tgh berpantang (takut PND. meroyan), so keraskan juga hati yg sayu ni !!

Anyway, SELAMAT ULANGTAHUN ke3 ALIAH IRDINA buah hati ibu & papa!

Thursday, October 7, 2010

Bersalin ..ok, berpantang??

Aiceh, mentang2 dah lps lalui saat bersalin yg 'mengerikan' (bak kata hubby) tu, terus nak kuar statement "Bersalin tu ok lg, tp nak berpantang 44hari?? Adoilah..." . Heheee...Aku dah masuk day 15 dan aku rasa, adoillaah lambatnya nak jadi day 51?!! Di mana by day 51 aku dah leh enjoy cuti aku dan gaji aku (kuar jln2 dan shopping bersama anakanda2 terchenta!)!!

Berpantang? Dulu mak-mak kita, ibu mertuaku, makcik2 semua sibok bising kalau kita main lps bebas je tak ikut pantang lps dah kuar hospital....Tapi skrg, baguslaah sbb hatta org bangsa lain pun dah mula nak ikut berpantang sbb tahu dan nak dpt kebaikannya.

Tapi amalan berpantang ni, adakah pada pantang larangnya sahaja atau bilangan harinya? Rata2 pendapat kata kedua-duanya main peranan...Yer, kalau kedua-dua sekali pun kenapa mesti 40hari? 44 hari? Takleh sat2 ja ka, 20hari (kalau betul boleh, aku nak melompat dah sbb tinggal baki 5hari je lagi..hhehe), 30hari?? Dipercayai bilangan 40hari ke atas tu adalah tempoh yg cukup 'cantek' utk badan soerg wanita tu pulih dari kecederaan dalaman dan luaran serta mendapat cukup overhaul (tenaga)...Haaahaa.

Secara rumusannya, dari pembacaan aku beberapa sumber majalah, amalan berpantang ini merangkumi 5 perkara utama ini:-

1) Berurut - minimum 3 hari, maksimum ikut suka, elok2 nya 7-14 hari.
2) Bertungku - seluruh badan
3) Berbengkung
4) Menjaga pemakanan
5) Menjaga tingkah laku dan pergerakan

Kebaikan-kebaikan di sebalik 5 perkara itu :-
1) Berurut - Utk betulkan urat2, keluarkan angin dari dlm badan, memberi tenaga semula kpd badan
2) Bertungku - Utk panaskan badan, keluarkan angin dan percepatkan pengaliran keluar darah nifas
3) Berbengkung - "Lihat perutku yg ramping....", ye tidak salah lagi utk bantu kempiskan perut dgn cepat dan yg tersirat pulak, bila berbengkung jalan dah mcm minah Jepun pakai kimono so takdala buas sgt dlm pantang!
4) Jaga pemakanan - Takleh makan mkn2 yg sifatnya berbisa, gatal dan berangin utk elakkan perkara 1 hingga 3 jadi sia2 :p kalau dah buang semua angin, pi refill balik kemudiannya, so sendiri mau ingatlah!! Huhuu..
5) Jaga tingkah laku dan pergerakan- Ni sama jgklah, takleh kuar bebas sebarangan pi merendek ke berjoget ke berkaoroke kat RedBox ke! Kena dok dlm rumah..Fullstop dan pakai stokin serta sweater (sungguh gila sbb cuaca skrg sgt panas/ berkuap) sbb takmo bagi anasir2 setan dan sejuk masuk badan.

Sejauh mana kita nak iku? tanya diri sendiri sbb badan sendiri yg akan rasa akibatnya...Mungkin tak skerang, tp dipercayai 10-20 tahun lg akan rasa (sbb pengalaman makcik2 dan kakak2). Aku? Nanti laah next2 entry aku crita....Anyway, aku jugak ada nak share pasal pantang sendiri/ amik Confinement Lady (CL).



* Hari aku antar Aliah ke rumah MIL. So masa free dan tak rasa nak tido
leh le post entry2 yg byk bersarang dlm kepala otak ni! Heheee....

The Labor Story...

After 2 weeks, thia is my first entry dalam pantang ;) Ingat tak entry aku yg mengira hari utk melahirkan? Yeah…Masuk 39 weeks, aku still x nampak tanda2 aku akan melahirkan dlm masa terdekat (that week) sampai 1 tahap aku dah sesak nafas tido (tak selesa), hati agak gundah gulana (risau) dan juga sedikit geram (sbb dok ingat diri mcm org lain, bersalin awal 2 minggu= week 38) hingga hubby offer suruh induce je kalau this week pun still nothing! I just don’t know what to expect ….

On 22nd, masuk HOD meeting for the last before cuti panjang…Even the big boss kata “Eh, u ada lagi??” dan ramai yg lain pulak kata muka sgt sembab dan bdn sudah sgt besar. Huhuu! Abih camno-dah belum sampai lagi masanya….Ada anest. (pakar bius) pulak siap offer utk c-ser. Eh, apahal laak??!! Kalau ikut takut, memang la nak c-ser je..By this week, aku rasa berat baby dah reach 3 kg. Dari lps meeting sampai ptg, perut pula mengeras-ngeras…Dah sampai masa ke? Yg pastinya mengeras tu bkn contraction….

Mlm tu aku tido x berapa lena sbb asyik buang air besar, kemudian bila nak tido rs period pain..Contraction gitu. Tapi ak kuat laa, tak sampai back pain..So maybe just False Alarm? But it keep on coming every 20minutes I guess…So cuba jgk pejam mata tp x leh tido. So aku bangun siapkan beg hubby dan Aliah, rasa mcm start esok nak balik tido rumah MIL lebih dekat dgn tmpt nak bersalin. Sambil siap mmg tak rasa la sgt contraction tu. Ingat nak sambung tido laah 12.30 tu, tunggu esok je pegi terus amik MC ;)

Tapi still contraction tu datang…Tak stop2! Eh, takleh jadi ni…Kejutkan hubby, ajak pegi jgk rumah mak dia. Angkut la segala brg (expect nak tido sana 3-4 mlm) dan Aliah. Dlm keta, rs contraction makin kerap walaupun sekali dtg, sakitnya dlm 1 minit je! Mcm lalu2 je…Eh, betul ke dah dekat? Dlm perjalanan, sambil sembang dgn hubby last2 takleh sembang. Tgk2 jam, contraction makin dekat! Dah jadi every 5 minutes….Takleh jadi ni. Harap tak terberanak dlm keta laa!

Sampai rmh MIL, rs mcm terkencing tp x panas...cair je. Waterbag pecah dah la ni! Adoih..Panik jgk sbb tak dpt expect brp lama baby leh bertahan tanpa kantung dia (takut baby lemas). Cepat2 hubby drive ke PMc tu, 10minutes dah sampai (thanks to time sbb sakit awal pg, mmg keta tadak) :p Checked by doctor on call, dah 2cm dilated. Terus warded! In ward, mmg contraction getting stronger. Rasa tak sampai sejam (yg my gynae suruh nurse dia monitor CTG sementara dia sampai), aku dah rasa mcm nak terberak (which is a 'normal sign dekat dah nak teran).

Check lg, dah 6 cm dilated terus depa tolak aku ke labor room...Issh, sempat sampai ke gynae aku ni?? Dalam 5-10 minit camtu aku dah rasa urgency nak push! Ahh...Tak kiralah sapa sambut, dah takleh tahan2 weh! Nurses lak keep on asking me to tahan nafas lagi...$%^#&^*#*$($ Ahh, aku dah nak push. Sekali bayang2 aku nampak gynae aku dah kat dpn aku dah! ;)

Push lama jgk...Rasa tak terdaya, rasa mcm boleh ke ni?? 4x jgk baru semua selamat kuar... Alhamdulillah, hubby sentiasa di samping aku menjadi tmpt pemegang yg kuat :p dan seraya itu terdengarlah suara kuat baby ke3 kami...yg dinamakan...



AFRINA AMANI

(Afrina = Putih kemerahan, Amani=Cita2 kami)