Showing posts with label Cerita Kakak. Show all posts
Showing posts with label Cerita Kakak. Show all posts

Tuesday, December 16, 2008

Dari tapak kaki sebesar 2 jari

Sekarang Aliah dah ada 6 gigi, soon lagi 2 gigi nak tumbuh...Dulu Aliah lahir kecik sangat, 2.16kg je dan semua org sgt terkejut kenapa Aliah tidak admit ke NICU. Alhamdulillah, paeds. lepaskan Aliah bkn sbb give favor to ibu (krn ibu kerja di situ) tp kerana mmg Aliah sihat dan fit utk balik! Skor apgar Aliah pun 9/10! Sekrg baru ibu tahu kenapa dulu skor Apgar arwah kakak 0..Sbb skor apgar tu menentukan tahap kekuatan bernafas/ jantung. Sbb time kakak lahir, dia dah tak bernyawa!

Ni nanti pakai size 7-8 nih..Panjang kan?

Helpless hand in her few first days

Dulu kalau tgk Aliah mmg sgt kesian...Kecut. Baju2 yg ibu beli pun sgt besar utk Aliah pdhal size 0-3bln je! Hee...Sedih sungguh. Papa terpaksa beli berdozen2 baju baru slps dia keja (lps cuti raya) utk bagi Aliah pakai. Time tu Aliah tido pun berlapikkan tuala sahaja kerana bantal agak besar utk Aliah dan takut tertutup muka Aliah.

Our first raya as parent


Tapi lps sebulan, ibu perhatikan slps 3 bulan, Aliah membesar sangat cepat...semakin chubby dan rupa baby lah! Proud sgt ada Aliah....Dari hanya pandai menangis, kemudian pandai meniarap, then merangkak dan berdiri serta sangat pandai 'bercakap' sekarang, mmg tak sangka itu Aliah.

Soon, Aliah akan jadi 'anak dara ibu' bila dah pandai jalan....Makin lama Aliah membesar, makin 'jauh' Aliah dgn ibu sebab Aliah akan expose dgn dunia luar. Dan semakin dekat saat itu, ibu rasa semakin sedih dan pastinya ibu akan rindukan saat2 dulu dan sekarang yg kita sedang lalui.

Sunday, December 7, 2008

Rindu

Pernah tak rindu pd org yg tak pernah dijumpai? Itu yg aku rasakan 2 mlm sudah..Aku rindukan Ain. Ain Najwa anak sulung kami yg aku hanya sempat ngandungkan dia 26mingu! Sukar nak gambarkan perasaan tu...Sayu dan syahdu.

Jumaat hari tu aku cuti sbb tiada sapa nak jaga Aliah (atok nenek dia balik kg)..Dia lak demam skit lps kena cucuk. So mengadanya lebih la! Actually dia clingy sejak aku balik drp PD...Mcm fobia takut kami tinggalkan dia. Aku nak pegi bilik air dan solat sangat susah!

So adalah skit2 aku marah dia siang tu....Hubby lak balik lewat hari tu, so bayangkanlah bila kita tension dok sorang2 kan ?!! Mlm tu lps dia tido, aku termenung dan tetiba teringatkan Ainlah.. Kalau Ain ada, mesti leh kawan dgn adik dsb.

Sbbkan asyik sebut kalau itulah sejak Aliah besar ni kami mmg teringatkan Ain...Sbg ibu, rindu yg ada sangat menyesakkan. Aku sempat tgk dia sekali kerlipan mata saja, slps arwah dikeluarkan dari rahimku dan doktor tjuk pd aku utk sahkan arwah perempuan. Time tu maybe sbb penat, aku lupa itulah kali terakhir aku tgk arwah! Langsung aku tak pegang/cium dia dulu....

Sbb tu bila aku rindukan dia...Aku menangis. Ada gak rasa mcm 'ruginya' aku kurang sorang anak! Tapi alhamdulillah aku tahu arwah tunggu kami di 'sana....

Monday, October 13, 2008

Selepas Setahun...

8/10/2008 hari tu kira setahunlah aku telah lalui tugas 'sebenar' sbg ibu..Kalau gelaran ibu tu,aku rasa aku dah rasa lama sejak 2005 time mengandungkan Ain cumanya aku tak berkesempatan menjalankan tanggungjawab2 sbg ibu yg lain spt menyusu,berjaga mlm,menyalin pampers,bagi makan,bagi ubat,bawak gi cucuk,mandikan dsb.

Gambar raya tahun ini (baju Aliah tu BKN lebihan kain aku tau!)

Selepas setahun,aku boleh rumuskan aku ni sbg ibu yg boleh tahan cerewetnya..... Hahha.Everyone would want the best for their children right?!! Sbb kita adalah apa yg kita makan,aku mulakan 'anak' aku dgn menjaga pemakanan..Well,dari dalam kandungan lagi aku pastikan aku kurangkan pengambilan bhn perisa tambahan,kurangkan ais/air gas,dll.

Alhamdulillah,aku dibulatkan niat utk menyusukan anak aku sendiri...Sbbnya dulu time Ain,lps urut aku bengkak susu semalaman tapi nak bagi susu,tade yg berhak di sisi.So tahan jerla! Dan sbb itu jugak aku yakin aku boleh susukan anakku......Dari dlm labor room,nasib aku tak lupa prinsip sejam pertama tu.Nasib jugak budak2ku datang awal,puas la depa tolong aku! Syukur jgk aku dpt 'kerjasama' yg baik dari Aliah...Dia mmg ada refleks dan pandai menghisap.

Cabaranku menjaga bayi,bermula bila Aliah kerap menangis dlm minggu2 pertamanya..Almost Postnatal Depression jugak.Aku tak de adik dan anak2 menakan aku kebanyakkanya aku pernah tgk time dah 6 bulan ke atas. Tanggapan aku selama ni salah! Aahhahaha...Aku ingat baby ni bagi susu,tidolah dia. Tak pernah aku terfikir dia akan menangis jugak walaupun kenyang dan cukup tido. Nauzibillah,mmg aku agak gelabah la 4 bulan pertama! Nasib hubbyku pun sabar orgnya.....

Selain itu,BF juga memberi cabaran sbb nak uruskan EBM bukan semudah disangkakan..Tmbh pula yg nak kita pesan tu adalah mertua.Serba salah jugak aku nak mengajar! Tapi demi usaha yg murni dan anak tercinta,aku kebalkan diri jugaklah.....Thanks again to my hubby,membantu memahamkan ibu bapanya.Kalau tanpa sokongan dia dan bantuan mertuaku,sukar jugak nak lepas 6bulan ye tak?!!

Alhamdulillah,lps 6 bulan (target awalku)...Dah leh bagi solid. Itu pun cabaran jugak sbb biasalah org tua suka nak bagi cuba mcm2. Kita pun excited jugak tp bila fikir nanti anak kita jadi camna, tak berani jugak try2.So controllah bab garam dan gula ! Dah jadi pakar pemakanan pula...Setiap menu Aliah,aku kena tgk zat apa yg ada. Sampaikan sekarang boleh kata dah kat finger tips la kombinasi apa nak guna setiap kali nak masak utk dia !! Ehhee.....MIL pun mula faham.

Spt yg diteorikan dlm artikel2 BF.........Memang 'senang' sebenarnya jaga anak hasil susu ibu nih. Senangnya kat mana ?
1) Jarang demam (setahun Aliah,baru 2x demam dan sekejap shj).
2) Tiada penyakit kulit yg kritikal (ezema/kudis dsb).
3) Dengar nasihat dan well-behaved di mana perlu (mcm di rumah org, jrg tunjuk perangai la).

Dari segi kelebihan2 lain:-
1) Of course, the bond very tight (awal2 dulu hubby tension sbb Aliah nak kat aku je...)
2) Takyah nak bwk byk brg bila kuar outing
3) Save duit susu, leh simpan utk masa depan/ toys yg berkualiti

Banyak lagi kalau nak cerita.......Walaupun aku rasa aku belum cukup berjaya dlm dunia BF ni,tapi separuh dari 2 tahun tu alhamdulillah aku rasa aku dah cuba apa yg terdaya walaupun ada ketikanya belum maksimum !! Chaiyok..Chaiyok....Hingga ke titisan terakhir ;)

Namun begitu,cabaran membesarkan anak yg diamanahkan Allah semakin meningkat...Mereka sememangnya kain putih-pure/ asli tanpa 'rasa','warna'. Menjadi Muslimkah mereka,Yahudikah mereka bergantung pd kita...Takutnya aku bila fikirkan itu.Sbb tu dlm membesarkan anak,kita kena sentiasa belajar dan memberi contoh yg baik ! Aku masih ingat bagaimana mudahnya Aliah meniru apa2 yg kami awalnya saja2,main2 ajarkan dia tapi dlm 2-3 hari saja dia dah ulang semula apa yg ajarkan tu ... See,betapa mudahnya anak mengikut ?! Jadi kenalah hati2...

To all 'one year gang' (same batch) -> Hafiy, Adam (aida), Adam (Yaya) dll Happy One Year Birthday!

Friday, August 8, 2008

Anakku Ain Najwa

Kalau org yg tak tahu, mesti tanya kenapa aku "a mother of 2 daughters" pdhal yg selalu aku tulis dlm ni adalah psl si Bulat Aliah je.

Well, Ain Najwa adalah anak sulung kami........Cinta hati kami yg pertama. Dia lahir pd 8 April 2005 (berkongsi 8hb jugak dgn adik dia), induce.

Induce kenapa? Kenapa paksa ? Well, pemergiannya tak pernah disangka, tak pernah terduga...Dia sempat bersama kami 26 minggu sahaja.

Sebenarnya kehadirannya dlm hidup kami spt kehadiran Aliah juga...Kehadiran yg dinanti. Selepas 8 bulan begelar isteri, baru bulan ke8 tu aku test UPT positif ! Dari nak simpan sendiri dulu, kami tak sabar khabarkan pd semua.

Spt Aliah, aku tak alah teruk.......Hanya letih dan tidak boleh bau tumis. Tahun tu aku puasa hampir penuh, 28hari. Yg tinggal tu kerana balik kg, dahaga sgt. Memang excited nak tunggu bulan ke 5 ke atas utk tukar pakai uniform mengandung tetapi panas tidak ke petang spt diharapkan.

Masuk bulan ke6 aku mmg ada rasa mcm yg di dalam tu bergerak....Cuba cakap2, kurang jugak tindakbalas Kerana ini pengalaman pertama, aku anggap normal lah jika kurang sebelum masuk 7 bln ! So aku tak pernah susah hati ..Aku pernah suarakan sekali je psl baby kurang gerak pd kakak di pejabat tu dan beliau nasihat suruh rajin2 bercakap dgn baby.

Ulangtahun perkahwinan pertama kami, sambut di KL je...Memang best dan excited walapun simple kerana simpan duit tuk kelahiran Ain (namanya dah disebut2 -dlm list dah)..Tapi ada satu hari aku balik ke rumah, naik komuter dan petang tu tetiba aku tergerak nak ajak hubby pergi cek sbb rasa mcm tak rasa langsung baby gerak 2 hari tu. Selalunya kalau senyap2, time subuh ada gak gerak.

So kami pun cari la specialist centre terdekat........Sebelum cek lagi, doktor tanya betul ke dah 6 bulan nmpk perut kecik. Aku cakap yerla, 26minggu. Bila dia scan, aku tgk mcm takde gerak2 pun dlm image tu! Doktor tu godek sana sini, dia tanya ada rasa baby gerak tak sebelum ni? Aku cakap le kurang.........

Then, doktor kata saya rasa baby awak dah takde...Jantung dah tak berdenyut. Masyallah, betapa kami tergamam dan terkejut mendengar ayat itu. Dia kata mana buku merah? Check bln lps ok ke? Aku tak bwk buku tu time tu...AKu kata last check masa bulan ke4 ok je.Doktor kata pegi balik hosp. yg aku checkup dan check semula, dia prepare referral letter kata kalau betul missed abortion, aku kena deliver.

Dlm perjalanan balik ambil buku merah, kami tak bercakap.......Lps magrib, kami sama2 menangis. Baca Yassin pun dah tak fokus (mlm Jumaat). Memang berat dugaan ini dan kami memang susah nak terima dan percaya. Kami berdoa di hati moga doktor tadi salah scan!

Aku kena terus pegi labor room di hospital tu.........Tunggu punya tunggu (sbb ramai org nak beranak), maybe depa lmbt layan aku sbb ingat mmg dah takleh diselamatkan. Ada kakak yg tgh tunggu insulin kata maybe takde pe2 sbb dia dulu pun sebelum 7 bulan, baby kurang gerak tapi bila check ok. Aku pun doa mudahan 'masin' la kata kakak tu.

Bila giliranku, doktor tu kata yg sama dan dia anggar dlm tempoh 48jam sbb kepala baby dah tak bulat dah mcm membengkak....So dia kata kena go for labour jugak segera supaya no infection. Aku tanya camna nka deliver, tak sakit? Operate ke? Dia kata since this is our first, not advisable to operate lagipun baby belum besar sangat....Aku kena induce bagi sakit dan kemudian bersalin mcm biasa.

Ya Allah, mlm itu aku tido di wad sendirian...Ditemani kesedihan dan ketakutan. Kesedihan krn kehilangan dan ketakutan krn belum bersedia utk melalui pengalaman bersalin itu. Cerita bersalin, dlm post lain lah.............

Apa pun, moga roh Ain Najwa ditempatkan di samping org beriman.........Bersama tokwan, maktok dan paklangnya di sana.


Al Fatihah................