Wednesday, December 24, 2008

Off for a week

I'll be away from 26th till next year 4th....Going no where but just plan to:

1) spend time with Aliah.
2) pack brg2 lama .
3) try the CD (expecting the delivery this afternoon)
4) cook and experiment more healthy dishes for Aliah
5) inspect reno.works of our new house
6) catch time with my best buddies
7) curi2 dating dgn Mr Hubby (actually thanks to his new editor, skrg dah mcm co.org lain- Public Holiday leh cuti sama2).

HAPPY HOLIDAY AND NEW YEAR TO ALL OF FRIENDS OUT THERE!

C U NEXT YEAR !!
(I am contactable thru hp/ sms)

Dahla sikit..

Sekrg aku pump siang selang sehari je...Mlm2 masih direct BF Aliah la. Siang2 je sejak kena (KENA okay, bkn kemahuanku due to paed.advice) supply FM to her, mls dah pump sbb yg sedia ada balik dari course di PD tu pun tak luak2.

So semlm pump, 10minit baru dpt 1.5 oz..Dah tu tak perasan lak ada makhluk lain dlm satu botol tu! %^^&*&*() Sedih lahai...Terpaksa lah buang yg 1.5 oz tu dlm sink gitu ajer !! Hasil semlm, dpt la 1.2 oz je...

Tabiat minum Aliah terhadap susu semakin mendukacitakan...Dari minum botol time tido, sekrg dah minum cup Bila minum cup, sama jugak tak byk mana antara 1-2 oz je dan 1-2x je siang!! Dia dah kenallah susu tu camna.......So mmg dia rejectlah. Salah kami jugak maybe, mls nak cuba mcm2 FM (dah cuba 3x actually and yg ke3 ni pun sbb sample paeds. bagi)! Yerla, beli tak habis.. Dahla mahal setin RM40++.

Tapi alhamdulillah, sejak paeds.kenalkan FM yg high calorie tu walaupun dia minum skit mmg rasa jugaklah dia bertambah berat 2mgu ni (baru try 3mgu)...Syukur jugak dia suka makan. So balance lah!

Doaku...Semoga apapun yg dia nak makan,Allah jadikannya zat yg membantu tumbesarannya dan berkatilah apa2 usahaku utk tmbhkan berat badannya tu (sekrg tegap jgk rasa). Heehee, ingat cdgn hubby time timbang setahun dulu..Lain x letak batu/ pemberat dlm diapers dia :p (sbb kan timbang setahun takyah bukak diapers dah!). Hahhaa !!!

Tuesday, December 23, 2008

Lintah

Aliah kan sekrg suka menyusu sambil meniarap atas dada aku tgh2 malam/ awal pagi...Mcm satu kenikmatan dia bila dapat menyusu mcm tu. Aku pun relief jugak sbb lenguh kdg asyik mengiring saja!

Tapi yg lawaknya....Dia kan mamai, so lps menyusu je mesti terlelap dan kadang2 kepala dia terkulailah. Kadang2 tu terus melorot dari badan aku, layaknya mcm lintah kekenyangan! Hhaa.. Kadang2 tu dia cepat2 naik balik atas dada aku dlm mata yg terpejam tu.

Macam2.....Tapi yg pastinya dia enak tido cenggitu, sbb dpt dengar degup jantung ibu dia kot dan rasa tenang mcm time dlm perut dulu.

Monday, December 22, 2008

Last weekend

On Saturday, we started with this...

Aliah prepared the breakfast ;)

Then follow with this...
Makan beradap

Bersanding..Seorang je?

Bosan dah ibu..Jom le balik!

Kenduri kahwin daa....di dewan sebelah Masjid Shah Alam.
Nice kan dia nye gift? Ada cup cake (soo in trend la cup cake ni), telur pindang (yucks..aku mmg tak lalu) dan ceklat Zip dibalut and all on same theme (blue).

Then on Sunday afternoon, boring je lepak rumah....Drive all the way,to Jejantas Sg Buloh and had this...


Aliah enjoying her first scope of icecream (nasib tak sakit perut ;p)

Then tapaw sate Hj Samuri lagi !! Ehhee....Nice weekend huh?!!

Friday, December 19, 2008

Thinking of Trying CD

Sejak baca post dlm blog cikgu MyPrecious dan blog yg related dgnnya pasal CD ni (cloth diaper/ 'pampers' kain/ seluar getah) - http://www.diyaluna.com/diary/2008/11/cloth-diaper/ dan pg td pula baca post Aida, rasa terbukak hati nak give myself and Aliah a try. Atas kesedaran tak mahu Aliah terdedah kpd bhn kimia dlm diapers (mlm2 dia pee byk, kdg2 bocor dan manik2 dari dlm diapers tu melekat2 di punggung comel dia), juga mungkin boleh kurangkan budget mulalah aku surf psl CD dan brand apa yg sesuai.

Aku dah buat calculation ringkas lah....Spt ini.

Kos Pakai Diapers
Sebulan budget diapers = RM35.00 (84 keping) + RM28.00 / dlm 50-60sen sekeping
Bil. diapers diguna sehari = 4-5 keping (huh, kenapa sikit? sbb mlm tak tukar :p straight 8-9j)
Bil. diapers seminggu(5x7) = 35 keping
Bil.diapers sebulan(35 x 4) = 140 keping
Jumlah setahun = 140 x 0.55 sen = RM 924.00
Kos 3 tahun = 924 x 3 = RM 2,772.00

Kos Beli CD
* contoh beli CD di eBay wiht free postage (ada promotion hingga 22/12/2008 ni)

Kos satu set 3 CD with 6 inserts = RM145.00
Harga sekeping CD & insert = RM 48.33
Sehari Aliah perlu 5 CD (@ 2 CD 1 insert= 3-4 jam, 1 CD utk mlm 2 inserts = 6-8hours)
Sekurangnya kena beli 3 set = RM 435.00
So itu juga dikira kos setahun dan thn2 akan datang= RM 435.00

Mak aii, sangat berbeza ! RM 2,772.00 dan RM 435.00 tu..
Wahh, bang RM2,772.00 setahun kalau simpan dah bleh beli flat TV ni :p (ayat saiko utk hubby)

See, kos adalah lebih murah pakai CD sbb bleh dibawa turun temurun kpd adik2nya dan bkn spt diapers, pakai buang dan duit pun terbuang! Spt jugak BF, tidak terlambat bila pun nak start pakaikan anak kita dgn CD ni....Sekurangnya, kita dpt membantu kurangkan pencemaran dan lindungi anak kita serta poket hubby kita! Yuhhooo..........

So, since aku akan cuti pjg slps Krismas ni (sayonara sekejap blog) aku bleh la cuba CD ni... Kalau dah ok, teruskan lah dan kena ajar mertua. Rasanya mereka boleh terima sbb dulu2 org tua pun jrg pakai diapers2 ni dan pakai lampin seluar getah je! Tapi mcm jugak BF.kenalah rajin 'bersusah' demi kesihatan anak...

Tapi sekrg kena surf dulu lagi camna nak handle CD ni dan offer mana yg bagus!

Wednesday, December 17, 2008

Character Breakfast

Perasan tak ada mata, rambut & mulut

Dah kebuntuan idea nak buat breakfast apa utk Aliah...So this morning, I came out with this (since she loves the bunga kubis -lupa English dia apa & fries).

Ingred:
1) Bunga kubis
2) Carrot
3) Frozen fries
4) Fried egg

How to cook:
1) Goreng fries dan telur (as mata kerbau/ lembu?).
2) Steam the vege.
3) Cairkan keju dan vege. digaulkan dgn keju.
4) Hias dan sedia utk dihidang!


emm..Nyum..Nyum..(habih la 3/4)

Tuesday, December 16, 2008

Dari tapak kaki sebesar 2 jari

Sekarang Aliah dah ada 6 gigi, soon lagi 2 gigi nak tumbuh...Dulu Aliah lahir kecik sangat, 2.16kg je dan semua org sgt terkejut kenapa Aliah tidak admit ke NICU. Alhamdulillah, paeds. lepaskan Aliah bkn sbb give favor to ibu (krn ibu kerja di situ) tp kerana mmg Aliah sihat dan fit utk balik! Skor apgar Aliah pun 9/10! Sekrg baru ibu tahu kenapa dulu skor Apgar arwah kakak 0..Sbb skor apgar tu menentukan tahap kekuatan bernafas/ jantung. Sbb time kakak lahir, dia dah tak bernyawa!

Ni nanti pakai size 7-8 nih..Panjang kan?

Helpless hand in her few first days

Dulu kalau tgk Aliah mmg sgt kesian...Kecut. Baju2 yg ibu beli pun sgt besar utk Aliah pdhal size 0-3bln je! Hee...Sedih sungguh. Papa terpaksa beli berdozen2 baju baru slps dia keja (lps cuti raya) utk bagi Aliah pakai. Time tu Aliah tido pun berlapikkan tuala sahaja kerana bantal agak besar utk Aliah dan takut tertutup muka Aliah.

Our first raya as parent


Tapi lps sebulan, ibu perhatikan slps 3 bulan, Aliah membesar sangat cepat...semakin chubby dan rupa baby lah! Proud sgt ada Aliah....Dari hanya pandai menangis, kemudian pandai meniarap, then merangkak dan berdiri serta sangat pandai 'bercakap' sekarang, mmg tak sangka itu Aliah.

Soon, Aliah akan jadi 'anak dara ibu' bila dah pandai jalan....Makin lama Aliah membesar, makin 'jauh' Aliah dgn ibu sebab Aliah akan expose dgn dunia luar. Dan semakin dekat saat itu, ibu rasa semakin sedih dan pastinya ibu akan rindukan saat2 dulu dan sekarang yg kita sedang lalui.

Staff

Staff..
Ada yg belia, ada yg senja...
Ada yg sekepala, ada yg banyak kepala..
Ada yg beria-ia, ada yg mengada-ngada...
Bos yg pening kepala akhirnya!

Huh! Dari 2 org staff, sekrg aku dah ada 7 org staff di bawah aku...Ada yg mcm newborn, ada yg dah berlari (tapi lebih suka didukung/ duduk).

Pening kepala nak handle....Kalau yg newborn, kita leh guide cara org tak tahu/ kurang pengalaman. Kalau yg senior, kita expect dia leh share pengalaman tapi nmpnya dia malu2 kucing/ sengaja mengada2 takmo tunjuk pd boss, tu yg penat! Penat nak mintak itu ini.....

Ada pulak yg lebih sudu dari kuah.....Lebih pandai guna org lain pulak utk buat kerja dia. Sedangkan boss sendiri tak pandai utilize staffs, ni dia lagi smart! Camna tu?!!

Not all people born as leader...But we have to learn to become one! And i'm still learning.....

Monday, December 15, 2008

What a tiring weekend!

Rugi satu hari weekend baru ni di mana Sabtu tu seharian aku kena attend accreditation workshop..End up, workshop tu sbrnya sama je dgn yg pernah dibuat di peringkat hospital cuma ini peringkat satu malaysia dan libatkan hospital swasta juga, tapi quite a waste la sbb mcm aku nih, 40% je otak aku focus time workshop tu! selebihnya mata aku ni haa...asyik terkatup2 :p

Balik aduihh...Mcm hari keja la kan?! Geram tul la...Dahla pagi pegi kul 8. Petang pun balik kul 5 lebih! huu...Sian Aliah. Tapi Aliah pun occupied masanya ikut atokneneknya and papa pegi kenduri! Balik je, lps Magrib pegi rumah abg aku lak sbb dia buat BBQ...Nasib la rumah dia 10minit je dari rumah kami. So gagahkan jugalah! Sian dia...Since adik beradik kami tak ramai di area sini, so yg ramai ipar2 dia la. Nasib aku datang jugak! Tapi disebabkan penat dan mengantuk, makan pun amik syarat je la....Aliah ok je,ramai cousins.

Ahadnya pula pagi pegi ukur langsir....dan close deal utk extension dapur. Pening! Tapi 2-3hari ni mmg aku rasa tak cukup tido....Kenapa ye? So tghari keja aku jadi mls nak pam la, sbb sibuk nak tido...Tmbh2 lak sejak Aliah dah on FM siang.

Friday, December 12, 2008

Cicakman 2

Dulu Cicakman pun aku mmg teruja nak tgk kat wayang, sbb aku tahu KRU ni mmg boleh buat punya! Tapi tunggu punya tunggu hubby, last2 tgk yg pasar mlm punya...

Cicakman 2 bermula dgn watak Redzuan Hashim sbg Datok Abu Bakar....Tetiba ada watak mcm Lara Croft tapi gelak mengilai mcm pontianak. Ala, si Tamara tu kan pelakon Indon.sbb tu gaknya gelak mcm hantu! Namanya Rhama...Rhama ni kira org suruhan Prof.Klon la.

Prof.Klon yg dipenjarakan dulu sbnrnya masih hidup...Mekapnya spt watak Cast Away (berjambang). Dia duduk di bawah empangan. Ketidakpuasan hatinya pd Cicakman dan kerajaan membuatkan dia merancang plan baru utk musnahkan kerajaan Metrofulus.

Dia merancang utk merampas takhta kerajaan Metrofulus dgn menawarkan invention barunya.. Lalu bermulalah rancangan Planet Hitamnya iaitu menbebaskan bahan kimia hitam ke empangan dan mencemarkan sumber air Metrofulus.

Pd masa itu, Metrofulus akan nazak dan perlu bekalan air bersih.............Dia akan jual water purifier utk rakyat. Dia sbrnya tidak mengejar kekayaan, cuma dia nak kejar penghargaan dan kepercayaan rakyat Metrofulus. Pd masa yg sama, dia menggunakan Rhama utk mencari Cicakman bagi membalas dendam. Dia akhirnya berjaya mendapatkan Iman (Sh.Amani), adik Danny sbg umpan Cicakman.

Bagi aksi pertarungan, CGI, grafik mmg selayaknya mendapat pujian..............Sbg produksi Melayu dan 90% menggunakan tenaga kerja (multimedia team) Melayu, aku banggalah tgk crita ni.

Harap kerajaan mengambil tindakan yg adil dlm memberi peluang filem Melayu berada lama di pawagam....Aku tgk byk sgt citer Omputih yg ngarut2, tahyul diberi byk slot tapi citer Melayu, 2 mgu je byk slot tapi masuk mgu ke3 dah tinggal 2-3slot je sehari. Mana nak dpt rating tinggi? Tak acilah citer Omputih disokong sgt sbb sememangnya mereka ada budget yg tinggi dan studio yg hebat........Kita patut sokong produksi yg ada bakat sendiri, budget constraint dll sbb di situlah terujinya kekreatifan dan kejituan semangat.

So ayuh kawan2, beri sokongan kpd citer Melayu. Forget those nonMalay/ Melayu yg lupa jatidiri...Tahu mengutuk saja.Sbb tu rakyat Malaysia dijajah walaupun dah merdeka 51thn! (bacalah blog2 yg mengutuk citer Melayu -aku tak marah kalau kutuk citer Prof.Razak Mohideen ke, citer jiwang karat dsb). Tak semua citer Melayu tu sampah, hampehs. Sekurangnya berani mencuba (walupun ada skit2 meniru), sekurangnya taklah membodohkan manusia membayangkan dunia karam lah, robot jadi manusialah, tembak sana sini!

Sama tak?

Aku kan anak bongsu..So memang aku tada adik. Anak sedara bersusunlah. Adik angkat/ junior zaman study pun ramailah tapi tak ramai yg still keeping in touch. Tapi yg sorang ni, family ties so akan kekallah Insyallah bersama aku hingga tua.

Ahhaa...Tak lain tak bukan, anak sulung kakak sulung aku! Hee...Beza kami 6 thn je, spt mana beza umur aku dgn kakak sebelum aku. Tapi kami ber2 lebih kamceng dari aku kamceng dgn kakak aku tu. Mungkin sbb zaman yg sama, otak dan taste lebih kurang. Bkn je taste, ghupe dan gaya pun tak lari byk! So mcm ala2 kembar la gitu....


Semalam dia teman aku tgk wayang dan cari hadiah....Hubby keja (rugi woo org Selangor dpt cuti la). Actually last aku tgk wayang 2006, citer Cinta dgn hubby. Tu last la sebelum aku pegnantkan si Aliah. So kami pegi KLCC, tengok Cicakman 2 show pagi. Lps show, pegi solat dulu dan then baru head to Secret Recipe for lunch. Ingat tmpt 'exclusive', service cepat lah! Guess what? Dekat 45minit tunggu baru dpt order...Bkn apa sgt pun kami order,2set sama(grilled chicken with rice) 1 meatballs spaghetti. Punya lama, tp spaggeti keras!



Jenguk2 gak dapur dia, mmg 2-3org je di kitchen. Hampeh! Dah tau cuti public holiday ramai, ramaikanlah staff/ process...Mmg teruklah, sbb org yg order cake and air je tunggu 1/2jam. Dia kena putar creme dulu kot cake tu (pdhal tunjuk je).

Pas makan dgn lahapnya, kami masuk MNG...Wuhoo, so tempting la the sale! Knit top murah2 you...Below Rm100 leh dpt. So grab la 3pieces! Tapi bkn utk aku pun....Sbg hadiah org. Jadilah, janji dpt chance menyopping! :p Pastu pi Isetan, belikan cardigan utk Aliah....

Balik naik LRT pukul 5...Q utk amik tiket je 10minit. Lautan manusialah Q di situ! Penat mmg penat sesekali kuar, naik semput tapi seronoklah rasa muda dan bujang ;)

Wednesday, December 10, 2008

I'm proud of u dear !

Ibu dah lama perhatikan cara awak bila awak dibawa ke mana2....Nak tgk camna awak bawa diri sbb awak dijaga, dimanja sepenuhnya oleh atok nenek mungkin janggal ke ape ke bila jumpa org ramai.

Yes, awak mmg ada paranoid skit kebelakangan ni kalau ibu dan papa jauh drp pandangan mata awak...Tapi overall, U'RE OKAY MY DEAR!

Awak pandai berkawan....Kalau bawak ke mana2, dengar suara awak je jerit2 panggil org. Meriah jugalah sbb org tak sangka awak yg kecik ni mempunyai suara yg sangat nyaring! Ehhee...

Mcm hari tu awak pegi jab.pnemo.last dose...Di klinik tu awak tegur semua rakan sebaya, walopun ada yg tak layan awak, awak tak kisah pun! Terus jgk awak senyum2 dan teruskan main sendiri..Bila time cucuk pun, awak ngek sekejap je time jarum menusuk peha awak tu pastu awak riang balik mcm biasa-mcm tade ape2 ! Very brave girl ya'??

Semalam nenek citer awak duduk bersimpuh elok je time ikut nenek gi tahlil...Ahh, bangganya hati ibu awak tau?!! Itulah gaya anak dara ye sayang....Sopan santun okay?!!

Monday, December 8, 2008

Aliah@14months

Congratulation! Your baby is 14 months old! Yeay...sempena Aidiladha jugak!

What ibu found on you :
1) Sgt focus bila tgk iklan
2) Sgt suka menyusu sambil meniarap
3) Suka senyum nakal bila lps menyusu
4) Pandai urut2 dan picit2
5) Dah pandai demand mainan apa (huhhu..bahaya ni bila pegi Toys R Us hari tu)
6) Sgt suka ajuk bunyi (baby len menangis pun ajuk,mcm la dia tak menangis)
7) Back on clingy habits (whoaa...tak tahan & sungguh mencabar kesabaranku!)
8) Faham most of what we say to you
9) Dah mula suka pd camera
10) Jarang duduk diam dlm kereta (kecuali tido), nak berdiri tgh2 la, tukar channel radio la (nak kena babab dgn papa dia ni..), on-off aircond/ CD player la dll.

This is an age when discipline takes on a new meaning (taktau lagi camna,sbb nmpk dia belum betul2 paham/ ambik pot bila kita bebel).The method depends on each family; however one practice that rarely works is slapping or hitting yet this method is resorted to by many parents. Another concern you may have is your child still sucking from a bottle. The toddler social world continues to expand. This may be the best time to put your child into a playgroup as he enjoys being with his age-mates.

Things your toddler can do AT THIS STAGE
• wave bye-bye - YES
• stand alone - YES
• put an object into a container - ALWAYS
• use mama/dada intentionally - YES
• follow 1-step verbal command - YES

Things your toddler will probably be able to do AT THIS STAGE
• bend over and pick an object - ALWAYS
• walk well - OKAYLA (ckp bhs 'France' hhee..so cuteee !)

Things your toddler may possibly do AT THIS STAGE
• dump an object in imitation - SOMETIMES
• use 3 recognizable words - abang, ayamm, emem (mamam)
• scribble

Things your toddler may even be able to do AT THIS STAGE
• build a tower of 2 cubes/blocks - with a little helps to stabilize the tower
• use 6 words or more - tak phm sgt bhs France dia !
• run
• walk up steps - YES
• follow a 2 step verbal command without gestures

Sunday, December 7, 2008

Rindu

Pernah tak rindu pd org yg tak pernah dijumpai? Itu yg aku rasakan 2 mlm sudah..Aku rindukan Ain. Ain Najwa anak sulung kami yg aku hanya sempat ngandungkan dia 26mingu! Sukar nak gambarkan perasaan tu...Sayu dan syahdu.

Jumaat hari tu aku cuti sbb tiada sapa nak jaga Aliah (atok nenek dia balik kg)..Dia lak demam skit lps kena cucuk. So mengadanya lebih la! Actually dia clingy sejak aku balik drp PD...Mcm fobia takut kami tinggalkan dia. Aku nak pegi bilik air dan solat sangat susah!

So adalah skit2 aku marah dia siang tu....Hubby lak balik lewat hari tu, so bayangkanlah bila kita tension dok sorang2 kan ?!! Mlm tu lps dia tido, aku termenung dan tetiba teringatkan Ainlah.. Kalau Ain ada, mesti leh kawan dgn adik dsb.

Sbbkan asyik sebut kalau itulah sejak Aliah besar ni kami mmg teringatkan Ain...Sbg ibu, rindu yg ada sangat menyesakkan. Aku sempat tgk dia sekali kerlipan mata saja, slps arwah dikeluarkan dari rahimku dan doktor tjuk pd aku utk sahkan arwah perempuan. Time tu maybe sbb penat, aku lupa itulah kali terakhir aku tgk arwah! Langsung aku tak pegang/cium dia dulu....

Sbb tu bila aku rindukan dia...Aku menangis. Ada gak rasa mcm 'ruginya' aku kurang sorang anak! Tapi alhamdulillah aku tahu arwah tunggu kami di 'sana....

Thursday, December 4, 2008

Sakitnya...

Korang selalu tak kena sakit kepala yg kuat, yg membuatkan mata korang berpinar-pinar dan kepala nyut2 sampai pejam mata pun masih terasa, tido pun tak hilang sakitnya ??! Leh jugak disebut migrain. Byk puncanya migrain ni. Antaranya cahaya, cuaca, bunyi bising, makanan, cara hidup dsb.

Aku tergolong dlm penghidap yg sensitif pd silau, cuaca panas (terutamanya bila masuk kereta yg dijemur panas) dan bising. Dah cuba avoid, tapi kdg2 terpaksa la kan ??!! So selalunya telan panadol tak jalan punya.....Ada jugak disaran ambik painkiller/ prostan (tak sure namanya) tapi takmo biasakan diri!

Cuma sejak ada anak ni, rasa pressure jugaklah bila dahlah migrain tido lak tak berapa nak lena / straight...So lambat la skit baiknya. Aduhh !! Dah 2hari ni, masih terasa2.........Dah pernah buat CT Scan dan MRI, tapi takde pun abnormalities yg patut dirisaukan. Jadi apa lagi solutions yg ada? Share2la...

Anyway, sila baca artikel yg aku copy-pes dari web SPA...

---------SAKIT KEPALA KRONIK----------------------------
Semua orang pasti mengalami sakit kepala, sama ada lelaki ataupun wanita, kecil mahupun dewasa. Bagaimanapun kita selalu memandang ringan sakit kepala dan tanpa disedari penyakit ini boleh mendedahkan seseorang kepada kematian.
Migrain, adalah jenis sakit kepala paling kerap dialami seseorang. Antara simptom migrain ialah sakit kepala yang berdenyut-denyut, muntah-muntah dan pitam. Bagaimanapun, migrain tidak mendedahkan seseorang kepada maut kerana keadaan yang dialami masih mampu dirawat dengan sempurna dan boleh dielakkan. Faktor keturunan turut menjadi punca migrain di kalangan individu tetapi penyakit ini boleh dicegah dengan mengelakkan faktor penyebabnya.

PUNCA-PUNCA SAKIT KEPALA

Ketegangan
Keadaan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, terutamanya lelaki. Mereka yang tidak bijak mengurus dan mengendalikan masalah sendiri terdedah kepada sakit kepala jenis ini.(Aku pun)

Pengambilan ubat-ubatan
Mengambil ubat tertentu untuk meredakan kesakitan boleh mendedahkan seseorang kepada sakit kepala. Pengambilan makanan yang mengandungi bahan monosodium glutamate atau MSG, kafein dan alkohol boleh menyebabkan sakit kepala.(Mungkin jugaklah byk MSG)

Penyakit Metabolik Kekurangan gula di dalam tubuh, kurang darah, kegagalan fungsi ginjal dan hati boleh menyebabkan sakit kepala.(Ini tak sure)

Kecederaan kepala Kecederaan kepala disebabkan kemalangan atau kecederaan yang serius boleh menyebabkan pendarahan di dalam otak. Pesakit perlu menjalani skan otak untuk rawatan lanjutan.(Tak pernah)

Inflamasi salur darah di kepala dan otak Keadaan seumpama ini terdedah kepada wanita berusia 50 tahun ke atas. Sakit kepala yang dialami boleh menyebabkan mereka menjadi buta, muntah-muntah dan strok. Jika dikesan awal, mereka akan diberi ubat-ubatan steroid.(Erggh...20 thn lg nak capai usia tu)

Infeksi di dalam tengkorak atau intrakranium Keadaan ini berpunca daripada penyakit meningitis iaitu selaput otak berkuman dan ensefalitis iaitu inflamasi otak disebabkan jangkitan bakteria atau virus. Selalunya pesakit akan mengalami sakit kepala yang teruk dan demam. Antara simptom yang dialami ialah leher menjadi tegang, sawan dan koma. Pemeriksaan skan otak dan pengambilan cecair daripada tulang belakang perlu dijalankan. Mangsa hendaklah mendapat rawatan awal dan lazimnya ia berjaya disembuhkan melalui pemberian antibiotik. (Tak sure lah kalau ada)


Cadangan Mengurangkan Sakit Kepala Ini
  • Berehat seketika dengan berbaring.
  • Baring di atas katil dan pejamkan mata untuk tempoh kira-kira setengah jam (Yes, tapi redanya sekejap je selama yg baring)
  • Elakkan terkena cahaya terang atau pancaran matahari (kdg takleh elak sbb nak lunch di luar)
  • Berehat dalam sebuah bilik yang gelap atau samar-samar kerana keadaan yang terang benderang boleh menambahkan ksakitan pada kepala.
  • Ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais di dalam tuala kemudian lekapkan tuala pada mata untuk beberapa ketika (Yes, it do helps sometimes)
  • Jika keadaan sejuk tidak mredakan, cuba gunakan air suam. Ambil sehelai tuala bersih dan basahkan dengan air suam kemudian lekapkan tuala pada mata selama kira-kira setengah jam. (Belum try)
  • Fikirkan perkara positif kerana sebahagian besar sakit kepala berpunca daripada tekanan perasaan dan gangguan (hehee..ni yg susah nak buat)

Wednesday, December 3, 2008

Kenapa menangis?

Mlm tadi ntah kenapa jiwa ibu jadi kaco...Asalnya sikit saja, tak puas hati pasal mkn Aliah dan Aliah yg kurang makan mlm (main je lebih) tapi meleret2 teringatkan arwah maktok pulak! Sbb itulah ibu menangis lps tidokan Aliah....

Ibu dah takde mak sebelum kahwin dgn papa lagi.....Masa tu ibu dan papa baru bertunang dan musim raya. Just a few months (plan kenduri bulan 3 next yearnya, maktok meninggal bln 10 raya thn sebelumnya)! So memang hari bahagia ibu, ibu tidak dikucupi oleh seorang ibu iaitu mak ibu sendiri .....Hari bahagia ibu, bergelar seorang ibu iaitu ibu kpd kakak Ain dan Aliah pun sama, ibu hanya ada papa dan kuarga papa!

Mlm tadi ibu sedih sbb ibu taktau nak sembang dgn sapa psl apa ibu sgt fussy psl Aliah punya pemkn dsb....Tambah2 bila baca msg kwn ibu, mak dia baru balik setelah duduk lama di rumah dia. Ibu rasa jeles, ibu rasa ruginya ibu dah takde mak (maktok awaklah) yg datang jengukkan ibu dan Aliah sesekali. Nak tunggu makcik2, depa pun ada komitmen dgn anak2 yg tgh membesar !

Aliah...Ibu berdoa moga ibu dipanjangkan umur utk bersama Aliah hingga Aliah selamat dapat anak pertama..Uihh, di saat itu ibu bergelar nenek dan ibu harap ibu boleh redha dgn Aliah kalau Aliah repeat a few mistakes mcm ibu skrg sbg 1st time wife, 1st time mommy and 1st time menantu!

Aliah ...Ibu juga berdoa moga jika ibu tidak panjang umur, Aliah pandai bawa diri menjadi isteri, menantu dan ibu. Jangan lupa cuba beri yg terasli ;) Susu ibulah apalagi...Okay??!

Tuesday, December 2, 2008

Cinta


Cerita yg indah....Syahdu...

Cerita 5 cinta dlm satu filem....


Cinta seorang cucu kpd atoknya

Cinta seorang kakak kpd saudara sedarah sedaging dgnnya

Cinta seorang suami pd isterinya

Cinta seorang remaja pd cinta pertamanya

Cinta seorang ternama pd insan biasa di mata umumnya

Puitis, membelai perasaan....

Kena tag!

Ni tag ke2 aku kena jwb..Sama gak, dari Pn Nuwal a.k.a Beautiful Life. Tension2 dah ptg ni best gak layan benda ni!


Bekas kekasih saya...Yg tahun bila punya ?? Hehhee..Takleh jwb di sini. Isu sensitif ! huhhu....

Saya sedang mendengar... Discussion geng Bangalore (vendor).

Mungkin saya patut...Seat and plan to to utilize my staffs ;)

Saya suka belajar... memasak makanan yang menarik dan ringkas.....aci dak, tiru hang punyalah Nuwal !!

Sahabat baik saya...ialah Pn Azlina Hamid, Pn Fizah Wahab dan juga kwn2 blog yg takleh senarai semua di sini.

Saya tak faham......kenapa boleh lulus projek IT tanpa consult org IT dan benarkan mslh menjadi barah !

Saya kehilangan...ramai org yg saya sayangi lebih awal dari yg saya jangkakan!

Ramai yang berkata...org tu salah org ni salah tapi sendiri salah, berapa ramai yg ngaku?

Makna nama saya...saya kurang pasti.........

Cinta itu....membuatkan diri rasa di awang-awangan, rasa nak kerap telefon dan termimpi2 :p

Di suatu tempat bernama...Alor Setar, saya rindukan zaman sekolah saya!

Saya akan cuba...mencari masa lebih banyak bersama hubby dan juga motivasi utk menyiapkan kerja rumah :p

Makna "selamanya".... tiada yg kekal selamanya kecuali Allah Yg Esa.

Handphone saya...tidak boleh hidup sehari tanpanya sbb situlah ada gmbr anak, sms hubby dll.

Saya paling meluat....follow up sesuatu dgn org besar tapi tak dpt feedback!

Bila saya bangun dari tidur....terus kena regang2kan urat sbb letih mengempengkan anak.

Party adalah... boleh jadi parti tuperware, parti politik, partition tapi semua pun saya tak suka! ahakss...

Haiwan yang paling cute adalah...semua jenis ANAK binatang kecuali anak oink..oink..(k*hin**)

Peringkat umur yang paling menyeronokkan adalah...selepas 27 sbb agak matang dan boleh buat better decision!

Hari ini saya rasa sangat tension...sebab banyak report kena submitt before mid of the month!

Malam ini saya akan cuba...untuk tido dgn lenanya ! possible ke ? :~0

Saya betul2 inginkan... perubahan dlm pengurusan projek(kontrak dsb) yg saya handle dan badan yg lebih berisi!

Bila tengok muka kat cermin pagi tadi...rasa tak bermaya nmpk sangat penat..duhh...

Shopping kompleks...I like !! :p good place for therapy

Makanan segera biasanya...tempting je bila tgk di TV dan menjadi santapan bila outing!

Ayat2 terakhir pada orang... kita kena discuss ni...

Nak panjangkan tag ini? of course ...ehhee
1) Mami Hafiy
2) Umi Sufira
3) Munirah
4) Pedang Bertuah
5) Yaya

Monday, December 1, 2008

24jam tak cukup?

Ahaa...Weekend baru ni actually ada 4 plan awal asalnya.

1) Pegi survey kitchen cabinet utk rumah baru.
2) Pegi kenduri staff (dept.lain je).
3) Pegi Giant shopping brg dapur.
4) Pegi birthday adam Yaya.
Baa...Cak !

Tapi apa yg aku dapat ? Awal2 Sabtu dah rasa hanya dpt 3 je kot, birthday Adam kemungkinan besar tak pegi sbb jauh sikit halanya - Ampang (kenduri di Gombak)...But then Sabtu tghari tu survey dan ukur dapur je dah 2jam, dgn Aliah lagi tak dok diam (buat perangai la, rumah baru kurang selesa sbb belum bersih, dia lak nak 'buas' ke sana sini dan panas).

Tak habih survey sbb belum kira harga, janji sok pagi lak di officenya...Ingat lps discuss pagi tu, dlm sejam je dapatla terus pegi no. (2) dan no.(3). Time tu dah 12.30 ! Aliah meragam lagi la, dah penat n ngantuk...Hubby pun dah penat layan. Terus je balik, makan dan tido sampai petang !!

Uiihh....Sorryla pd sesapa yg aku tak sempat pegi tu, termasuk pd tokei Giant Gombak Bt Caves! Ahahk....Aku rasa bila ada anak kecil ni, mmg masa kurang cukup. Bkn tak cukup apa, kena budget time dia nak tido, time dia nak makan, time dia ngada2 nak main dsb! Habih boreh jgk kita dibueknyo....

Aliah yg dah kebosanan, merenung dari celah batu

Tuesday, November 25, 2008

Make Date With Your Loved Ones

Bila aku balik dari course seminggu ni, aku rasa kesian sgt dgn depa...Depa tu Aliah dan hubby la! How i missed my time with them...Walaupun rutin harian mereka sama tatkala aku tak ada tu, even hubby could cooked mix vege.soup mcm aku tapi aku still rasa ralat beberapa perkara. So i won't repeat it , or at least not to repeat it in short time!

How often we sit, stare at each other and really have passion to listen what they want to tell us?

Semalam, aku ambik cuti dgn niat nak ganti beberapa hari yg aku tinggalkan Aliah tu kan.. Konon nak layan dia, tp end up aku layan belek deco.magazines sambil tgk ekor mata apa dia buat dan naik angin bila dia meqap (demand) nak dukung2.

Uhuu...Rasa bersalah sangat! :p Kesian dia...Mcmlah deco. magazine tu nak kena bagi balik esok. So time tidokan dia,sempatlah aku bisik2 kat telinga minta maaf dia.Well, dia manja semcm (mcm awal2 kena tinggal) la sejak balik ni. Dlm hati fikir, mungkin sbb aku tak redha sepenuhnya tinggal dia tu pasal niat hubby nak ajar dia berdikari tak berapa menjadi!

Well, to my hubby oulak....A VERY SORRY. Sejak ada Aliah and fully bf, memang susah sangat nak bangun mlm dan spend time dgn hubby (except for certain 'occasion' ;) ie. kenduri ke, family gathering ke). Bila tidokan Aliah, aku selalunya terlajak sekali! Tambah kalau di rumah PIL, mmg mls dan segan nak bangun dah. Kalau balik rumah sendiri, mmg bangun jugaklah layan TV sama2 tapi bkn apa sgt pun sbb tak byk movie best - rumah kami tak psg Astro ok?!! (yet we happily survive without it).

So aku dah ada a few plan to make date with my dear hubby...Just wait for him to say yes je! A few in mind currently:-

1) Movie date
Selamat Pagi Cinta & Antu Fighter (aku penggemar crite Melayu ok)
2) Fish Spa
3) Shopping at Nilai for new house

Betul kata Mami Hafiy, walaupun dah ada anak hubungan sesama sendiri pun kena baja jugak! Ahakss...Actually segan dan rasa bersalah nak tinggal Aliah pd PIL. Hubby oo hubby, takpe ke?

There goes my 40oz EBM....

Sepanjang seminggu berjauhan dari Aliah, aku manage to pump 3 times a day..Actually aku target 4 times tapi sbb tade storage (extra bottle/plastik), terpaksa la guna apa yg ada! Dari 4 times, jadi 3 times je --> Subuh, 5.30 am, lunch 1.30pm and Maghrib 7.30 pm.

Time Maghrib dan Subuh la hasil perahan paling lumayan....Hari ke2 Subuh tu bengkak sgt tapi pam tak kuar habis, dapat 3 oz je each side which i expect 5 oz per side. End up aku terpaksa mandi bwh hot shower dan perah bg kuar. Sedih sgt sbb rugi dlm 2 oz di bathroom tp that not the end of rasa bengkak, kul 10 am dah sakit lagi terpaksa skip morning break dan pump lagi.

So berderet lah EBM dlm fridge di apartmen tu....Aku lak terlupa bawa ice pack tapi aku teringat nak letak icepack dlm tong nasi / coleman byk2 to ensure beku sampai balik rumah (2hours journey). Bare in mind, ini pengalaman pertama aku yg sbnr travel EBM (hari2 dari office ke rumah 10minutes je-tak sempat pun yg sejuk nak suam, yg beku nak cair).

Hasil perahan hingga hari ke3

Memang byk berdoa la supaya tak cair...Cuaca petang Jumaat tu lak mmg panas. Tapi nasib aku lah, mmg sampai rumah EBM ku dari 15 bekas tu 13drpnya dah cair dan ada lagi 2 belum totally cair ! Whuaa..............Nak menangis, nak menjerit mtk tolong semua ada. Nak buat camna??!! Takkan nak buang kot? Rugi la hasil perahan semingguku...Tak sampai hati rasanya.

Last2 consult Kak Ita, dia kata bekukan je....Bagi bila, taktau lagi tapi yg pastinya aku legalah - tak sia2 aku simpan!

Being Single Again

Wahh, tajuknye kan mcm apa je ??!! Ehheee....Sbnrnya aku takde seminggu sbb pegi kursus Lead Assesor ISO di PD. Huh, dengar namanya je dah gerun ek? Kursus menjadi Juruadit Dalaman dan pulak, sbg ibu BF yg paling aku tak suka ialah being away from my lil' princess..

Being single again, aku tinggalkan Aliah hari Ahad petang minggu lps (16hb) dgn hati yg 50-50 .. Sedih woo! Sampai kat simpang dpn, aku dah menangis dlm keta. Huu, budak tu kat rumah atok dia takpe pun agaknya??!! Aku dah bwk le segala peralatan ie.pump dan botol yg banyak...

Kami ditempatkan di Apartmen Ancasa Allsuites and Spa...SPA u, so mesti ada spa dan itu antara tarikan utk aku 'melupakan' Aliah sekejap. Apartment 2 bilik, spacious enough kalau datang 2 keluarga dgn 2-3 anak (living hall dan kitchen besar). Tapi kami duduk 4 org je, oklah utk study. Kursus ni ada exam u, utk layakkan dapat sijil drp SIRIM!

So being single....Not as many would dream of. Memang best sbb dpt tido 'lena' skit, tp tak jugak dpt bangun lewat dsb sbb b** of course akan engorge mengikut time Aliah direct feed bila ada dgn aku. So sewal kul 5 aku dah terjaga dan pump! Hasilnya sangatlah lumayan...Both sides leh dapat around 4-5oz( per side) per session! Mlm lps Maghrib pun sama........Cuma tghari sahaja mcm biasa lah, 3-5oz.

Being single, bangun awal taklah best sangat....Mcm zaman study je rasanya! Bangun awal, kena study lah apalagi !! Ahhaa...Tarikan TV tu ada jugak. Eheheh !! Mcm zaman study dan bercinta layaknya....Kejap2 rasa nak call Aliah. Dengarnya dia susah tido, cari aku sana sini-masuk bilik, pegi dapur dsb. Mlm2 terjaga, mtk mcm2 tapi semua pun tak memuaskan hati dia (yerlah, yg dia rindu ialah 'buah hati' teman mengempengnya manakan sama dgn biskut, kopok).

After the 5-days course, aku sit the exam dgn 70% confident la...Insyallah, harap leh lulus. Passing marks sangat tinggi = 70 tapi harapanku doa2 dimakbulkan !

Spa.........Ahahhaa, time to pamper myself. 2 hours of body scrub and aromatherapy massage, what an experience. Aku rasa lagi berbaloilah drp kita dok beli baju byk2 sampai tak muat almari! Berbaloi sgt sbb sbg ibu BF, kita selalu ngempengkan anak sampai lenguh badan dsb. Kdg2 hubby pun tak sempat nak massage kita sepuasnya :p !! So time massage tu mmg aku 'hilang' lah sekejap sampai sayup2 je dengar suara masseur tu kejutkan utk minum teh halia...

Mula basuh kaki dulu

Then pilih scrub apa- aku pilih lavender

Pastu tukar le baju

Lepas scrub, mandi lah relaks..

Lepas mandi, aromatherapy massage

Lepas habih massage, teh halia sbg penutup


Apa pun, being single again after having children would not be the same as being real single! ;)

Sunday, November 16, 2008

Ayat-ayat Cinta

Maria, Fahri & Aisha

Aku tunggu cerita ni di TV...Mmg aku dah tgk thriller RTM1 nak tayang crite ni tapi ingatkan mlm Ahad. So mlm Sabtu lps tidokan Aliah, aku terbabas jugak! Hubby balik, dah 10.30 baru dia kejutkan aku crite tu dah 3/4. Thriller waktu di wayang, aku ingat crite ni crite berat psl poligami! Tapi citer ini sgt indah sebenarnya........Bkn karya picisan.

So ala2 paham jugaklah citernya........Bagi aku, citer yg romantis. Citer ketulusan cinta. Cinta pd agama, pd saudara seagama, pd ibu bapa dan pada suami/ isteri. Belum pernah baca novelnya, tapi aku sangat teruja utk ulang tgk semula citer ni (harus dapatkan CD).

Fahri, muslim yg lembut baikhati dan pada masa yg sama tegas dan yakin dlm membawa ajaran agamanya di bumi asing.

Maria, penganut Katolik yg hormat pd semua org...Pecinta yg adil lagi waras.

Aisha, setianya seorang isteri namun wanita tetap wanita....Kadangkala kalah pada cemburu dan kasih sayang serta dambakan kasih suami utk diri sendiri.

Akan dapatkan soon!

Friday, November 14, 2008

I just turned 30 !

I turned 30 last Wednesday...Hee, mcm dah tua. Tapi ok lagi kut, menten !!!! So did i get what i wished before?

For the short term wish list ...Heehhee...Out of 5, i got two. To be exact,there is another 2 months before the 'expiry date' of this short term wish list and i highly believed i can achieve it!

These are the two.
I got this during the Birthday morning-(a surprise from my hubby
(d white sandal and bouquet-actually tudung adik dia bg, coklat dia bg i dah bukak :p)


Still managed to collect this amount during daytime
(Alhamdulillah)

Whatever it is, syukur alhamdulillah I am still healthy (walaupun kerap sakit pinggang sejak BF ni), murah rezeki, progressing well in career and the most important, loved by my family.

Got this too on the office desk -a gift from the staffs
(tea set with english floral design)

Thursday, November 13, 2008

Our New Roof

We are now living in various roofs...ahahhaa...Seminggu sekali wajib di Sg Buloh sbb hubby dateline, balik lewat (awal pagi). Tapi so called our own roof is at Rawang. It is a service apartment with gym, pool, security guard,covered car park and groceries shop, which hubby bought back in 2002 (time bujang, masih baru kwn).

As time flies, we found that there is a need for us to get bigger house for our children to play around and "pijak own rumput"..It was a hard decision making because as a gov.servant,i could have been transferred anywhere. It might not be a good investment and time to settle down, but it has not stop us from that decision making as we are reaching 30(yes we are 30 this year) and we afraid we could not make a good loan.

So we bought the second house at same area.....A double storey terrace with 4 rooms and 3bathrooms at end of 2006. The house is now ready for us! Will get the key end of this week..So many things to do, and it will all need a lot of money! Yet we are very excited...

Will story and update more in another blog -->
http://aedy-salzahari.blogspot.com/

Tuesday, November 11, 2008

Aliah's Footsteps at Teluk Kemang

Weekend lps adalah hari bersama keluarga...Bukan saja keluarga aku yg 3 beranak ni, tetapi bersama keluarga2 lain yakni keluarga staff2 aku ! Dept.kami tak besar, so sangat enjoy arrange Hari keluarga ni....Dari 8 keluarga, hanya 1 keluarga tak join. Ok ape! Mkn ada lebih..Hadiah pun. ehhehe ! Ada budak pejabat aku ni, anak no.2 dia dulu lahir prem...31 minggu, sekrg dah setahun pun ikut.

Kami bertolak sabtu pagi...Sampai PD, dlm 11 lebih jumpa di Dataran Teluk Kemang. Never stop here before, lalu saja. Best, ada byk gerai jual2 brgn pantai ie. topi, seluar pendek, tshirt 'ikan', baju mandi dll. Jangan tak tahu, ada baju mandi utk baby , anggaran bulan2. Since Aliah ni comei, aku pun terujalah beli satu utk Aliah ! Ehhehe....

So pukul 1 kami check in di Residence Desa Lagoon Resort ...Kami dapat 2 apartment saja, sbb last minute book. Dapatlah 4 bilik semua, yg bujang/ suami tak ikut tido di living hall bawak toto. Okayla tu kan?! Apartment ni mmg sangat strategik, kami punya unit betul2 dekat pagar belakang yg mengadap laut..So best sangatlah!! Bwh apartment ni ada air, ala2 Legend Hotel/ Avillion walaupun bukan air laut...Ehehheh.Ada ikan2, biawak pun ada. Naik takut aku !!

Petang lps bangun tido, dlm kul 6 kami buat sukaneka...Main simple2, tp pandai AJK Aktiviti pilih. Sesuai lah, tak byk aktiviti fizikal. Main cari gula dlm tepung guna mulut, tiup & pecahkan belon serta jigsaw puzzle. Yg paling aku appreciate, sorang clerk aku yg lelaki ni siap naikkan khemah ptg tu utk kegunaan ibu2 yg nak menyusu ketika sukaneka dan juga utk mlm BBQ....


Aliah tolong tengok...

Mlm BBQ dan penyampaian hadiah sukaneka serta sesi sambut hari lahir bagi bulan 8-11., Bulan 11 tu termasuk aku lah! Then aku buat suprise award winning tuk all the staffs....Semua dpt sorang satu hadiah,aku beli Ikea punya brg (RM60 ke bawah sebiji). Tapi tade pun staff aku yg appreciate aku bagi apa2...Uhhuu.Sedih gak,tp takpalah.

Pg esoknya kami breakfast sama2.........Mkn lebih semalam dan tambah sandwiches saja. Cukuplah tu! Then acara mandi2 lah.....Aliah pun excited mene'"ry" (try) swimming suit dia smlm. So kami bwk dia turun pool dulu, ada la 20minit. Dia tak nak naik mula2 tu! Last2 angkut jugak...Saja nak bwk dia ke pantai lak since smlm dia takut dgn ombak. Nak ajar skit merasa air laut dan pasir pantai. Alhamdulillah, dia boleh adapt dan seronok! Nasib sempat awal..setengah jam lps aku naik, hujan turun dgn lebatnya.

Dlm berseronok tu sbnrnya aku kesiankan budak aku yg anak dia prem. tu....Anak dia lelaki, lahir sebulan slps Aliah. Tengok anak dia, agak helpless. Kalau budak seusia dia selalunya lasak lah tapi anak dia masih kena pangku, minum kena suap dsb. Dia kata mmg mcm tu dan ada mlsh pulak dgn pundi kencing serta buah pinggang. Pulak tu selama ni, dia mmg dok berasing dgn anak2 dia, seminggu sekali baru balik...

Kalaulah aku di tempat dia, aku tak dapat bayangkan diri aku sekuat dia....Dah anak camtu, kena lak cari rezeki di tmpt yg agak jauh. Camna nak bagi extra care? Insaf, syukur Aliah tu sihat sejahtera walaupun lahir underweight in fact sekrg pun sama :p Syukur apa yg ada!

Matahari terbenam di Teluk Kemang

Monday, November 10, 2008

Aliah @ 13months

Things your toddler CAN DO :-
• pull up to standing position - YES
• get into a sitting position - YES
• cruise - YES
• clap hands - YES, mostly on her favorite jingles/ cartoons
• indicate wants in ways other than crying - YES (sebut nak..)

Things your toddler WILL PROBABLY DO :-
• place an object into a container - her favorite activity
• imitate activities
• stand alone - yes, but seldomly do
• use 1 recognizable word - nak, tot (hehhee...cuba teka word apa tu), ayam, abang

Things your toddler MAY POSSIBLY DO:-
• drink from a cup - with support
• use 2 recognizable words
• point to a desired object - 12 nov., point to her buaian
• walk well
• scribble

Things your toddler may even be able to do AT THIS STAGE
• use a fork/spoon (but not exclusively)
• point to 1 body part when asked - YES, she can show her eyes,nose,lips,butt :p
• dump an object in imitation

Friday, November 7, 2008

Bosan

Hari ni, saat ini aku masih di pejabat terkial2 mengarang ayat utk MPK jabatan aku...Ni lah boss, kerja last minute :p Lagipun malas mengarang. Flowchart belum buat lagi! Cadang nak kerah budak praktikal minggu depan...Ehhee.

Actually aku tak berapa tenteram lah 2 hari ni ...Pagi semlm time pegi keja, aku dpt sms dari kwn opis lama aku. Dia kata tgh tunggu penempatan utk 44 la! Emm, aku rasa dah lain mcm sbb mereka dah Q tapi aku ? PTK Khusus tu aku lum seat, camna....

Hampir seharian, in fact semalaman juga aku tak keruan...Tambah pulak staff aku dah takutkan aku kata aku akan tertinggal jauh sbb batch aku dah naik. Aku akui, salah dan keculasan aku,tapi time tu mmg aku dilanda masalah kelupaan yg teruk ! Dgn stressnya time tu...Kalau aku tak dapat catch batch aku (rasanya mmg tade harapan sbb next exam only can be seat Feb.09), akan lambatlah utk aku naik ke pangkat seterusnya.

Actually, dulu aku rasa tak ready utk semua ni...Naik pangkat, kemungkinan bertukar dan adapt to new organisation again. Aku ala2 bersyukur dan berada dlm comfort zone aku sendiri. Kira selesalah walaupun agak tegang kerja di sini ! Mana tak selesa, pegi kerja dlm 1/2 jam je sampai.. Gaji? alhamdulillah, apa yg ada masih mampu utk saving n shopping skit2.

Tapi sekarang ? Aku rasa rugi sangat........Emm, bukanlah pangkat dsb tu aim utama, cuma rasa org lain dah ke depan tapi aku ??!! Dah nak 5 tahun service, takkan aku nak kekal mcm fresh grad. ? Ya Allah, jika ada rezekiku mudahkanlah bagiku.......

Thursday, November 6, 2008

Bila nak tambah?

Korang pun mesti penah ditanya soalan ni bila anak korang dah cecah beberapa bulan/ bertahun...Bagi aku, sejak Aliah 6-7 bulan soalan ni pernah ditanya tapi tak kerap. Tapi sejak Aliah dah cecah setahun ni, ramai pulak yg tanya soalan yg sama. Haai, mcm tade soalan lain! Tanya la bila nak gemuk ke, naik pangkat ke (upps :p) ...

Emm..Bagi aku, aku consider soalan ni mcm soalan perancangan keluarga dan masa depan. Betul, kita kena merancang keluarga! Dulu time aku susah dptkan Aliah dan kakaknya, mmg kitaorg tak pernah merancang dan bila ada kawan yg merancang walaupun baru nak dpt yg pertama, kitaorg mmg kurang bersetuju! Points dia adalah spt di bawah:-
  1. Kena prepare mental, physical & economical.
  2. Kena kukuhkan apa2 yg tak kukuh
Aku setuju tapi kita kena gak percaya pd rezeki anak-anak (rezeki kena cari lah, bkn datang bergolek). sbb kalau tak cuba, how do we know whether we are capable or not? Sbb bagi aku, apa2 pun kena lalu pengalaman....Since sekarang kitaorg dah ada pengalaman, aku masih bersetuju dgn points yg kawan aku bagi tu. Sangat setuju! Sbb apa ? Sbb2 di bawah:

1. Kena prepare mental, physical & economical
Sebelum & semasa mengandung serta slps lahir- Kena kuat hadapi alah, sakit pinggang, sakit bersalin dan susah hati dgn kandungan (byk berdoa je), kena sedia extra duit/ saving utk sakit demam ketika mengandung/ ketika anak kecil, kena sedia tido tak cukup, rehat tak puas, makan tak kenyang dsb!

2. Kena kukuhkan apa2 yg tak kukuh
Kewangan, peribadi, ilmu sedikit sebyk-Ilmu keibubapaan / parenting skill tidak dwarisi - kena belajar dan adjust serta improve mana perlu sbb zaman sekrg byk dugaan, cabaran, dsb.

Zaman dulu susu tin (FM) dipromote gila2 so tak ramai yg BF kecuali yg mmg kurang duit, tidak bekerja dan mmg memahami tuntutan Islam. So kalau sekerg decide nak BF, kenalah belajar sbb bukan sng kalau tade usaha & tunjuk ajar !

Zaman dulu, budak2 bebas bermain melompat sana sini di luar dgn pengawasan yg minimun tapi zaman sekrg, lepa sekejap kat pasar mlm pun boleh meninggalkan mimpi ngeri!

Zaman dulu bagi makan apa saja pun, jrg kena sakit yg pelik2 tapi zaman sekarang, susu dlm tin dipaket dsb pun ada campur bahan plastik !

Zaman dulu, boleh pegi klinik desa je tunggu 1-2jam dpt ubat, sekrg kalau nak cepat tapi duit kurang, alamat berjanggutlah tunggu ....


Selain itu, dgn tantrum anak tambah bila dah besar, kalau tak cukup sabar boleh rosak peribadi anak..........Sebab tu perlu merancang, sesuai dgn keupayaan diri. Bagi kami sendiri, kami rasa setakat ni kami masih ber'tatih' melayan kerenah dan tantrum Aliah! Cukupla dulu sorang ni dalam 2 tahun....Nice feeling, envy tgk org dah mengandung, excited bila tgk muka putih mulus baby di labor room tapi utk diri sendiri, nantilah dulu ! ;)

Tuesday, November 4, 2008

Tagging Games

Mcm sonok game ni tapi sbb aku baru je dlm dunia blog ni..So baru sekali je betul2 kena tag. Tu pun lum jawab! Adus....

So sempena pembukaan (mcm tak sesuai je perkataan ni) label baru, aku jwblah tag pertamaku dari my old good friend- Mdm Nuwal :p


When is the last time you ran? Can't remember at all...Last3 years, i guess :p

Do your jeans have rip, tears and holes in them? None at the moment...

What are you dreading right now? MPK...ya ampun,tension sbb mls mengarang!

When is the last time you saw your significant other? This morning

Do you get full 8 hours sleep every night? Yes..But not every night.

What is your current favorite song? None

If anyone came to your house on one of your lazy days, what would you do?
Try to clean those 'open area' and hide somewhere if fails to finish the cleaning :p


Have you ever been in your school band? No..aku tak aktif zaman sekolah.

Do you own a pair of Converse? No

Did you copy and paste this survey? Hee..yes, from nuwal

Do you eat raw cookie dough? Never....

Have you ever kicked a vending machine? Never...aku baik dan lembut :p

Do you hate it when a radio ruins a song by playing a slow one after that? Depends on the song.

Do you watch "Trading Places"? Never heard of it..

Have you ever stayed on a line a long time waiting for someone? Of course yes

Are you 'cocky'? Not sure...

Could you live without a computer? Don't think so....

Do you wear shoes in the house? No

How many phones are there in your house? 2 only

What do you do when you are sad? Blogging,tido/ calling2...

Who would you call first if you won a lottery? My hubby of course!

Last time you saw your best friend? Deepavali...

What or who sleeps with you? My beloved ones of course! (2 of them)

Are you still in high school? No

Is anyone on your bad side right now? Myself

What jewelery are you wearing right now? Cincin tunang mata satu...

What is the first thing you do when you get online? Go to my office emails..see, betapa 'bertanggungjawabnya' aku pd keja aku :p

Do you watch Grey's Anatonomy? Occasionally

Would you ever wear your boyfriend's / girlfriend's clothes? Never

Where do you work? Tempat org sakit..sbb tu kdg aku pun 'sakit'

What are you doing on Friday? Blogging, tido/ shopping

Is Justin Timberlake the next Michael Jackson? No idea

Favorite name for a girl? Alia...ehhhe..

Favorite name for a boy? Haikal...

Will you keep your own name when you get married? Yes

When is the last time you left your house? This morning

Did you return your cart (I assume trolley)? Sometimes, :p if i'm the one who did the shopping

Do you have a dish washer? No, but my hubby will act one during my lazy days :p Thank u hubby!

What noise do you hear? The drop of the rain...it's raining dear! ;)


Walaa..............Panjang berjela tag si Nuwal. Tapi disebabkan aku dah terbuang masa jwb tag ni, aku nak tag jugak kwn2 lain :p Over to you mommies!!

--> mommy Hafiy
--> mommy of Harith, Athirah & Uzair
--> mommy Adam (aidafiq)
--> ummi Danial
--> ibu Danial & Danish
--> mama Farah (ridzna)
--> mama Arshad