Thursday, December 4, 2008

Sakitnya...

Korang selalu tak kena sakit kepala yg kuat, yg membuatkan mata korang berpinar-pinar dan kepala nyut2 sampai pejam mata pun masih terasa, tido pun tak hilang sakitnya ??! Leh jugak disebut migrain. Byk puncanya migrain ni. Antaranya cahaya, cuaca, bunyi bising, makanan, cara hidup dsb.

Aku tergolong dlm penghidap yg sensitif pd silau, cuaca panas (terutamanya bila masuk kereta yg dijemur panas) dan bising. Dah cuba avoid, tapi kdg2 terpaksa la kan ??!! So selalunya telan panadol tak jalan punya.....Ada jugak disaran ambik painkiller/ prostan (tak sure namanya) tapi takmo biasakan diri!

Cuma sejak ada anak ni, rasa pressure jugaklah bila dahlah migrain tido lak tak berapa nak lena / straight...So lambat la skit baiknya. Aduhh !! Dah 2hari ni, masih terasa2.........Dah pernah buat CT Scan dan MRI, tapi takde pun abnormalities yg patut dirisaukan. Jadi apa lagi solutions yg ada? Share2la...

Anyway, sila baca artikel yg aku copy-pes dari web SPA...

---------SAKIT KEPALA KRONIK----------------------------
Semua orang pasti mengalami sakit kepala, sama ada lelaki ataupun wanita, kecil mahupun dewasa. Bagaimanapun kita selalu memandang ringan sakit kepala dan tanpa disedari penyakit ini boleh mendedahkan seseorang kepada kematian.
Migrain, adalah jenis sakit kepala paling kerap dialami seseorang. Antara simptom migrain ialah sakit kepala yang berdenyut-denyut, muntah-muntah dan pitam. Bagaimanapun, migrain tidak mendedahkan seseorang kepada maut kerana keadaan yang dialami masih mampu dirawat dengan sempurna dan boleh dielakkan. Faktor keturunan turut menjadi punca migrain di kalangan individu tetapi penyakit ini boleh dicegah dengan mengelakkan faktor penyebabnya.

PUNCA-PUNCA SAKIT KEPALA

Ketegangan
Keadaan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, terutamanya lelaki. Mereka yang tidak bijak mengurus dan mengendalikan masalah sendiri terdedah kepada sakit kepala jenis ini.(Aku pun)

Pengambilan ubat-ubatan
Mengambil ubat tertentu untuk meredakan kesakitan boleh mendedahkan seseorang kepada sakit kepala. Pengambilan makanan yang mengandungi bahan monosodium glutamate atau MSG, kafein dan alkohol boleh menyebabkan sakit kepala.(Mungkin jugaklah byk MSG)

Penyakit Metabolik Kekurangan gula di dalam tubuh, kurang darah, kegagalan fungsi ginjal dan hati boleh menyebabkan sakit kepala.(Ini tak sure)

Kecederaan kepala Kecederaan kepala disebabkan kemalangan atau kecederaan yang serius boleh menyebabkan pendarahan di dalam otak. Pesakit perlu menjalani skan otak untuk rawatan lanjutan.(Tak pernah)

Inflamasi salur darah di kepala dan otak Keadaan seumpama ini terdedah kepada wanita berusia 50 tahun ke atas. Sakit kepala yang dialami boleh menyebabkan mereka menjadi buta, muntah-muntah dan strok. Jika dikesan awal, mereka akan diberi ubat-ubatan steroid.(Erggh...20 thn lg nak capai usia tu)

Infeksi di dalam tengkorak atau intrakranium Keadaan ini berpunca daripada penyakit meningitis iaitu selaput otak berkuman dan ensefalitis iaitu inflamasi otak disebabkan jangkitan bakteria atau virus. Selalunya pesakit akan mengalami sakit kepala yang teruk dan demam. Antara simptom yang dialami ialah leher menjadi tegang, sawan dan koma. Pemeriksaan skan otak dan pengambilan cecair daripada tulang belakang perlu dijalankan. Mangsa hendaklah mendapat rawatan awal dan lazimnya ia berjaya disembuhkan melalui pemberian antibiotik. (Tak sure lah kalau ada)


Cadangan Mengurangkan Sakit Kepala Ini
  • Berehat seketika dengan berbaring.
  • Baring di atas katil dan pejamkan mata untuk tempoh kira-kira setengah jam (Yes, tapi redanya sekejap je selama yg baring)
  • Elakkan terkena cahaya terang atau pancaran matahari (kdg takleh elak sbb nak lunch di luar)
  • Berehat dalam sebuah bilik yang gelap atau samar-samar kerana keadaan yang terang benderang boleh menambahkan ksakitan pada kepala.
  • Ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais di dalam tuala kemudian lekapkan tuala pada mata untuk beberapa ketika (Yes, it do helps sometimes)
  • Jika keadaan sejuk tidak mredakan, cuba gunakan air suam. Ambil sehelai tuala bersih dan basahkan dengan air suam kemudian lekapkan tuala pada mata selama kira-kira setengah jam. (Belum try)
  • Fikirkan perkara positif kerana sebahagian besar sakit kepala berpunca daripada tekanan perasaan dan gangguan (hehee..ni yg susah nak buat)

3 comments:

~Umi.Sufira~ said...

Sal, tak dapat nak tolong Sal tapi Sal jaga tido maybe OK sikit kot..pastikan tido dan rehat yang mencukupi..=D

yays said...

Lamakan sujud.doa panjang sikit..
insya Allah.

Pedang Bertuah said...

Selamat hari raya sis :)

hahahha, terkeluar topik lak