Wednesday, February 24, 2010

Plan for Next Anniversary

Ada 3 minggu lagi...Taktahu nak plan apa dgn keadaan mcm ini. Kalau fikir,semuanya tak larat and suprisingly, melangkah jauh skit even ke shopping malls pun langsung tak menarik minat!! Haaa.. Time ni pandai lak hubby offer nak gi JJ lah apa la (tak aci tau :p).

Ada cadangan? Err..Cadangan, yg tak perlu masak sendiri dan tak perlu pergi jauh2 (lps habis alah2 ni, baru nak gi bercuti tp x pasti lg ke mana........).

Monday, February 22, 2010

Dunia Batinku

Sudah lama tak layan drama mlm2, Cekerarama to be specific walaupun dah awal sikit...Dlm tempoh ini, katil adalah lebih menarik :p Namun mlm Sabtu lps, kugagahkan jua kerana nak tgk Sheila Rusly walaupun dpt agak, critanya mesti psl pengorbanan seorg ibu.

Pelakon:
Fizz Fairuz/ pelakon Gubra - Abang (anak sulung)
Memey/ pelakon tak kenal - Sarah (adik bongsu)
Pelakon tak kenal - Siti (adik / kakak)
Normah Damanhuri - Nenek
Sheila Rusly - Ibu

Flashback, kehidupan 3 beradik dianggarkan umur Abang 17 thn, kakak 15thn dan adik, 5 tahun. Mereka anak yatim, dibesarkan oleh ibunya yang turut juga menjaga nenek mereka (ibu mertua). Ibunya keja menoreh getah dan membuat nasi lemak (hantar ke gerai). Ibu seorang yang gigih bekerja, mengharapkan anak2 nya juga gigih belajar dan dapat membina masa depan cemerlang yg dapat merubah kehidupan mereka.

Si ibu seringkali mengingatkan anak2 nya supaya belajar terutamanya si Abang yang dianggap ketua keluarga dan harapannya. Tanpa dia sedar, si Abang turut membantu dgn menangkap ikan utk dijual dan mencuci kereta slps sekolah. Bila si ibunya dapat tahu, si Abang dimarah dan diherdik segala sampai satu tahap hendak membelasah anaknya dgn batang penyapu kerana merasakan anaknya telah menghampakannya.

Ada satu kejadian, si ibu mendapat tahu dari kawan kampungnya yang anaknya bermain bola. Dimarahnya si Abang, dipatahkan trofi si Abang dgn tuduhan bermain bola itu semua tidak akan menjamin masa depan si abang! Nasibla si nenek membela, dgn memberitahu sekali itu je Abang main....Dlm diam, si Abang masih meneruskan usahanya membantu si ibu dlm diam dgn membuat kerja sambilan tanpa mengabaikan sekolahnya. Niatnya hanya satu,utk ringankan beban ibunya!

Namun si ibu tetap tidak dapat diterima tambah apabila kawan sekampungnya itu membawa cerita kononnya si Abang bercampur dgn budak2 liar, entah2 mencuri utk bayar hutang ibunya shingga ibunya berasa sgt kecewa. Pada satu hari semasa ibunya keluar ke ladang, si ibu teringat pesan arwah suaminya bahawa "Jadilah teman kepada anak kita, supaya dia boleh crita susah senangnya dgn kita...Jgn biarkan mereka jauh dari kita". Tanpa sedar, si ibu tersenyum spt bangga dgn usaha si Abang tanpa menyedari ada batang pokok yg sedang tumbang ke atasnya. Si ibu meninggal di situ dan apabila si Abang dtg mencari ibunya, juga utk menunjuk keputusan ujian percubaannya, saat itulah kesedihan yg amat meruntun jiwa!

Slps kematian ibunya, nenek meminta si bongsu dihantar ke rumah kebajikan....Walaupun si Abang berat hati krn merasakan dia dapata menjaga adiknya, namun demi masa depan adiknya dia relakan. Slps neneknya meninggal, si Kakak mengambil balik si bongsu dan mereka pun membesar sama2.

Pengajaran:
1. Jangan mudah percaya dgn cakap2 org walaupun dlm stress.
2. Sbg ibu, kita kena lebih percaya pd anak kita..Siasat sebelum tuduh. Kesian si anak!
3. Hargailah pengorbanan si anak serta minatnya yg positif walaupun ia mungkin tidak sama spt yg kita harapkan...Takkan asyik nak belajar ja? Main bola pun ada masa dpn apa kalau betul2...
4. Betul kata bapanya...Jadilah teman supaya anak tidak lari dari kita.
5. Anak tidak perlu merajuk atau cepat kecik hati dgn ibu, pahamilah stress si ibu.. Bagus dlm crita ni,si Abang tak pernah sibuk nak lari ke pegi isap dadah ke sbb stress dgn ibunya yg horror.

Friday, February 19, 2010

Papaku Sayang

Aliah skrg nak mandi dgn papa dia...Selalunya,

"Papa..Mandi kan.." .."Ibu...Taknak ..Taknak ibu"....

Sayu jugak...Ni belum lg dia betul2 ada adik, dah 'jauh'. Dahla skrg dah stop breastfeed...Dah jrg dapat precious/ special moments dgn dia. Cuma mlm2 je kdg dia nak tido atas dada, kasi layan lah jgk sbb rindu pelukan dia :(

Thursday, February 18, 2010

Debaran yg Belum Berakhir

Semalam hanya lapor diri, penempatan belum dapat..Sungguh aku tidak tenteram. Tambah pula bila semak semula post flexi. itu, depa kata since dah diisi tak bolehlah isi. Salah seorang kena laah keluar!

Aiyaaa....Ke org ni yg tak paham? Sbb post tempat aku utk kira banyak...Cuma post flexi.tu je yg buat spoil sbb dah staff aku tu masuk time aku cuti bersalin dulu.

Apa pun, dlm keterpaksaan aku redha....Rasa mcm di persimpangan. Bkn aku takmo tukar semata-mata sbb aku belum pass kelas aku, tapi sbb perjuangan yg belum selesai di sini. Sebenarnya dlm tak suka pun di sini, aku sayang tempat ni dan boleh kata, sini .."I love my job!". Aku tak pernah kerja/ bertahan di satu-satu organisasi lebih 2 tahun so bila di sini 4 tahun dan dah nak masuk tahun ke5 pun, memang rasa sayang!

Selain dah menginjak ke comfort zone :p, sokongan dari staff, rakan sepasukan serta big boss buat aku gigih di sini...Namun apakan daya, jika takdir itu telah ditentukan dan ada hikmah di sebalik semuanya ini, haruslah aku terima jua satu hari nanti.

* Cuma aku kesian juga, kalau betul aku tukar dan pengganti aku tu pun nak tukar bila dia lulus PTK nanti, habislah opis kami ni sapa yg akan ganti (org baru?)???

Wednesday, February 17, 2010

Cuti Kerja?


Kalau korang cuti, hantar anak ke babysitter/ nursery jugak kaah?

Adakah sbb:
1) betul2 cuti dan nak rehatkan diri..ME time?
2) sebab sayang bayaran sebulan :p

Emm...Sbg ibu berkerja, setiap masa dgn anak memang precious sampaikan tatkala kita lupa pd masa utk diri sendiri. Begitulah aku, sejak Aliah lahir sememangnya aku jarang hantar Aliah ke rumah PIL jika cuti. Walaupun cuti utk diri sendiri, tapi bagiku itu jugalah masa yg perlu kuganti utk bersama Aliah!

Tapi sejak dia besar, tatkala penat dan lupa diri...Rasa tak sanggup nak jaga dia waktu cuti sbb dia tidak pernah 'cuti' dari bermain. Huhhuuu! Penatnya mcm tiada dlm kamus hidup dia skrg....Satu hari penat berjalan pun, malam itu tidak juga dia 'pengsan' dgn sendirinya. Akan berlakulah perang kecil utk menidurkan dia! Sebelum peperangan terjadi, biasanya umpannya adalah lompatan demi lompatan di atas katil...Dan kdg2, di celah badanku jua (kini tidak lagi).

Sunday, February 14, 2010

Hak Kanak-kanak

Setiap kanak-kanak berhak mendapat 4 keperluan asas iaitu:

  • Hak kelangsungan hidup — termasuk mutu hidup dan peluang untuk mendapat rawatan

  • Hak perkembangan — termasuk pendidikan, mendapat maklumat, bermain, aktiviti rekreasi dan budaya; bebas untuk berfikir dan beragama

  • Hak perlindungan — meliputi semua aspek eksploitasi, kekejaman, perpisahan daripada keluarga dan penderaan

  • Hak dalam penyertaan sebagai anggota masyarakat — termasuk kebebasan bersuara (memberi pendapat) dan mempunyai hak bercakap dalam isu yang membabitkan hidup mereka. Walaupun masih kecil, pandangan mereka perlu diambil dan dipertimbangkan kerana seperti orang dewasa, mereka juga ada pemikiran tersendiri yang sesuai dengan perkembangan dan perubahan pada zaman ini.


  • Sumber : Tanya Pakar, Harian Metro.com

    Friday, February 12, 2010

    Mendebarkan...

    Alhamdulillah, bulan ni ada 2 berita gembira...Rezeki, rezeki.

    Namun mendebarkan....

    Apa pun, tunggu selepas 17hb nanti ;)

    Tuhan, Laknatilah Mereka!

    Itu ja yg mampu kukatakan bila melihat gambar bayi-bayi kecil comel, mulus diletak merata , macam sampah...Dibiar mati dhurung semut. Gambar bayi perempuan semalam sesungguhnya amatlah menyayat hati! Melihatkan sekujur tubuhnya yg sihat, cantik dan mulus sangat tidak boleh diterima akal bagaimana seorang perempuan yg sanggup membawa dia 9 bln, sanggup pula membuang begitu sahaja??? Apa jenis manusiakah ini?

    Sesungguhnya, sangat berharap mereka ini mendapat 'balasan' di dunia supaya dapat jadi pengajaran pd org lain....Undang2 langsung tidak menakutkan lain-lain. Kegiatan sosial semakin melampau (terkini, dalam The Star Isnin ada yg ingin promosikan "Day Without Panties" sempena menujukkan kasih syg pd Hari Valentines). Mungkin kerajaan patut mulakan hukuman hudud!

    Aku menyeru...Bagi pasangan2 yg dah terlanjur, atau kesempitan duit, janganlah kerana takutkan makbapak takutkan masyarakat anda buat lagi kesalahan yg menunjukkan anda langsung tidak takut kepada Pencipta Yang Maha Kuasa? Hantarlah bayi2 anda tak berdosa itu ke rumah kebajikan/ tinggalkan di hospital secara selamat.......Berilah peluang bayi2 ini hidup. Buat apa anda takut dgn polis, dgn org, lambat laun anda akan ditangkap juga!

    Thursday, February 11, 2010

    I need a helper!

    Not to expect the little helper...Goshh, at certain moment i am really sure i need a maid! Urghh..

    1. To clean the dishes.
    2. To wipe the windows, furniture and mop the tiles.
    3. To wash Aliah's CD.
    4. To fold clothes and iron our working attires.
    5. To a,b,c,d ........................................endless list.

    Ahha...I bet you guys still remember i have blog about among all the wife chores, i like wash and fold clothes?!! Heee.........No for 3 big baskets of clothes (2 minggu punya laundry!).

    Aiyaa...HELP! HELP!

    Wednesday, February 10, 2010

    Our 3rd Edition!

    Will due on

    29/9/2010 or a week after that kalau ikut tarikh scan...


    Utk tidak memboringkan sesiapa pasal topik ibu mengandung, sila lah ke...blog satu lagi....

    * Emm..Dugaan jgk kan morning sickness bila dah ada anak yg tua? Kesian dia...Kita penat2 nak baring, dia ajak main susahnya nak layan! :( Huhhu.....Sorry Aliah, ibu tak berdaya.

    Monday, February 8, 2010

    Organize Your Day


    Apa anda buat dgn organizer byk2? Aku bkn pakai sgt...Tiap2 tahun min. akan dpt 2. Aku hanya pilih yg jenis notepad/ note book kecik sbb itu lebih praktikal utk buat notes.

    Tahun ni, alhamdulillah HOD dpt organizer special siap bg kertas tambahan....Senang lah, cukup setahun leh pakai organizer ni je!!

    Boleh, apa salahnya....

    Extended Breastfeeding banyak kelebihannya

    (dipetik dari Laman web majalah Pa & Ma).

    Selepas 2 tahun, Azrina berhasrat untuk terus menyusukan si manja (extended breastfeeding). Tekadnya itu, bertambah kukuh apabila yang tersayang tidak mahu bercerai susu. INTAN JASTINA JAMALUDDIN mendapatkan pandangan daripada pakar laktasi, Rita Rahayu Omar berkenaan isu ini.

    Umum sedia maklumdengan polisi kebangsaan mengenai penyusuan susu ibu yang menggalakkan semua ibu menyusukan bayi secara eksklusif di 6 bulan pertama dan diteruskan sehingga usianya 2 tahun. Pemberian makanan pelengkap pula hanya boleh dimulakan apabila bayi mencecah enam bulan.

    Polisi tersebut merupakan susulan polisi yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Tabung Kanak-kanak United Nations (UNICEF). Namun, kedua-dua badan ini di dalam kenyataan masing-masing menyarankan penyusuan susu ibu diteruskan lebih daripada 2 tahun di samping pemberian makanan pelengkap.

    Oleh yang demikian, hasrat untuk meneruskan penyusuan selepas usia 2 tahun sangat digalakkan sehinggalah kata sepakat antara anda dan anak dicapai tentang bila masa paling sesuai untuk menghentikan penyusuan. Faktanya, ramai wanita yang menyusukan anak secara eksklusif menikmati faedah amalan ini sehingga mereka memutuskan untuk meneruskan penyusuan susu ibu lebih lama daripada yang dirancang.

    Oleh kerana itulah, penyusuan yang diteruskan sehingga umur 3 atau 4 tahun merupakan perkara normal di kalangan sesetengah masyarakat dunia terutamanya di negara-negara Asia. Lazimnya, kanak-kanak ini akan bercerai susu secara semula jadi tanpa perlu dipaksa. Hakikatnya, amalan extended breastfeeding merupakan fitrah manusia. Paling utama amalan ini sangat baik untuk anda dan anak juga.

    Kelebihan: Ibu
    Jika bercadang mahu mengamalkan extended breastfeeding, ketahuilah banyak manfaat daripada hormon penyusuan yang bakal anda peroleh. Hormon prolaktin dipercayai banyak membantu anda menenangkan perasaan sementara oksitosin merangsang perasaan sayang yang sedia ada. Terbukti, hormon-hormon ini memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan fizikal dan mental anda!

    Malah, dengan menyusukan si manja, ia membantu anda memperuntukkan masa yang suntuk itu untuk mengukuhkan lagi jalinan ikatan kasih sayang. Amalan ini turut melambatkan kesuburan anda dengan berterusan menahan ovulasi daripada berlaku. Antara lain, ia memberi perlindungan tambahan terhadap beberapa penyakit atau masalah tertentu seperti:

    1. Kanser payu dara (Helewa, Levesque & Prvencher, 2002)
    2. Kanser ovari (Schneider AP, NE J Med, 1987)
    3. Kanser rahim (Brock KE, Med J Australia, 1989)
    4. Endometrium (Petterson B et al, Acta Obstet Gynecol Scand, 1986)
    5. Osteoporosis (Blaauw R et al, SAMJ 1994)
    6. Mengurangkan insulin bagi yang menghidap diabetes. (Davies HA, British Med J, 1989)

    Kelebihan: Anak
    Extended breastfeeding tidak sekadar memberi zat pemakanan paling optimum dan perlindungan imunologi kepada si manja. Lebih daripada itu, anak yang meneruskan penyusuan memperoleh ketenangan setiap kali sesi menyusu. Disebabkan itu, anda boleh menjadikan penyusuan susu ibu sebagai “ubat penenang” sewaktu dia dirundung sedih atau marah. Ketika dia bertarung melawan penyakit pula, tubuhnya dapat dihidrasi dengan baik menerusi susu ibu itu sendiri.

    Sementara itu, mungkin ada yang khuatir anak tidak boleh berdikari jika asyik “berkepit”. Anggaplah penyusuan susu ibu sebagai asas kukuh untuk kasih sayang ibu dan anak sepanjang hayat. Anak yang mendapat cukup kasih sayang dan perhatian akan lebih berkeyakinan. Aspek ini sangat penting dalam usaha membentuk keperibadian yang cemerlang.

    Kadangkala dalam kesibukan kerja harian, kita sebagai ibu bapa moden terlalu ghairah untuk memastikan anak cepat berdikari. Hakikatnya, si kecil sentiasa memerlukan perhatian, kasih sayang dan panduan ibu bapa. Bukankah itu tanggungjawab kita sebagai ibu bapa? Malah jelas terbukti melalui pelbagai kajian psikologi yang mendedahkan keperibadian dan perwatakan seseorang dewasa berkait rapat dengan pengalaman zaman kanak-kanak mereka.

    Khasiat tetap sama
    Bayi hanya memerlukan susu ibu dari hari pertama kelahiran sehingga usianya mencapai 6 bulan. Selepas tempoh itu, kajian menunjukkan terdapat 1 atau 2 komponen di dalam susu ibu tidak mencukupi untuk bayi yang semakin membesar. Perbezaan paling ketara adalah daripada segi komposisi air dan kandungan lemak. Namun, harus diingatkan! walaupun susu ibu kekurangan komponen tersebut, ia tetap jauh lebih baik berbanding susu formula. Dengan itu, susu ibu tetap bersesuaian dengan jumlah kalori yang diperlukan mengikut waktu dan umur bayi pada ketika itu.

    Malah, dalam kajian terkini, Fat and Energy Contents of Expressed Human Breast Milk in Prolonged Lactation, PEDIATRICS vol. 116 no. 3 September 2005 menyatakan: Susu ibu yang diperah oleh ibu yang menyusukan bayi lebih daripada 1 tahun menunjukkan peningkatan kandungan lemak dan tenaga berbanding susu ibu yang diperah oleh ibu yang mengamalkan penyusuan eksklusif dalam tempoh yang singkat.

    Sementara itu, WHO dan UNICEF menyarankan berikut sebagai pilihan penyusuan untuk bayi:

    1. Susu ibu yang diperoleh terus daripada payu dara ibu.
    2. Perahan susu ibu daripada ibu kepada bayi.
    3. Susu ibu susuan.
    4. Pengganti susu ibu yang sesuai.

    Lihatlah! Kedua-dua badan ini meletakkan susu ibu sebagai pilihan terbaikbagi penyusuan bayi. Oleh kerana itulah, kandungan nutrisi susu ibu tidak patut dipertikaikan lagi!

    Sememangnya akan terdapat sedikit perbezaan dalam komposisi susu ibu jika anda tidak mengamalkan pemakanan yang sihat sekali pun. Namun, secara umumnya kandungan di dalam susu ibu itu masih yang terbaik untuk anak anda. Tiada susu lain yang dapat menandingi kebaikan dan khasiat yang terkandung di dalam susu ibu! Ertinya, kandungan khasiatnya tetap kekal sama walaupun anda menyusu melebihi 2 tahun sekalipun

    Saturday, February 6, 2010

    Apa Motifnya?

    Korang yg ada Astro..Suka ke tengok rancangan A,C Di Sini dan Macam2 Aznil? Eissh..Berbulu aku tgk program ni. So memang kira mcm dah 'ban' la dari tengok walau ada artis best pun! Tgk takat 2 minit...

    A.C Di Sini
    Apakah motifnya mtk tetamu jemputan bawak hadiah brg? Kira hebat sungguhla AC nih sampai artis diva pun mcm Anita Sarawak leh bg brg. Dah tu brg byk2 bagi disimpan dlm garaj studio tu ape kejadahnya?

    Macam-macam Aznil
    Apakah motifnya ada slot buat org menangis tu? Nak amik berlakon ke? Ish..Ishh...Tak paham. Emm, nak tgk menangis pi lah tgk crita sedih. Takpun minta Asto buat Gelanggang Ratu Air Mata pulak lps habis Gelanggang Raja Lawak (nih lps nih buat Circus Raja Badut pula...tak nak ke Astro, 'idea mahal' nih).


    Baik layan Halimah Jongang..............ngang...nganng...ang....(sampai ternganga2 si Aliah ajuk ngangg.....si Opie Zami buat). :p

    Friday, February 5, 2010

    A,B,C Hidupku...

    Akhirnya benda yg aku teringin nak beli kat Aliah sejak dia umur setahun, dah ada.....

    Satu minggu kami ajar dia kenal 1 huruf..
    Setakat ni baru dapat 3 huruf pertama
    dan dia dah leh kenal 3 huruf tu even dlm paper/ majalah.


    Hubby yang belikan....Tapi dah ada huruf kecil yg hilang sbb Aliah korek dan main2, dia kata ubat. Uhh,ada sekali tu dia masukkan kat hidung. Kitaorg cari mana la yg bulat tu! Punya la berdegup jantung jgn lah dia letak dlm hidung....Sekali tgk,mmg ada dlm lubang idung comel tu! Adehh...Puas suruh dia hembus,tak kuar. Hubby terus picit2, nasib kuar. Kalau jadi lain, mcmana??

    Moralnya : Hati2 lah dgn anak anda....

    Bersama 'tower KLCC' yg dia buat...Suka sungguh
    main building blocks skrg!

    No Wonderlah...

    1) Baju dan seluar size S-M ketat metat...
    2) Nip.rasa geli bila Aliah kiss....
    3) Asyik letih dan mengantuk jaa...
    4) Perut sgt kembong,bloated...dari biasa..
    5) Suka makan fastfood dan asam pdhal sebelum ni tak suka!

    Rupa-rupanya .....




    ******************************************************************************


    ***************************************************************************


    ***********************************************************************


    ******************************************************************


    **************************************************************


    *****************************************************


    ***********************************************
















    IT IS DOUBLE LINE!


    Alhamdulillah...Kalau kiraan last date of period, dlm 5 weeks baru. Too young, still fragile. So tunggu lagi seminggu baru aku nak gi clinic utk scan. Doakan ye selamat semuanya!!

    Wednesday, February 3, 2010

    Err....

    Ada satu pagi...

    Aliah : Nak bu..lu kecik....
    Ibu : (biar betul)..Hah, bulu? Bulu ape, bulu kecik?
    Aliah : Buuu lu...kecik...buu lu...laa...
    Ibu : (help!) Apa dia ??
    Aliah : (tarik tgn ibu ambil tupperware kat dapur)
    Ibu : Ler...BAHULU ..kecil (dari Kedah) :p


    Ahhahaa.....Buat saspen jee...

    She Likes Drawing!

    Like her father...Like father, like daughter. It seems that Aliah heritage the artistic hands. Even just conteng-conteng, but i can see it as one unique artwork.

    This is one of her artwork...Sampai berlubang kertas dikerjakannya utk menggunakan color itu. I interpret it as "Red Dandelion" (please ignore the yellow ones..that one illustrated by hubby).

    Published in Conteng-conteng.com


    There are many many drawings already by this cute hands but most of it, she just use pencil or ball pen. So the image not really clear!


    Cara dia memegang pen...


    Hampir sama spt kita kan?