Sunday, February 14, 2010

Hak Kanak-kanak

Setiap kanak-kanak berhak mendapat 4 keperluan asas iaitu:

  • Hak kelangsungan hidup — termasuk mutu hidup dan peluang untuk mendapat rawatan

  • Hak perkembangan — termasuk pendidikan, mendapat maklumat, bermain, aktiviti rekreasi dan budaya; bebas untuk berfikir dan beragama

  • Hak perlindungan — meliputi semua aspek eksploitasi, kekejaman, perpisahan daripada keluarga dan penderaan

  • Hak dalam penyertaan sebagai anggota masyarakat — termasuk kebebasan bersuara (memberi pendapat) dan mempunyai hak bercakap dalam isu yang membabitkan hidup mereka. Walaupun masih kecil, pandangan mereka perlu diambil dan dipertimbangkan kerana seperti orang dewasa, mereka juga ada pemikiran tersendiri yang sesuai dengan perkembangan dan perubahan pada zaman ini.


  • Sumber : Tanya Pakar, Harian Metro.com

    No comments: