Monday, February 22, 2010

Dunia Batinku

Sudah lama tak layan drama mlm2, Cekerarama to be specific walaupun dah awal sikit...Dlm tempoh ini, katil adalah lebih menarik :p Namun mlm Sabtu lps, kugagahkan jua kerana nak tgk Sheila Rusly walaupun dpt agak, critanya mesti psl pengorbanan seorg ibu.

Pelakon:
Fizz Fairuz/ pelakon Gubra - Abang (anak sulung)
Memey/ pelakon tak kenal - Sarah (adik bongsu)
Pelakon tak kenal - Siti (adik / kakak)
Normah Damanhuri - Nenek
Sheila Rusly - Ibu

Flashback, kehidupan 3 beradik dianggarkan umur Abang 17 thn, kakak 15thn dan adik, 5 tahun. Mereka anak yatim, dibesarkan oleh ibunya yang turut juga menjaga nenek mereka (ibu mertua). Ibunya keja menoreh getah dan membuat nasi lemak (hantar ke gerai). Ibu seorang yang gigih bekerja, mengharapkan anak2 nya juga gigih belajar dan dapat membina masa depan cemerlang yg dapat merubah kehidupan mereka.

Si ibu seringkali mengingatkan anak2 nya supaya belajar terutamanya si Abang yang dianggap ketua keluarga dan harapannya. Tanpa dia sedar, si Abang turut membantu dgn menangkap ikan utk dijual dan mencuci kereta slps sekolah. Bila si ibunya dapat tahu, si Abang dimarah dan diherdik segala sampai satu tahap hendak membelasah anaknya dgn batang penyapu kerana merasakan anaknya telah menghampakannya.

Ada satu kejadian, si ibu mendapat tahu dari kawan kampungnya yang anaknya bermain bola. Dimarahnya si Abang, dipatahkan trofi si Abang dgn tuduhan bermain bola itu semua tidak akan menjamin masa depan si abang! Nasibla si nenek membela, dgn memberitahu sekali itu je Abang main....Dlm diam, si Abang masih meneruskan usahanya membantu si ibu dlm diam dgn membuat kerja sambilan tanpa mengabaikan sekolahnya. Niatnya hanya satu,utk ringankan beban ibunya!

Namun si ibu tetap tidak dapat diterima tambah apabila kawan sekampungnya itu membawa cerita kononnya si Abang bercampur dgn budak2 liar, entah2 mencuri utk bayar hutang ibunya shingga ibunya berasa sgt kecewa. Pada satu hari semasa ibunya keluar ke ladang, si ibu teringat pesan arwah suaminya bahawa "Jadilah teman kepada anak kita, supaya dia boleh crita susah senangnya dgn kita...Jgn biarkan mereka jauh dari kita". Tanpa sedar, si ibu tersenyum spt bangga dgn usaha si Abang tanpa menyedari ada batang pokok yg sedang tumbang ke atasnya. Si ibu meninggal di situ dan apabila si Abang dtg mencari ibunya, juga utk menunjuk keputusan ujian percubaannya, saat itulah kesedihan yg amat meruntun jiwa!

Slps kematian ibunya, nenek meminta si bongsu dihantar ke rumah kebajikan....Walaupun si Abang berat hati krn merasakan dia dapata menjaga adiknya, namun demi masa depan adiknya dia relakan. Slps neneknya meninggal, si Kakak mengambil balik si bongsu dan mereka pun membesar sama2.

Pengajaran:
1. Jangan mudah percaya dgn cakap2 org walaupun dlm stress.
2. Sbg ibu, kita kena lebih percaya pd anak kita..Siasat sebelum tuduh. Kesian si anak!
3. Hargailah pengorbanan si anak serta minatnya yg positif walaupun ia mungkin tidak sama spt yg kita harapkan...Takkan asyik nak belajar ja? Main bola pun ada masa dpn apa kalau betul2...
4. Betul kata bapanya...Jadilah teman supaya anak tidak lari dari kita.
5. Anak tidak perlu merajuk atau cepat kecik hati dgn ibu, pahamilah stress si ibu.. Bagus dlm crita ni,si Abang tak pernah sibuk nak lari ke pegi isap dadah ke sbb stress dgn ibunya yg horror.

2 comments:

nouseforaname said...

mak@cik mah nangis2 tgk citer neh.. ehehehe

isabelle said...

dulu masa pregnant, bila i dok tgk astana idaman, mrhubby dok geleng kepala je. dia kata i selalu emo kalo tgk drama. haha.
nnt i beria2 marah kat pelakon tu. haha.poyo kan?