Friday, May 25, 2012

Night @ KK - Year 2012

(POST TERPERAM DARI 2012)

Hajat di hati nak gi Ranau  Kundasang serta Poring...Tapi malam tu hubby kata takyah sbb jauh nanti penat ; rugi masa. Aduss,frust la jgk dok fikir bila pulak akan sampai lagi ke Sabah ni?!! Tapi pagi2 tu fikir balik, betul jgk..Gi sana tu 2 jam lebih pastu balik pun 2 jam lebih,dgn jln pun tak tahu...Map tak jelas tjuk amik jln mana utk ke sana. So terkuburlah hajat ke sana!

Sbg penggantinya, nak jln sekitar KK je..Sekitar KK ada apa? Tgk2 dlm map, Lok Kawi Wildlife Park je mcm dekat & menarik utk budak2..Gi pagi2,nanti balik bleh singgah shopping kat pasar Philippines & ptg leh tgk sunset di Tg Aru. Chewah, plan...Memang bleh jadi tourist guide laah aku !! Hehheee....

Tapi hari tak selalunya indah...Balik dari zoo adalah sgt letih dgn cuaca yg panas tu,balik tido dulu.Bangun2 dah kul 5 terus begegas ke pasar,beli sikit2 sebelum hari gelap! Amani pulak walau cuukup tido,ntah apa x kena menangis je bila masuk pasar tu...

Bila naik keta,baru perasan...Rupanya kasut dia sudah tercicir. Oo, patutla dia menangis!! Cinderella betul.. Bila laa nak gi cari kasutnya? Nmpk2 tu mlm ni je laa gi singgah jap Suria Sabah kat area Hyatt Regency tu...

Monday, May 21, 2012

Discovering KK : Part II

Aku survey beberapa hotel sekitar bandar KK sebulan sebelum pergi...Antara yg menarik (dan within budget kami) bagi aku masa senarai panjang tu adalah Gaya Centre Hotel, Hyatt Regency dan Grand Borneo Hotel. Semua sebab ada swimming pools dan dekat town.

Hajat di hati memang teringin jugak nak try yg org sebut2 mewah spt Nexus Karambunai, Shangri-La Tg Aru atau Sutera Harbour tapi rasa sayang duit pulak sbb pergi 2mlm je,baik spend utk shopping....Tapi disebabkan tak mau tolak cash awal2,tak jadi laa book thru Agoda. Cuba je call2  dan tanya gov.rate! Try le jugak Sutera Harbour...Waaa...Kalau Sutera Harbour-Pacific Wing (Pacific Sutera) Deluxe Golf Viewnya sama rate dgn Deluxe City View Hyatt Regency (with breakfast for 2),mana korang nak pilih?

Sebab terpukau dek namanya dan landscape surroundingsnya, kami pilih Sutera Harbour...Alhamdulillah, nasib boleh dapat gov.rate yg reasonable and within budget kami! Pacific Sutera murah Rm120 dari Magellan Sutera....Pacific Sutera ni conceptnya business dan bangunan lama. Manakala Magellan adalah leisure dan kelab. 

Dari terminal 2 (Airasia) KK, kami tiba dalam masa 5 minit je ke Sutera Harbour...Walaa! Check in was smooth,dan diaorg mmg betul2 mtk gov.ID card to certify that mmg aku book atas gov.priviledge...Puhh,kalau tak, agaknya mmg tak dapat harga tu (rendah RM80 drp.normal rate).

Bilik superb! Mengadap parking depan dan padang golf...Dari situ jugak senang budak2 tgk kapalterbang nak naik dan nak mendarat. Memang keraplah! Bilik ni tade balcony...So kira selamat laa jgk utk budak tengok kat tingkap.






 













Travel Tips :

1. Booking online

a) Select time departure & return - Jika destinasi makan masa lebih 1 jam dan plan nak sewa kereta di situ, bolehlaah pilih flight pagi2  dan awal dari masa check in di hotel. Bila sampai awal sikit, boleh laa cari makan dulu dan brgn2 tmbhn sebelum masuk hotel.

b) Baggage and hand carry -  Must estimate total weight yg check in dan yg handcarry. For 3D 2N trip and 2 adults,2children boleh book 15kg luggage. Insyallah cukup! Kami hari tu 10.5 kg je tapi balik, gatai pi tmbh extra 0.5kg padahal tak lebih pun...

c) Seats selection -  Kalau pegri dgn family,choose smartly...Pasangan anda/ anak2 yg boleh independent & tidak kisah berjauhan dari anda, boleh bagi free seats. Kalau ada, rezeki mcm kami,last minute husband dpt jgk seat sebaris dgn kami! ;)

d) No turning back ! -   Booking online means confirm ...So by hook or by crook,memang kena pegi kalau tidak,burn!







2.  Handling toddlers inside the flight

a) Select time departure & return -  Pilih nap time diaorg so diaorg tak cranky dan boring..So kita pun relaksa je & boleh take a nap jugak.

b) Prepare them with what they should expect - Kencingkan (apekah..)/ bagi mereka kencing (kosongkan pundi kencing & lain-lain 'pundi' yg ada) supaya mereka tak sibok nak try in flight toilets which are too small utk 2 org. Aliah nak jgk try, last2 sampai 2x berjaya mendapat peluang kencing sbb aircond sejuk sgt! :p

c) Occupy their time - Kalau lama, lebih 1jam bawaklah snack (kalau mmg tak order apa2 in flight meals), reading materials, toys & gadgets so they can play around to spend their time. No to forget,pakailah jacket or else bwk blanket takut aircond tu sejuk!!

Ohh...Bdk ni siap bwk "amut" kesayangan...


Thursday, May 17, 2012

Discovering Kay Kay

Kay Kay = K.K   dan apa yg aku maksudkan adalah Kota Kinabalu, bukannya Klinik Kesihatan mahupun Kuala  Kangsar ye...

Walaupun berjaya menjejakkan kaki kali pertama di sini adalah pada 1 Mac lalu disebabkan kursus, namun takdir tertunda dari 2007 adalah pada Mei ini...

Kami book Airasia....Setelah 5 tahun tidak menaiki Air Asia,memang risau jugak sbb dah banyak dengar kes delay (nanti rugi masa) caj mahal dsb. Caj mahal dan pelbagai caj itu mmg dah kena laa time booking. Caj seats laah, caj beg lah, caj counter check in laah! Troublesome betul...

Trip ni hampir2 dibatalkan sebab Amani demam seminggu....Demam panas on-off. Nak tukar tarikh pun,mcm nak beli tiket baru which kena tambah lagi 1 thousand over (padahal beli dulu 890 je)..Apa ke jadah nak tmbh2 lagi? Memang kalau batalkan hari tu, aku anggap tade rezeki laah.. Yerla, kalau berjalan jauh anak2 tak sihat mesti kita pun tak seronok.

Kami dijadualkan bertolak Sabtu tghari, nasibla demam Amani reda jua hari Khamis itu....Kami dah book hotel dan kereta sewa. Hotel dah book sebulan awal cuma kereta sewa sahaja last minute,iaitu hari Jumaat tu. Mmg berharap dpt dealer yg boleh dipercayai dan kereta yg baiklaah, berbaloi dgn nilai RM120/sehari yg dibayar.

Stay tune!
(Discovering KK Part II)

Monday, May 14, 2012

Hari Sukan

Dah besar laa anak aku...Sports Day pertama dia...Dia masuk 2 games je ikut umur dia ..Game 1, Isi Air Dlm Botol dan Game 2, susun huruf vokal (AEIOU). Dua-dua games team dia dpt no.4 je dari 5 ! Huhuu..Team dia ada laak yg mamai2...Takpala, amik pengalaman je.

Hari tu sangat le panas melekit2...Kul 12 jgk baru selesai semua. Apa2 pun, fun la !! Rasa terharu dan sebak bila mula2 mereka masuk berarak dan perform gimrama pembukaan tu...Macam tak sangka, Aliah dah 5thn !


Let picca do the talking....Tak byk le dpt upload sbb selebihnya dlm DSLR.


Perarakan masuk


Comel anak ibu....In Blue Team (Biru Juara...ehhe hee)

Adik disuap kakak....

Aktiviti 'baik' sementara tunggu kakak...


 
Minum bersama geng...

Topi buat sendiri...Kreatif jgk depa!


Jadi laa...Ibu dia masuk musical chair,

Friday, May 11, 2012

Jeans..Jin..

Untuk Pengetahuan Kita Bersama....
(dipetik dari ceramah Ustaz Ismail Kamus) 


Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya . Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi.

Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Islam dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang Islam ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu.

Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur. 

Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca " Sala Mun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin."

Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila  pula, kita jadi cucu cicit jin ?

Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, itu pembohong... ." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu . Dan jin tekun membuat kerja di hadapannya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

Manusia juga dilarang membuang air di  lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Dilarang juga buang air di lubang-lubang (tanah).
 
Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, digalakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) .


* Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan

Tuesday, May 8, 2012

Pi Mana?

Well...Sebenarnya bila dah bz-bz tu byk aktiviti jugak berlaku tapi tak sempat nak susun cerita dan gambar so snapshot laa sikit2 yaa...

1) Lawatan ke Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam (12 April)
(lawatan kerja)


Satu perpustakaan dunia baru yang tak pernah kusangka akan wujud di Malaysia ini! Walaa...Kalau semua tempat yang bernama perpustakaan jadi 'kayak' gini, pastilah bertambah umat remaja terutamanya akan turun ke sini. Untung rakyat Selangor yg diberi hadiah sebegini oleh Sultan mereka!



Ada 4 tingkat semuanya ikut Zoning (Zon remaja,zon dewasa dll)




Settee sgt menarik & selesa

Mcm kat cafe mana lak...

Nak guna Apple pun boleh

Zon utk kanak-kanak

Luas jgk utk anak2 kita..Mesti bawak 1 hari!

Ni antara tarikan utk remaja...

Amacam? Cun dak sesekali nak retro..Ada lak tu yg matching dgn tudung...Hehhee



2) Berkelah di Sg Congkak, Hulu Langat (5 Mei)
(ini outing department aku)

BBQ ayam,ikan, udang & sosej

Ada pertandingan mewarna 3-6 thn (Aliah dpt no1)

Mak-mak sibuk nak bantu...

Tunggu giliran game masing2...Hehhee

Musical flour (sbb kerusi tadak,tepung pun jadi laa)
Pertandingan berpasangan-Mumia
Dapat no 2..Sbb kreatif,mumia ni ibu mithali

Menyampaikan hadiah...Bersama anak no.1 Hasni

Wednesday, May 2, 2012

Cemburu Anak-anak

Biasanya selepas kelahiran anak kedua, perasaan cemburu si sulung terhadap adik mereka semakin ketara. Si sulung seolah-oleh bimbang akan kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa terutama ibunya. Tambahan pula apabila melihat ibunya memangku adiknya ketika menyusu, menukar lampin adik dan sentiasa menjaga adik dengan penuh kasih sayang. Dia berasa seolah-olah dirinya sudah tidak lagi disayangi ibunya.

Berikut antara perkara yang boleh dilakukan ibu bapa:


1.Menukar sifat cemburu kepada sayang

Biasanya anak sulung akan menunjukkan rasa cemburu dengan keadaan emosi yang kurang stabil, memukul adik tanpa sebab atau mencubit apabila ibu ‘lepa’ daripada pandangan ibu atau bapa.

Anda boleh mencuba kaedah ini iaitu dengan memegang tangan anak sulung, kemudian sama-sama menyentuh dengan lembut bahagian kaki dan tangan sekerap mungkin. Cerita pada si sulung bagaimana suatu ketika dulu, si sulung pun diperlakukan perbuatan yang sama. Sambil menyusukan si kecil, ibu perlu banyak mengusap si sulung supaya dirinya terus rasa disayangi walaupun dengan kelahiran si adik.

2.Panggilan membentuk sifat

Ajar si sulung supaya memanggil adiknya dengan panggilan ‘adik’ atau seumpamanya dan bukan dengan panggilan nama saja. Perkataan ini mampu membina sifat tanggungjawab si sulung terhadap adiknya.

3.Pimpin tangan adik

Ketika anak sudah boleh berjalan sendiri, latih si sulung untuk memimpin tangan adiknya. Pegang tangan si sulung dan dekatkan kepada tangan adik ketika berjalan. Kaedah ini dapat menimbulkan rasa tanggungjawab dan kasih sayang sulung pada adiknya. Sifat sebagai pembela, mempunyai peranan dan rasa tanggungjawab mula terbentuk, iaitu lebih awal daripada kebiasaan. Keadaan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan ibu bapa mengendalikan ragam anak-anak.

4.Perkongsian

Kebiasaannya ibu bapa membeli sesuatu khusus untuk seorang anak. Contohnya, jika beli kereta mainan untuk dua orang anak, dibelikan dua iaitu seorang satu. Jika beli air kotak, juga dibelikan dua kotak. Cuba tukar kaedah biasa ini kepada bentuk perkongsian. Ajar mereka berkongsi. Jika beli kereta mainan, pastikan berlainan supaya dapat berkongsi. Begitu juga minuman, beli satu kemudian berkongsi. Kalau boleh bukan setakat kongsi tetapi si sulung yang suapkan adik.

5.Bersikap adil

Jangan pukul si sulung jika dia berkasar dengan adiknya. Dia akan menyimpan sifat dendam sekiranya kita memarahi atau memukul. Sebaliknya latih, pujuk dan didik. Peluk sambil memberi nasihat kepadanya sebagai suatu kaedah mendidik. 

Ramai ibu bapa berpendapat bahawa anak sulung perlu mengalah. Anak sulung juga perlu memahami masalah dan memahami keperluan si adik, malah ada kalanya perlu memikul kesilapan si adik. Adakah ini wajar?  Keadaan begini tidak adil kepada anak sulung, malah menyebabkan jiwanya memberontak dan tertekan. Seterusnya ia akan menjejaskan misi ibu bapa untuk menjadikan anak sulung sebagai pembela yang bertanggungjawab dengan ikhlas.




sumber:hmetro.com.my