Wednesday, October 29, 2008

Resepi Tghari/Tea Time

Hari ni ibu kebuntuan idea lagi nak masak ape tuk lunch awak...So out of sudden, come with this menu- Telur Dadar Berdaging/ Omellete Daging.

Bahan2nya :-
1) Sebiji telur (Omega 3 lagik bagus)
2) 2 sudu makan daging cincang
3) Carrot/Kentang 1/2 biji (Dipotong dadu)
4) Secebis daun bayam/sawi

Cara Memasak :-
1) Rebus daging dan kentang/ carrot terlebih dahulu (half cook dah ok)
2) Kacau telur dan masukkan bahan (4) dlm bekas berasingan.
3) Panaskan pan, masukkan butter/ minyak dan canaikan telur
4) Bila telur mcm dah keras skit (melekat di kuali, bukan keras masak), masukkan bahan (2) dan (3) ke dalam telur.
5) Hampir masak, lipat telur spt melipat sapu tangan.

Potong 2, sedia utk dihidang ! ;) Hopefully awak suka ye Aliah.......
(TADE GMBR, LUPA NAK BUAT ENTRY PSL NI..LAIN X LAH)

What I Wish for My Next Birthday

Hee...........Dah nak menganjak angka '3' dah bulan 11 ni. Tak sangka, mcm dah tua tapi rasanya kecik lagi !! ahhaha....Kecik pysically,byt mentally dah agak besar. Alhamdulillah, kematangan dgn pengalaman dan pembelajaran.........

Setiap org ada impian sama ada jangka pendek, jangka panjang dan jangka sederhana...Mungkin juga boleh disebut resolusi.Aku pun sama. Tak pernah aku tulih, tapi aku nak listkan juga sempena birthday yg akan datang (tuju kat sapa ntah post ni...ehehhe):-

Impian Jangka Pendek (1-3 bulan)
1) Nak Aliah cepat jalan - dah tatih
2) Nak susu terus ada - supply vs demand
3) Nak beli sandal baru warna putih, ada tali2 tinggi 1 inci - sesuai utk pegi pejabat
4) Nak dapat naikkan berat badan - taktau camna sbb metabolisme tinggi
5) Nak buat kitchen cabinet utk rumah baru - bila la nak selesai mslh interest ni

Impian Jangka Sederhana(4-12 bulan)
1) Re seat driving test -at least 'L' dulu
2) Nak dapatkan penyewa utk apartmen sekarang - dah ada calon (Alhamdulillah)
3) Nak dapatkan recommendation good nursery for Aliah
4) Seat for PTK Khusus dan kuar drp MOH- jgn lupa tarikh exam lagi dah...

Impian Jangka Panjang (13 bulan - 5 tahun)
1) Nak invest dlm business makanan/ pakaian
2) Nak kurangkan hutang2 spt PTPTN - bila la PTPTN ni confirm nak bagi discount?
3) Nak tambah ahli keluarga sekurangnya sorang lagi

Friday, October 24, 2008

Bilalah Aliah ni nak tumbuh rambut?

Semua org bila tgk Aliah, mesti kata Aliah kecik dan botak...Cian sungguh kat anak ibu, Ibu tak kecik hati sangat pun sbb mmg awak ikut gen.ibu dan papa jugak-kecik. Gen.botak tu mungkin ikut ibu sbb ibu kecik2 mmg botak !! Ahahha........Tak tau berapa lama ibu botak.

Rambut sejam pertama....

Ibu kesian jgklah bila tgk awak botak....Sbb bila pakai gown / baju kurung nmpk a bit weird. Org kata takpa, nanti dah setahun lebih naik rambut. Tapi ibu risau jugak kalau lmbt sgt naik, sampai bila2 org akan nmpk awak mcm baby, bukan kanak2! So sekrg ni ibu usahakan sapu minyak rambut/ tonik utk awak tiap mlm (actually baru 2mlm), nanti tgklah hasilnya..........

Tapi awak jgn risau,banyak fesyen sbnrnya bagi budak botak..............Ahhahahaa.Antaranya:-
5 bulan

7 bulan

10 Bulan
11 bulan

Setahun..Dah 'anak dara'

Thursday, October 23, 2008

Aliah Into the Pool

Ni practice berdiri dlm air..

Utk kali keduanya sepanjang 4 tahun kita dok di apartment ni, ibu turun pool...Ibu memang nak bawak Aliah sekali,nak bagi Aliah tahu apa rasanya mandi pool. Nak juga tengok Aliah ok tak ?!!

Ikan berenang camni (mcm burung je ibu ni...:p)

Alhamdulillah, Aliah memang berani....Aliah, awak bukan jenis penakut air. Hahah! Awak kira adventurous jugaklah.......Siap boleh apungkan diri (tanpa ronta) bila ibu angkat awak (konon2 nak swim lah..)
My beloved daughter!

So kita main2 dlm air dlm 1/2 jam jugak...........Hahah, ibu tak berani buang diapers awak sbb takut awak terbuang apa2 yg tak patut. Akibatnya, time nak angkat awak dah ada extra sekilo lah sbb diapers awak dah kumpul semua air! Ahhaha..........Ujian ketahanan diapers tu! Memang terbuktilah diapers cap Donkey ni memang tahan sehingga berpuluh basahan....Ehhehe....
Sampai terpejam la mata ibu kena percikan air Aliah

Away for Courses

Minggu ni dari Isnin - Khamis aku buat marathon course. Internal course je Isnin-Selasa "Delighting Your Customers", and sambung pulak dgn "Live a Healthy Mental" and "Basic PhP & MySQL".

All courses were good and occupied my time, my energy and my mind from current project.

The first course, very enjoyable. Boleh dikira saja slot yg baca2, lebih kpd group discussions and problem solving projects. Fasis.jugak sgt menarik! Course tersebut buat aku ingat satu benda je, tak semua pendapat / komen org perlu dijawab dan dibalas. Cukup sekadar mendengar dan menerima dahulu, kemudian dgn hati dan minda yg terbuka dan tenang baru jawab secara berhemah! Lately mungkin sbb terlalu stress, aku byk handle complaints dgn cara yg agak emotional....Hahhaa.Poor them!

On Live a Healthy Mental, aku belajar cara komunikasi dan psikologi 3 golongan - kanak2,remaja dan dewasa....Sama juga. Kita kena berhemah dan kena pandai menjawab supaya mereka boleh terima ! Duhh........Aku mmg lemah bab2 psikologi ni. Maklumlah, aku ni jenis straight to the point tapi bukanlah blunt !!

On PhP and MySQL, it's like a refresher course.............Benda alah tu mmg dah penah practise di tempat lama tapi bila masuk hospital ja, dah buang jauh semua tu! Skills berkarat...Ingat2 lupa.

Alhamdulillah, for the all the three courses i managed to stay focus! Semoga berkat ilmu yg dapat............Semoga dpt diamalkan.

Friday, October 17, 2008

Raya Sana Sini

Seronoknya lepas raya ialah bila satu hospital buat Open Department...Boleh kata minggu ini sahaja, setiap hari ada jemputan. Alhamdulillah, murah rezeki tmbh2 selepas raya ni kan ?!! Minggu awal tu hanya 2 department tu pun syukur sgt.......Eh,dlm dok makan ni jgn lupa lak nak rebut Sunat Syawal.

Hari ni aku kongsi dgn vendor...Utk kami2 saja, tak berani jemput org 'luar'/ jabatan lain sbb risau mkn tak cukup. Maklumlah, kami tak ada budget khas pun utk makan2 ni! Tong2 saja....So menu jadi separuh2 lah.

Mula takut tak cukup, alih2...Alahai banyak jugak berlebih !! Uhhuu...Tapaw le jawabnya !!!

Monday, October 13, 2008

Selepas Setahun...

8/10/2008 hari tu kira setahunlah aku telah lalui tugas 'sebenar' sbg ibu..Kalau gelaran ibu tu,aku rasa aku dah rasa lama sejak 2005 time mengandungkan Ain cumanya aku tak berkesempatan menjalankan tanggungjawab2 sbg ibu yg lain spt menyusu,berjaga mlm,menyalin pampers,bagi makan,bagi ubat,bawak gi cucuk,mandikan dsb.

Gambar raya tahun ini (baju Aliah tu BKN lebihan kain aku tau!)

Selepas setahun,aku boleh rumuskan aku ni sbg ibu yg boleh tahan cerewetnya..... Hahha.Everyone would want the best for their children right?!! Sbb kita adalah apa yg kita makan,aku mulakan 'anak' aku dgn menjaga pemakanan..Well,dari dalam kandungan lagi aku pastikan aku kurangkan pengambilan bhn perisa tambahan,kurangkan ais/air gas,dll.

Alhamdulillah,aku dibulatkan niat utk menyusukan anak aku sendiri...Sbbnya dulu time Ain,lps urut aku bengkak susu semalaman tapi nak bagi susu,tade yg berhak di sisi.So tahan jerla! Dan sbb itu jugak aku yakin aku boleh susukan anakku......Dari dlm labor room,nasib aku tak lupa prinsip sejam pertama tu.Nasib jugak budak2ku datang awal,puas la depa tolong aku! Syukur jgk aku dpt 'kerjasama' yg baik dari Aliah...Dia mmg ada refleks dan pandai menghisap.

Cabaranku menjaga bayi,bermula bila Aliah kerap menangis dlm minggu2 pertamanya..Almost Postnatal Depression jugak.Aku tak de adik dan anak2 menakan aku kebanyakkanya aku pernah tgk time dah 6 bulan ke atas. Tanggapan aku selama ni salah! Aahhahaha...Aku ingat baby ni bagi susu,tidolah dia. Tak pernah aku terfikir dia akan menangis jugak walaupun kenyang dan cukup tido. Nauzibillah,mmg aku agak gelabah la 4 bulan pertama! Nasib hubbyku pun sabar orgnya.....

Selain itu,BF juga memberi cabaran sbb nak uruskan EBM bukan semudah disangkakan..Tmbh pula yg nak kita pesan tu adalah mertua.Serba salah jugak aku nak mengajar! Tapi demi usaha yg murni dan anak tercinta,aku kebalkan diri jugaklah.....Thanks again to my hubby,membantu memahamkan ibu bapanya.Kalau tanpa sokongan dia dan bantuan mertuaku,sukar jugak nak lepas 6bulan ye tak?!!

Alhamdulillah,lps 6 bulan (target awalku)...Dah leh bagi solid. Itu pun cabaran jugak sbb biasalah org tua suka nak bagi cuba mcm2. Kita pun excited jugak tp bila fikir nanti anak kita jadi camna, tak berani jugak try2.So controllah bab garam dan gula ! Dah jadi pakar pemakanan pula...Setiap menu Aliah,aku kena tgk zat apa yg ada. Sampaikan sekarang boleh kata dah kat finger tips la kombinasi apa nak guna setiap kali nak masak utk dia !! Ehhee.....MIL pun mula faham.

Spt yg diteorikan dlm artikel2 BF.........Memang 'senang' sebenarnya jaga anak hasil susu ibu nih. Senangnya kat mana ?
1) Jarang demam (setahun Aliah,baru 2x demam dan sekejap shj).
2) Tiada penyakit kulit yg kritikal (ezema/kudis dsb).
3) Dengar nasihat dan well-behaved di mana perlu (mcm di rumah org, jrg tunjuk perangai la).

Dari segi kelebihan2 lain:-
1) Of course, the bond very tight (awal2 dulu hubby tension sbb Aliah nak kat aku je...)
2) Takyah nak bwk byk brg bila kuar outing
3) Save duit susu, leh simpan utk masa depan/ toys yg berkualiti

Banyak lagi kalau nak cerita.......Walaupun aku rasa aku belum cukup berjaya dlm dunia BF ni,tapi separuh dari 2 tahun tu alhamdulillah aku rasa aku dah cuba apa yg terdaya walaupun ada ketikanya belum maksimum !! Chaiyok..Chaiyok....Hingga ke titisan terakhir ;)

Namun begitu,cabaran membesarkan anak yg diamanahkan Allah semakin meningkat...Mereka sememangnya kain putih-pure/ asli tanpa 'rasa','warna'. Menjadi Muslimkah mereka,Yahudikah mereka bergantung pd kita...Takutnya aku bila fikirkan itu.Sbb tu dlm membesarkan anak,kita kena sentiasa belajar dan memberi contoh yg baik ! Aku masih ingat bagaimana mudahnya Aliah meniru apa2 yg kami awalnya saja2,main2 ajarkan dia tapi dlm 2-3 hari saja dia dah ulang semula apa yg ajarkan tu ... See,betapa mudahnya anak mengikut ?! Jadi kenalah hati2...

To all 'one year gang' (same batch) -> Hafiy, Adam (aida), Adam (Yaya) dll Happy One Year Birthday!

Friday, October 10, 2008

Sedih

Sebenarnya aku dilanda emosi yg merudum jugak slps timbang Aliah hari tu...Ingat post aku yg "Hingga ke Titisan Terakhir" bulan lepas? Time tu aku tidak pasti dan kalau boleh, aku tidak mahu amik option utk FMkan Aliah. Tapi bila berat dia dah jatuh line kuning, aku terpaksa rela terima semula option tu !

So semalam time discuss nak beli susu apa, satu jenama susu pun kami taktau nak pilih...... Berdasarkan pengalaman org, jenama A lah jenama B lah.Macam2, last2 hubbyku amik je yg jenama S since time mengandung n setahun lps, aku pun minum susu supplement jenama tu. Mungkin serasi dgn taste Aliah ?!! Insyallah.......

Sementara tunggu hubbyku balik, aku tengok Aliah yg terlena di pangkuan selepas nenen. Perasaanku berbaur, sedih terkilan dsb. Adakah aku masih berpeluang meriba dan melihat wajah si kecik ni tido mcm ni jika dia minum FM botol nanti ? Suatu perasaan yg indah dan puas sbnrnya menatap wajahnya tido di pangkuanku slps minum susu dari badanku sendiri...Badan yg telah mengandungkannya selama 9 bulan !

Aku ingat lagi 2 hari lps aku ada borak dgn sorang kawanku...Dia tanya masih BF ke. Aku cakap yerla, tapi sedih la dah nak kena campur. Then dia jwb, "Eii, sabar jugak u ye? Kenapa lak sedih?". Aku pun cakap, bila menyusu dia dan memangku, mmg syahdu tgk muka anak..Dia kata "Oo...I dulu tak sabar2 tunggu my baby stop hisap. rasa mcm terbeban!". Aku terlopong..Ada jugak yg rasa camtu? Ruginya lahai.

Aliah...Ibu harap awak masih ingat bau badan ibu dsb walaupun awak kena hisap botol. Anyway, utk sedapkan hati -walaupun diharuskan menyusu hingga 2 tahun, tetapi tidak dinyatakan 2 tahun sepenuhnya susu badan. Jadi dibolehkan campur/ selang seli jika terpaksa ! Whuaa... Dlm kerelaan, sbrnya masih ada rasa terkilan dan ralat. Sob..Sob...
Stok susu yg dapat dlm 2x session a day ( di pejabat) sekarang

Thursday, October 9, 2008

Di Mana Salahku?

Semalam genap Aliah setahun...Jom check milestones dulu.

1) Berjalan - Aliah dah leh bertatih and berjalan guna Fisher Price tu.

2) 'Berlakon' - Pandai main emosi dan sangat manja pd papa (jeles gak..)

3) Sosial - Memang suka berkawan tetapi ada sifat "self-centered" jgk pd sst masa (pandai berebut mainan yg tak tahan tu...)

4) Komunikasi - Dah makin faham makna sst perkataan/ arahan misalnya bila suruh aminn (baca doa) time makan, sapu bedak, ambik brg, buat bunyi kucing dan sebut "pai" (bye-bye)dll.

5) Tahu muka/ diri sendiri - Boleh tunjuk diri bila tanya sapa/ mana dia

Cuma sedikit risau sbb dia selalu tersedak air....Tak kiralah minum cup/ straw, kalau laju skit mesti tersedak n aku sgt risau kalau dgr bunyi kat dada. Ya Allah, lindungilan anakku.

Berat, naik skit sgt sejak 3 bulan lalu dan amat merisaukan aku - dah masuk line 'kuning' (baca=kurang zat mkn). Rasa mcm segala usahaku bagi dia mcm2 mkn (dia mmg berselera) tak nampak hasilnya !! Ya maybe betul, dia dah lasak so mkn tak sempat simpan lemak Memang aku ngaku, dia kurang menyusu......Itu salah satu puncanya.

Aku dah usahakan utk bagi yg asli - susu badan & pelbagai jenis mkn. Even most of her solid foor, aku masak sendiri utk menjamin permulaan yg baik bagi tumbesaran dia...Nak pastikan kebersihan dan nutrien yg sepatutnya. Tapi bila tengok berat yg naik ciput tu, aku rasa mcm diketuk kepala "Hello, tak nampak lagi ke anak ko tak cukup ape?"..

Whuaa!! Aku rasa bersalah sangat ..Sbg ibu, aku rasa mcm aku dah tersilap langkah. Ada self doubt jugak kdg2, apsal tak ikut je mcm ibu2 lain yg senang2 je bagi mkn di pasaran dsb , tgk anak besar elok je (tapi aku tahu dlm hati, gemuk tak semestinya sihat & kurus/ringan tak semestinya lemah/lembab) cuma nak pujuk hati ni, susah sangat rasanya ! Nampaknya aku kena merelakan dia di"supplement" dgn FM.....sob..sob

Tuesday, October 7, 2008

Akhirnya Tidak Dapat Dielakkan.....

Hampir setahun selepas ada Aliah aku tak keluar stesen (outstation) ...Course ke ape ke, antara Putrajaya dan Klang Valley je, daytime. Dengan tuntutan fully BF dan tak mahu biasakan Aliah tinggal dgn atok nenek, Tuhan mudahkan jalan bagiku dgn tiada peluang pun utk kerja/ course di luar kawasan. Walaupun ada tawaran JPA utk apply for JICA, tu pun aku tak grab ! Kalau dah grab dan berjaya, sekarang aku dah kat Nippon...

Tapi akhirnya datang juga peluang yg tak dpt dielakkan itu....Atas kerelaanku juga sendiri, atas salah faham aku terima perlantikan menjadi Ketua Audit Dalaman bagi ISO Bhg Pengurusan. Mahu tak mahu, aku kena attend course. So aku ingat daytime je, boleh gagah lah !! Alih2 tadi PTD aku bagitahu di PD....Dah tu boss aku dah warn suruh make sure aku pass the exam. Cost just for my course, RM3,500.00.
Arggh....................Dah terbayang muka si kecik tu. Camna dia nak tido ? Kalaupun time tu dah bagi susu formula, mahu ke dia tido dgn papa dia je ?!! Argghh.............

Alternatifnya, aku kena angkut dia sama lah...Sama ada bawak hubbyku atau mertuaku sekali (kalau hubbyku tak dapat cuti). Ya Allah, moga dimudahkan !

Saat ini aku rasa alangkah bahagianya kalau aku tak bekerja..........Tapi ada income Rm3,000 sebulan.Hehehe !

Mesti ada

Kalau berbuka puasa, aku mesti teringin nak makan :
1) Air tebu
2) Murtabak

Kalau Syawal pulak, seleraku bertambah bila ada :-
1) Rendang
2) Nasi2 - tomato/ beriani/ apa2 nasi color
3) Mee2 - mee kuah/ laksa/ apa2 mee berkuah
4) Ketupat palas (kalau balik Johor, melepas la)

Wednesday, October 1, 2008

Satu Pagi Di Hari Raya

Mlm raya pertama kami tidoq rumah abg sulong aku...First time la kiranya aku raya di Alor Setaq tapi bukan di rumah kelahiranku (rumah pusaka). So ptg raya aku dah pi jengah rumah tu, yg kak aku dok la ni dan siap shopping lagi 2 psg sutera tenun Tregganu kat kedai sebelah Noriah Minimart tu! hehhe...konon nak singgah beli nasi himpit paket dan roti utk Aliah (alasan ja sebenaqnya). Yg tak sangkanya, mamak yg dolu2 aku selalu bagi list brg/ photostat hal2 sekolah aku tu ada lagi....Panjang umuq dia ! Aicheh...

So dah dapat nasi himpit, tinggai kat dapuq...Mlm lps berbuka, bertakbir skit tidoqkan si kecik la. Tak teringat langsung psl nasi himpit, assume kak ipaq aku akan rebus sekali since dia dok berkecah di dapuq masak rendang tu. Aisehmen, pagi2 tgk ketupat palas je ada ! Dia lupa kot?! Ala, sat ja nak rebus...Lagipun Aliah nak makan lunch.

Lepas depa pi masjid, aku tinggai dgn Aliah dan sorang anak dara abg aku...Kami rebus la 2 bungkus nasi himpit tu. Aliah pulak, spt biasa pg2 ngantuk. Aku naik atas nak tidoqkan dia, kak aku lak tepon ! So sembang sat, naik balik tapi Aliah takmo gak tidoq so aku borak2 la dgn anak abg aku...

Bau sedap mcm org bakaq roti....Huihh, pagi raya makan roti bakaq apa kes ???? Hmm...Aliah pun ngantuk lagi, so aku balik bilik aku nak tidoqkan dia. Bau roti bakaq makin hangit nii. Biaq betui org ni bakaq roti sampai hangit......

Laaa,baru aku teringat nasi himpit aku !!! Bertempiaran la turun ke bawah sambil kendong Aliah....Nauzubillah, sudah jadi BBQ la itu 2 plastik !! :p Hahahaha...........Kering kontang ayaq. Plastik melekat kat belanga tu !! Tangkai tutup sampai tercabut....Ya Allah, marah agaknya kak ipaq aku nanti ni ??!!Anak dara dia teruih angkat masuk sink...Kikih2 dan cuci2.