Thursday, October 9, 2008

Di Mana Salahku?

Semalam genap Aliah setahun...Jom check milestones dulu.

1) Berjalan - Aliah dah leh bertatih and berjalan guna Fisher Price tu.

2) 'Berlakon' - Pandai main emosi dan sangat manja pd papa (jeles gak..)

3) Sosial - Memang suka berkawan tetapi ada sifat "self-centered" jgk pd sst masa (pandai berebut mainan yg tak tahan tu...)

4) Komunikasi - Dah makin faham makna sst perkataan/ arahan misalnya bila suruh aminn (baca doa) time makan, sapu bedak, ambik brg, buat bunyi kucing dan sebut "pai" (bye-bye)dll.

5) Tahu muka/ diri sendiri - Boleh tunjuk diri bila tanya sapa/ mana dia

Cuma sedikit risau sbb dia selalu tersedak air....Tak kiralah minum cup/ straw, kalau laju skit mesti tersedak n aku sgt risau kalau dgr bunyi kat dada. Ya Allah, lindungilan anakku.

Berat, naik skit sgt sejak 3 bulan lalu dan amat merisaukan aku - dah masuk line 'kuning' (baca=kurang zat mkn). Rasa mcm segala usahaku bagi dia mcm2 mkn (dia mmg berselera) tak nampak hasilnya !! Ya maybe betul, dia dah lasak so mkn tak sempat simpan lemak Memang aku ngaku, dia kurang menyusu......Itu salah satu puncanya.

Aku dah usahakan utk bagi yg asli - susu badan & pelbagai jenis mkn. Even most of her solid foor, aku masak sendiri utk menjamin permulaan yg baik bagi tumbesaran dia...Nak pastikan kebersihan dan nutrien yg sepatutnya. Tapi bila tengok berat yg naik ciput tu, aku rasa mcm diketuk kepala "Hello, tak nampak lagi ke anak ko tak cukup ape?"..

Whuaa!! Aku rasa bersalah sangat ..Sbg ibu, aku rasa mcm aku dah tersilap langkah. Ada self doubt jugak kdg2, apsal tak ikut je mcm ibu2 lain yg senang2 je bagi mkn di pasaran dsb , tgk anak besar elok je (tapi aku tahu dlm hati, gemuk tak semestinya sihat & kurus/ringan tak semestinya lemah/lembab) cuma nak pujuk hati ni, susah sangat rasanya ! Nampaknya aku kena merelakan dia di"supplement" dgn FM.....sob..sob

No comments: