Tuesday, October 7, 2008

Akhirnya Tidak Dapat Dielakkan.....

Hampir setahun selepas ada Aliah aku tak keluar stesen (outstation) ...Course ke ape ke, antara Putrajaya dan Klang Valley je, daytime. Dengan tuntutan fully BF dan tak mahu biasakan Aliah tinggal dgn atok nenek, Tuhan mudahkan jalan bagiku dgn tiada peluang pun utk kerja/ course di luar kawasan. Walaupun ada tawaran JPA utk apply for JICA, tu pun aku tak grab ! Kalau dah grab dan berjaya, sekarang aku dah kat Nippon...

Tapi akhirnya datang juga peluang yg tak dpt dielakkan itu....Atas kerelaanku juga sendiri, atas salah faham aku terima perlantikan menjadi Ketua Audit Dalaman bagi ISO Bhg Pengurusan. Mahu tak mahu, aku kena attend course. So aku ingat daytime je, boleh gagah lah !! Alih2 tadi PTD aku bagitahu di PD....Dah tu boss aku dah warn suruh make sure aku pass the exam. Cost just for my course, RM3,500.00.
Arggh....................Dah terbayang muka si kecik tu. Camna dia nak tido ? Kalaupun time tu dah bagi susu formula, mahu ke dia tido dgn papa dia je ?!! Argghh.............

Alternatifnya, aku kena angkut dia sama lah...Sama ada bawak hubbyku atau mertuaku sekali (kalau hubbyku tak dapat cuti). Ya Allah, moga dimudahkan !

Saat ini aku rasa alangkah bahagianya kalau aku tak bekerja..........Tapi ada income Rm3,000 sebulan.Hehehe !

No comments: