Thursday, March 22, 2012

Sejauh Mana Kita Bersyukur

ENTRI INI PANJANG KERANA DIPETIK DARI FWD EMAIL....

"Ibu cakap apa?" perlahan saja suara diri bertanya kepada rakan yang sedang bengkak mata, dari tadi asyik mengelap air mata.

"Ibu suruh sujud syukur..." perlahan juga suara itu menjawabnya.

"Sujud syukur? Kenapa?" diri tercengang sebentar, terlantun kata itu secara automatik, kemudian terasa ingin menariknya semula. Astaqfirullahalazim, kenapalah aku tanya macam ni? Aduh, bisik diri kepada diri sendiri.

"Sebab dah habis viva.." sayu lagi suara itu meneruskan jawapan.

Rakan saya, gagal sewaktu viva. Perlu mengulang semester. Hal ini peristiwa beremosi, antara rakan2, supervisor dan juga examiner.Hari yang begitu suram utk diri pada hari itu. Segala yang berlaku didiamkan saja. Mahu bising, risau kawan tadi terasa. Tersalah kata, pasti terlebih2 emosi menikam jiwa.

Biarkanlah hari itu berlalu.

Menanti semula hari esok, untuk diteruskan. Peristiwa sujud syukur kerana gagal viva itu masih diri simpan, buat bekalan muhasabah.

Hari seterusnya.

Diri menemani seorang lagi rakan, ke majlis hepi burfday..majlis hepi burday anak saudaranya.

Dalam jerit tawa suara budak-budak yang memenuhi ruang rumah, diri 'mengintip' perbualan rakan dan ibu si bday boy.

"Tu lah, nak buat surprise sebenarnya, beli kereta tu mahal RM100 lebih, sajalah masa dia tidur letak tepi dia." rancak si ibu bercerita."Lepas tu dia bangun tak buat muka terkejut pun, siap tanya, ni kereta siapa?"

"Adik punyalah" - jawab ibu.

"Lah, kenapa tak beli kaler kuning?sambung si anak, kata si ibu.."

Diri diam. Tersenyum pun ada. Pasti seorang ibu sedang mengharapkan ucapan "terima kasih ibu, adik suka sangat"....tapi si anak pula sebaliknya, siap ckp kenapa tak beli kaler kuning?

Diri tinggalkan cerita itu dalam sangkaan, ini budak pintar.

Hari berlalu.

Kisah itu masih bermain di kepala.
Kisah sujud syukur kerana gagal waktu viva.
Kisah hadiah harijadi seorang anak kecil.

Entah di mana kisah ini akan bersatu.

Hari berlalu lagi.

Hari sabtu tiba..rutin biasa, diri memandu merentas Jambatan Pulau Pinang, menuju ke seberang. Hari bersama Madrasah An-Naddhoh.Rutin juga. Di corong radio, Ustaz Pahrol Mohd Juoi sedang bicara.Tajuk yang mengena. "Hitung kesyukuranmu, bukan kesusahanmu"

Diri sampai awal di Madrasah. 8.20am sudah siap di tempat parking. 8.40am kelas bermula.20 minit lagi, tekun saja mendengar turutan suara mengubat rohani dari ustaz.

Kisah itu datang. Kisah sujud syukur walau gagal viva.
Kisah itu juga datang. Kisah dapat kereta merah nak kereta kuning?

Kata Ustaz Pahrol, tiada keburukan atau kebaikan, semuanya kebaikan, kerana semuanya daripada Allah.

Itu hanya kata-kata biasa. Kata-kata yang mampu diri tulis atau lemparkan takkala ingin mengubat duka. Namun lain tusukannya kata-kata itu pada hari itu.Tusukan yang mengena. Segala kisah bersatu.

Ada air mata yg menitis. Alhamdulillah. Pada hati terasa sesuatu.
Pengajaran tentang 'bersyukur'.


Aku hanya mampu meminta ampun Ya Allah. Atas segala sifat kebudak-budakkan ku, takkala engkau berikan sebuah kereta merah, aku angkuh berkata padaMu, aku inginkan yang warnanya kuning bukannya merah. Sedangkan Engkau yang menciptakan aku Ya Allah. Paling memahami aku Ya Allah. Paling tahu apa yang aku perlu Ya Allah. Maafkanlah, maafkanlah, itu yang mampu aku ucapkan berkali-kali, dalam mengenang keangkuhan seorang hamba padaMu Ya Ilahi.

Ampunkanlah aku, kerana aku suka berpersepsi. Ini baik, ini tidak baik. Ini buruk, owh yang ini elok. Namun takkala aku duduk seorang diri, mengenang dalam, menjiwai yang aku ini hanya seorang hamba Ya Allah. Hanya seorang hamba Ya Allah. Mengapa takkala sedih aku katakan ini tidak baik. Mengapa takkala gembira ku katakan itu baik. Mengapa takkala sakit ku katakan itu tidak baik. Mengapa takkala sihat ku sangkakan itu baik. Perasaan ini dalam, mendalam berenang semakin dalam. Kejayaan di mata manusia mungkin racun. Kegagalan di mata manusia mungkin penawar. Siapalah yang tahu.

Dan kerana segalanya daripadaMu.
Bukankah kami yang tidak punya apa-apa ini
Hanya selayaknya bersyukur?


Bermuhasabah diri....Dalam diri sendiri yg juga kadang2 alpa, kadang2 tidak nampak di mana hendak dipanjatkan kesyukuran, bagaimanakah kita hendak mendidik anak2 kita pula bersyukur?


** Aku selalu sebut pasal syukur ni pd Aliah bilamana dia sering menampakkan emosi kurang puas apabila baju yg dibeli tidak sama/ kurang 'cantik' dari adiknya....Faham ke tak faham, aku harap ayat itu akan bermain dan diserap masuk suatu hari nanti ;)



No comments: