Heheh, hari tu aku kena gi Sg Petani utk satu meeting (meeting 1 hari jaa pun) tapi layankan jugaklaah sbb meeting penting & tak boleh diwakilkan, walaupun di hati memang keluh kesah . Pikir dari aspek positif, selepas bersalinkan si Amani pada Sept.2010, mana pernah aku berpisah tido lagi dgn dia!! Kena ajar dia, sbb takot tahun ni byk kena keluar nanti dia takleh adapt laak....
Aku dan geng Serdang sampai A.S pada petang 3.30...Mashallah, memang panas merelit A.S ni compared Selangor kan?!! Berbahang2 la naik cab dari Kepala Batas tu ke pekan A.S....Mula laa nak merungut dgn hometown sdiri. Nama jaa bandaraya,tapi sistem pengangkutannnya masih tahap pekan/ daerah....Nak cari sebiji teksi meter atau bas lalu pun susah! Bayangkan keadaan adalah sama sptmana aku 'tinggalkan' apabila kena merantau ke KL utk mula kerja 12 tahun lalu...
Ok, habih tang tu...Kami dok Holiday Villa (H.V). Cheh, takmo kalah laa kan nak dok hotel 3-4 bintang sbb entitlement layak H.V. Kedudukannya pun aku agak strategik laa sbb nak berjalan kaki cari makan kat sebelah City Plaza tu dan Pekan Rabu oklaa! Kami check in 2 bilik berasingan sbb aku nak ajak anak menakan aku mai lepak mlm satgi....
Lps check in, letak beg dlm kul 4.00 teruih keluaq nak cari lunch....Lalu la kat gerai2 dpn Starwalk tu. Membe aku dah tanya, apa specialty dish A.S nak rasa! Aku kata laksa laa...Memang lalu 2-2 kedai berturutan, juai laksa dan nasi ayam. Lalu gerai ke3, ada nasi arab. Perrgh, mesti sedap ni !!
Kami pun order nasi arab dan air buah...Sampai order, gini rupa nasi arabnya !!
Korang rasa apa rasanya? Gulp...Kami sblum makan, dah pandang sesama sdiri (paused) siap tanya balik bdk tu betul ke order. Membe aku siap tanya, camni ke nasi arab Kedah? Aku kata yerla kot...kasi terai.
Hahaha....Hangpa tau apa rasa dia? Pelik...Rasa mcm nasi ayam, tp ada sambal hijau atas ayam perap tu dan ada coselow.Paling tak tahan, dia bagi satu kuah mcm kuah kicap tapi bau dan ada serpihan maggie !!! Adoiaa....Sbb lapaq, habih la jugak!! Hahaaa......Lps tu kami menapak ke Pekan Rabu. Masih tmpt tumpuan ramai yg aku kira bukan tourist ja suka pi, aku balik kg berapa kali pun mesti nak singgah.
Balik, aku gi spa....Amik pakej Amora 2 jam 1/2. Siap scrub, herbal tea, lemon foot bath, floral bath dan aromatherapy massage! Memang nikmat laa....Sbb tak fikir apa, meniarap dan hilang dgn iringan lagu Jawa. Tak dengar dah rengekan Amani, teriakan si Aliah, dsb.! Sbb Hp pun off...
Mlm, aku dinner di Macam2 Rasa dekat Jln Stadium...Okla, amik tomyam,sate dan telur dadar serta daging msk merah. Mengenyangkan!! Selebihnya kami balik, bersembang sambil layan Tv2 sampai kul 12...
Mmg mcm lupa sekejap dekat bdk2 tu....Tapi bila rasa 'berat', maknanya ada request la tu dari pihak di sana (mcm link kan??) terus kena bangun dan mengepam! Huhuuu...Alhamdulillah, lumayan pulak.
Esoknya lps breakfast terus ke SP...Yg bestnya first time di buffet hotel, breakfast ada ubi keledek rebus dan teluq separuh masak. Hehhee !!
No comments:
Post a Comment