Thursday, November 12, 2009

Papadom


Well...mcm tak berapa kena je birthday mama tapi tgk cerita papa! Actually this is one of my request for my birthday today (TQVM for all the sms and FB wishes)....We watched the movie at GSC yesterday. Lmbt, slot dah tinggal 2 je sehari. Nasib sempat tgk!!

What i can say...MEMANG LAYAK FILEM NI MENANG BYK DI FFM! Garapan Afdlin Shauki tidak pernah menghampakan aku lagi setakat ini...Cukup rencahnya, unsur serius, kekeluargaan, kelakar dan sedih tu memang ada. Bab romantik, emm..ringan je (sbb ni bkn filem romantik pun!).

Pemilihan pelakon pun sesuai tetapi bawan watak oleh Scha,Farid Kamil, Liyana Jasmay dan Vanidah Imran adalah so-so sahaja...Norkhiriah dan Que Haidar memang meletops! Scha, tidak cukup kejam dlm filem ini kalau banding dgn watak Chika dlm Tari Tirana TV3. Farid Kamil, watak young playboy dan Liyana Jasmay si gadis sunti-manis-manja dan memang sinonim serta mungkin juga character mereka sendiri begitu. So tidak berbeza apa! Begitu juga si lembut-jelita-motherly Vanidah Imran...

Papadom actually not only about that India crunchy snacks..It is about a papa named Saadom who own nasi kandar business at Penang. Starting with gerai kecik celah bgn dan boria (sungguh kena dgn Penang dan nasi kandar) dan kesibukan Saadom serta isterinya Mun yg sarat mengandung...Pelanggannya pelbagai kaum, sungguh muhibbah dan 1 Malaysia apabila salah seorang pelanggan Cinanya melabur dlm business dan kemudian semakin majlulah si Saadom ini.

Dalam kesibukan mengembangkan businessnya, dia sering tidak sempat (bukanlah sengaja mengabai) melayan isteri dan anaknya yg baru lahir, Miasara (sedapnya nama).. Dari setahun ke setahun, dari satu birthday ke satu birthday hanya diuruskan oleh Mun. Hinggalah satu hari penting anaknya, menerima anugerah tetapi Saadom sibuk layan pelabur baru dari Dubai...Berlakulah pertengkaran yg meragut nyawa apabila Mun accident.

Sejak dari itu, tugas ibu dan bapa dipegang Saadom..Business nya diuruskan partner Cina dan Indianya yg setia lagi memahami. Saadom menjaga anaknya seperti kanak2 kecil hingga sering mengikut ke sekolah dan aktiviti2 remaja Mia. Mia merasakan hidupnya terkongkong lantas bertekad jika SPMnya bagus, dia ingin pergi jauh dari papanya utk menikmati kebebasan.

Saadom sukar menerima permintaan Mia, tetapi setelah dinasihati oleh roh isterinya Mun (watak roh ini kelakar dan fashionable lak tu) dia bersetuju membenarkan Mia menyambung pelajaran di KL dan tidak akan mengunjungi Mia...Mia pun masuk Uitm dan bekenalan dgn Sarah (Scha) seniornya serta hero Uitm, si Farid Kamil dan rakan sekelasnya yg poyo, si Que.

Dalam diam, Saadom minta kerja jadi tukang kebun Uitm dgn tujuan nak mengekori Mia.. Ke mana sahaja Mia pergi, Saadom memerhati dari jauh termasuklah ketika Mia di dalam kelas Balqish (Vanidah) dan dating dgn Farid Kamil...Babak dating tgk wayang dan dihantar balik ni sangat kelakar bila Saadom mengikut hingga ke panggung dan berkata Api! Api! kerana melihat Farid Kamil yg cuba mencabul Mia...hahaha!

Sehingga satu kejadian apabila Sarah mendapat tahu Saadom 'minat' pada Mia dan dendamnya serta cemburunya Sarah pd Mia yg merebut exnya si farid Kamil...Mia tertangkap Saadom. Tetapi bagusnya, Mia tidaklah marah membabi buta dan berdendam tetapi dia memahami keadaan yg Saadom terangkan. Tetapi malangnya, mereka ditangkap khalwat (gara2 ftinah Sarah) dan Saadom dituduh memcabul. Barulah semua terbongkar!

Filem ini berakhir dgn presentasi filem pendek tesis Mia kpd pensayarahnya dan filem pendeknya itu bercerita tentang Papa Dom nya.....Touching.

Betapa pun kita ingin menjaga dan mengawal anak kita, akan ada satu masa kita kena longgarkan tali kebebasan itu supaya dia dapat menikmati hidupnya dan belajar susah serta membuat kesalahan. Sbg ibu bapa, kita kena berani hadapi saat apabila anak kita susah, buat salah dan sentiasa bersama mereka utk tolong menunjukkan jalan dan membetulkan.
4.5 / 5 * !

No comments: