Hari Selasa, atok dia bagitahu kitaorg Aliah batuk2...Aku ingat batuk biasa la, batuk org kaya tu! hehee...then Rabu tu dia batuk berkokok lah. Bersin lagi, poor her. So aku EL dan kami bwk pi klinik.
Klinik biasa utk kanak2 tu tutup lak, so kami pi yg sebelah je. Temperature dia tak tinggi tapi ada la demam skit, so doc. bg siap2 ubat demam cum selsema.
Balik mlm tu, dia mula panas badan. Mlm lagi terasa kepalanya dan badan belakangya rasa mcm panas sangat, Aku panik la, sedih sbb dia tak pernah demam. Nak tido pun takleh rasa nak menangis dan mula la pk mcm2 (takut sawan dsb).Mula la dok mencanak apa puncanya, sejuk sgt ke 2-3hari ni ke berjangkit drp sesiapa ? Aku agak atok dia la sbb atok dia ada batuk2 Jumaat lepas...Tapi mungkin jgk sbb sejuk sgt, kebelakangan ni balik Rawang kipas hala direct ke muka (sbb minggu lepas cuaca panas).
Meragam dan mengadanya lahai.......Kesian sungguh. Nasibla kami ber2 cuti hari tu.Makan pulak tak mau, 3-4 sudu dah tutup mulut. Tu belum lagi bab bagi ubat. Sebelum ni bagi ubat ok jer,tapi maybe sbb kali ni demam badan dia dah tak sedap and ubat lak byk jenis, menepis2 la dia.
Masuk hari kedua (semalam), suhu badannya masih tak menentu...Makan ubat, 2-3jam surut pastu panas balik. Batuk pulak makin menjadi ! Selsema pun dah mula merembes2 di hidung (sememehnya lahai anak ibu..). Aku dah buntu,nak demah (letak tuala basah di kepala) dia taknak (dia mmg tak suka letak apa2 di kepala dia).Hadoii...Suhu tak surut.
Last aku ingat petua yg kena jelom air asam jawa...So aku pun tgh2 mlm ni cari asam jawa, ramas2 terus lumurkan ke kepala dia (sapa nak iikut petua ni, pastikan kepala dilapik kain/ towel dulu...kalau tak, kotor le tilam baby korang).
Alhamdulillah, suhu turun sikit tapi batuk masih teruk...Tapi disebabkan tuntutan kerja, aku terpaksa tabahkan diri datang gak keja pg tadi :(
Doakanlah Aliah baik cepat...Tak sampai hati tgk. Susah hati jugak tgk dia tak mahu makan, nanti susut pulak badannya!
No comments:
Post a Comment