Sunday, October 4, 2009

Cukup Pun.......

Alhamdulillah, akhirnya dah sampai 'penghujung'....Usaha meyusukan hingga mencapai 2 tahun telah selamat dilalui tanpa sedar. Even sekarang, dah lebih skit 2 tahun masih terus menyusu dan alhamdulillah "Ade...lah.." (bak kata Aliah).


Sepanjang 2 tahun, aku ingin berkongsi apa yg kulalui...

1) 0-6 bulan --> Cabaran dari segi sokongan dan kefahaman dari keluarga mertua serta cabaran menyelit masa utk mengepam dlm kesibukan jadual kerja.

2) 6-12 bulan -> Cabaran dari supply susu yg berkurang, 'nasihat2' utk increase berat Aliah dgn campur susu serta kurangnya penerimaan Aliah kpd EBM

3) 12-18 bulan --> Cabaran dari kawalan minda dan emosi kerana terpaksa campur susu atas sebab berat Aliah yg tidak naik spt sepatutnya dan supply susu yg berkurangan.

4) 18-24 bulan --> Cabaran dari keinginan utk menambah ahli kuarga, kepenatan badan serta usikan2 dari sekeliling yg mengatakan Aliah dah besar, tak yahlah menyusu/ mengempeng lagi!


Dari 2 tahun yg indah ini, aku nikmati...

1) Hubungan kasih yg erat antara kami 2 beranak
2) Sokongan dan kerjasama dlm bentuk lain dari suami
3) Kumpulan rakan-rakan baru dlm 'dunia maya'
4) Mengenali dan "addicted" kepada blog
5) Menjadi sumber inspirasi/ mentor kpd beberapa rakan sekerja dan saudara
6) Penjimatan duit klinik dan belanja perubatan
7) Penjimatan belanja susu tin dan pad selama 6 bulan :p
8) Pelan perancangan keluarga yg percuma ;)



No comments: