Ohh...Entry kali ini tiada kaitan langsung ye dgn keadaanku. Haahh! Ini sekadar berkongsi pendapat dan cadangan...Sudah lama aku tidak bercakap pasal BF kan? Perjalananku belum berakhir, hanyalah aku telah mula mix dgn FM atas tuntutan perubatan (berat Aliah rendah)...Itu pun baru sebulan ni Aliah mahu minum. 2 bulan sebelum itu, dia bertahan tidak minum susu di siang hari! Bila nampak aku, masih tetap "naak....t****k".Heee..........
Bakal ibu dan bapa sering terabai persediaan yg 2 ni...Di zaman kegawatan ekonomi dan pencemaran, seeloknya 2 perkara ini put under consideration. 2 perkara penting itu ialah APA yg hendak DIMAKAN dan DIPAKAI bayi bila cintahati itu lahir nanti.
Pilihan utk menyusukan bayi sendiri dan memakaikan bayi sendiri dgn kain lampin/ cloth diaper (CD) sepatutnya telah difikirkan oleh bakal ibu dan bapa seawal kandungan 5 bulan sama spt mereka membuat pilihan dan mengumpul duit utk bersalin di hospital kerajaan atau swasta serta nak bersalin secara normal atau pembedahan.
Sana sini kebaikan susu ibu telah diwar-warkan dan betapa berbaloinya memberi pakai CD drp membuang duit pd disposable diapers...Cuma sememangnya pilihan yg akan dibuat perlu tanya pd hati, tenaga dan masa serta komitmen suami isteri.
Mungkin si ibu rasa susah nak menyusukan bayinya-takut susu sedikit, takut b**b jatuh, takut itu takut ini dan si bapa pula mungkin sebaliknya, kerana boleh jimat duit poketnya dan tak perlu bangun mlm bancuh susu ;) TETAPI...sbg lambang kasih sayang, walaupun si ibu menyusukan bayinya, percayalah nikmat yg tidak ternilai itu akan diganti bila anak sihat, poket suami terjaga dan lagi rasa dihargai jika suami turut ambil bahagian!
Upss...Bukan turut ambil bhg minum susu ye :p tapi ambil bahagian urutkan isteri, tolong kerja rumah yg lain dan menyediakan suasana serta galakan yg sesuai utk si isteri (kena tau sbb isteri dah tolong savekan duit anda!). Manakala jika si isteri sanggup sentiasa bangun malam salinkan CD anak, si suami apa salahnya kalau ringan tgn tolong cuci dan sental pula CD itu esoknya?
Percayalah segala kelecehan tu tersimpan sejuta kenikmatan.............