Wednesday, March 25, 2009

Sore throat

Bukan aku, tapi Aliah..Kesian sungguh. Khamis ptg tu badan dia panas, aku suspek mesti nak demam ni! So terus kami bwk dia ke klinik...Doktor check, mmg suhu baru nak tinggi. Check throat dia mmg dah merah dan doktor suspek dah ada infection. Tpdoktor tu kata no need to bagi anitbiotic lagi, unless later on dia kena flu and cough baru dtg balik. Well, mmg lah ada guideline dan kawalan dlm pemberian antibiotik ni. Sila baca di Mr Google!

Mlm tu terus bagi dia PCM, dia pun tido...Tak byk ragam sgt mlm tu. Tapi esoknya bermulalah cabaran aku! Aku EL lah jaga dia, kejap surut lps habis time ubat panas balik sampai mlm lah camtu! Mmg risau takut temp.naik tinggi tetiba (masih dlm kawalan antara 37.5-38.0). Tapi mlm tu dia takleh tido, dari last dose PCM dia amik pukul 11.45pm sampai 3.15pm baru kami berjaya tidokan dia !

Ya Allah, bygkan dlm 3 jam lebih tu dia merengek je sambil tukar2 nak kami dukung, kejap suh turun bwh kejap suh naik atas! huh...mmg tak tahanlah, penat dan hangin :p Nasib esoknya (sabtu) cuti, so cuba sabarlah jugak! .

Hari kedua panas badannya dah kurang, tinggal sore throat saja....Kesian sungguh tgk anak tak dpt makan, semua pedih agaknya.. Time ni mmg aku sgt kesian tgk dia, sedih sbb selama ni Aliah mmg tade masalah mkn apa saja tp bila mcm ni, air pun dia taknak! Bayangkanlah kita ni yg tua pun kalau kena sore throat mmg 'menangis' nak makan pe pun...Ini kan pulak budak! So tghari tu kami bwk pegi klinik, baru doktor bagi antibiotik.

Seksa jgk nak bagi mkn ubat kali ni sbb dia mcm phobia nak terima/ telan apa2 pun...Ber'perang' jugaklah kami nak bg dia 2.5ml tu!

Hahhaa...Alhamdulillah, hari ni dah hari ke5 dah hampir pulih. Seleranya dah mula kembali! Diapers pun dah berat semula :p

Thursday, March 19, 2009

Apa salahnya berjimat?

Aku tak tahula pendapat korang...Tapi aku rasa budaya kita di sini kebanyakannya suka jaga standard. Kononnya bila makan di luar tu/ boleh beli mkn tu sangatlah berkemampuan! Bila ada org bwk bekal ke pejabat, dgn senang org lain menganggap "haah...tgh pokailah tu!".

Apa salahnya berjimat? Jika kita ada banyak duit pun, tak salah kan kalau bwk bekal mkn dari rumah? Bkn saja bersih, malah selamat (sedap ke idak, lantaklah tekak kita sndiri nak rasa).... Kalau dibaca artikel/ blog org2 kaya / berjaya (baru nak kaya), memang org2 ni semua amalkan hidup sederhana. Mana yg boleh dijimat, jimat. Pegi hotel pun tak duduk 4-5bintang, 2-3bintang dah cukup! Naik flight pun tambang murah/ kelas ekonomi mcm org lain.....

Kita ni (termasuk aku lah) bila ada duit skit, teringinlah konon nak rasa mcm org kaya duduk bilik cantik, hotel 5 bintang, makan kat cafe/ kopitiam.......Sbrnnya mmg nikmat dan satu kebanggaan bila dpt buat sst lain drp 'org biasa' buat, tapi mungkin takleh selamanya kalau nak masa dpn sng.

Aku tgk kebanyakan org yg duitnya berkepok2 di bank mmg 'kedekut' (org dengki akan kata kedekut..ehehhe), tp sbnrnya kata positif adalah penjimat! Ini dilihat dari contoh abg aku sendiri... Dia manager di salah satu division di bank. Dia suka beli keta 2nd hand, jrg pakai yg berjenama dan jrg outing (bosan kan hidup :p) dan jrg jgk beli brg2 mahal/ deco. di rumahnya. Dia beli apa yg mcm org tahap kita beli! Mesin basuh yg 10thn dulu beli, masih pakai lagi! Bila dia pindah rumah baru, brg2 lama dia sanggup tak jual selagi tade org beli (pdhal brgnya mmg ada setengahnya dah tak laku :p)....Kalau dia nak renovate apa2, bkn mcm kita korek lubang sana sini/ korek saving tp dia tunggu duit elaun outstation. Outstation bukanlah selalu kan? 1-2 bln sekali..Hahha.

So aku terasa nak start berjimat mulai skrg mana2 yg leh jimat........Bagi korang di luar sana, silalah bersama-sama! Pakailah CD, rangsanglah kilang susu, masaklah mkn utk tersayang, tutup lampu suis yg tak diguna, naiklah public transport jika boleh, apa2 lah lagi yg sesuai! Biar sikit2, lama2 nanti mesti akan nmpk jgk hasilnya..Insyallah.

Tuesday, March 17, 2009

Sempena 5th Anniversary

Aku rasa terjawab tag ini sbb aku adalah salah seorang followers Umi Sufira.. Some more tag ini sesuai utk event yg baru berlaku pada kami. Tapi sebelum itu, aku nak mtk izinlah kan??

"Abang, saya jwb yer....Kalau salah, nti kita tanya2 lg kat rumah :p"


Rules: Here’s a chance to see how well you really know your husband/boyfriend/lover. Cut, paste and fill in the answers, then shoot, you know what to do. The real challenge is to send it to your husband/boyfriend/lover to see how right you really are.


1. He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?
Anything related to action/ thrill / comedy.

2. You’re out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
Hehhee...Ingat ka baju apa dia pakai :p Emm, jarang mkn salad saja.

3. What’s one food he doesn’t like?
Rasanya makan semua....

4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
Milo/ teh tarik

5. Where did he go to high school?
Sg Plong

6. What size shoes does he wear?
8 ? :p

7. If he was to collect anything, what would it be?
Gundam/ kapalterbang yg kecil2 pasang sendiri tu (apa nama ntah...)

8. What is his favorite type of sandwich?
Dia tak berapa minat sandwich

9. What would this person eat every day if he could?
Mamee monster :p and ayam goreng

10. What is his favorite cereal?
Tak berapa suka, tp coco crunch dia makan spt jajan

11. What would he never wear?
Haha...tudung and jeans kot (pelik kah?)

12. What is his favorite sports team?
Tak minat bola (untungnya aku, takyah ikut)

13. Who did he vote for?
Schumacher

14. Who is his best friend?
ME! :p

15. What is something you do that he wishes you wouldn’t do?
Paksa dia outing bila hujung bln :p

16. What is his heritage?
Darah tinggi :p Haha Insyallah tak, belum lg setakat ni.

17. What is his favourite colour?
Grey and blue

18. What is his habit?
Ada lah....garu2 kepala kot (berfikir ke byk kelemumur :p)

19. What is he proud of?
His wife, his daughters and his artworks.

20. Lastly, do you think he will read this?
Yes


Next, org yg aku tag ialah senarai 3 terakhir dlm list blog favorite aku ;)

Monday, March 16, 2009

Jatuh

Lately Aliah kerappppppp terjatuh....Kdg2 dah mmg tengokkan dah, tp still dia terjatuh ie jatuh kusi, jatuh katil dll. Kalau jatuh tak kena kepala, taklah aku panik sgt tp kalau kena kepala tu yg aku susah hati.

Ramai penasihat (even abg aku keja di hospital) kata kalau jatuh dan disusuli simptom2 ini :
1) merungut sakit kepala/ kabur penglihatan
2) muntah dalam tempoh 24 jam pertama

3) demam/ pucat
4) lemah anggota badan
5) pengsan/ sawan

Silalah bawa segera ke hospital kerana kemungkinan efek dalam. Tapi so far Aliah belum ada simptom2 tu lagi bila jatuh cuma aku tetap susah hati dan kering darah sekejap time kejadian tu!
Aku berkongsi sedikit tips dari artikel Kosmo yg aku baca semalam ;)

Sindrom Otak Bayi Bergegar

  • 20 Januari 2005 - Mohamad Nabil Nazwan Zainal Abidin, sembilan bulan, dari Kampung Kenanga, Rawang, Selangor tidak sedarkan diri selepas terjatuh. Doktor yang memeriksa mangsa mendapati ada kesan lebam dan bengkak di kepalanya.
  • 13 April 2006 - Anak lelaki penyanyi pop terkenal, Britney Spears, Sean Preston yang berusia tujuh bulan dimasukkan ke hospital akibat terjatuh di rumah penyanyi itu di Malibu, California, Amerika Syarikat.
  • 14 April 2006 - Di Kampung Putat, Jalan Kodiang, Kedah, seorang bayi lelaki, Iskandar Zulkarnain terpaksa menerima 24 jahitan di kepalanya akibat cedera parah selepas terjatuh daripada motosikal yang ditendang oleh seorang peragut.

Tahukah anda perbuatan menidurkan bayi di dalam buaian mendedahkan anak kecil itu kepada risiko kecederaan terutama di bahagian kepala jika si bayi terjatuh?

Menurut pakar pediatrik dan mantan Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia, Datuk Dr. Zulkifli Ismail, menidurkan bayi dalam buaian sememangnya tidak digalakkan.

"Jangan terkejut jika diberitahu bahawa peratusan bayi yang dimasukkan ke wad akibat jatuh berpunca daripada buaian serta penggunaan alat bantuan berjalan (walker) adalah tinggi," katanya.

Malahan, bukan sekadar risiko jatuh atau terhantuk ke dinding, gegaran terhadap otak bayi turut boleh berlaku sekiranya henjutan buaian terlalu kuat

Jelas Zulkifli, sindrom gegaran bayi yang lazimnya berlaku pada bayi yang digoncang kuat turut ditemui pada bayi yang ditidurkan di dalam buaian.

"Hayunan dan henjutan buaian sudah cukup untuk mendedahkan bayi kepada kecederaan otak, termasuklah terhantuk pada dinding atau terhempas ke lantai.

"Perkara ini memang amat mudah berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja," katanya. Tambahnya, meskipun tiada kecederaan fizikal atau mental yang boleh berlaku pada masa hadapan akibat terjatuh daripada buaian, namun ia menjadi parah jika berlaku pendarahan dalam otak.

"Benjolan atau lebam (hematoma) yang wujud akibat jatuh harus dipandang berat oleh ibu bapa. Apatah lagi kalau ia diikuti muntah-muntah atau sawan. Keadaan tersebut menandakan kemungkinan ada bahagian tengkorak yang retak," katanya.

Menyentuh mengenai mudahnya bayi mendapat kecederaan kepala, Zulkifli menjelaskan ia bergantung kepada jenis permukaan serta jarak ketinggian anak itu jatuh.

Menurutnya, agak sukar gegaran otak untuk berlaku kerana otak manusia dilindungi oleh tempurung kepala dan dikelilingi cecair otak bagi melindunginya daripada gegaran atau impak yang kuat akibat terjatuh.

"Yang menjadikan keadaan bayi tersebut parah adalah apabila dia berusia kurang daripada 18 bulan kerana ubun-ubunnya masih lembut. Justeru, risiko untuk tempurung kepala tercedera agak besar," jelasnya.

Di samping itu, keadaan fizikal kepala bayi yang lebih besar dan berat daripada badan membuatkan mereka mudah terjatuh kepala dahulu kerana tidak dapat mengimbangi badan.

Jelas Zulkifli, bayi yang mula berjalan akan lebih banyak terjatuh. Ibu bapa harus memberi perhatian yang lebih pada peringkat ini.

"Bukan saja lebam disebabkan terhantuk malah tangan dan kaki mereka juga boleh patah dan terseliuh," katanya.

Menurut beliau, andaian yang mengatakan bayi tidur lebih lama di dalam buaian harus dikikis oleh ibu-ibu. Ujarnya, jangan kerana tidak mahu diganggu ketika membuat kerja rumah, ibu-ibu mengambil langkah mudah dengan menidurkan bayi di dalam buaian.

"Tali pengikat, spring serta kain penyokong buai amat berbahaya. Andai salah satu tidak berfungsi, kebarangkalian bayi anda terjatuh atau dihempap spring atau besi sangat tinggi," katanya.

Kebocoran

Aku tak taulah nak salahkan CD atau dispo. atau Aliah yg kuat pee skrg :p (tak logik lak kan nak slhkan dia)..2-3hari ni sejak Jumaat aku dpt 'aduan' (chewah, mcm kes pjbt lak) yg bila dia pakai CD, bocor! Wuissh...Sebelum ni 2-3mgu ok je? Tak ketat ke?!

Tegar utk tidak percaya, sbrnya bkn salah CD semata...Mungkin cara pemakaian yg kurang rapat? Mungkin jgk Aliah yg tido buas...dan mungkin jgk sbb diapers tu dah tak dpt menyerap! Even pakai dispo.pun, mlm2 kdg dia bocor gak! Aiseh.. Kenapa ye?

So teori aku adalah diaper tu dah cukup berat, sbb tu dia tak absorb dan kendian, melimpah kuar.. Camna nak buat kalau CD? Aku tak rasa kami jrg tukar CD sbb CD cepat berbau kalau nak biar lebih 3 jam (unless Aliah langsung tak pee dlm tempoh 3-4jam tu)...

Pengamal2 CD, sila kongsi tips anda! ;)

Wednesday, March 11, 2009

Rindu Bertasbih

Dah lama rasanya aku tak tgk TV mlm2...Biasalah sejak Aliah setahun dan berat makin naik nih, kalau tidokan dia mesti sambil megiring dan apalagi, dgn ibunya sekalilah ditidokan! Uhuu..Sgt jarang sekalilah aku bangun semula semata2 tgk TV dan buat kerja2 lain (kecuali menggosok baju dan membasuh pinggan/ periuk di dlm sink).

Tapi kalau aku tido siang dgn dia, which is during weekend je dapat mmg aku akan bangun jgklah layan TV...So mlm minggu baru ni, mmg ada slot menarik lah lakonan Zamarul Hisham dan Umi Aida.

Kisahnya keluarga mereka ni berkawan baik...Sekampung. Family Zamarul Hisham dan Umi serta family Norkhiriah ni sama2. Tapi slps family Umi pindah ke KL, tinggallah Zamarul dan Khiriah je membesar dan terus berkerja di kampung. Zamarul usahakan ladang kambing! Khiriah? entah, tak ditujuk melainkan kejanya adalah menghantar kuih pd zamarul dan kuarganya (kes beli jiwalah ni) so aku agak dia mungkin penjual kuih :p Sementara si Umi di KL, hidup bebas dan clubbing shj kerjanya.

Kemudian bapa si Umi ni nak satukan Umi dan Zamarul sbb nak kekalkan persahabatan.. Kira nak paksa lah. Both of them tidak setuju sbb sedar latarbelakang dan cara sudah berbeza! Zamarul ni anak yg baik, dia cuba mengikut dan pd masa yg sama, Khiriah luahkan ada hati dgn dia! Dlm Umi berkira2 nak menolak hajat bapaknya itu, dia sedar dia mengandung (luar nikah). So dia pun jumpa zamarul, bgtahu yg sbnr dan terpulang Zamarul nak teruskan kahwin/ tidak. Zamarul tidak sedar ketika Umi bgtahu tu, si Khiriah terdengar perbualan mereka.

Zamarul solat istikharah dan kemudian teruskan dgn niat nak jaga nama baik kwn bapak dia dan Umi...Umi mula derhaka sejak mlm pertama, dia suruh Zamarul tidur bwh dan jadi tukang tutup lampunya. Dia tetap keluar clubbing dan bermabuk-mabukkan. Sampai satu mlm, Zamarul tegur kenapa dia tak jaga kandungan hingga Umi terjatuh tangga dan keguguran. Ibu mertuanya menyalahkan Zamarul tp dia tidak ambil hati.

Slps keguguran, Umi kembali ke perangai 'nakal'nya yg suka ke club dan mabuk2 itu..Dlm pantang, dia kelur jgk walaupun Zamarul halang dan mlm itu, dia telah dilanggar . Kemalangan yg menyebabkan dia hampir hilang upaya selama berbulan2 terlantar dan hanya Zamarul menjaganya.

Akhirnya slps dia mampu berjalan dan baik, dia sedar Zamarul suami terbaik utkknya dan dia pun memikat semula suaminya. Slps suaminya balik ke kg utk melihat kambing2 yg telah berbulan ditinggalkan kerana menjaga isterinya, Zamarul berjumpa Khiriah sambil berbual2. Si Umi yg kerinduan menjejaknya di kg dan merasa sedih melihat kemesraan itu. Zamarul menerangkan tiada apa yg dia buat cuma kalau betul Umi sygkan dia, dia minta Umi solat dan berzikir.

So mlm itu mereka solat berjemaah sekeleluarga Zamarul dan Umi. apabila selesai salam, Umi mendapatkan suaminya utk bersalam dan mendapati Zamarul telah 'tiada ' (meninggal dlm solat). Sob..Sob..WHUAAA ! Aliah pun terjaga....dan aku pun 'menangis' shj sambil menemani Aliah tido semula :p

Plot yg baik tapi pengakhiran yg meninggalkan kesan...Lakonan mantap ketiga-tiga watak utama.

Tuesday, March 10, 2009

5 tahun

Alhamdulillah menjelang 13 Mac ini, 5 tahun lps percintaan 2 tahun kami disimpulkan dgn ikatan yg sah...Tak sangka dlm 5 thn ni, dah byk juga yg kami harungi bersama.

Sguh jelita kan time ni, mcm model majalah Pengantin :p

Mac 2004 - Mac 2009

1. Kenduri time org sibuk nak pilihanraya - PU 11 (ke 10, tak sure)
2. Hari bahgiaku tanpa ibu tersayang hanya kakak dan abg yg kendalikan.
3. Mlm pertama kami di rumah pusaka arwah ibu bapaku, abg kakak semua balik rmh masing2 tinggal kami ber2 je. Seram! :p
4. 1st honeymoon di Tasik Pedu, sungguh la jauh ke dalam hutan..ntah hape2
5. Dugaan hebat pertama apabila hilang cahayahati yg pertama 2 mgu slps ulangtahun perkahwinan yg pertama (ayat berbelit2, paham tak?)
6. Masalah kewangan di awal perkahwinan ditangani bersama sedaya upaya :p
7. Dimurahkan rezeki dan ketabahan apabila diduga (5).
8. Duduk rumah pertama pada bulan ke6 perkahwinan- apartment
9. Alhamdulillah baru duduk rumah kedua / terakhir bulan lepas
10. Mendapat pengganti baru / zuriat pd tahun ke3 perkahwinan - bahagia melimpah kembali

Pelajaran...Pengalaman...

1. Pengurusan kewangan sendiri dan keluarga
2. Pengurusan hutang bank :p
3. Pengurusan emosi dan silaturahim bersama keluarga terutama keluarga suami

Masih jelita jgk rasanya..ahaks!

Harapan....

1. Moga lebih menghormati dan menghargai pasangan
2. Mempertingkatkan teknik komunikasi
3. Menambahbaikan hubungan
4. Mendalami ilmu keibu bapaan bersama hubby supaya dpt jadi teladan yg baik kpd anak2
5. Moga mampu mengurangkan hutang dan menambah sumber pendapatan keluarga
6. Bersama-sama menambah amal ibadat sunat
7. Meningkatkan tabungan utk masa depan dan haji

Gambar 3 beranak di Kuching, Jan.2009


Insyallah..........SELAMAT ULANGTAHUN ABANG! with lots of love...muaahhh....


I'm losing my weight !

Bagi setengah org, maybe a HOORAY! But to me, I'm too skinny now! I have my anak dara weight now = 40.5 kg at 155cm... Lower than what my BMI should be. Too skinny to be seen as a mom ;)
Di Ancasa Allsuites PD, Nov.2008


My 'history' of being kurus cekeding:
1) Dari zaman sekolah tadika lagi...Jenis keding.
2) Makan apa pun tak membantu, hanya gemuk di muka
3)Pernah di"follow-up"kan suspect tibi (uhhuhuu)
4) Hanya gemuk (gemuk yg cute jerla) time mengandung 7 bln ke atas
5) Losing my weights slowly sejak dlm pantang 2 mgu (due to BF membakar kalori)
6) Susah nak cari baju yg trendy sbb mcm org aneroxia je kalau pakai, kalau jubah2 kena cari size XS yg selalunya susah nak dapat!
7) Di Genting, ada satu permainan tu kena timbang dulu dan mamat yg jg timbang tu tak bagi aku naik lps timbang sbb dia kata ringan mcm kapas! :O

Dlm jubah bersize XS

My efforts :
1) Time remaja, pernah makan nasi tgh mlm
2) Ambil multivitamin
3) Minum Weight Gain

Apa lagi ye nak cuba? Sbb aku takut sbb kurus sgt nilah buat aku susah nak conceive, nak BF dll...
Mmg cantik kalau kurus mcm Barbie doll
tapi susah jgk mcm tidak sihat

Ready to Add One!

Aliah dah setahun 5 bln sekrg..Kami plan nak gap 2 tahun. Tapi rasanya dah elok kami cuba dapatkan sekarang! Hatiku sangat teruja bila tgk Fahry dan baby2 yg kusempat intai depan labor room bila pegi inspection / meeting...Uhuuh! Sementelah umurku dah 31 thn ni dan Aliah skrg dah pandai sebut baby (tade kaitan pun kan?), aku rasa dia dah leh jadi kakak...well i can can say WE ARE READY!

Dulu kan kami takut2...Sbbnya :
1) Aku mmg lah gelabah dan haru biru sikit menjaga bayi dan mengendalikan tangisan.
2) Takut terlalu awal, takut Aliah kurang perhatian, kurang layanan, kurang susu dll.
3) Takut diri sendiri tidak pandai bahagi masa.

Bermacam-macam takut (tapi tadelah takut sgt sampai paranoid)...Dan baru2 ini bila tidur, tgk wajah kudus Aliah (kdg2 aku panggil wajah 'jongos' = muka toye) tu aku rasa itu semua urusan Allah. Siapalah aku yg tentukan bila aku nak dll? Sbg hambaNya, kami merancang dan kalau dapat awal pun, apa salahnya? Takkanlah nak tolak/ gugur/ menyesal pulak?

Sbg pasangan yg kahwin secara sah, aku rasa semua pun nak anak.........Zuriat pengikat kasih. Tak kiralah cepat ke lambat ke (better ada cepat sbb umur meningkat). Aku sgt tersentuh dan sakit hati bila tgk berita bayi2 yg djumpai dlm longkang lah, dlm tong sampahlah...Semurah itukah nilai bayi itu? Tahukah mereka2 yg membuang itu betapa tinggi nilainya pd pasangan berkahwin secara sah?

Aku tak sabar utk mengandung lagi dan mulakan semula ilmu breastfeeding supaya dpt buat dgn lebih berjaya! Indahnya saat2 mengandung dan menyusukan.............

Friday, March 6, 2009

Cemburu Lelaki

Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. Tidak kira semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia mencecah batas dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia. Bagi pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang disemai bersama.

Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak, kaum Adam juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan.

Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki menurut bintang kelahiran…

Aquarius
Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.

Pisces
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.

Aries
Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.

Taurus
Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.

Gemini
Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.

Cancer
Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.

Leo
Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.

Virgo
Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.

Libra
Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.

Scorpio
Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.

Sagitarius
Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.

Capricorn
Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.

Ini hanya seronok-seronok/ ramalan...Namun, bagaimana suami/ pasangan anda?

Sekadar ini

Sebenarnya dah lama aku terpanggil nak mengutuk kekejaman Zionis di bumi Palestin...Sbg umat Islam, rakan seagama mmg terasa sgt marah dan sedih sampai boleh menangis bila baca bait-bait lirik lagu yg Datuk CT nyanyikan (spt di bawah).

Lirik Suara Sepi - Siti Nurhaliza

Senjata serba canggih terus berpesta
Insan yang tak berdosa menjadi mangsa
Suara dunia menzahirkan bantahan
Tiada sedikit pun memberi kesan

Jiwa bersarang dendam kebencian
Tiada lagi istilah kemanusiaan
Mereka punya hati
Tak punya rasa
Telinga telah tuli
Mata telah pudar

Ada tangisan tak siapa mendengari
Suara itu kian lama kian menyepi

Terkulai anak dari pelukan ibu
Darah masih panas
Tubuh terbujur kaku

Tiada kedengaran kicauan burung
Bumi kemerahan langit makin mendung
Mereka yang malang di bumi Anbia

Azab sengsara kehilangan upaya



Bayangkan kalau kita/ org tua kita / anak2 kecil kita di sana...Sungguh tidak terbayang bagaimana takut dan seksanya mereka di sana!

Mungkin kita ingat kita rakyat biasa, 'kerdil' tiada kuasa utk memberi sumbangan/ berjihad perang di sana tetapi spt diwar-warkan, aku rasa kita boleh meyumbang sedikit dgn ekonomi dan cara paling mudah adalah memboikot drp membeli brg2 keluaran negara penindas itu!

Sumbangan kami sekeluarga yg tidak seberapanya..
Tanpa kami sedari sbrnya lama jgk kami dpt tahan diri dari membeli beberapa hasil keluaran negara itu. Antaranya :

1) KFC/ McD/ Burger King/ dll.
2) Kotex Freedom (habiskan yg baki2 je, tak beli baru)
3) Mandian bayi Johnson & Johnson
4) Barangan Nestle (yg ada stok semua saki baki)
5) Pampers/ Huggies (dah lama tak pakai sejak Aliah 4 bulan)
6) Sbrg brgn designers' design (Bonia tu thn lps) termasuk hp baru (kecuali yg tmpt kerja bg, terpaksa guna sbg ganti hp rosak)


Wednesday, March 4, 2009

Dah besar anak daraku...

Tgklah betapa ayunya dia walapon mcm Ultraman Taro!! Ehhee...Ultrawoman lah actually! Tang mana ultra tu cubalah teka ;)

Tgk gmbr budak2, innocent kan? Dah pandai ni pndg kamera bila kita nak amik gmbr dia..Tgn mcm org bersanding! Ehhee..........






Tuesday, March 3, 2009

Sayangnya...

Jumaat lepas aku amik 'inisiatif' mendisposekan EBM yg dah expired dlm freezer MIL..Adala 12 botol = 32 oz! Dah expired, dari 17Nov.punya...Sayangnya lahai time basuh tu, bau dia masih ok.
Lepas dah curah semua tu, baru aku termenyesal!

Aku terfikir kenapalah aku tak fikir panjang? Dulu tu Aliah takmo EBM maybe seasonal je ..Mcm kita la yg tua ni ada selera. Maybe time tu je dia takmo EBM, maybe skrg2 nak? Apsal laa aku tak selang2 kan je? Skrg dah expired dan bila dah buang, baru rasa mcm sedih sgt ...Sob..Sob...

Rasa mcm buang peluh sendiri....Buang sst yg amat berharga! Ya Allah, walaupun free je EBM tu tapi di situlah semua kasih sayang dan jerih tersimpan...Sayu bila ingat dah 0 semua botol.Sob..sob!

Pd sesiapa yg byk EBM tu tapi baby mogok, pandai2lah pujuk...Jgn cepat give up mcm aku!!!

Kesukaan pd ikan

Seperti kanak2 lain, Aliah juga sukakan haiwan...fauna...binatang. Selain kucing yg bekeliaran di rumah nenek dia tu dan cicak (caakk.......), ibu tgk Aliah suka dgn ikan terutamanya ikan-ikan dlm akuarium spt ikan emas, ikan 'gerutu' (:p x tau nama pe, tp ikan tu begerutu le dan kaler pun taklah menarik).

Ibu tgk awak suka ajuk mulut ikan tu sampai ada sekali time awak pegi pejabat papa hari tu, awak siap nak bagi ikan tu makan! Ahhaha...So cute!!


Hmm....Kalaulah mampu pasang akuarium (mampu dari segi rajin nak salin air dan jugak poketlah :p), boleh jugak ibu kenen2kan papa belikan sebiji akuarium dan 2-3 ekor ikan emas tu letak di rumah! Bestnya kalau dapat yg mcm ni..............


Basikal..Ohh, basikal tua!

Try basikal sepupu di kg Batu Pahat

Ibu tgk sekarang Aliah mcm teringin sgt dgn basikal...Yerlah, sejak duduk rumah baru ni ramai kakak2 dan abang2 di luar tu naik basikal, Aliah pun makin teringinlah ye? Dulu teringin2, ibu paksa je Aliah naik yg Fisher Price tu...Ehhee.

Ni bkn basikal lah ibu!

Habih2 kalau Aliah sibuk sgt nak jugak duduk atas basikal, ibu dudukkan je Aliah atas basikal 'tua'.. Basikal yg ibu dan papa naik sebelum kami dapat Aliah! Hahaa...Sekali 2 je pakai basikal tu Aliah. Ntah bila nak pakai lagi?!! Nak tunggu Aliah besar, mahu 7-8 tahun basikal tu tak terusik.....

Uhuu..Tingginya. Camna nak control ni ibu?


Sebenarnya dah banyak kali ibu usha basikal utk Aliah....Yg sesuai dan bleh sampai kaki Aliah pun yg roda 3 tu tapi nampak mcm tak kukuh lak (dan tak cukup cun pun :p) ! Tunggulah sikit lagi ye Aliah...Nanti papa gaji kita pegi cari lagi kat JJ ke, kat Toys R Us ke kat kedai Ah Meng ke.


Clingy

Actually dah lama tak update, well cerita bab clingy si Aliah ni tak habis dari umur dia bawah setahun lagi...So masih mcm tu, tmbh2 bila time mengantuk jgn harap boleh letak dia main sendiri di bawah. And her tantrum was making me very annoyed la last week!

Not only beleteaq, my jari pun naik ke peha dia...Poor her yg kecik tu! Dia menangis jugak even i tried the 'silent room' (uhhu..err, or she is too young to be tried on the silent room - kurung in the bilik till she stops crying only then let her out/ pujuk). Lps kuarkan dia (tak sampai 5 minit pun kurung), dia menangis lagi sambil panggil papa dia (time ni hubby kuar).

Those yg i buat tu sbb i tgh bz completing my chores at same time she asked to dukung and nenen her!

Ya Allah....Kesian budak. Apalah tak sabarnya aku nih?? So friends, how do handle ur toddler (age 1-2years) when they show their tantrum?