Dalam membesarkan budak berdua ni, aku consider bertuah sbb dikurniakan susu utk memberi mereka hak....Setakat ni, aku bangga la dpt menyusukan sendiri anak2ku! Aliah sampai 2 thn 2 bln (wpun yg exclusive 10 bln-exclusive, tak campur susu lain, sbb pe campur sila rujuk entry2 lama)...Amani pun setakat ni dah cecah 11 bln, masih ada rezeki dia dgn syarat aku kena usaha lebih laa nak maintain kan?!! Lebih 'senang' aku usaha tmbhkan supply, dari mencari FM yg sesuai dan dpt diterima dek tekak comel dia (terbayang 3 tin susu soy milk yg tak diusik-mahal weiii) ................
Satu lagi yg aku rasa 'kejayaan' adalah potty train....Aku dah berjaya potty train Aliah and considered at her age now, 3 yrs 10 months dia memang dah tak pakai langsung!! Ce crite sikit apa yg aku banggakan tu ye (ntah2 org lain lebih awal dpt achieve, tade pun exaggerate mcm aku :p)
1. Pakaikan CD kat dia mula umur 1 tahun 10 bln.
2. Stop pakaikan pampes siang2 mula umur 3 tahun
3. Stop pakaikan pampes mlm2/ tidur siang umur 3 tahun 4 bln
4. Stop pakaikan pampes time jln umur 3 tahun 5 bln
5. Stop pakaikan pampes umur 3 tahun 6 bln
Sepanjang train dia, aku rasa dia sendiri mudah diajar....Mula2 pasal wee wee, memang sebulan pertama ada laa kes tak sempat, kes terkincit dlm suar dlm! Yg besar laak, walaa...Tak sangka lagi senang! Maybe sbb dia rasa geli kot dan syg suar dlm nak buang dlm suar dlm...
Nak train yg besar tu, selalunya kami suruh dia cangkung kat lubang air je. Nanti kami 'kutip' dan buang n flush!! Lama2 bila dia sdiri request nak guna toilet bowl....Mula2 kena pegang le atau kena tunggu, dia akan peluk aku takut jatuh :p Pastu lama2 dah pandai, panggil bila dah siap je!!
Tips yg aku nak share di sini :-
1) Jangan berleter2 bila diaorg terlepas. Pesan je selalu2, next time bgtahu cepat2 ye.....
2) Kena positif dan jgn terseksa kalau tgk toto/ tilam basah sikit....
3) Jangan layan sgt kalau diaorg request nak pakai pampes....Ni utk wujudkan self-confidence.
4) Sebelum tido atau naik keta ke mana2, suh buang siap2....
5) Bwk bekal suar dlm extra dan towel kalau outing, standby kalau diaorg terlepas...
6) Bila outing, kena rajin tanya sama ada diaorg ada rasa nak buang ke tak...
Thats all i guess !! Haa...Tak sampai 10 steps pun!