Tuesday, April 17, 2012

Fofular Tak Semestinya Terbaekkk....

Ramai peminat melompat bila Timbalan Presiden SENIMAN, si Zed Zaidi letakkan post yg ABPH 2012 tak patut dimenangi oleh artis luar...Aku pun mulanya. Tapi bila ku fikir2, ku belek2 sebenarnya memang betul si Zed Zaidi tak mention pun bang Eron.

Aku pun peminat Bang Eron...Dan memang happy sgt dia menang! Tapi apa yg Zed Zaidi bangkitkan di sini bukan pasal dia jeles ke hape (peleaseeee laa baca dgn matang sikit...) sbb dia sndiri pun hensem cuma bkn zaman dia le skrg. Apa yg dia bangkitkan adalah penjajahan zaman kini!

Boleh rujuk komen beliau kat Pancaindera kelmarin...Aku amat setuju apa yg dia perjuangkan. Betul laa kalau nak bagi pada artis luar, buatla kategori asing. Selalunya AIM buat, Anugerah Juara Lagu pun ada! Maybe Berita Harian terlepas pandang....Bang Eron tidak bersalah pun, begitu juga peminat beliau. Yg salahnya, kategori tu tak susun betui2 !

Selain penganugerahan kpd artis luar, kementerian berkenaan dah patut semakin ketat menapis masuk konsert2 artis luar....Bukan tunggu media keluarkan gambar hina agama laa apa la (thanks to TheStar) baru nak tersedar. Aku ingat laagi dulu zaman Tok Mat (ke Pak Mat org panggil) jadi menteri, artis rambut panjang jaa ban! (tapi artis tak cukup kain tak pulak).

Bukan takat konsert je patut tapis, majalah2 hiburan pun patut kena.....Kenapakah tak nampak2 (atau sengaja buat buta) majalah2 yg bagi maksiat mata ni ?


"Aku yang tak bersalah.."




* Masih tak lupa babak Nora Elena bagaimana Seth Tan leh angkat isterinya yg nmpk berat itu?
Realitinya berapa ramai suami sanggup angkat isteri 50 kg, 60 kg, 70kg....Heheheeee.


Tuesday, April 3, 2012

Dah Besar Anak2 Dara Ibu

Lama jugak tak update secara specific pasal budak 2 org tu...


Aliah Irdina
1. Dah masuk 5 thn walaupun faktanya adalah 4 tahun 5 bulan...
2. Normal mcm budak lain, dah hafal dan boleh tulis A-Z, alif-ya dan 1-10.
3. Her favaorite masih coloring n drawing - Tak ke mana tumpahnya kuah...
4. Rambut masih tak banyak2, sbb bila nak tebal sikit mula menternak kutu..So kena potong.
5. Gigi atas dah hampir rata (kecuali geraham) ...Tapi bila senyum,masih sama ;)
6. Suka memilih baju....Fashionable jugaklaa.
7. Boleh dah baca Al Fatihah (hampir sama bunyinya), ayatul Kursi (bunyi ja sama), Ayat 1,000 dinar, surah An-Nas dan Al-Ikhlas.
8. Boleh dah basuh 'air besar' sendiri...Hehehe.
9. Suka show her love skrg with words and hugs.

Afrina Amani
1. Dah masuk 1 tahun 6 bulan....
2. Dah jalan dgn lajunya...Kedek2 jugak kdg2 tgk bontot comel tu!
3. Vocab pun dah banyak....
4. Suara dia husky/ besar sikit dari Aliah....Aliah jenis suara halus/ nyaring.
5. Boleh sambung 2-3 perkataan dah spt "Cantik laa...", "Lapar laa...", "Buat pe ni?", "Cepat laa..".
6. Dah faham arahan2 mudah spt suruh amin bila baca doa, suruh duduk bila makan/ minum, suruh solat sama2 dll.
7. Berat rasanya dah almost 10kg! Huh.....Seguni beras.
8. Nasi kurang, lauk makan banyak....Penggemar udang jugak.
9. Dah mix susu :( Tapi certain food ie. roti krim, susu kotak, masih naik jgk merah2.

Monday, April 2, 2012

Sakit Gigi Tampal Koyok



Org kata selain sakit beranak,sakit gigi adalah kedua jatuh ranking sakit paling sakit dlm dunia... Sakit nak dijemput Malaikat Maut tu lain ye (huhu...).

Org lelaki yg tak pernah sakit beranak pun bleh buat comparison camtu, hadoi laa...Aku tak ingat pernah dak sakit gigi sampai takleh tido atau takleh buat apa2 melainkan mengerang/ meraung.

Tapi bila si Aliah mengerang sakit gigi, selain nak tunggu sakitnya surut (due to weekend-takde klinik gigi kanak2 / ada kinik lain tapi x confident nak bwk), utk mengurangkan dia mengerang tu kami pakaikan dia myk Cap kapak/ Yu Yee dan koyok (Salonpas laa brandnya sekarang) dan last option kalau dia takleh tido, bagi laa ubat demam (PCM).

Ni memang 'blusher' wajib
kalau sakit gigi tapi nak kuar jugak..



Selalunya lps pakai koyok dan bagi PCM, dia boleh laa tido 3-4 jam dengan aman....Kalau tgh mlm, memang baisanya dia dapat la tido sampai ke pagi (kami jugak :sigh:) tapi kalau siang, hilang sakitnya tu kami tak dpt jugak rehat!! Sebabnya dia akan mendapat 'gula' (bertenaga) semula spt takdak apa2 berlaku 2-3 jam sebelum tu...Apakah ???

Bila bawak gi paeds.dentist, dia kata "Puan...Ini bukan sakit gigi. Dia sakit2 tu sbb berlubang je dan bekas scaling hari tu dah 'haus', so bila masuk makanan terutamannya air sejuk/ panas itu yg ngilu!" Ohh...Gitu ke. Aiseh, apa2 pun sakit berkenaan gigi bagiku adalah antara sakit2 yg aku rasa susah hati sbb tak dpt membantu!

Setakat ni, dah 2x dia kena 'sakit gigi versi ini'.....So dah 2x laa tampal tahun ini saja !! Selagi FOC, selagi takde bengkak2 dentist kata no need for operation/ buang gigi itu...Tau tak, aku rasa mcm nak beranak je bila nak bwk dia gi dentist mula2 tu (sbb takut dentist suruh cabut gigi).

Tgk..Bila dah baik, kemain eksen !!