Baby kali ni yg namanya Ariana Humairah, berpengalaman dijaga org lain yg bukan darah daging...
Utk anak kali ini, mertua aku memang dah surrender sementelah dia pun tak berapa sihat baru kena hypertenison (dek kerenah anak2 aku kah ? :p)
So aku memang cari pengasuh area taman jerla masa bulan ke3 berpantang tu....Dapat la sorang yg belakang rumah, selang 3 rumah dari rumah aku tapi row belakang (kira kami boleh nampak laa dapurnya dari rmh kami).
Dengarnya dia jaga 3 org dah ...Yg dah besar, so baby anak aku jerla.
Walaupun jiran, kami tak pernah jumpa...Suara dia jaa aku pernah dengar weekend2 bila aku jemur baju di belakang. Jenis 'bersuara' jugak laa sbb anak2 dah besar kot.
First impression, memang rumah dia walaa...Cantik mcm rumah contoh. Baru siap renovate la katakan! Convincing pulak sbb nampak dia jenis pembersih dan nampak agresigf (= cekap?), Dia pulak pernah buka nursery, so dia dah tahu handle EBM dan baby yg mudah muntah ni ...Cumanyan dia request baby cot.
Baby cot, which is kami tak pernah beli...Tapi beli jugakla sbb dah kalau itu keperluannya. Cuba berfikiran positif maybe dia takmau budak lain kacau dan juga dia nak mengelakkan kes tersangkut buai dsb.
Minggu pertama kedua berjalan lancar...Walapun kami terpaksa balik berkejar2 kerana dah berjanji cuba balik sebelum kul 7.00 (memamng kami selalu sampai paling lewat 6.25pm je). Husband sampai request dgn boss dia balik 4.30 pagi dia masuk awal sikit, 8.30 semata2 nak jemput Ariana awal!
Masuk minggu ketiga, dia kata susu tak cukup...Nak buat camna. Nak elak dia bagi air kosong (hari pertama dia dah 'pandai' bagi tghari2 pdhal susu ada lagi-sbb takut susu tak cukup sampai ptg), balik la awal satu hari Jumaat tu! Nasib Jumaat tu ptg memang tak ada apa2 meeting.
Masuk minggu keempat, hari isnin balik aku tengok Ariana tido...Dia kata baby mengamuk hari ini. Duduk takmau, mengamuk menjerit2 dia taktau nak pujuk. Apa pun dia tak boleh buat ! Aku ni nasib laa jenis tak cepat melenting (dah org jaga anak kita....), aku dengar jerla dia mengomel2. Dia kata dulu dia pernah jgk jaga baby, tapi bila dah cukup susu dan tidur, letak bwh ok je. Ni dia nak masuk dapur, nak kencing pun terkejar2! So dia kata takat bulan ini jerla dia nak jaga.....
Aku terima keputusan dia, takmau nak paksa.....Tapi semalaman kami suami isteri ni sedih dan ssh hati fikir nak hantar mana pulak. Sampaikan nak hantar esoknya pun aku dah rasa tade hati sbb terfikir2 teruk sgt ke anak aku sampai dia cakap camtu? Bukan selalu pun...Sebelum ni kan ok? Hari ini je kot....
Ada seminggu lagi ke hujung bulan, kami pun tanya yg kakak lain di taman jauh sikit...Alhamdulillah dapat.
Minggu akhir hantar tu, bukak pagar dia dah cakap sorry banyak kali...Aku ingat dia dah nak mintak stop awal 2hari sebab pagi tu aku dah bayar upah bulan tu, rupanya ada eksiden.
Ntah camna jari Ariana boleh terkena kat lubang sink...Luka ibu jari anak aku !! Dia kata dia cebokkan baby di sink taktau mcamana kena bila angkat2 tgk berdarah2...Sian sgt ibu jari kecik tu luka. Nasib laa tak betul2 tersangkut dlm lubang.
Ya Allah, apa laa nasib...Sekali lagi, aku tak marah2 dia. Maybe sebab fikir dah nak habis pun dan dia pun bukan sengaja (tapi cuai..............) dan jiran pulak, aku buat muka kering ja la. Husband kata sikit je, takyah exaggerate tapi hati mak kan? Aku beranak susah2 tak luka apa, ko senang2 je bagi luka anak aku....Haish!
Moga Ariana lebih terbela dan disayangi dengan pengasuh barunya nanti....Ya Allah, lindungilah anak2 kami.