Thursday, October 2, 2014

Tak Sabar Punya Pasal!

Haa...

Ya, saya jenis tak sabar. Walaupun semakin tua, benda2 yg excited ni saya kadang2 tak menyabar2 nak buat...Jangan pikir benda lain naa....

Selain bercuti, saya suka plan2 event...So tak lain tak bukan, birthday bash! Yaa...Tahun ini adalah tahun berjimat (sangat...) so combine jer birthday yg tengah (amani) dan sulung. Memang tak buat every year panggil org...Selang2 je buat panggil org, mcm tahun lepas makan2 sndiri je kek. So tahun ni ingat nak buat yg best sikit sbb depa pun dah besaq & boleh appreciate! 


Actual date :   Aliah 0810, Amani 220910
Gap           :   2 weeks ++
Itulah significantnya sekalikan....


1) Pemilihan Tarikh
Sebenarnya plan asal nak buat slps birthday Aliah yg sebenar, so selepas 0810 laah...Yg terdekat is 11/10. Tapi disebabkan tak sabar, anjakkan 2 minggu awal...Hhehee...Takkan pulak nak buat masa raya haji 5/10? Habih laa tema nanti....
Kad ni husband yg buat..
Spt biasalaah, papanya kreatif.


2) Pemilihan Tema
Sebab sekrang masih demam Frozen...Haruslaa buat tema Frozen. Hehee....Tapi budak2 tu taktahu pun aku plan semua2 ni! Bila tgk dah siap, memang habih hati la...Speechless org kg kata! Terharu kan???


Candy buffet, amik dgn cousin husband...
Tapi dah tau, lain kali bleh buat sendiri  ;)



Buntings special ni  husband design jugak..
Rasa mcm dtg preview film pulak!



3) Pemilihan Menu
Menu nak light2 ja sbb buat lps Asar....So nak mi/ mihun...Selain tu akan tambah candy etc. Sorry gmbr meehun sup utaqa tak amik pulak! Basically ini menu hari tu


Sendiri bajet
--> Meehun sup utaqa
--> Macaroni goreng (sendiri goreng)
--> Kek birthday, mesti laah ada kan ;)
--> Candy buffet

Sponsored
--> Sate
--> Dadih
--> Puding 
--> Nasi impit 


4) Pemilihan Tetamu
Pada kebiasaannya aku buat makan2, makanan selalu terlebih.....Salah satu sbb mak mertua suka bawa menu lain buat top up..So kali ni aku panggil serata alam! Haaa....Panggil cousins, panggil macik2 serta budak2 opis...Tapi...Huhhuu...Tetap jgk lebih menu utama tu..Takpalaa..Esoknya tapawkan ke opis utk yg lain.


Sekarang ni 2-3 minggu ni memang dok hujan jaa ptg2 antara kul  4-6 gitu...Hujan lebat. So tak terkecuali laah hari Ahad tu! Kami siap kemas rumah Sabtu lagi...Sabtu pulak ada musibah kat opis! Total network down 1 spital...Adeh laa...Gi opis laa Sabtu tu. Ahad terpaksa tak pegi, suh staff lain ja!! Dlm hati mmg dah tak berapa best laa....Tak tenteram, Nasib network up balik tghari Ahad tu dan system pun bleh guna kul 2. So takde laa risau sangat kalau ada calls masuk dari spital ptg2 ke mlm ke.

Everything ready...Meja, carpet, balloons, bancuh air, goreng macaroni tapi sebelum aku mandi ptg (lagi sekali) dah kul 4.00 time tu caterernya tak sampai2, candy buffet baru sampai baru nak set up...Hujan lagi..Tiba2 tetamu pertama dah sampai! Aiseh...memang panik. So tunggu laa jugak, dalam kul 5 camtu lps dah berdoa semua baru bleh potong kek dan makan...



Tempah 2 kek utk sorang 1....
1 rainbow, 1 red velvet choco checked


Ni dgn schoolmate cum neighbor dia
Alesya...

Dia yg organize sendiri game ni...
Mak kalut layan frens & families :p




Alhamdulillah walapun hujan, almost all tetamu sampai kecuali budak2 opis aku.....Huhuuu...gambar2 selebihnya bleh laa tgk di FB ye ;)  

Letih sangat buat party kali ni....Sampai mlm tido sakit2 badan. Esoknya pun sakit pala semua tak habis! Mcm buat kenduri kahwin kekdahnyaa......Sampai rasa, cukuplaa ni kot majlis last buat. Eheeehh...Taktahu apa yg penat sgt, maybe sbb penat otak dgn masalah opis sama.

Friday, August 22, 2014

Caranya Berbeza

Dah lama tak mencoret...Memang banyak terbuku di dada.

Sesak...Sesak dada...

Hari ni Hari Perkabungan Negara...22 ogos 2014, bersamaan 26 Syawal.

Walaupun tiada saudara mahupun rakan taulan yang terlibat dalam MH17, hati ini tetap dipagut pilu. Bayangkan, pergi dengan kereta..Balik , kaku, disambut dengan anggota kerajaan dan naik kereta 'lain'! 

Mungkin dah usia, usai sebulan tragedi MH17 ini.....Hati meredhainya. Melihat juga senarai anak kapal yg rata-ratanya dalam usia senior, 40-an memang menelah dah itulaah ajal mereka... Caranya berbeza dari kebanyakan yg lain, yg mungkin menemui Sang Pencipta secara sakit, usia, kemalangan, mengejut, jenayah dll. Yaa..Caranya saja berbeza! Yg hidup pasti akan mati...Kita pula bagaimana?Aduss....

Al Fatihah...Moga ditempatkan mereka di samping org2 yang beriman.
Semoga ajal kita kelak dalam keadaan kita beriman sbg Muslim/ Muslimah...Ameen....


Friday, August 8, 2014

Bergantung pdNya

7 Ogos 2014

3.45 pm...Menaiki MH1314, ke KLIA dari Kuala Terengganu. Pesawat Boeng terbaru! Canggih...Tetapi semasa beratur masuk, perasaan berbaur. Melihat passengers bangsa asing di hadapan barisanku menagkap gambar MH...Terasa, adakah mereka mahu me"what apps" atau Me"FB"kan wajah malaysia ini jika ini penerbangan terakhir mereka..dan juga aku??

Ya Allah...Melihat Ketua Pramugara dan Pramugari yg menyambut, terasa berat bebanan perasaan mereka. Usai memasang safety belt, kami dihidangkan dengan tayangan video (1st time laa...tgk video) berhubung langkah-langkah keselamatan! Tiada lagi kelibat dan gerak tangan wanita berkebaya biru di hadapan lorong...Senyuman manis di dalam video, betapa mesranya MH..Memang Malaysia Hospitality, namun apa perasaan sebenar mereka???

Nampak mereka sangat berhati-hati, memastikan semua SOP dipatuhi...Namun selepas mula terbangm kepulan awan-awan gebu yg indah dan betapa MH membelah awan, terlupa sekejap ketakutan. Syukur pd Allah berupaya melihat salah satu keagungan ciptaannya secara 'dekat'! Rasa nak capai2  awan itu....

Semasa selamat touch down, nampak beberapa 'rakan' MH menunggu...Ada dari 'bangsa' lain dengan nama penuh sebesar-besarnya pd perut. Mungkin MH perlu dibaiki ?  


Wednesday, June 25, 2014

Baik2 Komen....

Seminggu 2 ni panas pasal kes adik Firdaus...Hampir 80% aku rasa FB dan bloggers termasuk yg hebat saiful nang tak bleh terima cara mak dia tu.

Personal point, of course aku pun sangat marah -terkesima-terkejut dan sedih hati tgk darah daging dibuat begitu...Otak cepat je fikir kenapa mak dia sanggup tinggai anak jadi mcm budak Eutopia dah? Mengucap panjang....

Tapi cepat2 aku menghipnosis mesti ada sebab mak dia tersampai hati tinggai mcm tu....Org luar memang cepat je melenting dan menghukum! Well..Yaa, matlamat tak halalkan cara. Mungkin matlamat mak dia tinggai sbb kena kerja dan tadak org jagakan. Tapi nak buat camna, dah nak jadi-lesson learnt for the mom by now.

Cukup2 laa tu org sana buat fitnah, kutuk dll ..Judge hanya pd FB cover photo dia. Hellooooo !! Tgk laa gambar tu thn bila...dan lain2 post mak dia dlm tu..yg mak dia memang berhadapan dgn masalah kesihatan sendiri. Pengasuh dia jaa tau cerita sebenar!

Kalau menjawab kat FB panas2 di sana, org kata kita ni bodoh pulak...Bela / Defend mak dia tak kena gaya. Bukan bela, aku tak kata mak dia tu betoi! Tapi come on laah....Stop all those kata2 nista. Sapa kita nak judge dan hukum lebih2, kayaknya kita ni maksum?? Kita ni belum tentu kuat jugakk kalau diuji dgn anak OKU kaa anak mental kaa apa ka...So better shut our mouth up laa! Buat pa nak buat dosa kering kalau tak boleh membantu.....Tgk sajalah, tadak kesan deraan pun. Kalau betui mak dia tak peduli, nak buang anak, takkan dia up gmbr Firdaus tu masa dia dpt jaga dgn sempurna.

Pernah dak terfikir, maybe teorinya mcm ni..Mak dia ditawarkan keja otstesen sebulan dgn gaji 4x ganda dari keja skrg dan mak dia tak dpt tolak sbb fikir nak sara anak,...Wpun terpaksa tawakkal tinggal anak tadak org jaga (sbb dia kata nak ajar anak dia berdikari)...Tiba2 mak dia sakit  kaa masa otstaion tu dan tak boleh balik tgk anaknya???  

Maybe ridiculous laa org fikir...Tapi come on laa...Dlm dunia ni mcm2 bleh jadi. Allah jua yg tahu....

Wednesday, April 23, 2014

10 Fakta

10 Fakta Menjadi Ibu Beranak Kecil
1.  Tidur yang paling lama tanpa gangguan adalah 4 jam.
2.  Tudung yang paling cantik adalah tudung awning.
3.  Mandi yang paling lama adalah 10 minit.
4.  Makeup yang paling hot adalah memakai lipstik.
5.  Sandal yang paling selesa adalah selipar jamban.
6.  Makanan yang paling cepat, senang, kenyang dan selamat dimakan tak tercekik adalah roti.
7.  Fesyen baju tidur paling seksi adalah tshirt.
8.  Air paling menyegarkan adalah air kosong.
9.  Memasak, mengemas mainan dan melipat baju adalah satu kejayaan mingguan atau boleh jadi bulanan!
10.  Mencari misplace spek mata mcm mencari duit RM1,000


and the lists can grow more.....



Kena cerita yg sebenar....Hehhee....Tengok org mcm senang, tapi tak senang sebenarnya..Bertabah laah !

Thursday, April 17, 2014

Tips Jahat

Muahhahaaa.....

We can beat the system!

Memang kalau nak naik Air Asia, seat pun nak kena beli kalau nak dok dekat2...Utk kita yg ada anak kecil ni, duduk bkepit sebelah menyebelah mmg wajib.

Tapi boleh jgk kalau takmo ambik pun atau nak jimat kos...Atau nak kurangkan kesempitan ruang ..Ni yg aku pernah cuba la ;-

1) Beli seats sebulan sebelum tarikh
Masa book tu mungkin setahun sebelum...Book harga tiket dulu. Seats dan baggage tgk kemudian. Well, risiko la sikit kot2 tade seats yg cukup utk duduk sebelah menyebelah.

2) Check in sama2 dan elakkan Counter Check In
Dah 1 booking number, mmg akan check in sama2 la kan?? Sekrg boleh check in seawal 14hari sebelum tarikh fly, so insyallah bleh dapat seat dekat2 wpun tak amik seat....Save RM 6.00  (per pax) !!

3) Passenger With Infant cannot self check in
Dalam rules dia mmg tulis, Passenger With Infant cannot self check in (kiosk/ mobile/ web check in)...Tapi aku pernah try sekali masa gi Kuching. Alhamdulillah! Lepas pun pergi dan balik...Sebab kalau kita yg bwk baby ni takbleh buat kat kiosk, means kita kena gi counter so kena laak byr RM10.00! Huihh...

Satu lagi, biasanya kita ni bila berkeluarga dgn anak2 kecik....Mesti book semua beranak sekali je kan. Kalau nak buat mcm kes aku di atas dan elakkan Counter Check In, split siap2 Booking tu kpd 2 group. Means, sapa yg bwk baby tu je biar dia booking number lain. Yg lain2 tu amik booking number lain so boleh buat Self Check In. Kalau nak kena Counter Check In RM10.00 tu pun, sorang jerla yg kena....Ni atas dasar gamble laa kan. Buat crew kat LCCT/ mana2 airport tu strict, tak lepas memang tak lepas laa Passenger With Infant kat Self Check In. As in system, aku dah try dan boleh print pun Boarding Pass kat PC dan kiosk...Hehhee..

4) Amik seat selang2
Ni kalau kes ada infant la mcm aku...Infant mmg riba. Tapi mesti la ada masa baby nak menyusu/ baring. Seat kan sempit...So amik seat tgh2 atau jika ada anak lain, amik seat selang. Contohnya, kalau aku amik seat A, aku akan amikkan Aliah seat C. Means seat tgh (B) tu akan 0 dan jarang sgt org akan book seat tgh2 bila dia tgk tgh je 0! Lagipun dlm Select Seat screen tu, tade pun dia letak sapa yg booking seat2 tu..
Kalau nak maki pun, lantak ko laah ..Aku tak dengar! Hahahaa...Lagipun duit aku, aku punya suka laa kan...


Itu je laa tips jahat yg aku pernah try....

Wednesday, April 16, 2014

Ikutlah Kemampuan

Dan dan tu nak bercerita jugak.....Ni pun post terperam!

Entry pasal Vietnam, habih kat situ jerla kot...Kekekkekee....

2 isu yg kebelakangan ni org dok hangat perkata - Airasia Lupa Daratan dan Tudung Fareeda Tak Ikut Syariah!

Aku bagi pendapat 1-1 la ye....Pendapat peribadi ja ye, takyah nak sentap2.

1. Airasia Lupa Daratan
Dituduh sebgitu rupa sbb AA byk songeh bila kerajaan arahkan pindah ke KLIA2....Ada yg kutuk AA gitu gini-mahal la, penipu la tak sedar diri la. Ada jugak yg sokong AA sbb rasa kerajaan tak bantu laa dsb!

Bagi aku, AA ada hak dia...Kalau kita buat bisnes, mesti la kita nak pastikan tempat baru selamat dan terjamin! Walaupun aku org luar dan tak belajar pun pasal aviation bagai, aku rasa AA mesti ada alasan kukuh takmau pindah awal...Bukan dia kata takmau pindah langsung! Lagipun takkan dia tak dengar rungutan customers yg LCCT dia mcm sardin tin?

Satu lagi, nak kata AA penipu la mahal la dsb....Hello! Dulu2 boleh laa....Memang dulu dia 'jujur' jual. Memang murah, sekitar tahun 2001 - 2003 tu. Kalau tade AA, memang jgn harap le nak dpt balik kg kerap2! Kematu punkog dok dalam bas 6-7 jam nak balik Loq Staq nun....Tapi tu dulu. Tak kata laa mmg skrg mcm2 fee dikenakan. Kentut ja tak kena byq ! Tapi sendiri mau ingatlah...So tiap kali nak book, buat la byk2 kali! Fikir la sehabih boleh utk byr harga tiket shj yg offer murah tu.... 

Aku skrg pun dah berhati2...5-6 x keluar masuk AA website kalau nak book p mana2. Takmain Yes ja! Yg boleh jimat, planlah baik2 dari segi masa penerbangan-check in kiosk/ web, free seat, bwk beg ke tak dan nak makan ke tak. Semua can plan! Patutnya AA dah kena tukar tagline "Everyone Can Fly, but You Must Plan2!" ..Hheheee....


2. Tudung Fareeda Tak Ikut Syariah
Memang tudung dia stail gitu, memang singkat sikit...So ada ilmu, gunakan. Mungkin dia ada byk size, S-M-L dan XL ! Memang betul Mawar jawab, "Bergayalah ikut kemampuan". Kalau tak mampu beli Fareeda, beli clon pun jadi laa asal lepas hajat org kg kata.....Nak sakit hati kenapa dia cakap camtu? Dah dia mmg target tudung idea asal dia tu utk audience mcmana. Kalau tak mampu, seluk la poket sendiri jangan nak salahkan org.

Aku jenis tak ikut brand....Kalau benda tu tak sesuai dgn aku, memang takkan laa nak ikut trend. Nak beralih dari Tudung 'Ikan' pun susah, ini laak nak invest beratus2 utk tudung yg lum sah2 cantik dan kena dgn muka sendiri.

Friday, March 7, 2014

Saigon Part III


Selepas magrib, kami kuar makan ke Halal @ Saigon..
Depan dia ada masjid, mcm masjid jamek je!




Eceh ceh....Sementara tunggu order,
masing2 nak camwhore.



Cosy laa Halal@Saigon ni..
Tapi sygnya menu yg aku pilih mlm ni mmg
x bleh trima dek tekak aku
(Lotus Seed Fried Rice & Barli)

Rasanya mcm makan biji benih 
tumbuhan mana ntah..





Day II - City tour

Seawal 8.00 pagi kami dah dijemput driver (taxi) utk ke Mekong....Katanya perjalanan 2 jam. Sebab jauh! Kena kuar dari bandar...Okay..Kami pun siap bwk bekal nasi lemak dan air kopi ais tu laa...

Mak aih..Awat selow bebenor si driver ni bawak, 40km/ hours je ?? Bila daa mau sampai....Bila ditanya berapa speed limit sini, dia kata 60km/ hours. Memang x bleh blah! Mcm tak caya, tp mmg ada signboard dia...

Mengantuk tau tgk org dirve mcm baru belajar kereta...Ingat kaa bila masuk hiway bleh speed sikit, sama jek sbb yg 60km/ j tu laah speedlimit hiway :p Yg kat jln biasa 40km/ j....Mamammamammaaa.....Memang konfem laa perjalanan ni 2 jam. 

Mmg kagum cara org sini hadap traffic dia yg mcm sgt reckless tu....Simpang siur tapi tade accident, tade org masuk bwh lori, tade org kaki tersepit apa lagi nak tgk org tjuk F**k  jari atau dengar org hon memaki2. Hon dia lebih pada hon sopan (ada kaa?  :P) iaitu hon meminta laluan je....



Nego. tourist guide...

Tggu diaorg ni gi ladies...



Singgahan pertama, Kg 'madu'...
Amoi ni tuang teh dan dicampur madu.




Memang aku x lalu aihh...
So Hazlin yg habiskan. Aku boleh makan
kerepek celup madu tu je
(kerepek pisang, kacang dan halia)




Perjalanan slps Kg madu ni melalui kampung2 org lama, yg mana pernah ada mangsa pembunuhan...Dlm kwsn rumah mereka akan ada kubur peringatan (scary ehh, kubur dpn2 rumah/ belakang)!




Bersama 1 kuarga kat area kg tu







Pastu naik kereta kuda...




Hahahhaa....Mmg kelakor naik kereta kuda. Mcm kesian je, mampu ke ? :p Sorry Lin ye....Kesiann jugak kat Hazlin ni, aku taktau laa apa mamat tourist guide ni cakap kat pakcik bwk kuda ni..Kejap2 dok berjalan, pakcik kuda tu dok pukul kuda dia sambil mendengus...Kekkekekee.....




Then gi dengar dendangan lagu
traidiosnal....

Tak paham sepatah pun, so 'cuci mata' tgk
awek seksi sambil makan buah yg fresh2 ni !


Last but not least, final trip yg ditunggu...
Naik perahu


Dlm trip kami ni kan, aku laah paling kecik dan Hazlin paling besar...So pepandai je tetiba prahu tu yg sepatutnya sekali bleh muat 4 org, dia pecahkan kami ber4 menjadi aku dan Hazlin je satu perahu. Yg dia dan geng kami lg 2 naik perahu lain. Hahhaa!! 




Semua perahu yg selisih dgn perahu aku, semua pandang2 Lin...Hehee...Trip ni mendamaikan laa..wpun sungai dia kaler cenggitu, tapi takde la jumpa taik ke..bau taik ke...jumpa bangkai ke..Mendamaikan je sampai laa sampai ke pengkalannya.




Lps balik Mekong, kami city tour ke Post office, war museum
dan taka Plaza



Tak masuk pun sbb tak minat
sejarah :p



Lin je yg masuk....
Kami yg lain tgk jail kat luar
pun dah rasa kijam,,,,





Rupanya post office ni masih beroperasi..
Tak paham kenapa jadi tmpt lawatan!
Tade yg hebat pun ??



Then kami gi Taka Plaza..Kan ada yg recommend sini. Well, bagi aku tade apa pun. Macam Sg Wang Plaza je, tp sempit2 la dlm tu. Semua baju cina jaa, ada jugak le brg2 mainan budak kat tgh tu..Rokiah Collection pun ada, tp sbb aku tak target beli telekung, so memang tak pandang pun!


Mlm kami makan kat Kg Melayu depan hotel je...Sedapp la..Pagi tadi bihun goreng! Mlm ni aku try nasi goreng ...Diaorg lain order mi kari dan mi udang, yg pelik sikit rasa dia. Then kami order Fried Mushroom
(gmbr tengah2 dlm menu di bawah)! Memang terbaek laa...Sedapp. Crunchy!! Tak pernah laak jumpa di msia ...







Thursday, March 6, 2014

Saigon Part II


Masuk-masuk airport Saigon je che Pid
dah sibuk nk brgambar....Ni 1st attempt
selfie ber4!

Kat airport dia, kena hati2 jugak sbb mmg ramai taxi driver tunggu nk offer....Kalau takat ke area hotel kat Ben Thant, jgn le amik yg offer USD 10 sekepala ke apa! Actually below than that...Tak igt, tp mybe USD10 tu utk 4 kepala kira jatuh RM 6.00++ sekepala.  Taxi vinasun yg kononnya pakai meter pun jgn percaya...Survey dan survey. Dengar kata kalau naik bas pun kena USD1 je seorg....



Dah check in, naik lif pun vogue moms 
ni nak berselfie lagi.....



Bulatan kat Ben Thant




Sampai2, terus lumch kat Saigon 1Malaysia
Menu dia yg paling sedap -Ginger fried chicken
tp x de halia :p




Senang rupanya cari mkn sini...
Mmg betul2 dpn hotel kami dok!



Ini la depan Ben Than market (Cho Tay) tu...
Jln kaki 10minit je dari hotel kami.




Action je lebey...Beli sikit je kedai ni,
sbb amoi kedekut skit nk bg murah! Huh...



Tuesday, March 4, 2014

Saigon Here We Come!

Tak sangka menjadi jugak ikut trip geng IT JKNS ke Veitnam...Puas aku cari geng dulu thn lps nak ajak gi bulan Mei atau Jun sbb nak borong baju raya. Sekali geng IT JKNS dah book awal nak gi bulan Feb. Dah tade geng, aku join jerla bila dapat green light husband!

Kami gi hari Sabtu, 22 Feb.....Flight kul 12.00. Dah mtk husband tlg web check in sbb takut sampai terlewat dah ptg sebelum tu aku baru balik Bengkel SKT di Lumut memang tak semapt nak buat sendiri. Dah nak jadi hal, 3hari sebelum tu tiba2 ada Bengkel lak buat di Lumut which is semua Ketua Bhg kena gi..No excuse. Wpun kesian nak kena terus menerus tinggal ariana, ku gagahkan juga.

Notis utk staright 'outstation' ni aku tahu 3 minggu sebelum...So agak sempat laa aku prepare EBM. Siap beli Shaklees Alfafa dan ESP lagi nak boost production bagi capai target nak simpan 10-20 botol utk 5 mlm! Sesak nafas mula2 kira...Tapi rupanya tak susah. Aku simpan tuk 2 mlm pertama je, iaitu utk di Lumut. manakala utk gi Vietnam tu nanti aku gunakan jer stok yg aku perah masa di Lumut! Tak susah sebenarnya nak prepare EBM kalau tahu caranya dan pandai2 plan ;)

Aku sampai agak awal di LCCT 9.30...Kena kiosk check in sbb rupanya husband salah pilih date check in, dia gi check in yg utk balik :p Huhh....Sampai kul 9.00...Boarding, 11.20. So aku ada byk masa laa utk check in drop bag dll. Agak terkial2 jugak laa bila travel seorang, bag disorong sorang2 ! :( Terpinga2 depan kiosk bila tak reti scan pasport...Heehee...Nasib ada cewek Indon yg tlg.



Dah target nak shopping, so bwk
siap2 beg yg besar...


2 beg aje dah 11.1 kg. Ada baju dlm
3 psg dan air mineral 4 botol je. Nanti tgk
time balik berapa muatannya ye ;)
(aku amik utk balik extra 5kg --> 25 kg)


Yg lawaknya, lps check in aku dgn confidently beratur kat line drop bag...Sekali pakcik depan aku tanya nak gi mana, bila aku sebut nak gi Vietnam dia kata "Eh, salah ni...Ni nak gi Nepal !  ". Dussh...Patut la aku tgk semua yg beratur line ni hitam2...Mamat2 bangla rupanya. Adehh....Hahhaaa...So berpatah balik le ke area Domestik.

Ntah hapa2 LCCT ni...Berterabur. Tulis Penerbangan Anatarabangsa belah kiri, aku gi laa situ sekali rupanya kalau negara Asia Tenggara, beratur sama je kat area Domestik. Hahaa...! Nasib lagi, kalau tak dah selamat beg aku gi Nepal....

Lepas drop bag, tunggu membe2 kat Noodles..Sarap laa dulu !

Perjalanan ke Saigon 2 jam jugak rupanya....Tengok departure dan arrival time memang pelik! Tunggu ye kenapa pelik.....

Meow Meow Last Day

Kali ni aku memang gi kejap je, sbb last minute plan kan...So mmg x plan expenses yg banyak sbb baru je balik dari Kedah raya haji tu. Baru jugak kami buat aqiqah si Ariana di kg!

Flight balik ke KL adalah lewat ptg, 7.30 so memang kami target jln2 laa hari ni...Kakak aku mmg dah melobi suh kami ikut sama gi Kg Budaya (Cultural Village). Siap nak sponsor kami anak beranak, yerla mahal kot dewasa je RM60 sekepala...Budak umur 6 tahun ke atas bayar separuh (RM30), so mau kami je total RM150?


Tapi sebab kami dah tong-tong duit sewa Exora tu...Dan aprtmen yg kami sewa tu kakak aku dah cover, so segan la kan. Husband kata takpala, dah alang2 sampai..Layan kan jerla .


Actually 1st kami datang Kuching tahun 2008...Time tu Aliah baru setahun, baru nak tatih. Time tu datang dgn family husband, tp tak jln mana sbb taktahu jalan dan hujan lebat. Byk masa dlm kereta je !

Mind you, route kat Kuching ni susah sikit...Kena pakai GPS. Sebab ko jgn harap le nak jumpa papan arah nak ke mana ke mana. Sampai sudah ko tak jumpa!

Sbg contoh, kami nak gi Kg Budaya ni....Tahu ke arah pendalaman. 2 jam juga dari Bandar Kuching, tapi sepanjang2 jalan memang tak jumpa laah arrow. Harap GPS je dan google map! Dah nak masuk simpang terkahir, baru ada sign board ke situ! Boleh tak?? Dah tu Kuching ni paling bnyk roundabout...Sebesar2 padang universiti pun ada. Hahhaa....

Since Kuhcing cerah awal, 7.30 kami dah gerak kuar bfast....Try lagi cari Rumah Hijau. Alhamdulillah! Bukak..Tercapai hajat aku dan anak buahku. Tempatnya mcm eksotik gitu! Dia bukak pagi sampai ptg je! Mmg mcm cater utk org kerja kot....Menunya pagi ada set nasi lemak, pasembor/ rojak mamak/ mi goreng dan jugak pelbagai cakes. Memang sedap dan affordable! Shud try...Deco pun cantik, tp sayangnya byk gmbr dlm DSLR so malas nak share :p

Sampai di Kg Budaya, dlm kul 10.00...Rupanya dia bukak kul 9.00 lagi! Ada 9 perkampungan/ contoh rumah suku kaum di Sarawak kalau nak gi melawat...Size dia agak besar, mmg penat le nak tawaf. Cultural show kul 11.30..So kena laa pandai2  budget. Nanti sampai lewat sgt, tak dapat la tmpt duduk.

Tak semua rumah aku masuk, sbb Ariana tak sihat takut jgk kot2 keras ke apa ke....Satu hal laak...So kebanyakan masa aku melepak kat bwh tunggu diaorg turun. Hehhee !


















Must go laa Kg Budaya ni..Berbaloi. Persembahan budaya dlm theatre yg paling best sbb dah ko penat melekit berjalan pusing kampung, tiba2 masuk dlm auditorium kena aircond dialun lagu2...Memang sedap laa! ;) Nak bawak anak tmpt ni, bagi je pakai kemeja/ baju nipis2...Korang pun supaya tak melekit2. Kecuali laa korang gi musim hujan/ berangin....

Overall...Short trip tapi berbaloi !! ;)



Monday, March 3, 2014

Meow Meow Day 2

Today is the day ! Hari ini lah convo nya....Petang.

So pagi malas nak ikut bfast.....Kirim kat kakak je belikan food. Kat rumah bleh bg budak2 relaks lama sikit, mandi2 nak iron baju dsb lagi.

Petang kata, tp tghari kul 12.00 dah kena gerak sbb kakak dan abg ipar kena masuk dewan 12.30 camtu...Anak buah dah gi dgn kawan dia awal2 kul 10.00 lagi.

Lepas drop mereka di Uitm...Kami kuar ke Mall berdekatan. Tak kuasa laa nak tunggu lama2 kat uitm nun! Bkn mcm konvo kita byk gerai...Gerai banyak tu dlm 10-12 je tapi brg2 tak menarik...byk jual bunga, patung, photobooth gambar je. Budget2  kul 4.00 siap kot? 

















Kami balik ke Uitm kul 4.10...Sampai2  org dah nyanyi Negaraku. Ehh, dah habis?? :p Langsung tak dpt tgk anak buahku jalan (melalui screen besar)...

Tunggu dia kuar, bergambar2...Sejam lebih gak. Memang hazab laa dtg pesta convo dgn budak2....Depa bkn larat nak lama. Dgn panas nyaa, melekitnyaa....


Gerak dari Uitm dalam 5.30...Jamak takhir tgh jln, then terus gi dinner kat Nasi Ayam Penyet RJ pulak. Masa2 mula sampai hari tu dah try yg Kopi O Corner punya!  Semua2 restoran ni recommended by bloggers....

 





Nasi Ayam penyet di Kopi O Corner..
Ayam bakar, sedapp cicah dia.