Friday, August 22, 2014

Caranya Berbeza

Dah lama tak mencoret...Memang banyak terbuku di dada.

Sesak...Sesak dada...

Hari ni Hari Perkabungan Negara...22 ogos 2014, bersamaan 26 Syawal.

Walaupun tiada saudara mahupun rakan taulan yang terlibat dalam MH17, hati ini tetap dipagut pilu. Bayangkan, pergi dengan kereta..Balik , kaku, disambut dengan anggota kerajaan dan naik kereta 'lain'! 

Mungkin dah usia, usai sebulan tragedi MH17 ini.....Hati meredhainya. Melihat juga senarai anak kapal yg rata-ratanya dalam usia senior, 40-an memang menelah dah itulaah ajal mereka... Caranya berbeza dari kebanyakan yg lain, yg mungkin menemui Sang Pencipta secara sakit, usia, kemalangan, mengejut, jenayah dll. Yaa..Caranya saja berbeza! Yg hidup pasti akan mati...Kita pula bagaimana?Aduss....

Al Fatihah...Moga ditempatkan mereka di samping org2 yang beriman.
Semoga ajal kita kelak dalam keadaan kita beriman sbg Muslim/ Muslimah...Ameen....


Friday, August 8, 2014

Bergantung pdNya

7 Ogos 2014

3.45 pm...Menaiki MH1314, ke KLIA dari Kuala Terengganu. Pesawat Boeng terbaru! Canggih...Tetapi semasa beratur masuk, perasaan berbaur. Melihat passengers bangsa asing di hadapan barisanku menagkap gambar MH...Terasa, adakah mereka mahu me"what apps" atau Me"FB"kan wajah malaysia ini jika ini penerbangan terakhir mereka..dan juga aku??

Ya Allah...Melihat Ketua Pramugara dan Pramugari yg menyambut, terasa berat bebanan perasaan mereka. Usai memasang safety belt, kami dihidangkan dengan tayangan video (1st time laa...tgk video) berhubung langkah-langkah keselamatan! Tiada lagi kelibat dan gerak tangan wanita berkebaya biru di hadapan lorong...Senyuman manis di dalam video, betapa mesranya MH..Memang Malaysia Hospitality, namun apa perasaan sebenar mereka???

Nampak mereka sangat berhati-hati, memastikan semua SOP dipatuhi...Namun selepas mula terbangm kepulan awan-awan gebu yg indah dan betapa MH membelah awan, terlupa sekejap ketakutan. Syukur pd Allah berupaya melihat salah satu keagungan ciptaannya secara 'dekat'! Rasa nak capai2  awan itu....

Semasa selamat touch down, nampak beberapa 'rakan' MH menunggu...Ada dari 'bangsa' lain dengan nama penuh sebesar-besarnya pd perut. Mungkin MH perlu dibaiki ?