Ni cerita gila..Last minute dreams..
But decision was quite fast.
Walaa....We out for MakCun Musical Theater!

Actually bukannya aku peminat siri Mok Cun ni pun..Ada laa tertengok 1-2x dan tengok masa Raya Haji hari tu. Tapi dek sebab dok tengok IG Mr EL (Ungku Ismail), terus rasa geram jer. Last aku pegi, masa Musical Ali Baba masa mngandungkan si Amani 5thn dulu! Tanya husband kot bleh pegi on Saturday, minta adik dia jagakan ke..Tapi katanya adik dia ada urusan. So thats it (berkecai)....
On Tuesday, sembang2 dgn best friend yg sama2 minat EL....Dia pun bersinar2 mata kalau dapat gi. Tapi dengar tiket yg available agak mahal RM 90++. So kitaorg tak decide laah lagi! Rabu pagi, mentang2 dah gaji...Usha2 lagi. Terus pulak dapat idea nak payungkan dia separuh !!! Tu dia....Desperately need partner in crime. Time ni memang lom komfem lagi dgn Mr Husband. Konpiden2 je dapat pegi kau...
So petang tu terus booking...Tak agak2 laa kan dah husband masing2 bagi greenlite.
On that day, Jumaat 27th Nov,....Masing2 laah plan camna nak gerak. Since kitaorang duduk dekat2, so aku laah kena bawa sbb kereta dia husband dia nak pakai hantar anak2. Kami gerak kul 6.40 dan magrib di Jejantas. Sampai IB dalam 8.05..Parking biasa tu dah full kau !! So pusing sikit...Haa..Tu diaa, parking betul2 depan muka IB !! Hahahaakkkk....
Tau tak seat mana kitaorang dapat?? Ehh .....Soalan apakah ?? Dah sah2 aku yg booking seat plg depan...Poyo betui nak tengok Ungku. Tapi tak sangka padat gila2 !! Kau bayangkan seat tu dengan stage hanya sepanjang kaki kau melunjur?? Dah tu tepi kau ada runway.....Dah kenapa pulak ada runway?? Ooo..Ok, nanti diaorg keluar dekat2..Senang laa kan nak begambar. Credit jugak duduk depan!

Kami punya seat yang depan sekali ber4 tu..Kaler hijau.
"Sebarang fotografi tidak dibenarkan. Video hanya boleh dirakam semasa nyanyian lagu". Damn it!!
Heh...Tapi curi2 jugak. Aduihh..Mana tahan, dah ko dekat sangat tahap boleh jenguk suar dalam diaorg?? hehhee..Nasib tak kena laser, Membe sebelah aku yg 2-3x kena laser! Hhhehee....
Teater ni so hilarious...Dengan loghat Kedah yg memang penat. Berkisarkan kisah Mak Cun yang bercita2 memasarkan produknya ke luar negara. Pesaingnya si Zinnat Manisah (Umie Aida) selain bersaing dalam produk, Manisah sebenarnya minat pada Pak Akob (Rahim Razali) sedangkan Pak Akob menyukai Mak Cun.
Persaingan menjadi semakin meriah apabila tibanya pegawai dari MARA, En Haidar (Ungku) dan En Mior (Dafi) ke kampung mereka dan menawarkan bantuan untuk mana-mana usahawan yg berminat. Selain itu, ketampanan en Haidar telah menarik minat semua gadis di kampung tserebut termasuk Manisa. Maka bermulalah babak gelek2 Hindustan antara Manisah dan Haidar serta Manisah-Haidar dan Aton yg menjadi pilihan En Haidar. Part gelek ni memang soo real...Damn,,,Ungku so hot !!! Dia memang sesuai kot watak2 catchy cheeky camtu...Adoihh..Cayaq !!!

Tak sangka teater ni makan masa lama...11.30 jugak baru habis ! Tu diaa...Dulu rasanya Ali Baba sebelum kul 11 dah habis. So since dah lambat, kami terus balik wpun aku ada jugak mcm berat hati rasa nak tunggu mana tau main casts keluar- Dapat le bgambar barang sekeping 2. Tapi tak jadi..So baliklaah ! Sampai rumah 12.50....

Esok2 tengok IG Makcun...Ramai je yg dapat begambar. Sebab diaorang memang kuar lepas tu !! Adeh...Frust menonggeng kitaorang. Awatlaa tak tunggu jugak2, dah dapat peluang???? Bukan husband maisng2 letak syarat Cindirella pun suruh smapai kul 12.00 ke kat umah....Huhuuu...So sekarnag ni masing2 dah kena demam En Haidar la..Hmmhh..Takleh nak move on.