Monday, July 27, 2015

Balik Kg Raya @ Homestay

Sekarang ni fenomena homestay...
Bila dengar anak menantu tidur hotel bila balik kg, rasa tersirap je darah makpak.
Tapi kalau dengar amik homestay, dia jadi cool sikit..-Apsal eh?? Hehhee...

Bercakap pasal amik homestay bila balik kg tak kiralah raya atau semasa kenduri kendara,
pada aku takde masalah besar pun jika kena caranya...
Aku pun at first agak judgmental- rasa alahaiii apa yg sombong sgt eh nak dok homestay2 padahal rumah kuarga ada lagi.

Tapi this year aku agak tercerah hati laah..
Bagi aku tengok keadaan, Keadaan yg bagi aku sesuai adalah bilamana memang rumah keluarga dah penuh mcm sardin sampai susah nak jaga aurat anak2/ pasangan terutamnaya bagi ibu2 yg menyusu, makpak / abg-kakak sendiri sarankan atau rumah takde air.

Hahaha...
Aku kalau balik kg Kedah, so far alhamdulillah lum terfikir lagi nak dok homestay..
Nak dok hotel adalah, tu pun baru berkira2 - macam tak berapa nak logik pulak sbb nak bercuti sambil balik kenduri..Mampus kena beleter dgn abg kakak.

Tapi masa balik raya kg belah nenek husband, sejak 3 tahun lepas selepas mak dapat menantu baru ntah kenapa ibu mertuaku terbuka hati nak ambikkan kami anak menantu homestay! Pucuk dicita, ulam pun mendatang laah ye....Time tu pulak, Ariana pun baru 5 bulan memang masih BF-wajib. So kena sangatlah !!

Alhamdulillah homestay yg mak pilih pulak mcm bilik hotel...Bukan jenis 1 rumah ada bilik2 sama jugak kan nanti aku kena bertudung bagai nak kuar gi bilik air depan biras. So jenis 1 lot-1 lot ni senang, bilik air semua ikut lot. Bilik pun agak luas, lengkap ada TV-towel, shower cream-shower, kettle dll. Cuma yg tadenya lemari dan karpet je kot..Lain2 sama je mcm hotel. RM60 / nite mmg superb laa wehh !!

So far, raya ni adalah raya ke2 kami duduk homestay,...Memang lega banyak, Balik beraya nak melenggeng dlm bilik pun senang. Anak2 nak tido terbungkang, aku mmg bawak toto supaya senang sebab katil Queen 1 je...

Apa pengalaman korang pulak??? Ce citer ce citer....

Wednesday, July 22, 2015

Dasar Anak Emak!

Aku terpernah baca artikel/ komentar pasal anak2/ menantu yg hantar anak2 bagi mak ayah/ mertua jaga..Rata2 kata takyah la menyusahkan mak ayah sbb dah tua, bagi chance laah diaorg nak beribadah dsb. Memang ada sebahagian mak ayah tu sendiri yg beria nak tlg jaga sbb sayang cucu dan tak harapkan org luar/ bibik yg belum tentu perangainya.

Bagi aku, terpulanglaah pd keadaan....Bukan semua anak2 / menantu nak ambik kesempatan mcm tu, bagi mak ayah jaga dan bagi duit/ tak bagi duit. Semua atas nawaitu dan bring up. Ada org sebab terpaksa sangat tapi kemudian bila dah dpt yg sesuai, mereka bertukar. Ada yg betul mengambil kesempatan atas kebaikan dan kerelaan mak ayah/ mertua sendiri!

Aku pernah experience hantar 2 org anak pd mertua...Bagi aku mertua ke ibu sendiri ke, aku rasa betul laah takyah hantar lagi bagus. Biarlah hantar pd pengasuh/ taska sekurangnya kalau tak kena, senang kita nak menegur/ tukar taska ke apa...Tapi bila org dekat ni, apa2 kena berlapik berkias bagai. Mcm menarik benang dari tepung! Salah cakap...Buruk padahnya, sampai berpanjangan. Hehhee....Lagi pulak zaman dah berubah. Ilmu parenting mak ayah dulu maybe dah tak berapa relevan dengan zaman skrg..

Berbalik pada tajuk, tadi tu intro je...Sebenarnya ada jugak cerita lain yg lebih kurang sama konsepnya tapi lain. Sama tak serupa kata org! Kisah anak2/ menantu yg duduk bersama mak ayah/ mertua slps kahwin,..

Pada dasarnya, nawaitunya bagus boleh tlg tgkkan mak ayah tambah2 kalau adik beradik tak ramai.. Tapi ada juga jenis tak sedar diri dah bertukar status. Makan minum mak ayah sediakan lagi termasuk utk psgn! Balik keja, melangok dlm bilik mengadap HP kendian sambung terbungkang depan TV..Habih2 nak bagi suami rasa air tgn sdiri, goreng telur ikan masin dan bancuh 3 in 1. Lebih2, makan luar dgn alasan jimat belanja dan takyah nak kemas dapur dsb. Sekarang pulak ada dobi self service lagi senang, kumpul berlonggok2  pastu pret prettt naik moto masuk dobi..Balik tinggal pakai je. 

Hahaha...Sungguh senang hidup psgn zaman skrg. Nanti ada anak, kesian anak tade kenangan zaman budak nak kenang apa mkn terbaik dari mama dia! Asyik2 bagi nasi kedai Pak Tongku atau berger cap mcDonat....

Sebab tu org2 alim dan motivator galakkan walaupun ada niat nak jaga ibu bapa, tapi tak salah ubah cara hidup bila dah tukar status...Duduklaah dgn mak ayah sampai diaorg tadak pun, tapi buatlah mcm rumah sendiri. Siapkan menu dari pagi sampai mlm sendiri..Basuh baju sidai baju gosok baju sendiri...Susun atur mcm keinginan sendiri (tapi kena laah mntak pdgn mem besar dulu sbb dah berkongsi rumah) dan hulur2 lah apa yg patut. Tapi kdg2 jenis rasa besar sgt dah kejanya, hulur2 tapi kulikan mak suruh masak itu ini. Yg maknya pulak, depan2 anak takmau cakap sbb sayang..Tak sampai hati. Tapi akhir2 ikut juga ..Hmmh...


# Terbaca dan dengar dan tengok banyak kes-kes macam ini..
Betul lah akhir zaman...

Manusia Mudah Lupa

Ya...

Ada setengah org dah diberi dugaan macam2...
Bersedih 2-3 bulan ..Tapi selepas dah lepas tahap tu,,,
Lupa kembali bagaimana nak bersyukur pd Yg Esa
Lupa bagaimana nak bererima kasih pd yg mendoakan dan mengambil berat....

Adakah kerana rasa ego, rasa diri yg sempurna atau rasa memiliki semua?
Lalu lupa bahawa semua yg ada pun pinjaman sahaja dari Yg Esa...


Pelik bagaimana setengah org boleh berbaik2 bermanis mulut dgn org luar yg tidak serumah tidak seharian berjumpa..
Tapi boleh bertahan menegakkan benang yg basah mencaci maki sedara yg dekat...

Ini laah yg dikatakan Manusia Mudah Lupa...
Lupa bahawa selepas semua org luar menjauhkan diri..
Org dalam juga yg tinggal yg perlu dirayu doanya 
(jika tidak sedar diri nak mtak maaf sebelum dilanda musibah lagi)

Beringatlaah...Doa org teraniaya itu makbul
Dan dosa dgn manusia hanya boleh terhapus di dunia sahaja, semasa masing2 masih hidup..
Jgn esok bila dah masuk tanah, baru nak korek tanah minta maaf....

Tuesday, July 14, 2015

Bestnya Anak Perempuan!!

Ehhehee.....

Sama je anak lelaki ke perempuan, semua ada kelebihan..Org kata rugi sikit laah tade anak lelaki nanti faraid dapat sikit bla bla bla blaa...

Sebenarnya bagi aku, yg penting asuhan dan didikan selain dari itu adalah CALON MENANTU. Kenapa calon menantu? Next entry laah....


Jom tgk apa yg bestnya ada anak2 perempuan dan tak rugi jugak tak dpt anak lelaki !



1.  Pakaian
Yaa betul.. Ramai yg ber anak lelaki idamkan baju2 cantik utk bagi try. Sebenarnya, semua baju terutamanya baru adalah cantik!

Memang variasi baju anak perempuan lebih banyak...Skirt laah, gown laah baju kebaya laah baju kurung laah legging laah....Tapi belanja maknya pun byk jgk le sbb maknya pun tingin berfesyen! Haa..Nak2 time season Cindrella ke, Frozen ke..Jenuuhh...Tapi boys, hmmm...Baju dan suar jerlaa.. Hahaa...Tshirt dan suar memang pakaian azali. Masa raya dapat le melaram lebih sikit, baju melayu dan checked shirt!


2.  Mainan
Siapa kata mainan kanak2 prempuan tak praktikal Puan Lyna ?? Hhehee..Praktikal laa masak2 tu, siap amik daun dan batu2 buat rencah masakan tau....Hahhaa......Anak patung pulak boleh melatih sifat keibuan dan kekakakan....Tade laa raksasa je bersusun2 buat kawan terawih...

Bab bersepah, universal....Sama je anak pompuan ke anak lelaki, time malas tu suruh le macamana pun last2 maknya mengemas!


3. Perasaan
Tak dinafikan anak2 perempuan ni byk perasaan. ...Perasaan sentap, perasaan cemburu, perasaan2 perempuan tu sama je. So bila mak pun berperasaan, mmg puting beliung laa kena kat papa yg seorang! Tapi sonoknya anak2 pompuan ni, perasaan senang nampak dan ada masanya, meraka sendiri yg mai cerita....Settle masalah.  

Anak lelaki pulak biasanya berat mulut....Suka nak control macho...


4. Aktiviti
Anak2 perempuan boleh diajak pilih brg masakan, masak memasak di dapur, gi cuci rambut, basuh dan lipat baju jugak.....Tapi sebenarnya, anak2 lelaki pun boleh je dilatih buat semua2 ni. Takde laa nanti lps kawin nak harapkan isteri je !


5.  Mudah Jadi Contoh
Kalau anak2 prempuan ni, senang laah dia nak tgk ibunya je...Jadi jadilah ibu yg baik dan solehah (jauhnyaa diriku inii...) supaya anak2 prempuan dapat teladan yg baik.