Wednesday, February 17, 2016

Day 2 - Check Out

Pagi2  mestilah gi bfast dulu...
Baca dalam blog, ingat kecik je restoran dia..
Walaa...Besar jugak dan sgt organized!

Masa nak masuk, just cakap nombor bilik...
Then dia akan assist kita cari meja utk seisi kuarga.
Yg bestnya, once dah duduk kita boleh letak Kad - "Occupied" (camtu kot..tak hengat dah).
So orang lain nak duduk tahu laa kalau kita tak tunggu pun..So bolehlaah ramai2 berjemaah gi amik mkn, takyah ada yg kena tunggu meja mcm kat foodcourt ....Hehee...

And sangat kagum, walaupun regenya itu internasional ..
Makanannya tidaklaah sangat internasional begitu juga pelayan2nya.
Semuanya local bukan 1.5 juta Bangle yang belum masuk dan bukan pasta semata2!
Ada pilihan nasi dagang dan nasi lemak juge...Serta ayam goreng rempah!

Yg best jugak, ada milo dan mesin refill sdiri....Ko ulang le bancuh berapa kali nak kan...
Cup, plates semua colorful. Memang mengujakanlah budak2 nak makan.

Since dah bayar mahal, sorry laah perangai aku mmg kiasu sikit...
Seboleh2, aku akan cuba bawak balik bekal ie. muffin, yoghurt ka, auntie anne's ke etc
utk makan dalam kereta/ masa balik...Hehhee....

Dan depa tak check pun...Alhamdulillah.

So check out smooth ajer...Bagi kad, then terus balik takyah nak sign2 apa lagi since ko dah byr masa booking online lagi...So sambunglaah begambar2 dalam lobi dan bagi budak main puas2...Kul 12.30 kitaorang pun gerak balik ke Batu Pahat pulak.

Overall ----Happy! 

Continue Day 1

Bermulalaa riadah mandi manda,,

Kalau nak tengok kawasan, boleh baca review ni
http://jaysbrickblog.com/2014/11/23/review-legoland-malaysia-water-park/

So begitulaah ceritanyaa....Hihiikkk...
Panas nan terik...Air dan biskut serta muffin/ cake memang wajibun ada utk anak2 menketedarah slps mandi manda yer...

Selebihnya bleh tengok gmbar di FB...

Selepas puas mandi, hujan...3.00 kitaorang dah tukor baju dan naik hotel.
Nasib bilik dah ready...So dapatlah awal sikit masuk!

Keterujaan budak2  dan mak budak start bila naik lif...
Lif ni ada lagu dan kena pakai kad bilik baru bleh tekan tingkat berapa.
Hahhaa...

So sambil naik lif sambil berjoget ye...Walaupun lagu itu lagu itu je yg diulang naik turun.
Masuk bilik, tade laah besar bebenar mcm dlm gambar website. Siza biasa je tapi ada 2 bhgn - 1 bhg kanak2 dan 1 bhg mak pak. Dua2 bhg ada TV dan remote control sdiri! Memang budak2 rasa happy la privacy gitu...

Pastu dalam bilik tu, ada kuiz silangkata utk bukak treasure box...
So cubalaah cari jawapan dlm bilik tu jugak kluenya! Once dah dpt kombinasi nombor, cubala bukak. Kalau berjaya bukak, dapatlah hadiahnya !! Wpun hadiahnya takdela berbaloi sgt tapi kurang2 as kenang-kenangan free takyah beli dah...

Lps makan late lunch, paksa budak2 ni tido...Hhehehe...
By 6.00 pm diaorang tak bangun, aku turun sdiri cari souvenir shop belah Theme Park.
Dalam theme park ni ada ATM Maybank. Namun sadisnya, satu brg pun susah nak beli dalam souvenir shop dia sbb harga seketoi2 start RM 20.00 ke atas...Baju hujan plastik je rege rm12.90! Hohoo....So tengok2 jerlah..Jangan berangan nak beli set Lego dalam ni...Kirim salam. Baik ko beli kat Giant ke Tesco ke lagii banyak....

Lps magrib, kitaorang kuar dekat2 tu...Actually mati dalam ni...Ada la deret kedai dekat situ, ada KFC, Chicken Rice Shop, Absolute Thai dan Pizza (lupe nama)..Tapi since kitaorang bwk maggie cup dah kenyang...Tak jadilaah makan (saveee duit mak....hehehe). 

Tamatlah cerita Day 1

Monday, February 1, 2016

Day 1 : Trip to Legoland, Nusajaya

Malam tu kami tido rmh makcik husband kat Kulai...
Patutnya dari Kulai ke simpang Nusajaya tu dalam 20minit.

Mind you, Nusajaya tu bukan mcm ko nak gi simpang dari exit Tol Hosp Sg Buloh terus nampak
Hospital yer...Dia mcam dari Putrajaya exit nak ke CDC, Cyberjaya gitu..
Memusing2 arah okay..So gunalah waze ke GPS ke..Harap2 tak sesat.

Awal2 lagi kitaorang dah silap amik simpang...
Pernah dengar org kata, once you loose you will totally lost?
Bermulalah kisah sesat barat dek hatta tersilap amik simpang ke Nusajaya/ Tuas tu jer (dari Kulai).
Kitaorang terpaksa meredah Simpang Renggam hiway exit ke JB, pusing..Patah balik.
Haha...Tak ke membazir satu jam situ!

Dah exit ke Gelang Patah/ Tuas/ Nusajaya, nak cari Nusajaya tu pun dah 1 hal kau..
Nusajaya a.k.a  Kota Iskandar katanya !
Membazir lagi 40minit di situ.....Dari elok2 plan nak sampai kul 10 kononnya depan pintu masuk Legoland, last2 kul 11.40 rembang baru sampai! Time matahari tegak atas kepala....
Jangan harap jugak ko nak nampak landmark sebesar alam LEGOLAND kat mana2  simpang dari exit tol tu...Nan hadoo !! Ko akan nampak Legoland tu hanya bila dah sampai betul2 simpang ke hotelnya...Syabas bete syabasss   pfftt,....Kira2   800m dari exit ke situ baru nampak!!

So kitaorang terus parking bwh hotel dan masuk ikut lobby for check in.,,
Walaupun check in only at 4,00 pm, tapi just nak ambil kunci dulu-dan ambik pas masuk ke Waterpark. 

Masuk waterpark takde pun check2  beg...Check tiket je.
Tapi kalau nak bawak botol air ke sikit2 snacks, kena laa jugak sembunyikan dalam beg korang!
Jangan laak nampak di luar....

Kat dalam tu, terpulang korang nak ambik locker ke tak..Semua berbayar je nooks...Kalau rasa takut sunburn, bleh amik cabana  1/2  hari RM 300( pe kejadah..sedangkan nak berendam je pun buat pe aihh nak lepak2  byr  1/3  dari harga bilik hotel??). Unless korang mmg banyak duit nak bagi dia dan nak myusu ke apa...Bleh laah kot.

Makanan pun mahei bebenor dalam tu.....So tengok2 jerla.
Since kitaorg banyak gegirls, satu pun kitaorang tak beli. Mak dah bawak biskut dan air dah! So budak2 pun tak gaduh...Diaorang kan sibuk nammpak air je !!