Friday, August 29, 2008

Perkara Sunat, Makruh dan Yang Membatalkan Puasa

Sekadar berkongsi...

Ø Perkara-perkara sunat diamalkan dalam berpuasa:

a) membanyakkan membaca al-Quran

b) mandi junub sebelum fajar

c) melewatkan sahur waktu imsak

d) berbuka dengan buah tamar dan benda manis

e) membanyakkan sedekah

f) solat terawih

g) segera berbuka bila masuk waktu

Ø Perkara-perkara makruh dalam berpuasa:

a) berkumur-kumur dengan keterlaluan

b) merasa makanan dengan lidah

c) bercakap perkara-perkara buruk dan keji

d) memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk

e) gosok gigi setelah gelincir matahari

f) mencium isteri

g) menderma darah

Ø Perkara-perkara yang membatalkan puasa:

a) makan dan minum dengan sengaja

b) mengeluarkan air mani dengan sengaja

c) haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)

d) muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja

e) melakukan persetubuhan

f) gila walaupun sebentar

g) murtad

h) berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib

Ø Perkara yang tidak membatalkan puasa:

a) Menelan air liur yang bersih dan bagi orang yang selalu berdarah gusinya adalah dimaafkan.

b) Bersuntik

c) Tidur walaupun sepanjang hari

d) Termasuk debu atau lalat ke dalam rongga

e) Tertelan air yang dikumur tanpa sengaja


Hari-hari sunat puasa:

a) pada 9 Zulhijjah (hari Arafah)

b) pada 9 Muharram (hari Tasu’a)

c) pada 10 Muharram (hari Asyura)

d) 6 hari pada bulan Syawal

e) Hari Isnin dan Khamis

Hari-hari diharamkan puasa:

a) Hari Raya Puasa (Aidilfitri) yang pertama (1 Syawal)

b) Hari Raya Haji (Aidiladha) yang pertama (10 Zullhijjah)

c) Hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah)

SELAMAT BERPUASA !!

Thursday, August 28, 2008

My addicted to cake


Aku suka makan kek ni sejak awal2 mengandungkan si Aliah...Awal 4 bulan pertama morning sickness tu, aku mmg takleh makan benda bertumis/ berminyak. So menu Malaysia mmg sorry la! So aku byk makan roti, bun, sandwic dan kek.

Dalam pantang pun, aku makan kek jugak sbbnya kuih Malaysia lain aku takut ada santan dsb... Kegemaran aku pd kek rupanya bkn pembawaan budak sbb bila Aliah kuar pun aku masih suka makan kek hingga kini terutamanya kek icing, kek blueberry dll.

Bayangkan betapa addictnye aku pd. kek kalau bangun tgh malam pun ada kek, aku boleh makan.. Hehhee....Dah tak pikir lemak tepu ke tak tepu ke.

Tuesday, August 26, 2008

Demi Masa....Sesungguhnya aku yg alpa


Demi masa, sesungguhnya akulah hamba yg alpa...aku hanyut dlm kesibukanku setiap hari dgn rutin sbg HOD dan isteri serta ibu.

Demi masa, aku sering lalai...Terkejar ke sana sini, hampir kesuntukan masa juga bila mengerjakan yg 5.

Tadi, tatkala aku solat Zohor dan ambil sedikit masa menunggu Asar, aku jadi aman sebentar...Lupakan kerja, lupakan masa yg tidak pernah ada.

Ya Allah, betapa Kau telah menyediakan masa utk Hambamu ini mengambil nafas lega dan rehat sementara, namun utkMu 5 minit tu sering menjadi masa-masa penalti.

Alhamdulillah kusedar....Apalah sangat kerja yg tak siap dari ketenangan yg diperolehi bila mengadapMu.

Moga ku diberi cahaya dan petunjuk utk tidak lupa pdNya...

Monday, August 25, 2008

Puasa, Kurma dan Susu

Bulan Ramadhan kian hampir...Aku masih terkedek2 mengganti puasa tahun lepas. banyak mana tinggal? byk gak le sbb time tu aku dah 9 bln, konon tak larat dan takut baby kurang zat (cetek ilmu time ni)...so byklah jugak tinggal. Sekarang ada baki 12hari, so maybe minggu ni dapat 3-4 hari je ...So hampir mustahil aku dapat ganti semua.Tak larat jugak nak berturut2.


Petua org berpengalaman- kalau nak puasa dan pd masa yg sama nak continue simpan stok, byk minum air n makan kurma time sahur. I did and it works cuma datang jugak le sakit2 lain spt pening dan kadang2 pedih gak perut tetiba.

Ada petua lain? Apakah yg aku tak cukup ?
(of course sbg ibu, tido mmg kurang)

Dream on PlayLand


Lps tgk post Mommy of Triplets on Playland, ibu sangatlah teruja nak wujudkan satu utk awak main di rumah Atok..Since awak skrg 'galak' merangkak dan meng'explore', ibu nak awak berimaginasi skit. Tambah2 semlm Papa dah kemaskan living hall rumah Atok, jadi sangat luas dan lebar utk awak crawl over tanpa batasan.....Tade kerusi dll.

So ibu pun surf online store tapi tak jugak jumpa yg mcm Mommy of Triplets nye...Nak gi survey di luar, ohh kita sangatlah 'kekurangan' weekend skerg sbb nanti dah puasa maybe hanya nak cari baju raya ! ahahaa...silap2, main sekejap awak dah berjalan pulak.


Hello mommies out there, sapa tau mana lagi online store yg offer best2 toys and playland ??

Friday, August 22, 2008

The little gal (8-10months)









The little gal (4-8months)

First ride to KLCC



Usha ikan di Aquaria


Her favorite 'toy'


Belajar jadi model


Her ride with Atok


Jom nyanyi!


Waiting time= 30minutes?


Di bwh ketiak papa pun jadi...


Dah nangis...

Thursday, August 21, 2008

The little gal (0-4months)

Aliah Irdina 1 minggu

Her 3rd month

Her 4th month

Jumpa Cousins

Wahh, seronok Aliah 4 hari lepas dapat peluang bermain dan berbual dgn kawan 'seusia'...Ibu tau awak teringin nak main dan gurau2 sbb rumah atok awak ada kucing saja.Semua org tak bagi awak sentuh kucing..Tau sbb pe? Sbb kucing tu ada byk bulu, ada hama (habuk/ bakteria) yg leh buat awak asma. batuk dan selsema. Lagipun kucing2 rumah atok semua jenis tak mandi. Lagikk kotor ! Tak bagus ok ! Tgk2 je ok ye...

So bila kak Mashitah n abg Hisham mai, ibu tgk awak tak rasa tergugat depa amik mainan awak.. Awak leh tengok2, senyum and main sama2. Tapi unfortunately abg Hisham selsema, ibu tak bagi abg Hisham dekat2/ cium awak ! Hee...Lagipun takleh ye lelaki cium perempuan bkn muhrim (walaupun sepupu).

Bila masuk tido, awak cerita2 pd ibu dan ibu tgk cara awak cerita tu, mcm seronok sgt awak sbb dapat main dgn depa. 2hari tu ibu tgk mlm2 awak tido keletihan....Kadang2 awak mengigau sambil cakap2, maybe tak puas. Sian pulak ibu pk ! Ibu n papa tau awak suka nak kawan dgn budak2 seusia...Tapi rumah atok ada kucing saja.

Bkn ibu takmo bagi awak berkawan, ibu n papa mmg nak hantar awak ke nursery/ taska jgk nanti...Tapi tunggu setahun lagi ok??!! Biar awak betul2 dah cerai nen dan boleh berdikari... Tapi awak jgn le manja sgt dgn atok ye ? Kesian atok sama, nak buat kerja nak rehat tak puas....
Nanti ibu ajak papa bwk awak gi rumah Pakteh Udin kerap skit (dari 2-3 bln sekali kpd 2minggu sekali) supaya awak dpt peluang bermain dgn rakan2 seusia.....

Sayangnya Aliah pd ibu...

Bila baca post mami Hafiy on Separation Anxiety di kalangan toddler/ baby, memang Aliah tidak terkecuali...

Mula2 dlm pantang, lps naik kerja dan hingga skrg masih begitu.......Hatta kalau kena mood kurang baik (ngantuk sgt/ nak nen), dgn papa/ atok dia pun takmau dah !!! See, betapa kuatnya bonding ibu dan anak..Syukur alhamdulillah diberi peluang merasa.

Dulu time Aliah 3 bln 1/2, balik Kedah pun Aliah takmo sangat dgn pakcik makciknya......Maybe penat sama, jalan jauh. Then balik lagi time 9 bln, sama jugak. Dia leh ketawa2 je dari jauh tapi org nak amik/ dukung dia takmo ! Huh...Penat le ibu,ingat leh gak rest2 lengan. Depa yg tgk camtu, mesti ingat sbb Aliah menyusu badan tu yg 'manja terlebih'. Emm, no comment!

Kelmarin Kak aku mai dgn anak2nya....Aliah mmg sgt suka, sbb ada kawan bermain n 'berbual' tapi bila aku hilang je dari 'pandangan dia' (ke dapur, ke bilik air) dia mesti merangkak mengikut. Kalau tak berjaya jumpa, mulalah dia melalak. Tmbh2 kalau masuk bilik air, tutup pintu ! Maybe dia ingat kita keluar tinggalkan dia...

So nak taknak, mandi/ pee takleh tutup rapat tapi takut lak dia tolak n masuk sama...Apa lagi, tutup rapat je sambil panggil2 pun dia hentam teriak (melalak) sampai serak. Sian sungguh la anak ibu tu !! Dgn achik pun takmo, camna nih....Hehee.

Monday, August 18, 2008

Beza Kapalterbang Mahal & Murah

Tahun ni dgn persaingan sihat antara MAS dan AirAsia, pelancong2 domestik spt aku ni dapatla merasa untungnya....

Dulu, dlm 4 tahun dulu asyik hadap AirAsia je...Baik buruk terima lah, asal murah. Naik MAS pun kalau pegi urusan kerja ja ! Dulu AirAsia ok, dahulukan org tua dan wanita pegnant / dgn anak kecil dia bagi Q dulu. Tapi sekarang, semua kena bayar!

Pengalaman aku naik AirAsia balik kg tahun ni....Dahle awal sungguh pi LCCT tu, ramainya manusia ya Allah, mcm nak tgk konsert ! Nak pi amik boarding pass pun berhimpit2 baru dapat lalu ke counternya...Dgn baby dikendong, agak leceh.

Dah tu bila nak boarding, kena la Q bersama2 yg lain walaupun anak kecil. Sbbnya aku x byr Rm10 utk Express Lane tu. Haiyaak !! hhee.......Berbulu jugak, berkira betul.

Then ada rezeki naik MAS, memang terasalah bezanya.........Sampai KLIA, ample time and place nak checkin (self check in kat kiosk) dsb. Then time nak boarding, passengers with baby naik 10minutes earlier. So rasa special sgt !! Tu yg boleh bergambar dulu before org lain naik..Hehhe.

Pastu, steward bagi bantal dan selimut utk Aliah...Hehhe. rasa mcm dihargai lahh !! Bagi kacang dan jus...Best !!

Hhee........So sapa sempat, cepat2lah book MAS bila ada Everyday Low Fares promotion dia. Memang berbaloi !!!

Friday, August 15, 2008

Sebatang Kara

Aku ni anak yatim piatu sejak 2003, beberapa bulan shj sebelum aku diijabkabulkan dgn hubby aku...Dgn ramai kakak dan abg di Kedah lagi, aku anggap aku sebatang kara dan menumpang kasih serta berteduh dlm keluarga hubby aku. So susah senang, sedih perit menghadapi krisis yg libatkan hubby dan mertua aku terpaksa kunyah dan cuba telan sendiri sbb takut kot terkecikkan hati sapa, kang aku di'buang'.......

Aku hilang bapak time honeymoon year, time form 4...Arwah pak aku angin ahmar beberapa bln slps dia pencen, which is time tu aku darjah 6. Being anak bongsu, aku mmg sedikit rapat dan manja lah dgn arwah dan mmg seingat aku, time sekolah rendah aku rajin ikut arwah ke pejabatnya dan sambil tunggu dia, aku makan roti canai kat bwh. Arwah jugaklah penggalak aku membaca novel dan novel kanak2 paling best yg arwah tolong subscribe utk aku ialah Siri Penyiasatan Enid Blyton.

Kehilangan bapak pd usia yg muda, buatkan aku hilang figure / sentuhan seorang ayah...Masa remajaku byk dikawal dan dipantau oleh abang2ku. Arwah mak aku juga seorg yg memahami, my true ever bestfriend who i can talk on almost everything! (rindu kat mak...huuhuu..).

Aku remaja dan dewasa tidak pernah merujuk seorg bapa....Bagi aku seorang bapa sepatutnya menjadi contoh teladan dan ketua keluarga yg dpt membimbing dan membahagiakan isi rumah di bawah jagaannya.

Bila aku kahwin dan FIL aku agak muda (sebaya umur abg sulung aku), aku rasa janggal dan segan...MIL aku, okeh agak ngamho sbb kami share kegemaran yg sama mcm arwah mak aku dulu-kain baju dan jln2.

Semoga hubbyku dipanjangkan umur dan sempat membimbing Aliah dan adik2nya menjadi muslim yg soleh dan solehah...

HAPPY BIRTHDAY ABANG !!
(esok ye....16 ogos)

I'm Not a Superwomen

Aku sykur sgt dgn kehadiran Aliah. Selps kehilangan Ain dll, aku mmg byk cuba bersabar dari bersedih and memang certain time, aku tak sabar. Sekarang bila ada Aliah, sebenarnya bkn tamatnya ujian kesabaran. Mempunyai dan membesarkan zuriat juga satu ujian !! Sama ada kami cukup sabar, cukup beilmu dsb....

Being a superwoman, it's not me anymore...Dulu aku ingat lagi, kwn pej.lama kata aku rajin la walaupun berulang dari Rwg-Putrajaya, yet aku ada masa utk masak for dinner. Well, no more the "rajin Sal" !! hehhee.....i guess, having a baby occupied most of your time 24-7, from day to midnite.

Being a 100% breastfeed mommy jugak make me take it as excuse not to masak dan do a few chores !! hehhee...teruk gak kan aku ?? Weekdays, skrg aku n hubby stay at rumah PIL since it's much more convenient for both us n Aliah, since Aliah kami bagi mak abah hubby jaga.takyah kalut2 dari rwg, nak htr sg buloh n patah balik ke tmpt keja aku ! so rutin weekdays aku dari Selasa-Jumaat (Isnin pg lain, sbb aku dari rwg kul 7), bangun as early as 6 or 6.30 (depends on the baby snooze alarm) then susukan dia, subuh n layan dia lagi sambil iron baju. Latest by 8.10 keluar n kejar punchcard la !! Balik 5.50 paling awal reach home, Asar n main2 lagi dgn Aliah, tgk Ezora then mandikan dia (tgk cuaca)..Susukan, dinner then susukan lagi n put her to sleep.

Since dia dah 10 bulan, dia susah skit nak tido....The first 6 months was heaven for me, since kul 8dia dah masuk tido n straight up to 2-3 a.m baru dia awake for milk n changing diapers, then continue lgi sampai subuh 6.30.Sekrg, walaupun aku put her to sleep at 8.30 then she'll awake at 9.30-10.00 ..Kdg2 saja nak nip, kdg2 tu dia boleh celik mata sgt luas n bangun (merangkak/ duduk) ! huh.. huh...tak larat aku.Kadang kalau aku kebas pinggang menyusu mengiring, aku angkat sikit dia kat lengan dan kepala dia atas dada, heh..Posisi baru BF! Boleh bayangkan tak? Korang BF cradle position tapi baring...Sekejap ok, lebih 10minit sesak nafas la!! Alternatif bagi baby yg takmo lps nip slps menyusu....

Every month she'll change and show us her new skills....So adorable and kdg2 aku mmg tak sangka, she's mine...She's infront of me, the one that we've been trying n waiting for !! Well, everyone will appreciate more mostly when you find it is hard to get it...

Thursday, August 14, 2008

Naik Darah ke Darah Naik?

Dua hari ni aku qado puasa lagi tapi aku rasa puasaku 'kurus' la !! Dari tengahari aku nak marah je then petang balik pun selisih faham pulak dgn hubby....Panas, panas tambah dgn kepalaku yg sakit.

Kepala sakit, sbb kurang tido (Aliah kerap terjaga mlm2 sekrg) dan rushing attend itu ini...Tak attend, benda penting pulak.

Mcm mula2 masuk 2006, walaupun sekrg aku dah ada 7 staffs di bawah tetapi aku masih 'sesak nafas' terkejar itu ini sorang2 pd sesuatu masa !! Sampaikan aku rasa mcm aku masih ber2 dgn staffs yg awal tu.........

Ada staffs yg MC (yg lelaki semua tak sihat-kenapa nih), yg perempuan pun mcm aku jgk...Sihat selalu tp kdg2 kalau kita naik darah selalu di pejabat, 'hank' jgk 1-2hari kepala need a break. Tapi aku ? Aku as 'boss' nih jugakla yg hari2 gagahkan diri ngadap segala urusan pening pejabat.... Kerani2 aku yg muda belia alhamdulillah sihat2 belaka dan jarang pulak ambil cuti.
So mcmana darah tak naik...............Kesian tak kat aku ?? :(
(aku kena attend course How to Manage Your Anger nih)

Wednesday, August 13, 2008

Bahaya di Mana2

Huh.........Setiap hari aku rasa semua drp kita menghadapi situasi2 semasa yg kita tak terjangka boleh membawa mudarat juga merbahaya kpd kita.

Misalnya aku:
1) Ke tempat kerja
Depan simpang rumah mertua aku ni, simpang 3 yg memang sibuk....Kereta laju2, tetapi PBT tempatan yg bodo ke apa, buat traffic light 5om drp simpang ini utk tujuan org melintas jalan ke masjid berdekatan.

Niatnya baik, tp sungguhla tak adil aku rasa..........Kalau ada org nak lintas dan picit trafiic light tu baru traffic turns to red. Baru kereta yg laju2 stop ! Tak ke haru bagi kami yg nak keluar daripada simpang 3 ni?

Setiap pagi berebut2 tgk kiri kanan ...Aku selalu 'pejam mata' (pejam mata leh la sbb hubbyku bawak, kalau aku pejam mata takut pejam selamanya lak:p)

2) 'Permainan' Aliah
Aku kdg bagi botol vitamin aku bagi Aliah goncang sbb botol tu mmg jenis kedap udara dan ada cara nak bukak (tekan dulu baru leh pusing)...So aku percaya la selamat. Alih2, pg tadi sekali aku tgk dah berterabur semua atas katil !! ya Allah, nasib aku tgk cepat......Nasib Aliah belum masukkan dlm mulut dia.
Moralnya, jgn sesekali bagi botol ubat pd anak....Never underestimate.

Tuesday, August 12, 2008

Grey's Anatomy

Heee........hari ni aku jadi 'doktor'!
Buat photoshoot utk website rasmi office....










discuss bhg mana nak potong







dah selesai

Friday, August 8, 2008

Scotts Emulsion Jingles

Ku gembira sentiasa
Badanku sihat dan kuat
Hooray
(angkatkan tangan Aliah)

Biar panas atau sejuk
Ku bermain penuh riang
Yeaayyyyy (angkatkan tangan Aliah sekali lagi)

Berlari, melompat sini sana
Scotts Emulsion (patutnya tukar susu ibu saya) membantu saya.................
(sambil menepuk2 tangan bersama Aliah)

Anakku Ain Najwa

Kalau org yg tak tahu, mesti tanya kenapa aku "a mother of 2 daughters" pdhal yg selalu aku tulis dlm ni adalah psl si Bulat Aliah je.

Well, Ain Najwa adalah anak sulung kami........Cinta hati kami yg pertama. Dia lahir pd 8 April 2005 (berkongsi 8hb jugak dgn adik dia), induce.

Induce kenapa? Kenapa paksa ? Well, pemergiannya tak pernah disangka, tak pernah terduga...Dia sempat bersama kami 26 minggu sahaja.

Sebenarnya kehadirannya dlm hidup kami spt kehadiran Aliah juga...Kehadiran yg dinanti. Selepas 8 bulan begelar isteri, baru bulan ke8 tu aku test UPT positif ! Dari nak simpan sendiri dulu, kami tak sabar khabarkan pd semua.

Spt Aliah, aku tak alah teruk.......Hanya letih dan tidak boleh bau tumis. Tahun tu aku puasa hampir penuh, 28hari. Yg tinggal tu kerana balik kg, dahaga sgt. Memang excited nak tunggu bulan ke 5 ke atas utk tukar pakai uniform mengandung tetapi panas tidak ke petang spt diharapkan.

Masuk bulan ke6 aku mmg ada rasa mcm yg di dalam tu bergerak....Cuba cakap2, kurang jugak tindakbalas Kerana ini pengalaman pertama, aku anggap normal lah jika kurang sebelum masuk 7 bln ! So aku tak pernah susah hati ..Aku pernah suarakan sekali je psl baby kurang gerak pd kakak di pejabat tu dan beliau nasihat suruh rajin2 bercakap dgn baby.

Ulangtahun perkahwinan pertama kami, sambut di KL je...Memang best dan excited walapun simple kerana simpan duit tuk kelahiran Ain (namanya dah disebut2 -dlm list dah)..Tapi ada satu hari aku balik ke rumah, naik komuter dan petang tu tetiba aku tergerak nak ajak hubby pergi cek sbb rasa mcm tak rasa langsung baby gerak 2 hari tu. Selalunya kalau senyap2, time subuh ada gak gerak.

So kami pun cari la specialist centre terdekat........Sebelum cek lagi, doktor tanya betul ke dah 6 bulan nmpk perut kecik. Aku cakap yerla, 26minggu. Bila dia scan, aku tgk mcm takde gerak2 pun dlm image tu! Doktor tu godek sana sini, dia tanya ada rasa baby gerak tak sebelum ni? Aku cakap le kurang.........

Then, doktor kata saya rasa baby awak dah takde...Jantung dah tak berdenyut. Masyallah, betapa kami tergamam dan terkejut mendengar ayat itu. Dia kata mana buku merah? Check bln lps ok ke? Aku tak bwk buku tu time tu...AKu kata last check masa bulan ke4 ok je.Doktor kata pegi balik hosp. yg aku checkup dan check semula, dia prepare referral letter kata kalau betul missed abortion, aku kena deliver.

Dlm perjalanan balik ambil buku merah, kami tak bercakap.......Lps magrib, kami sama2 menangis. Baca Yassin pun dah tak fokus (mlm Jumaat). Memang berat dugaan ini dan kami memang susah nak terima dan percaya. Kami berdoa di hati moga doktor tadi salah scan!

Aku kena terus pegi labor room di hospital tu.........Tunggu punya tunggu (sbb ramai org nak beranak), maybe depa lmbt layan aku sbb ingat mmg dah takleh diselamatkan. Ada kakak yg tgh tunggu insulin kata maybe takde pe2 sbb dia dulu pun sebelum 7 bulan, baby kurang gerak tapi bila check ok. Aku pun doa mudahan 'masin' la kata kakak tu.

Bila giliranku, doktor tu kata yg sama dan dia anggar dlm tempoh 48jam sbb kepala baby dah tak bulat dah mcm membengkak....So dia kata kena go for labour jugak segera supaya no infection. Aku tanya camna nka deliver, tak sakit? Operate ke? Dia kata since this is our first, not advisable to operate lagipun baby belum besar sangat....Aku kena induce bagi sakit dan kemudian bersalin mcm biasa.

Ya Allah, mlm itu aku tido di wad sendirian...Ditemani kesedihan dan ketakutan. Kesedihan krn kehilangan dan ketakutan krn belum bersedia utk melalui pengalaman bersalin itu. Cerita bersalin, dlm post lain lah.............

Apa pun, moga roh Ain Najwa ditempatkan di samping org beriman.........Bersama tokwan, maktok dan paklangnya di sana.


Al Fatihah................


Happy 10 Months Birthday my dear Bulat!

Aliah, hari ni 080808 (manyak ong ooo...........), awak turns to 10 bulan.
Emm, 10 bulan ni awak dah semakin bijak dan lasak....Uhh...Tak tahan kadang.

Awak suka :
1) Buli ibu dan papa dgn korek2 muka (paling suka korek hidung ibu yg mancung ni time nenen
sambil panjat2 -sakit duhh, my dada).
2) Dengar iklan Scotss Emulssion dan Ribena berry sambil tepuk tangan
3) Angkat tangan mcm baca doa bila azan
4) Kanak2 walau nampak di mana, awak mesti panggil nak kwn (cian awak...kalaulah kakak ada)

Awak boleh :
1) Merangkak dgn lajunya, siap lari2 drp ibu konon ibu kejar..hehhee........
2) Berdiri pegang apa2 ...dan kadang2 berani lepas tgn juga (jgn buat selalu kalau tade sape blkg ok?)
3) Ajuk org ketawa ..(sibuk je ketawa sama bila dgr org2 tua ketawa)
4) Faham komunikasi 2 hala bila papa letak mic. kat awak, awak 'menjawab" (walapun skdr uhh..ahh...hehhe)
5) Cium ...(kadang dgn tandukan, kdg dgn mulut yg berair -air liur) - faham arahan la kiranya!
6) Menggedik setempat (camna tu...)...hehhee.........ala, mcm warm up kaki tu, mcm askar buat tu bila arahan "sedia..........."
6) Tahu memprotes kalau tak suka (tak baik tau..............)

Anwyay, yg tak best lately awak kurang minum susu (even direct feeding) dan kurang tido siang (nak main je)......Ape pun, moga awak sihat selalu dan membesar bagai johan ! hehee..........


SAYANGGGGGGGG ALIAH TU........................

Tuesday, August 5, 2008

1-7 Aug.2008 World Breastfeeding Week

As such http://worldbreastfeedingweek.org/

This year, in conjunction with Olympic, the World Breastfeeding Org. has come out with very good theme and logo.

The logoThe theme "Mother Support :Going for the Gold"

What i understand from the Theme ?
I believed all women the first day being diagnosed pregnant,they will prepare themselves with morning sickness, watching their diets, changing a bit on their lifestyle just in order to protect and provide good start for the baby(even he/she just as tiny as bean sprout).

So when the baby comes "live" (as if you start with system :p), I do believed as parent and most probably, as the person who jeopardize (put nyawa di hujung tunduk) to deliver the baby, we probably wants to provide the best in everything for our little caliph. Not only provide good delivery suite :p (mami hafiy la ni...dok sibuk nak PMC for 2nd), of course we want the baby to get the pure and unpolluted water.

What else than the breastmilk ? "Oleh kerana sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui..Mencipta seorang ibu dengan kelebihan unik yg tidak boleh diganti oleh seorang bapa ..."


What this week means to me ?
As i am in my first year of breastfeeding, i find this week is very meaningful to me and my husband. We feel proud and special. We might only get the silver or bronze medal, deep side we are quite satisfied with our achievements.

What have i achieve so far ?

1. I can push myself to BF my baby as longer as i can be, eventhough at first i only strive for the exclusive 6 months.

2. I can bare all negatives and any words that try to effect my determination to BF.

3. I push myself to keep strong and get right support from supporting BF links ie. bloggers, forums etc.

4. I am able to "tarbiyah" and educate other who determine or "tahu sikit" to BF.

5. I am able to face all silly looks from public when nursing at public spot ie.surau, shopping complex bench etc.


Will update more later.............

Camna leh start BF?

Mungkin ada yg tertanya camna aku leh start nak menyusu....Well, kalau org lain yg predetermine dari mula pegnant, camtu la aku. Aku predetermine nak BF 6 bln.Camna aku leh predetermine pulak?Sbb time aku bersalinkan arwah Ain, mmg aku bengkak susu semalaman slps urut tetapi baby takde nak bagi...So dari situ, aku tau aku boleh menyusu.

Kalau ditanya taiko-taiko BF, depa mmg tegaskan setiap ibu boleh menyusu....Aku bkn tak percaya tapi dlm family aku, hanya Kak Chaq aku menyusu dan sbb dia full housewife so aku rasa tak menjadi mlsh pd dia. Kak lain aku tak berapa sure pasai pa dari dlm pntg dah campur tapi aku agak 2 alasan ja - kurang susu dan preparation nak naik keja.

First hour after Aliah menjenguk dunia, aku mmg nak menyusukan dia...So lps misi bwk dia masuk, aku cubala positionkan mulut dia. Alahai, susahnya sbb dia very tiny (nip besar dari mulut) ! Nasib staffs aku dok tolong...Time tu hilangkan malu skit. Paksa la sampai boleh latch on. Alhamdulillah!

So bila dlm pntg aku menyusu, aku tahu aku ada susu. Cukup ke dak aku tak berapa peduli time tu,org pun tak kata apa2...Cuma kak aku yg mai melawat kata oklah, aku ada susu. Teringat lagi minggu pertama menyusu, rasa cramp kat rahim (rahim mengecut) bila Aliah hisap kuat. Then sakit bahu dan sakit lengan (tak pandai position lagi..) tapi tak pernah sikit pun aku rasa terbeban krn aku rasa menyusu itu tggjwb aku sbg seorg ibu!

Seminggu nak naik kerja, aku pun practice dgn hubby nak bagi FM pd Aliah sbg persediaan nak naik kerja....Try Anmum dulu (dpt free time antenatal checkup) dan mcm2 jenis puting tapi si Aliah keep on refusing. Mmg cuak even 4 hari sebelum naik kerja, try tinggal dia 4 jam dia asyik menangis dan takmau susu!

Susah hati nak keja hari pertama.....Pagi2 lps subuh aku dah teriak (menangis) sbb tak sampai hati nak tinggal dia sbb aku tahu dia lum leh terima susu dan cara lain! huuhhu...tapi gamble jgk.

What happen at the office? Waduhh.........Breast engorge ever two hours, leaking dan aku terus dpt idea nak perah. Kena perah nih, kalau dak aku takleh tahan sakit! Dah perah, mesti la syg nak buang........Terus aku cari plastik kuih (yg putih tu) dan masuk dlm tu.

From there on, aku google blog2 BF utk dapatkan cara camna nak simpan dsb........Blog yg paling bermanfaat dan membantu aku time tu ialah blog "Let Share it With Me" @ http://fidsweetstory.blogspot.com/

Walaupun hanya baca, aku confident boleh buat....So aku keep on baca dan perah. Perah masuk dlm bekas dadih je! Masya Allah, lenguh jari dan kepala each session. Each side 1/2 jam baru dpt 1/4 bekas dadih.Mmg tak sure cukup ke dak tapi gamble jer ! Alhamdulillah dari mula2 Aliah takmo minum botol, bila dapat susu aku dia bljr jgk minum...

Cabaranku bermula bila aku mula kena attend meeting, aku kena dgr hints2 PIL aku susu tak cukup/ Aliah x mo minum....Tapi aku kuatkan juga diri dan juga tarbiyahkan hubbyku :p Then print semua dari blog tadi utk educate PIL lak....

As time goes by, susu pun establish dan tetiba cousin hubby aku lak bg pjm breastpump dia... Dari tak tau ada benda alah elektrik (aku beli yg manual), bljr la aku pump.Sakit dan terkejut mula2 tu tapi lama2 alhamdulillah leh manage dan each session/ side dpt 2-3oz dan aku schedulekan diri buat 2-3x sehari, selang 2-3jam ! Doa oula tak pernah putus, supaya aku dan Aliah diberi kemampuan utk menikmati BF ni selama boleh..........

Rezeki Aliah kan? Kalau aku give up mula2, sure aku tak berjaya harungi hingga sekrg....Alhamdulillah, aku syukur dgn lorong yg Allah mudahkan utk kami.


Monday, August 4, 2008

Being a boss....


Menjadi boss ? Syok? Well, tak semudah digambarkan....

Dipetik dari blog
blogs.jobdig.com/.../24/who-is-your-real-boss/

' We all have bosses.

Most of us have bosses who are formally ‘in charge of us.’ Or, more likely, we have someone who influences, maybe even controls, our work life but, since they are NOT our direct boss, we think we can avoid their impact.

The easiest example to cite is the person directly above your boss. Quite obviously, this ‘boss’ is someone you need to please, satisfy and react to. The better you help your boss manage his or her boss, the better. Do this wrong and you lose the trust and respect of your boss.'


Aku ter'jadi' boss ni sbb tmpt aku takde post yg lebih tinggi drp gred aku time aku lapor diri...So nak taknak, aku terpaksa terima skop jadi boss ni a.k.a Head of Dept. So dok tak dok, hampir 3 tahun aku jadik boss........Aku share skit apa yg best, apa yg tidak ok:-


YG BEST
1. Heee..AKU BERKUASA..., dan berpengaruh. Itu aku rasa ada berlaku corruption bila org ada kuasa. Hanya kita ada nama, jwtn kita boleh dapat apa kita nak dan org akan obey kita. Paling senang, aku nak book driver ke mesyuarat mana2 la! Untung jgk bagi aku yg sememangnya tak drive ke pejabat...

2. Attend meeting dgn decision maker...So kita ada ruang utk voice out terus apa yg menganggu dan menyangkutkan kerja kita at the same time kita dpt share idea and experience dgn org lain yg lebih berpengalaman.

3. Boleh mengarah ...Well, my approach as boss is sharing and delegating works. Aku takleh arah terus je then expect kerja tu siap. Bukan aku tak caya staffs aku, ada yg junior tapi kdg keja depa superb tapi aku suka guide dan nak depa ikut cara aku (it seems mcm aku tak bagi chance staffs aku kembang idea sendiri?) sbb kdg the result it is not what i expected. Those yg keja dgn aku dari month 1, aku dah mpk depa leh ikut cara aku....

4. Boleh pump dlm bilik, dgn 'aman'/ hilangkan diri utk pump...........Walaupun sometimes ada client yg dtg, depa maybe curious apa mesin tu dan apa bunyi tapi depa tak berani tanya !


mcm tak byk yg best kan sbnrnya ??

YG TAK BEST
1. Aku kena jwb semua benda related dept aku dan vendor...Huhh...so aku paling tak suka masuk meeting HOD awal2nya (sbb aku tak cukup ilmu, staff dan skop kerja time tu) tapi after 1 year, aku dah berani la skit dan makin lama dah tau camna nak menjawab dan menepis. Hehhee !

2. Bila staffs aku EL/ MC beramai2...memang la tak rancang, tp tetiba je serentak 1-2 org (dept aku kecik ja, staffs bwh aku 7 org ja yg lain vendor 10-14 org), aku jadi haru biru sbb siapalah boss tanpa staffs (bodek..hehe), Haru ooo kalau semua kita nak tgk ! nak attend meeting pun kita, nak draft surat pun kita (aku jrg suruh clerk aku buat, draft kdg2 je sbb surat aku kebanyakkannya to higher level-kena clear and firm).

3. Bila cuti pun, call mesti masuk.............Grrr..........La ni dah kurang sejak ada vendor.

4. Tadak kwn nak pi makan/ melepak/ mengulor..........Sbb staffs segan nak join tp dgn staffs aku, belasah je aku ajak depa @ aku buat2 tak malu join depa. Lagipun, bagi aku kita semua kawan2 ! Depa di luar time kerja, panggil aku kak 'S'....

5. Kalau jamuan/ majlis apa kena dok meja khas.........So susahnya nak melantak dgn protokol ni sedangkan mkn VIP ni sedap skit. hehhee !

6. Kena marah dgn HOD lain yg lebih senior.........bengang betui.

7. Org kata Lady Boss fussy....tapi sbnrnya kita bukan je fussy, kita juga particular to ensure quality of works.

8. Vendor tak suka ......Walaupun ada vendor ni junior, tapi bab attitude aku mmg takleh tolerate. Satu lagi aku mmg fussy & ikut polisi.So hasilnya depa tak suka aku ! huhu...mesti depa kata aku eksen.

So sapa nak jadi boss ??