Tuesday, March 30, 2010

Minggu Yg Hectic!

Ahad ...
Pagi PIL mtk hubby tlg bwk gi ziarah sedara meninggal di Kajang sbb kereta mereka rosak belum siap..So, plan merayap ke Sogo tunda ke ptg. Waah, ptg kami berjalan naik LRT! Aliah kemain happy...Aku pun happy jgk sbb baju budak byk sales. Walaupun utk diri sendiri tade, utk Aliah habis Rm90 utk 8 psg baju kira murah jgk kan??!! Baju berjenama jgk...Mlm, dia demam...Cirit-biritnya masih begitu.

Gaya cheeky nya bila ambil gmbr skrg...


Isnin...
Bz di opis, pd masa yg sama check up jgk demam Aliah. Demam dah surut tapi dia masih berak2! Aduhh...Sungguh aku risau. Teringat Hafiy yg kena rotavirus! Aliah ni makan je, nanti berak balik.. Kalau tak makan pun, dia berak air color hijau2 dah. Aduuh !! Risau sungguh, nak EL pun tak boleh sbb esok dan lusa mmg ada 'agenda' penting di pejabat...Harapkan hubby jerlah bwk dia gi paeds. esok.

Selasa...
Toughnya keja sini! Users tak pernah puas hati...Never appreciate. Staffs pun ada yg ok, ada yg masih gitu2! Tak tahulah sampai bila aku nak bertahan...Ikut hati rasa nak mtk tukar je lps semua ni habis, nak ajak jgk 2 yg lain ! Biar pdn muka org sini dan leh la kasi chance org yg tingin nak jadi boss lak buat keja.....

Aliah pula, paeds. kata mmg tgh musim...Sama ada pembawaan air/ angin. Kira mcm virus jgklah! So dia bagi ORS, ubat demam dan vitamin je...Utk tempoh 5 hari. Tgklah nanti camna! Hope she recovers....

Rabu...
Argh ! Esok meeting yg entah laah ada feedback +ve tak.......Bosan tapi kena jgk attend dan raise issues. Kalau tak, sapa lagi nak fight for the sake of all the users ...and of course for our own pride too!

Really longgggggggggg for a break........

Thursday, March 25, 2010

Pembawaan Budak?

Org kata kdg2 sifat pelik tu sbb pembawaan budak (dlm perut)...tak pasal2 je kan pdhal yg dlm tu suci murni.

Entahla, pegnant kali ni aku rasa jgk...Hormon tinggi sgt ke apa. Mood marah adalah sgt tinggi bila mengadap Aliah yg mengada2 atau menunjukkan kerenah yg menjengkelkan! Tak cukup marah, kdg aku naik tangan jgk...

Nauzubillah...Seboleh mungkin memang nak elakkan dia terasa hati/ tersisih tapi kdg2 memang tak boleh tahan sgt, dia pun akan menangis mengada2. Kdg2 tangisannya syahdu jugak! Entah apa yg nak ditariknya perhatian aku- tak tahulah ??!!

Apa2 sikit "Nak ibu..nak ibu..", tapi ibu ni marah2 pun tak lut ! Adeihhh...........

Tuesday, March 23, 2010

Sudah Kujangka

Bila aku opt.utk stay lagi di sini, aku dah jangka workload akan bertambah krn projek ini...Well, it's my choice coz' i like challenging works. Aku suka plan, organize and ensure things work! Penat, tak cukup masa sedar2 dah kul 5.40....Sampai urat perut pun rasa kejang (huhh, takut sbb tgh pegnant kan??) .

Balik rumah baru boleh rehat....Tu pun tak jgk laah kan?!! Heee...Cumanya kdg2 stress is in the air bila org lain/in team tak buat kerja mcm kita expect. Sepatutnya skrg speed kena 160km/j, tapi ada org masih 100km/j dan buat bila disuruh. Should i leave it like that or should i bother?? Sakit hati toksah cakap tapi kdg2 fikir penat nak rungsingkan diri....

Tu belum lg attitude setengah2 yg couldn't be bother nak improve things.....Just go with the flow, kalau org lama buat gitu 5 thn dia masuk setahun, dia pun ikut buat yg sama. Kalau tip top flow tu takpa, masalahnya lompang di sana sini! Haiyaak.........Kenapa laah ada golongan2 begini? Tak fikir ke kepuasan bekerja, tak fikir ke hasil rezeki bagi kuarga makan ?? Yerla, kalau org/ boss tak puas hati...Sedikit sbyk tak rasa ke??!! Asyik harap org/boss je paham/ bertoleransi, sendiri takmo ubah lama2 batu pun berlubang...........

Users pun satu hal lagi...Ada yg tahunya mengomen and put the blames je, berapa ramai yg sudi angkat tangan dan kata "Mari kita kerja bersama2, hadapi 'darurat' ini! " ??! Huhu....Sbb tu kalau tak cukup sabar, tak cukup minat, memang org tak betah berlama2 berkhidmat di sini.

Friday, March 19, 2010

Syurga Itu Di Bawah Tapak Kaki Ibu

Betul laah tu..Tapi tgklah ibu bagaimana kan??!! Huhhu....Teringat ibu yg sanggup percayakan teman lelaki jaga arwah anak perempuannya, sampai mati dikerjakan tapi senang2 dia mengaku, dia teraniaya dsb.Podaa cit!!

Ohh...Ya, balik kepada syurga itu, mengandung kali ni buat aku rasa sangat kesian and teringat arwah mak aku yg mengandung dan melahirkan kami 8 beradik (belum campur keguguran 2-3x). 'Azabnya' tempoh 3-4 bln pertama ni sebelum nak melalui momen-momen indah nanti!

Entahlaa...Mengandung kali ni rasa lambat sangat nak lepas 1st trime pun! Maybe sbb aku alah awal sgt, seawal 5 minggu...Jadi perjalanan tu jadi 'panjang', berminggu2 utk sampai minggu 16... Huhhu! Dugaannya laah nak jadi ibu ni...

1. Loya dan tak selera sepanjang hari.
2. Tidur meniarap tak sesuai, tidur menelentang pun dah mula rasa sengal pinggang...
3. Tidur mengiring rasa mcm kepit bola kat perut..Huhhu.
4. Perut tak selesa, kdg rasa kembung, kdg rasa berangin, kdg rasa cekang mcm ular sawa kekenyangan!
5. Kencing..kencing..kencing ...dan kencing.....

Tu belum lagi time kena simpul biawak (kejang urat betis di tgh malam), sembelit dan time contraction kuat! Namun apa pun, Allah dah ciptakan wanita dgn pelbagai keistimewaan yg buat dia kuat utk harungi semua ini....Aku syukur nikmat yg satu ini.

Wednesday, March 17, 2010

Sayunya Hati.....Episod Akhir

That's it !! I should end the series..Kami tamatkan episod syahdu Aliah semalam. Kenapa? Kenapa terburu2 tak tunggu sebulan? Ini..Ini di bawah antara hipotesis dan bukti yg kami dapat...Huhhu. Dan disusun mengikut betapa kuatnya hipotesis itu yg buatkan kami ambil keputusan ini.

Hipotesis 1
Aliah tidak seronok di nursery itu.

Bukti :
1. Dia sering menangis di pagi hari semasa hendak pergi.
2. Dia kelihatan tidak ceria dan terpaksa.
3. Dia menjadi pemarah dan 'bebai' (loghat org Utara, makna melepaskan marah bila sesuatu tidak kena tanpa bersabar).

Hipotesis 2
Aliah tidak makan di nursery itu.

Bukti:
1. Badannya susut walaupun baru 2 minggu dihantar sedangkan dia adalah kanak2 'pemakan' (tiada masalah utk makan).
2. Bila ditanya hari2 apa lauk dia makan, jawapannya adalah ikan...Which is ikan adalah lauk pd hari pertama yg aku tgk mereka masak. Logik ke tiap2 hari ikan? Sbb ada sekali aku tanya cikgu, diaorg kata sup....

Hipotesis 3
Aliah takutkan sesuatu di nursery itu yg menyebabkan dia tidak seronok ke sana.

Bukti :
1. Jiran sebelah bagitahu pengalamannya hantar dulu seminggu, anaknya memang tak mahu dan mengadu cikgu garang dan cubit dia (garang boleh, tp biarlah kanak2 tu biasa dulu...)
2. Mereka tutup langsir dan tintedkan sliding door hingga susah nak jenguk..Dan selalunya mengambil masa antara 5-10minit utk bukak pintu bila kita datang nak amik dia.
3. Dia sering mengigau tengah malam, selama seminggu dia ke nursery.
4. Dia ada menyebut takut dan ada sekali dia cakap cikgu marah, tapi pd kebiasaannya dia tak cakap apa2.


So hubby buat decision hantar balik pd mak abah dia, tunggu sehingga Aliah dpt adik akan hantar sama2........Aku pula? Dua2 tmpt ada pro.n cons. (nursery vs grannysitter) tapi kalau hati anak tak seronok dan efek pula tumbesaran, abaikanlah dulu apa2 kepentingan lain tu. Lagipun dia bukan terdesak sangat perlu ke nursery (i mean, kira dia masih ada alternatif lain lah sehingga umur dia 4-5 tahun).

Monday, March 15, 2010

Sayunya Hati...Minggu 3

Air Yassin yg kubuat Jumaat lepas utk lembutkan hati Aliah tu separuh je dia minum...Huhhu, pelik. Selalunya dia suka minum air kosong! Tapi weekend ni dia mcm tak minum sgt...Minum susu lak lagi byk! Pastu tgh mlm terjaga pun takmo minum...Hmm, takpelaah aku dah usaha. Doa dan tawakkal jerlah lagi 1-2 minggu ni.

Ikut hati, aku dah nak give up....Sbb apa? Sbb dia 'meracau' tgh mlm...Bkn meracau mcmamana, dia terjaga tgh2 mlm (biasanya antara 1-2 pagi) mcm bergelut, kemudian nangis2 tak puas hati. Actually dari mlm Rabu lagi dia tido terjaga2, ingat ke sbb panas. So tiap2 mlm mmg tidokan dia tak berbaju. Mlm Sabtu kami start tido bwh lak, sbb hubby kata sejuk sikit! Sama jgk, dia bangun meraung tgh mlm sampai susah nak pujuk...Dekat stgh jam baru dpt tidokan dia balik.

Sungguh aku tak tahu kenapa...Teoriku, dia maybe ada yg tak puas hati di nursery siang hari. My sister pun kata begitu,sbb budak selalunya kalau dia dah biasa main sorang, tetiba ke nursery dia kena share dan mungkin berebut2, dia mungkin kalah sbb tu mlm dia terbawa2 ! Aku agak, betul laah...Sbb selama 2 thn 5 bln dia hidup main sorang2, mainan semua hak dia. Kesian sungguh anak aku kena lalui pengalaman ini, tapi ini kena kuanggap satu bentuk pelajaran yg memang kami nak dia belajar - berkongsi sbb nanti dia nak ada adik, kena gak kongsi!

Masuk mlm Ahad, dah kurang sikit tangisannya...Dia masih terbangun mlm, tapi tempohnya dah kurang jadi 15 minit je nak tidokan semula. Masuk mlm tadi, rengekan shj! Alhamdulillah...Moga pagi ni okay, tapi tidak juga :( Dia menangis juga bila kuar pintu...Hubby berkeras pagi ni, hantar ke cikgu dia kami tak masuk dah. Kami masuk kereta je, dah diam pun dia! Maybe dah sampai masanya kami 'berkeras' sikit...Kalau asyik ikut, nanti dia asyik cari peluang je buat kami sayu.

Tuesday, March 9, 2010

Sayunya Hati...Minggu 2

Aliah menangis lagi pagi ini...Minggu kedua dah. Aku taktahulah sama ada dia masih separation anxiety atau apa? Maybe ada yg buatkan dia tak seronok, tapi mcmana nak detect?

Tengokkan cikgu2 situ pun mcm tak pandai pujuk je, tak pandai amik hati...Tak tahulah bila time kita gi keja. Haa, sudah! Aku mula nak berburuk sangka !!!

Kadang2 fikir keputusan ni mcm mementingkan diri...........Sbg seorang ibu, melihat kesedihan anak adalah kepedihan dan penderitaan yg boleh mengalahkan ego/ hati seorang ibu! Adoihh...

Rasanya tunggu seminggu lagi........Kalau begini jugak lagaknya, satu keputusan perlu diambil. Aku tak pandai buat keputusan. Biarlah hubby yg buat kali ni, namun semoga mendamaikan bagi semua!!

Monday, March 8, 2010

Perfectionist

Andakah tergolong dlm golongan itu? Yeah, aku rasa semua org cuba membuat sesuatu dgn perfect walaupun dlm dunia ni mmg tada benda yg perfect sbb adanya pengaruh2 luar yg membuatkan things not turn out as we plan...Tapi at least,di peringkat diri sendiri sbg contributor utama pastinya ralat di hati jika yg kita buat tu ala kadar/ tak jadi.

Mungkin sejak keja di sini. rasanya semua benda nak in place...Nak in control Sampai sometimes rasa mcm nak jadi superwomen! Uohh..Uohh...Memanglah kdg2 rasa mcm mencabar diri,tapi kebelakangan ni rasa mcm mendera diri pulak !! Mcm tak reti nak bwk berehat....Huhhu, "bekerjalah/ beribadatlah kamu spt kamu akan mati esok hari".

Pasal keja,mmg sometimes benda jadi spoil sbb byk pihak...Tak kisahlah,cuba bersabar. Kat rumah, dari sejak kahwin dah 'sangat rajin' aku ni walaupun bekerja. Balik, seboleh mungkin nak prepare food sendiri dan memang, kami jarangggggggg sgt mkn di luar kecuali special day! Sampai time pegnant dan ada Aliah, aku cuba juga mcm tu. Kdg2 pass, kdg2 fail! Not capable enough sbb penat.........

Time tu mulalah ralat di hati, tgk rumah tunggang langgang....Msk takat menu hari2. Basuh baju bagai kedai dobi, tapi bab melipat mulalah mcm nak sumbat je dlm almari! Kepenatan dan kemalasan' ini mula meluap bila pegnant kali ni. 1st trime. maybe??!! Tapi rasanya kenapalah perlu bersusahkan diri? Mmglah tak harapkan sgt appreciation sesiapa (dlm hati, bantu sikit pun takpaalaah........) cuma kdg2 rasa kenapa takleh jadi mcm org lain yg take things easily?

Malas masak, cari je kedai makan......Dtg lak fikiran, tak suka anak turut sama mkn mskn 'aji'.
Malas ngemas, biarkan je sampai hubby bising & dia kemas...Sampai bila?
Malas melipat,biarkan jerlah nanti nak pakai cari je yg berlonggok tu....Hmm, semaknya rumah!!

Huhhu...............Habih tu camna? Camna ek org2 yg biasa subkan kerja rumah pd org lain/ kedai? Mcmana anda memujuk diri kata, "takpalaa...penat"...

Saturday, March 6, 2010

50 Cara Mudah Rangsang Anak Lebih Bijak

Aku dapat email ini drpd adik ipar dan ingin berkongsi dgn semua.

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

1-BERTENTANG MATA

Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA

Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN

Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..

4-JELIRKAN LIDAH

Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5-HASILKAN BUKU BINATANG

Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6-GELETEKLAH BAYI ANDA

Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7-TUNJUKKAN PERBEZAAN

Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8-BERKONGSI PANDANGAN

Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA

Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin....") . Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA

Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11-SENTUH DAN RASA

Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12-PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13-BERI KATA KUNCI

Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14-BERI KEJUTAN

Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15-SEDIAKAN BANYAK TISU

Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16-BACA BUKU

Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17-MAIN CAK-CAK

Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18-JANGAN LUPA REHAT

Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19-MAIN DENGAN WARNA

Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA

Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21-ANGKATKAN SAHAJA

Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22-BIAR DIA MEMBEBEL

Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23-LATIHAN MENEKA

Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24-BINA LALUAN HALANGAN

Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi

bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25-IKUT RENTAKNYA

Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26-BUAT MUKA LAWAK

Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27-RASA SEKELILING ANDA

Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.

28-CERITAKAN KISAH DONGENG

Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

29-BAYANGAN WAJAH

Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.

30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS

Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.

31-GOYANGKAN BADAN

Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

32-JADILAH TAMAN PERMAINAN

Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33-KIRA SEMUANYA

Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA

Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")

35-TUTUP TV

Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.

36-TUKAR PEMANDANGAN

Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

3 7-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA

Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .

38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA

Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39-MAIN HUJAN

Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40-MENANGKAP SERANGGA

Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

41-BERGURAU- SENDA

Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

42-MAIN DENGAN PAKAIAN


Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43-AJAR TENTANG ISIPADU

Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

44-HASILKAN ALBUM KELUARGA

Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA

Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

46-PERGI KE PERPUSTAKAAN

Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47-CONTOHI CARA SESAME STREET

Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

48-MAIN BERULANG-ULANG

Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

49-MAIN "TIRU-MENIRU"

Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN

Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Thursday, March 4, 2010

Sayunya Hati

Sayu sangat pegi keja 2 hari ni....Hari ni sama, Aliah menangis dari mula aku cakap nak hantar dia gi sekolah semasa aku tgh bersiap. Dia kata "Takyah laa..Duk rumah Aliah..Papa teman, ibu keja..".Adoihh, hari ni bkn cuti lagi sayang !! Lagipun nak dok dgn siapa di rumah ???

Menangisnya bersungguh2, lebih dari semalam....Bila sampai ke nursery,dimintanya papanya dukung krn mungkin dia percaya papanya takkan hantar. Papanya masuk ke rumah, dia mula mengeraskan badan takmahu turun !! Huhhuuuuuuuuuuu.....................Aku sayu, rasa nak nangis bila dia cakap takyah keja.

Ku selawat, bisik di telinganya nanti ptg kami jemput...Belai2 dgn sedih, last2 dia minta didudukkan dgn kwn2 lain. Tangisannya pun terhenti, ku turun dan peluk sedikit. "Ya Allah, berilah kami anak beranak kekuatan utk lalui saat2 spt ini ...."

Naik kereta, mood masih tercalar...........Tak dapat nak membayangkan hari2 dan minggu mendatang. Salahkah keputusan kami? Lambat laun dia kena juga belajar ke sekolah........

Wednesday, March 3, 2010

Sapa Nak Dipercaya

Org kata anak2 kecil kita tak pandai berselindung, tak pandai menipu...Cubalah tanya apa2. Hari kedua Aliah di taska semlm, pg je dia merengek sikit nak ditinggalkan. Ptg hubby amik, cikgu kata ok je mcm biasa tade pe2 yg mencemaskan! cikgu tu buat susu byk jgk walaupun dah nak balik.. Rugi sbb Aliah tak minum. Huaa...huaaa...Dia balik semlm pun,mcm hari pertamanya petah2 dan ceria bersembang.

Sesekali dia sebut menangis, tanya dia sapa menangis...Dia tak sebut lak sapa menangis/ kurang jelas. So aku masih pegang kata2 cikgunya lah yg dia tak menangis! Lewat ptg dia tepon nenek pun, bila nenek dia tanya menangis tak...Dia kata menangis. Tapi bila aku tanya byk2 kali, dia kata "Tadelah...". Aduuhhh, confusenya aku !! Aku tak dpt baca emosi sebenarnya.....

Pagi ini, dgn tidur mlm tadinya yg kurang jerap / lena (maybe panas sgt)...Pagi ni dia bangun seidkit terpaksa (terawal). So mood macam tak bersedia, pulak aku kena pegi awal setegh jam! So time masuk kereta dia dah menangis, takmo pegi sekolah...Katanya nak hantar aku,nak gi rumah atok. Aduhh, sayunya aku !! Kenapa lak hari ke3 gini ?? Pastu dia kata marah...Aku tanya, cikgu marah ke? Dia kata, tak..tak marah. Uuuh, mana satu yg betul ni ???

Semasa masuk pintu taska pun dia dah mengeraskan badan takmo lepaskan aku...Si cikgu pujuk2 jgk, bwk masuk ke dlm. Aku ikut, sayang dia pujuk sikit cakap ptg nanti aku jemput. Dia masih menangis !! Sungguh....Emosiku terguris di pagi hari. Dlm kereta, kepala ligat berputar apa yg aku tgh buat pd anak aku ni ??? Adakah ini sekadar separation anxiety atau apaa ???

Bila tgk anak sedih gini ditinggalkan, memang nakkkkkkkkkkkkkk sgt berenti jaga sendiri..... WHUAAAAAAAAAAAAAAA !!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, March 2, 2010

Her Experience

Semalam kami amik dia kul 3.00...Time aku sampai, pintu pagar dpn tak berkunci (mmg sengaja x kunci kot) tapi grill dlm semua kunci dan sliding door pun rapat. Aku jenguk celah sliding door,tgk budak2 bergelimpangan tido ptg - head count dan mencari 'si botak' aku! Nun di hujung sana, tertiarapnya dia dgn sipping cup di mulut dgn gaya nyot-nyotnya...Aku yakin dia tgh tido. Tapi hatiku sungguh sayu tgk anakku tido bergelimpangan mcm tu, atas simen berlapikkan bantal je (nasib aku bekalkan bantal walaupun dia jenis tido x berbantal)!

Mula2 cikgu tu ingat aku saja jenguk, tak sangka aku amik awal...Well, sepanjang 8 jam tinggalkan tu mmg tade call dari cikgu tu. Aku pulak, salah amik no. telefon mmg tak dpt hubungi mereka! Kwn aku kata,biasalah nursery nak biasakan budak...Kalau tade major problem, diaorg takkan call. So bila aku ckp, mmg aku nak amik baru dia buka pintu dan kejutkan Aliah. Cikgu tu cebokkan Aliah dan tukarkan pampes dan Aliah terkulat2 tak sabar tgk aku ada.

Aku sempatlah jenguk ke dapur tgk apa mereka makan tadi...Alhamdulillah, bonus! Aku tak sangka, diaorg masak sendiri ...(ke semua nursery mmg masak sendiri) dan tgk kat sink, ada kuetow dan sayur, cikgu tu tgh prepare utk minum ptg. Cikgu tu crita, Aliah menangis sekali sahaja tghari mcm teringatkan kitaorg..............Selebihnya, dia ok ja dan asyik dok crita :p Satu lagi,cikgu kata Aliah banyak jgk kenal warna like red, yellow, blue, orange,white,black, green. Bangga, kembang kuncup rasa sbb rasanya kami ajar gitu2 je (tapi konsisten kot?)!

Aku tgk Aliah tak nmpk mcm stress pun, insyallah dia leh terima dan harap hari2 seterusnya akan lebih mudah. Ohya, satu lagi yg aku sempat observe...Mereka letak safety gate dekat tangga. Budak2 bwh 6 thn semua tido bwh, 6 thn ke atas tido kat atas. Alhamdulillah, at least tiada percampuran sbb budak2 skrg pun kita kena berhati2 sbb kita taktau sejauh mana mereka boleh bertindak.... Balik tu, aku tanya Aliah ada tak cikgu marah ke apa. Dia kata tade, cikgu baik. Dia kata cikgu suruh simpan mainan, abang sepahkan. Standardlah tu kan, kita jaga anak pun gitu..Lps main, kenalah kemaskan. Mlm2 dia tido pun, aku tgk dia tak mengigau ketakutan ke trauma ke.. Well, first day kan?!! Doaku moga selamat semuanyaa...............

Monday, March 1, 2010

Break Away!

Teka kami nak ke mana ni?



Short vacation to Putrajaya...Walk in je tak book, dgn harapan Pullman Resort yg baru tu ada yg 0. Tapi silap percaturan! Yg tinggal, hanya apt. 3 bilik Rm685++ per night..Gila arr kalau nak dok situ. So beralih ke Shangri La (Putrajaya)...Walaupun mahal, termahal dlm sejarah kami menginap hotel 5 bintang, kira oklah.



Ada bath tub yg leh buka sliding door
dgn bilik..Sng monitor anak mandi!


Aliah kemain seronok swim dlm bath tub..
Kena buat sebiji ni kat rumah ;)


Lampu gantung yg sekali tgk mcm burung
2x tengok mcm bunga!


Bilik dan services semua ok, tip top setaraf dgn bintangnya...Cuma bab mkn, hancus!! Haruslah tukar chef atau apa.....Dari room service ke breakfast range, semuanya leh bagi 2 bintang je dari 5 bintang!! Huhuuu......Yg room service tu aku order ginger beef with rice, masin gila kuah kicap dia (kan ke ginger beef patutnya mcm ayam msk halia-cerah?). Fish and chips pun nama kemain, Let's Find Nemo tapi presentation of course mcm kedai tepi jalan je, pastu masin yg amat sos dia !!!

Breakfastnya, nasi lemak tu mcm okay tapi kuah sambal mcm cili tak cukup masak...Gila pedas pedih tekak! Pastu fruits dia letak betik, tembikai dan tembikai susu...Semua dah lembik dan lebam. Belum tgk sosej dan scramble eggs yg really half cooked (bkn half cook kot, 1/4 cook je). Emm??? So so not recommend sapa2 nak breakfast and or dinner kat sana...........Rm49.90 per head, sungguh tak berbaloi.


Tak sedap pun, ibu saya tetap ambil byk2 :p



Nmpk tak si kenit? Susah betul nak
amik gmbr dia......


Ni baru dapat.....


Time tunggu papa dia ambil kereta....


Tgk dia ni..Seminit tak diam!
Last2 dpt gambar fountain je...

Our first experience

Going to 'school'...Hari ni kami membuat keputusan nekad menghantar Aliah ke pusat jagaan harian kanak2.

Dari Jumaat lagi dah pesan berulang pd si kecil supaya behave dsb.....Tadi pagi, dia okay. Hantar pun menangis sekejap semasa kami nak melangkah keluar pagar!

Sejam setengah ini, alhamdulillah tiada apa2 call kecemasan diterima.....Moga dimudahkan bagi kami dan Aliah, khususnya.

Hari ni aku akan buat half day, sptmana plan ku dulu ketika nak hantar dia ke nursery....Nak cuti, tak boleh. Half day lah nampaknya!!

Tak sabar nak tahu apa ceritanya nanti.....

* Sebenarnya, aku yg lebih berdebar dan tak henti2 berdoa dari Sabtu...